:: cina islam | 2011 :: |
- New Zealand Beri Amaran Produk Tenusu Mengandungi Protein Tercemar
- Cuaca diramal baik pada pagi 1 Syawal
- 82 ditangkap makan di khalayak pada siang hari
- Suri Ryana, Ustaz Azhar Idrus dinobat Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH
- Mesir kerajaan haram yang ketiga
- 4 lagi mangsa bot karam ditemui selamat
- Pemuda PAS gesa Rajagobal tarik balik kenyataan
- 36 dipercayai lemas, bot karam di Tanjung Siang
- Militan Taliban serang hendap polis, 96 maut
- Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman
- Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih
- Mahkamah Kekalkan Kemenangan BN Di DUN Manjoi, Pasir Panjang
- Guru Wanita Kerugian Hampir RM280,000 Ditipu 'Tukang Tilik Nasib'
- Balik Kampung.
- 11 maut akibat keracunan arak di Havana
New Zealand Beri Amaran Produk Tenusu Mengandungi Protein Tercemar Posted: 03 Aug 2013 03:41 AM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - WELLINGTON: New Zealand memberi amaran kepada pengguna antarabangsa bahawa produk berasaskan tenusu yang dieksport oleh syarikat Saturday, termasuk susu formula bayi mungkin tercemar kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit botulisme - penyakit yang boleh membawa maut. Kerajaan New Zealand berkata pati protein tercemar atau produk yang menggunakan ramuan berkenaan telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam. Syarikat tenusu terbesar, yang menghasilkan produk berkenaan sejak setahun lalu berkata, lapan pengguna telah dinasihati untuk menyiasat sama ada produk tenusu yang mereka gunakan memberikan kesan sampingan dalam kehidupan mereka. Sekiranya perlu, produk yang tercemar itu akan dipanggil balik, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan. Setakat ini tiada sebarang laporan, penyakit berkait dengan penggunaan pati protein berkenaan. Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser berkata badan kesihatan di seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dimaklumkan mengenai pencemaran berkenaan. "Sebaik sahaja pihak berkuasa New Zealand memaklumkan mengenai risiko berkenaan, kami telah bertindak dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang terlibat di seluruh dunia," kata Groser. "Kami difahamkan pasaran bahan protein tercemar atau produk yang menggunakan bahan tersebut telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam." Syarikat berkenaan berkata produk yang terjejas digunakan dalam bahan minuman termasuk susu formula bayi dan minuman isotonik. "Kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk membantu pengguna dalam memastikan sebarang produk yang mengandungi bahan ini akan ditarik balik daripada pasaran dan kami memastikan orang tahu mengenainya," kata ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut. Antara simptom-simptom penyakit botulisme termasuklah, berasa loya, cirit-birit, muntah-muntah dan diikuti dengan lumpuh anggota badan dan ia boleh membawa maut jika tidak dirawat. Syarikat berkenaan berkata impak yang mungkin dihadapi oleh mereka yang makan produk yang mengandungi bahan yang tercemar tersebut berbeza-beza mengikut peringkat umur dan jumlah makanan yang mereka ambil. Bagi golongan dewasa, kesan bahan protein yang tercemar adalah kecil dan mereka juga mungkin mengalami simptom berkenaan tanpa menyedarinya," kata pengarah urusan produk tenusu New Zealand kepada pemberita. - AFP | ||
Cuaca diramal baik pada pagi 1 Syawal Posted: 03 Aug 2013 03:37 AM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Cuaca diramal baik pada sebelah pagi di seluruh negara semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan pada Khamis. "Pada petang Khamis, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak," menurut kenyataan itu. Pada sebelah malam, tiada hujan diramalkan di semua negeri di Semenanjung dan berlaku hujan di satu dua tempat, di Sabah serta Sarawak. Cuaca baik turut diramal pada pagi Jumaat di seluruh negara kecuali hujan dijangka turun di kawasan pantai di Melaka dan Johor Barat. Pada sebelah petang, ribut petir di satu dua tempat diramalkan berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak, menurut kenyataan itu. - BERNAMA | ||
82 ditangkap makan di khalayak pada siang hari Posted: 02 Aug 2013 10:42 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - SIBU: Jabatan Agama Islam Sarawak menangkap 82 individu beragama Islam yang didapati makan, minum dan merokok dalam khalayak pada waktu siang setakat 24 hari Ramadan. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, berkata jumlah itu adalah peningkatan berbanding 62 orang sepanjang Ramadan tahun lepas. "Lebih separuh daripada pesalah adalah warga Indonesia yang bekerja di Sarawak sebagai buruh binaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini semalam. Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa mengikut Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah selepas Aidilfitri ini dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. Ditanya mengenai kemungkinan warga asing terbabit tidak mengetahui undang-undang di negara ini, Daud berkata kerajaan sentiasa memberi penerangan dan publisiti terutama menerusi media massa. "Saya rasa mereka tahu, ini bukan tahun pertama kita buat (operasi menangkap individu Islam makan, minum dan menghisap rokok dalam khalayak ramai). Mereka perlu ikut undang-undang," katanya. Menurut Daud ada dalam kalangan warga asing terbabit beranggapan mereka terkecuali daripada undang-undang negara ini. Mengulas perkembangan lain, Daud berkata setakat ini belum ada pengusaha yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyalahgunakan logo halal, namun ada yang dalam pemerhatian kementerian berkenaan. "Mereka dalam pemerhatian kerana kesalahan mereka tidak begitu serius," katanya. - BERNAMA | ||
Suri Ryana, Ustaz Azhar Idrus dinobat Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH Posted: 02 Aug 2013 10:39 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Novelis, Suri Ryana dan pendakwah popular, Azhar Idrus diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular-BH 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi. Masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan sijil penyertaan. Tempat kedua Kategori Fiksyen dimenangi Zura Asyfar melalui novelnya, Sebenarnya Saya Isteri Dia yang membawa pulang hadiah bernilai RM1,500 dan tempat ketiga oleh Acik Lana (Maaf Jika Aku Tak Sempurna) dengan hadiah RM1,000. Kategori Bukan Fiksyen pula menyaksikan pemenang kedua ialah Tun Dr Mahathir Mohamad melalui bukunya, Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala pemenang ketiga ialah Kazim Elias (Tuhan Sedang Menguji Kita). Hadiah disampaikan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan pada majlis yang turut dihadiri Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarah Popular Holdings Berhad. Anugerah Pilihan Pembaca Popular-BH diadakan sempena Pameran Buku Bookfest@Malaysia di KLCC yang bermula hari ini hingga 13 Ogos ini. BH/- | ||
Mesir kerajaan haram yang ketiga Posted: 02 Aug 2013 10:33 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Subky Latif Sudah lebih sebulan Mesir diperintah oleh kerajaan haram dan menjadikannya yang ketiga di rantau itu. Dan yang ketiga ialah yang di Mesir yang dirampas oleh tentera dipercayai atas arahan Israel dan direstui oleh Amerika. Tentang Israel itu semua tahu ia tidak ditegakkan oleh orang Yahudi. Ia ditegakkan oleh kuasa barat - Eropah dan Amerika – orang yang dipanggil rakyat zaman kerajaan Melaka dulu sebagai Benggali Putih. Tentera Benggali Putih ini dari India dan lain-lain memerangi rakyat Palestin dan menyerahkan pemerinah kepada Yahudi. Palestin baru yang dibentuk oleh dunia yang dikuasai oleh Benggali Putih dan diterima oleh Fatah pimpinan Yasser Arafat terdiri dari Tebing Barat dan Ghaza, dalam pilihan raya umumnya yang terakhir dimenangi oleh Hamas selepas kematian Arafat. Penerimaan semua Benggali Putih terhadap kerajaan Hamas itu sama dengan penerimaan mereka terhadap kerajaan demokrasi pertama Mesir pimpinan Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin. Kerajaan-kerajaan Benggali Putih – Amerika dan Eropah - yang membiayai kerajaan Palestin Kecil itu menghentikan semua bantuan kepada kerajaan sah Hamas dan akhirnya mereka memperalatkan Fatah merampas kuasa tetapi gagal masuk ke Gaza. Selepas itu Tebing Barat menjadi kerajaan dan suara Palestin yang tidak sah. Sekarang Mesir selepas tumbangnya era tentera dan Hosni Mubarak diperintah secara sah oleh Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin. Benggali Pituh gembira kerajaan kuku besi tentera dan Mubarak ditumbangkan tetapi kecewa apabila rakyat Mesir memilih kerajaan demokrasi pro Islam. Dalam kerajaan, Dr Mursi terkontang-kanting di tengah tentera, polis dan kaki tangan kerajaan peninggalan Mubarak. Tidak banyak yang dapat dibuatnya justeru kerenah orang pro Mubarak yang menjadi musuh dalam selimut kepadanya. Satu yang baik dari kerajaannya ialah memberi laluan bebas dan kemudian bagi rakyat Palastin mendapat bekalan melalui secara terang dan sebaliknya. Semua urusan adalah sah dan halal. Benggali Putih dan Israel yang kenal lama dengan tentera upahannya di Mesir menggalakkan tunjuk perasaan anti Mursi sehebat yang ditunjukkan kepada Mubarak dulu. Tentera tidak buat apa-apa untuk menahannya dan dengan alasan rakyat menolak Mursi tentera, setuju mengkhianati kerajaan lalu merampas kuasa. Kerja pertama yang dibuat oleh kerajaan haram itu ialah menutup dan mmbinasakan saluran rasmi bantuan kepada Ghaza. Membanu Palestin adalah tanggungjawah wajib Mesir dan semua orang Islam dan Arab di mana-mana. Yang benci kepada Palestin, Islam dan Arab itu ialah Yaudi/Israel dan sekalian Benggali Putih. Jika tentera dan kerajaan haram Mesir mengira Mursi mengkhianati demokrasi Mesir yang baru itu mengapa mereka robohkan terowong laluan mudah antara Gaza dan Mesir? Orang Palestin Ghaza tidak ada apa-apa kesalahan kepada rakyat dan kerajaan Mesir sejak dulu, mengapa mereka jadi mangsa pertama kerajaan haram Mesir? Ia adalah bukti kerajaan haram Mesir itu bukan sekadar mengkhianati Mursi, ia mengkhianati demokrasi yang baru tumbuh, menghianati bangsa Mesir dan Arab dan Islam termasuk orang Palestin yang ditindas itu. Tentera boleh menentang Mursi kerana dia manusia yang ada salah silap. Tetapi sebenarnya mereka khianat kepada Allah, yang selama-lamanya disukai oleh Yahudi dan agama yang dianuti oleh Benggali Putih. harakahdaily.net | ||
4 lagi mangsa bot karam ditemui selamat Posted: 02 Aug 2013 10:28 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Empat lagi penumpang bot pancung yang karam malam tadi di antara perairan Sedeli dan Penawar berhampiran Tanjung Siang, Kota Tinggi, berjaya diselamatkan setakat tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rashid berkata empat mangsa itu ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menjadikan jumlah mangsa yang ditemui selamat seramai lapan orang. Sebelum ini, empat mangsa berjaya ditemui oleh nelayan tempatan dan APMM pada kirakira pukul 4 petang tadi dan malam ini empat lagi mangsa yang terselamat ditemui, katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun katanya operasi mencari dan menyelamat yang disertai oleh APMM, Jabatan Laut dan pasukan Polis Marin telah dihentikan dan akan bersambung pukul 8 pagi ini. Pada masa sama, katanya, beliau telah mengarahkan semua balai polis berhampiran dengan pantai supaya menugaskan anggota untuk memantau pantai berhampiran kawasan mereka. Dalam kejadian yang berlaku lewat malam semalam, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa seramai 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia ke Batam untuk menyambut Aidilfitri karam setelah dipukul ombak besar. Mereka sebelum itu dipercayai telah berlepas dari Tanjung Siang lewat petang semalam. Kejadian dipercayai berlaku ketika cuaca ribut dan tragedi malang itu hanya disedari kira-kira 4 petang tadi apabila sekumpulan nelayan menemui tiga mangsa berpaut pada tong plastik. Seorang lagi ditemui oleh bot peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di kawasan itu. - Bernama | ||
Pemuda PAS gesa Rajagobal tarik balik kenyataan Posted: 02 Aug 2013 10:26 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya. Timbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM, Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan. "Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan. Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. "Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya. Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0. Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam. malaysiakini.com | ||
36 dipercayai lemas, bot karam di Tanjung Siang Posted: 02 Aug 2013 10:24 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Hasrat untuk pulang beraya di kampung halaman untuk 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila 36 daripada mereka dikhuatiri lemas manakala empat diselamatkan apabila bot pancung dinaiki karam di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, malam semalam. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 4 petang tadi apabila sekumpulan nelayan tempatan menemui tiga daripada mangsa berpaut pada tong plastik sebelum mereka diselamatkan. Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan rondaan harian di kawasan 13.55 batu nautika dari perairan Tanjung Siang. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata sehingga kira-kira jam 10 malam tadi gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pasukan Polis Marin dan APMM. "Berdasarkan maklumat awal, kejadian hanya disedari petang tadi dan bot itu dinaiki oleh kira-kira 40 pendatang tanpa izin dengan empat daripada mereka berjaya diselamatkan. "Mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke Batam untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi malam ini. Bot pancung berkenaan sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang lewat petang semalam sebelum ia karam akibat dipukul ombak kuat tengah malam semalam. - Bernama | ||
Militan Taliban serang hendap polis, 96 maut Posted: 02 Aug 2013 04:52 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - JALALABAD 3 Ogos - Seramai 22 anggota polis Afghanistan dan 76 pemberontak maut apabila beratus-ratus militan Taliban menyerang konvoi polis dan tentera di timur negara ini, semalam. Timbalan Polis, Masoom Khan Hashemi berkata, serangan hendap tersebut berlaku di daerah Sherzad di wilayah Nangarhar dan kumpulan militan terbabit menggunakan senjata berat dan ringan dalam serangan itu. "Pihak polis kehilangan 22 anggota dalam pertempuran itu manakala 76 pemberontak berjaya dibunuh," katanya. - AFP | ||
Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman Posted: 02 Aug 2013 04:49 PM PDT MARANG: PAS bersama dengan gerakan Islam dunia menyokong resolusi perbincangan di Istanbul, Turki baru-baru ini bagi meneruskan bantahan secara aman oleh rakyat di Mesir. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mengikut resolusi yang dibuat oleh parti-parti gerakan Islam bersetuju bantahan secara aman diteruskan di Mesir. "Perkembangan politik di Mesir, mengikut resolusi yang telah diambil oleh parti-parti (gerakan) Islam yang mengadakan perbincangan di Istanbul (Turki), ialah supaya bantahan secara aman diteruskan, kerana bantahan secara aman inilah yang paling sesuai dan munasabah kepada umat Islam sesama umat Islam dalam menghadapi dalaman mereka walau pun sangat mencabar. "Berbeza dengan kita menghadapi serangan dari musuh yang datang menceroboh negara. Itu memaksakan kita berdepan dengan senjata, ada pun membetulkan pemikiran umat yang telah lama tenggelam dalam pemikiran sehingga terpengaruh dengan ideologi sekularisma, yang menyebabkan mereka menganut pelbagai teori yang asing dari Islam kerana kejahilan mereka, sama ada kerajaan atau pun rakyat," tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya, semalam. Justeru, katanya dengan bantahan secara aman itu boleh menyedarkan rakyat hingga membawa satu gelombang yang positif di peringkat nasional Mesir dan antarabangsa. Menurutnya, seluruh dunia kini melahirkan rasa simpati kepada Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara pembohongan serta penipuan yang terang dan nyata. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yakin dan percaya kerajaan bersifat 'kuku besi' Mesir tidak akan dapat bertahan dengan gelombang rakyat. "Dengan sebab itu, bantahan aman untuk menyedarkan rakyat adalah cara yang terbaik. Inilah yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini dan kita mendapat kesan yang sangat positif, bukan sahaja di peringkat nasional Mesir tapi juga di peringkat antarabangsa. "Apabila kesatuan Eropah dan negara-negara Barat, Kesatuan Afrika secara terbuka menyatakan simpati mereka dengan Presiden Dr Muhammad Morsi yang dipecat dengan cara yang bohong, menipu dengan terang dan nyata," jelasnya. Bahkan, kata beliau, ada kalangan media di barat yang menulis artikel secara terbuka agar barat menerima pendekatan demokrasi yang telah dipilih oleh parti-parti Islam. Menurutnya, pemilihan demokrasi adalah sesuai dengan Islam dan bukan strategi politik semata-mata kerana damai adalah perkara yang pertama dalam Islam. "Apa yang dilakukan oleh tentera rejim di Mesir adalah secara rampasan kuasa yang berselindung di sebalik tokoh-tokoh awam. Ini (rampasan) satu pencabulan terhadap demokrasi dan mereka tidak boleh bertahan dengan penipuan. "Dengan sebab itu, bertindak secara damai, bersabar adalah pendekatan yang terbaik. Ini yang diambil oleh gerakan Islam (Ikhwan) di Mesir sehingga mendapat simpati semua pihak," ujarnya. Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan. Dr Muhammad Morsi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan dari pelbagai pihak. Sejak tentera menggulingkan Dr Morsi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai lalu, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan. Harakahdaily/- | ||
Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih Posted: 02 Aug 2013 04:48 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)" (Soheh Muslim, 1170/222). 3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu'aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan). 4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami' as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan). 5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami' as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan). 6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami' as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier). 7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami' as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220). Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; "Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)" (Faidhul Qadier; 7728). | ||
Mahkamah Kekalkan Kemenangan BN Di DUN Manjoi, Pasir Panjang Posted: 02 Aug 2013 04:42 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - BATU GAJAH: Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Jumaat mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) selepas menolak petisyen difailkan oleh dua pengundi. Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim yang membuat keputusan itu berkata pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Beliau menolak kedua-dua petisyen dengan kos. Bagi DUN Manjoi, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Ahmad Mansor membayar kos RM40,000 kepada Adun Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang dinamakan sebagai responden pertama, RM35,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan RM30,000 kepada responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Hamidun Ahmad membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama iaitu ADU NPasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga SPR. Responden pertama bagi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Manjoi manakala Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang. Kedua-dua pempetisen diwakili barisan peguam yang diketuai Aminuddin Zulkifli. Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad dengan majoriti 132 undi bagi DUN Manjoi manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi. - BERNAMA | ||
Guru Wanita Kerugian Hampir RM280,000 Ditipu 'Tukang Tilik Nasib' Posted: 02 Aug 2013 04:41 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - LABUAN: Gara-gara terperdaya promosi iklan tilik nasib, seorang guru wanita kerugian hampir RM280,000. Guru berumur 41 tahun itu membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu berikutan tukang tilik lelaki itu terus meminta duit sedangkan ramalan sebelumnya tidak memberi pulangan seperti dijanjikan. Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata menurut laporan dibuat wanita itu pada Khamis lepas, dia menerima iklan tilik nasib dalam peti surat rumahnya pada November tahun lalu. Katanya wanita itu yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek di nombor telefon pada iklan itu dan suspek memaklumkan dirinya seorang sami dan "master" ilmu tilik dan mampu mengubah nasib wanita itu. "Suspek mengatakan kepada mangsa yang beliau mempunyai nasib baik dan bakal beroleh keuntungan besar. Terpengaruh dengan ramalan, mangsa bersetuju untuk satu upacara sembahyang dicadangkan suspek dengan wang pendahuluan RM600 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek. "Selepas upacara sembahyang itu, suspek telah mengirim gambar keputusan nombor ekor 4-digit yang kononnya mangsa telah memenangi hadiah pertama. "Ekoran daripada itu, tuntutan wang berterusan daripada suspek kepada wanita berkenaan berlarutan sehingga hampir RM280,000 dengan alasan untuk upacara sembahyang," katanya. Adzhar berkata polis sedang memburu suspek dan menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan promosi atau bentuk iklan yang mencurigakan yang boleh merugikan mereka sendiri. - BERNAMA | ||
Posted: 02 Aug 2013 04:40 PM PDT | ||
11 maut akibat keracunan arak di Havana Posted: 02 Aug 2013 04:35 PM PDT 25 Ramadhan 1434 H. [MOD] - HAVANA: Seramai 11 orang maut selepas minum arak yang dijual secara haram di jalanan, menurut jumlah terkini akibat kes terbabit. Timbalan Pengarah Kesihatan wilayah itu, Efren Acosta berkata, empat orang masih dalam keadaan kritikal manakala dua wanita kini menerima rawatan dialisis. Kira-kira 60 orang pula dilaporkan kritikal sejak keracunan akibat pengambilan arak terbabit pada Isnin lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan