. |
- Peneroka berang dengan Pengurusan Felda
- Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu
- Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu
Peneroka berang dengan Pengurusan Felda Posted: 28 Mar 2012 02:50 PM PDT Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor. TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna. Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan mereka menyerahkan pengurusan ladang kepada Felda pada 1 September 2011. Proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil. "Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil. "Malah saiz pokok kelapa sawit kelihatan seperti baru setahun ditanam. Saya percaya ini semua berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengurusan Felda yang tidak menguruskan ladang kelapa sawit ini dengan sempurna. "Mereka melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menanam, membaja tanaman, 'pruning' dan membersihkan ladang kelapa sawit ini. "Bagaimanapun kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kerja-kerja tersebut dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja-kerja kontraktor," jelas Said. Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Nizam Ahmad pula berkata apa yang membuatkan beliau dan lain-lain peneroka berang ialah mereka dibebankan dengan hutang yang tinggi walaupun ladang kelapa sawit mereka tidak diuruskan dengan baik dan tidak mengeluarkan hasil. "Contohnya dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan peneroka dari 2007 hingga 2010 saya dikenakan kos meracun sebanyak RM13,182.32. Sementara itu untuk kos baja pula saya dikenakan sebanyak RM17,918.37. "Dicampurkan dengan bantuan sara hidup sebanyak RM1,400.00 sebulan sepanjang tempoh tersebut dan lain-lain perbelanjaan serta kos, hutang saya dengan Felda adalah sebanyak RM157,932.49 setakat 2010. FMT juga diajak untuk melawat ladang-ladang milik peneroka untuk melihat sendiri keadaan ladang kelapa sawit tersebut. "Anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan ladang kelapa sawit yang sudah menjadi seperti hutan belantara. Ada sebahagian jalan juga dipenuhi dengan semak. "Jika ada pun pokok kelapa sawit yang mengeluarkan hasil, buah kelapa sawit itu tidak dipetik dan dibiarkan busuk," jelas Nizam lagi. Di akhir tinjauan, FMT cuba mendapatkan respon daripada pengurusan Felda Bukit Rokan Utara terutama daripada Pengurus Tanah Rancangan Felda tersebut, tetapi Abdul Jalal Ajad dikatakan sedang menunaikan Umrah di Mekah. FMT juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Pertanian Felda Wilayah Raja Alias, Mohd Nor Fikri Zulkifli yang baru sampai ke pejabat Felda Bukit Rokan Utara ketika FMT berada di dalam pejabat tersebut. Walaubagaimanapun Mohd Nor Fikri berkata hanya Abdul Jalal sahaja yang boleh memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh FMT. Apabila ditanya siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor di ladang peneroka, Mohd Nor Fikri berkata itu adalah tugas Pengurus Tanah Rancangan Felda terbabit. Ibu Pejabat Felda Negeri Sembilan terletak di Felda Wilayah Raja Alias yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting. Sementara itu Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T Kumar pula mendedak Felda melupuskan hutang peneroka yang terbabit kerana masalah tidak menguruskan ladang kelapa sawit dengan sempurna adalah disebabkan kecuaian pengurusan Felda sendiri. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Zakaria Khalim; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh. Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/28/peneroka-berang-dengan-pengurusan-felda/ |
Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu Posted: 28 Mar 2012 12:33 PM PDT Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi mengikut ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan. Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb. Ada dipercayai ancaman atau konotasi 'Israel' itu ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Bagaimana pun orang ramai khasnya anak-anak muda, orang Cina dan India yang datang ke padang bola untuk mengikuti ceramah perdana itu sedikit pun tidak gentar kepada ancaman itu. Sebaliknya ancaman tidak bertamdun itu menjadi cabaran dan semangat untuk mereka hadir. Malam tadi tidak ada laporan berlaku kekacauan terhadap ceramah berkenaan. Anwar dan Mohamad Sabu dapat berceramah dengan elok sehingga ke akhir majlis. Melihat kepada sambutan hangat pada ceramah malam tadi ia memberi petanda bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah dan kuat. Dipercayai keadaan itu akan lebih hangat lagi selepas parlimen dibubarkan. Selain Mohamad Sabu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin juga turut sama hadir. Dalam perkembangan lain pada malam Jumaat (30 Mac 2012) Anwar akan bersolat hajat dan berceramah bersama Tok Guru Nik Aziz dan Dr Tan Seng Geow akan di Padang Perdana Kota Bharu. Di sebelah petang Anwar akan berada di Paloh Gua Musang untuk meraikan majlis kemasukan lebih 100 orang ahli dan penyokong Umno ke dalam parti PKR. Maklumat terbaru katanya Tengku Razaleigh Hamzah juga pada hari sama akan berada di Gua Musang. Apakah beliau akan bertemu dengan Tengku Razaleigh atau tidak tidak dapat dipastikan. [wm.kl.4:46 pm 28/03/12] Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/laporan-lewat.html |

You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan