Khamis, 29 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Status pembinaan Hospital Rembau

Posted: 28 Mar 2012 11:37 PM PDT



DEWAN RAKYAT
HARI KHAMIS, 29 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

6. PR-1251-L48302
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan
(b) bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDR29032012.pdf

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

Posted: 28 Mar 2012 07:37 PM PDT



Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.

Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.

Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.

Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Peneroka berang dengan Pengurusan Felda

Posted: 28 Mar 2012 07:29 PM PDT



Peneroka berang dengan Pengurusan Felda

Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor.

28 Mac 2012 TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna.

Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil.

"Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil.

"Malah saiz pokok kelapa sawit kelihatan seperti baru setahun ditanam. Saya percaya ini semua berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengurusan Felda yang tidak menguruskan ladang kelapa sawit ini dengan sempurna.

"Mereka melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menanam, membaja tanaman, 'pruning' dan membersihkan ladang kelapa sawit ini.

"Bagaimanapun kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kerja-kerja tersebut dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja-kerja kontraktor," jelas Said.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Nizam Ahmad pula berkata apa yang membuatkan beliau dan lain-lain peneroka berang ialah mereka dibebankan dengan hutang yang tinggi walaupun ladang kelapa sawit mereka tidak diuruskan dengan baik dan tidak mengeluarkan hasil.

"Contohnya dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan peneroka dari 2004 hingga 2010 saya dikenakan kos meracun sebanyak RM13,182.32. Sementara itu untuk kos baja pula saya dikenakan sebanyak RM17,918.37.

"Dicampurkan dengan bantuan sara hidup sebanyak RM1,400.00 sebulan sepanjang tempoh tersebut dan lain-lain perbelanjaan serta kos, hutang saya dengan Felda adalah sebanyak RM157,932.49 setakat 2010.

Tiada penyata jumlah hutang

"Bermakna jumlah hutang untuk 2011 sehingga 2012 tidak termasuk di dalam penyata ini. Saya ada meminta penyata terkini tetapi tidak diberikan oleh pengurusan Felda Bukit Rokan Utara," kata Nizam yang juga merupakan anak peneroka.

FMT juga diajak untuk melawat ladang-ladang milik peneroka untuk melihat sendiri keadaan ladang kelapa sawit tersebut.

"Anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan ladang kelapa sawit yang sudah menjadi seperti hutan belantara. Ada sebahagian jalan juga dipenuhi dengan semak.

"Sepatutnya dalam tempoh tahun ini pokok kelapa sawit ini sudah tinggi dan mengeluarkan hasil tetapi anda boleh melihat bagaimana keadaan pokok yang masih kecil dan tidak subur.

"Jika ada pun pokok kelapa sawit yang mengeluarkan hasil, buah kelapa sawit itu tidak dipetik dan dibiarkan busuk," jelas Nizam lagi.

Di akhir tinjauan, FMT cuba mendapatkan respon daripada pengurusan Felda Bukit Rokan Utara terutama daripada Pengurus Tanah Rancangan Felda tersebut, tetapi Abdul Jalal Ajad dikatakan sedang menunaikan Umrah di Mekah.

FMT juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Pertanian Felda Wilayah Raja Alias, Mohd Nor Fikri Zulkifli yang baru sampai ke pejabat Felda Bukit Rokan Utara ketika FMT berada di dalam pejabat tersebut.

Walaubagaimanapun Mohd Nor Fikri berkata hanya Abdul Jalal sahaja yang boleh memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh FMT.

Apabila ditanya siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor di ladang peneroka, Mohd Nor Fikri berkata itu adalah tugas Pengurus Tanah Rancangan Felda terbabit. Ibu Pejabat Felda Negeri Sembilan terletak di Felda Wilayah Raja Alias yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T Kumar pula mendedak Felda melupuskan hutang peneroka yang terbabit kerana masalah tidak menguruskan ladang kelapa sawit dengan sempurna adalah disebabkan kecuaian pengurusan Felda sendiri.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Zakaria Khalim; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/28/peneroka-berang-dengan-pengurusan-felda/

Serah kembali tanah ladang kami!

Posted: 28 Mar 2012 07:28 PM PDT



Seramai 150 peneroka berdemonstrasi secara aman di pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

28 Mac 2012 SEREMBAN: Seramai 150 peneroka Kampung Serampang Indah dari Serting hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Mohamad Hasan di sini bagi mendesak campur tangan beliau agar memulangkan semula tanah perladangan mereka secepat mungkin.

Mereka yang turut mewakili 250 peneroka yang lain berjumpa Menteri Besar di Balai Pengawal pejabat beliau. Mereka menyerahkan memorandum meminta Mohd Hasan berunding dengan syarikat Thamarai Holding Sdn Bhd agar tanah perladangan mereka dapat dikembalikan semula kepada keseluruhan 400 peneroka di Kampung Serampang Indah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), Abdul Rahman Ali Mohamad, 60, menjelaskan kronologi masalah yang membelenggu 400 peneroka terbabit timbul sejak 35 tahun lalu.

"Peneroka di sini membeli tapak kediaman seluas satu ekar dan tanah perladangan seluas 10 ekar daripada syarikat Gatco pada tahun

1977. Peneroka Bumiputera membayar RM4,000 manakala peneroka bukan Bumiputera membayar RM7,600.

"Pada tahun 1983, syarikat Gatco memperbaharui perjanjian dan melakukan pengubahsuaian dan keluasan tanah perladangan dikurangkan kepada lapan ekar.

"Gatco membuat pinjaman dengan dua buah institusi kewangan iaitu United Asian Bank dan Nederlandse Financierings-Maatschappijvoor Ontwikkelingslanden.

Bertolak dari masalah pengurusan, syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.

Tanah perladangan dilelong

"Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).

"Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut.

"Seterusnya tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.

"Persoalannya kenapa pihak pelelong tidak meneruskan urusan lelongan dengan kami. Jika kami gagal membayar baki RM16 juta dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh batalkan urusan ini," jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata mereka sanggup membeli tanah mereka pada harga RM18 juta dari Thamarai Holdings dan memohon jasa baik Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).

Kuasa MB

Tetapi selama ini Menteri Besar dan PKNNS tidak mahu membantu mereka walaupun kuasa tanah terletak di bawah Menteri Besar.

Seorang lagi wakil peneroka Kampung Serampang Indah, C John pula berkata keadaan semakin meruncing apabila Thamarai Holdings sudah membawa masuk jentera dan jentolak untuk membersihkan tanah ladang (pokok getah) mereka.

"Masalah kami sudah berlanjutan selama 35 tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad pernah berjanji untuk membawa masalah kami kepada perhatian Menteri Besar namun sehingga ke hari ini janji tinggal janji.

"Oleh yang demikian pada hari ini kami datang ramai-ramai untuk meminta Menteri Besar campur tangan dalam masalah tanah ini dan berunding dengan Thamarai Holdings agar kami mendapat semula hak kami.

"Kami sanggup membeli balik dari Thamarai Holdings dengan harga RM18 juta.

"Sebelum ini Thamarai Holdings bercadang menjual tanah kami kepada kami pada harga pasaran iaitu dari RM25,000 hingga RM30,000 seekar sedangkan mereka membeli tanah kami dengan harga RM4,000 seekar.

"Kami memberikan masa tujuh hari kepada Menteri Besar dan jika beliau gagal selesaikan masalah ini, kami akan membawa masalah ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak teragak-agak untuk membuat bantahan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya", kata John.

Orang tengah

Sementara itu drama demonstrasi aman dan penyerahan memorandum ini tidak berakhir apabila Mohamad Hasan ketika menerima memorandum berkata bahawa beliau akan menjadi orang tengah dalam masalah ini dan akan cuba berunding dengan Thamarai Holdings

Bagaimanapun selepas Mohamad Hasan menerima memorandum tersebut dan ketika baru meninggalkan peneroka terbabit terdengar laungan agar Mohamad Hasan menyelesaikan masalah ini dengan segera dari luar pagar oleh Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran.

Mohamad Hasan kembali semula ke Balai Pengawal dan berkata bahawa beliau tidak akan membantu peneroka sekiranya pembangkang campur tangan dalam isu ini.

Ini memaksa Abdul Rahman dan John menjelaskan kepada Mohamad Hasan bahawa isu ini tidak ada kena mengena dengan pembangkang dan ini merupakan masalah peneroka semata-mata.

Tanah milik syarikat swasta

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, Mohamad Hasan berkata masalah yang dihadapi oleh penduduk di tanah ladang ini sebenarnya bukan masalah kerajaan negeri.

"Tanah tersebut bukan milik kerajaan negeri sebaliknya milik syarikat swasta yang membeli tanah ladang itu melalui lelongan awam yang dibuat di mahkamah.

"Syarikat Thamarai Holding membeli tanah tersebut melalui lelongan awam dan kerajaan negeri tidak pernah menjual tanah tersebut kepada syarikat itu kerana segala urusan jual beli serta lelongan dilakukan di mahkamah dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

"Walaubagaimanapun kita akan berusaha berbincang dengan Thamarai Holdings bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

"Peneroka ini jangan terpengaruh dengan pihak lain yang cuba menghuru-harakan keadaan agar menjadi lebih sensasi.

"Saya pasti ada pihak lain yang cuma mempengaruhi peneroka dan membuat dakwaan bahawa kerajaan negeri yang jual tanah ladang itu kepada pihak luar sedangkan itu tidak betul.

"Janganlah terpengaruh dengan anasir luar. Siasat dulu dan faham betul-betul apa yang sebenarnya berlaku kerana masalah ini bukan satu perkara yang baru", ulas Mohamad Hasan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/28/serah-kembali-tanah-ladang-kami/

Kejohanan Futsal Tertutup Remaja Rembau 2012

Posted: 28 Mar 2012 06:17 PM PDT



KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP REMAJA REMBAU 2012
Tarikh : 11 April 2012, Rabu
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Gelanggang Tertutup Sports Planet , Senawang

Yuran : RM 20/pasukan
Hadiah : Johan RM 100, Naib RM 75, Ke-3 RM 50, Ke-4 RM 25

KATEGORI
1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.

Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi :
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com

Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.

Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila salurkan ke akaun :
Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muamalat (Seremban)
No Akaun : 05010001181713

atau akaun Maybank 155126945930

Sila dapatkan syarat kejohanan dan borang penyertaan di http://suraualamanda.blogspot.com/2012/03/kejohanan-futsal-tertutup-remaja-rembau.html

*************

Hukum sertai pertandingan memancing

Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

Posted: 28 Mar 2012 07:58 AM PDT


Berhati-hati mulai sekarang apabila menggunakan tandas awam atau apa-apa kemudahan awam.

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

28/03/2012 7:24pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Pendedahan mengejutkan ahli Pekida

Posted: 28 Mar 2012 07:42 AM PDT

Sila tonton klip video berikut yang tersiar sebelum ini di rancangan Eksklusif TV1 pada hari Khamis 22 Mac 2012 jam 10.30 malam. Pendedahan mengejutkan ahli Pekida yang ditemuramah bermula pada minit yang ke 08:35


Tiada ulasan:

Nuffnang