Khamis, 29 Mac 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KUNJUNGAN SIMPATI ADUN CHANGKAT JONG DI KG. CHANGKAT JONG

Posted: 29 Mar 2012 07:24 AM PDT


TELUK INTAN, 29 Mac - Petang tadi, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah melawat dua buah rumah di sekitar Kg. Changkat Jong dekat sini. Ia turut disertai oleh Ketua Cawangan Changkat Jong, Sdr. Salleh Ibrahim serta Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Pemuda cawangan.
YB Anuar menyampaikan sumbangan.
YB Anuar dan Sdr. Salleh bersama ibu bapa Yusri.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah seorang remaja lelaki, Adik Yusri bin Mustajab, 18, yang masih dalam keadaan koma setelah mengalami kemalangan motosikal lapan bulan yang lalu. Menurut bapa remaja tersebut, Encik Mustajab, anaknya itu baru sahaja pulang ke rumah setelah tiga berada di Hospital Ipoh. Sebelum itu, anaknya telah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Berita tentang Adik Yusri pernah diterbitkan di dalam blog ini. 

Keadaan Adik Yusri masih tiada sebarang perubahan, oleh kerana itu beliau telah diminta oleh keluarganya untuk kembali ke rumah. Keadaan Adik Yusri begitu menyedihkan dan menimbulkan keinsafan. Atas rasa simpati, YB Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan kepada keluarganya.
YB Anuar bertanya khabar.

Encik Bakri menceritakan saat kematian anaknya. Di sebelah ialah isteri beliau.

Kemudian, YB Anuar serta ahli rombongan ziarah telah menuju ke Taman Maju di Batu 12 Jalan Bidor untuk menziarahi keluarga yang baru kematian anak perempuan mereka. YB Anuar telah disambut mesra oleh suami isteri walaupun suasana masih lagi dalam keadaan sedih.

Menurut En. Bakri, anak perempuannya, Maizurah binti Bakri, 19, telah maut setelah mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke sekolah pada waktu pagi. Menurut beliau, anaknya yang menunggang motosikal telah terlanggar seekor lembu yang mati di jalan raya yang menyebabkan koma dan keesokan harinya telah meninggal dunia. Anak bongsunya itu merupakan seorang pelajar Tingkat Enam Atas di SMK Seri Perak, Teluk Intan.

Beliau yang menerima sumbangan daripada YB Anuar berasa berbesar hati apabila menerima kunjungan wakil rakyat itu.

intanhijau.blogspot.com


Tiada ulasan:

Nuffnang