Khamis, 29 Mac 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa terus cemerlang.

Posted: 28 Mar 2012 04:18 PM PDT

Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa telah terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat di kawasan Parlimen itu.

Begitulah kata Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka ketika merasmikan Hari Kesihatan 2012 anjuran pusat khidmat tersebut dengan kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Pusat Khidmat ADN Chempaka di Kg Perwira Jaya dan Kg Desa Pahlawan.

Kampung-kampung tersebut adalah unik kerana ia sebenarnya merupakan satu kampung di mana Kg Perwira Jaya terletak di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka, Selangor sementara Kg Desa Pahlawan di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kedua-dua kampung itu berkongsi masjid yang sama.

Sempena hari kesihatan itu, Iskandar telah menziarahi beberapa orang warga emas di rumah mereka.

Menurut Iskandar, pusat khidmat tersebut telah berjaya mengisi kekosongan setelah pemergian Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Dato' Haji Ghazali tahun lepas.

Katanya program-program telah dijalankan oleh pusat khidmat itu untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat di Titiwangsa.

Iskandar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat melalui pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor melaksanakan program-program membantu rakyat setelah menang pilihanraya dalam tahun 2008 tetapi Barisan Nasional melaksanakan program-program membantu rakyat setelah kalah di lima negeri", ujar beliau lagi - Chempaka Online.

Tiada ulasan:

Nuffnang