:: cina islam | 2011 :: |
- Pelakon Abu Bakar Omar hadir ceramah PKR
- Spesies baharu katak terbang ditemui di Vietnam
- [BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak
- Ribut salji landa Baitulmuqaddis
- 'Saya hampir hilang nyawa'
- Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN?
- Nahas feri, lebih 50 cedera
- Kes dera: Bayi dicucuh rokok, ikat kaki
- Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Khalwat Bakal di Naik Pangkat
- HKR: Panduan penting untuk keselamatan peserta
- “MENDIDIK GENERASI RABBANI”
- Murid tahun empat cemas, kenderaan dipandu ibu dirempuh
- Bersih 3.0: 49 saksi beri keterangan kepada Suhakam
- TERKINI! Akhbar Malaysia Tak Berani Siar Kajian Pakar Ekonomi Bank Islam Ramal Pakatan Menang!
- Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN
- Tarbiah PAS berjaya menyelamatkan akidah
- Dosa 'jahil' 15 tahun
- Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka
- Hormati hak berhimpun secara aman - Suhakam
- Budak parah diserang Rottweiler
- Kasut, beg lukisan tangan semakin mendapat sambutan
- Bayi ditinggal atas tembok masjid
Pelakon Abu Bakar Omar hadir ceramah PKR Posted: 11 Jan 2013 12:23 AM PST Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi. Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam. Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik". Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan tapak ceramah malam tadi. Beliau juga hanya ketawa kecil apabila ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini 'ketagih' untuk terus berceramah. Ditanya jika beliau akan turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama. "Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas. Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an. Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981. Generasi muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004. malaysiakini/- | |||||||||||||||||||||||||
Spesies baharu katak terbang ditemui di Vietnam Posted: 11 Jan 2013 12:17 AM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - SYDNEY - Seorang ahli biologi Australia, Jodi Rowley dan beberapa rakannya dari Vietnam telah menemui satu spesies baharu katak yang boleh terbang. Penemuan itu dibuat di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh Thuan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh. Katak berwarna hijau itu 'terbang' dari sepohon pokok ke pokok yang lain. Haiwan itu hanya turun dari pokok ketika musim mengawan. Baru-baru ini, spesies haiwan tersebut diberi nama Katak Pokok Helen. Helen merupakan nama ibu Rowley. - Reuters | |||||||||||||||||||||||||
[BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak Posted: 10 Jan 2013 11:49 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - Bukit Mertajam - Dua suspek dipercayai antara tujuh tahanan yang meloloskan diri semasa dibawa untuk prosiding ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu mati ditembak di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu jam 1 tengah hari tadi. Dua suspek itu ditembak sepasukan anggota polis yang mengejar mereka selepas berbalas tembakan di tepi tali air kampung berkenaan.kibat insiden itu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan terhumban ke dalam tali air berkenaan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama. Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu. Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di kampung berkenaan dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri. Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi. Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu. Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.
-kacipemas | |||||||||||||||||||||||||
Ribut salji landa Baitulmuqaddis Posted: 10 Jan 2013 11:47 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - BAITULMUQADDIS - Ribut salji yang jarang berlaku telah melanda kawasan utara Israel dan melumpuhkan pengangkutan awam di Baitulmuqaddis semalam. Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup. Seorang pegawai sebuah agensi bencana di Baitulmuqaddis, Elisha Peleg meminta penduduk tidak keluar ke rumah ekoran ribut salji itu. Sebuah stesen radio tentera Israel memberitahu, salji setebal 10 sehingga 15 sentimeter memenuhi Baitulmuqaddis. Kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa juga turut dipenuhi dengan salji. Di Ramallah, Tebing Barat, Palestin, sejumlah penduduk termasuk kanak-kanak bermain salji. Seorang penduduk, Dawla Suleiman, 23, saling membaling bola salji dengan rakan-rakannya. "Ini merupakan hari yang indah. Ia merupakan hari untuk bermain dan bergembira (bermain salji)," katanya. Seorang penduduk di Kampung Qusra, Tebing Barat, Abdelhamid Qusrawi berkata, salji yang turun itu adalah yang paling lebat pernah dilihatnya. "Pada tahun 1991, kami pernah melihat lebih banyak timbunan salji. "Bagaimanapun, selepas 10 tahun, hari ini (semalam) kami menyaksikan salji turun dengan lebat ," tambahnya. Menurutnya, dia suka dengan salji. "Saya keluar rumah dan bermain dengan beberapa anak saudara saya," katanya. Abdelhamid berkata, dia membaling bola salji ke arah beberapa anak saudaranya. Sementara itu, salji juga turun di Damsyik, Syria walaupun negara tersebut dilanda pertempuran antara penduduk tempatan yang menentang Presiden Bashar Al-Assad. Salji juga kelihatan di bandar Homs. Pertempuran antara penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011. Kumpulan penentang yang terdiri daripada rakyat tempatan bertindak menentang Bashar kerana beliau dianggap gagal membawa pembaharuan dan kebebasan hak bersuara. Lebih 43,000 orang dilaporkan telah terbunuh di Syria. Salji juga turun di sempadan Lebanon dengan Israel. Di Jordan, pemerintah negara itu, Raja Abdullah II mengarahkan pihak tentera membantu mangsa-mangsa yang terperangkap akibat salji. Ribut salji itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di Lebanon, Jordan dan Israel. - Agensi | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 11:22 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - PAGI itu agak sunyi berbanding hari-hari sebelumnya, tiada bunyi kicauan burung kecuali unggas hutan yang galak sejak malam tadi. Cuaca agak gelap. Air Sungai Batang Lupar mengalir lesu dan dalam keadaan berbalam-balam, kelihatan beberapa kayu reput dihanyutkan dari hilir sungai. Pagi itu, tanggal 5 Jun 2007, kira-kira jam 6.30 pagi, seperti rutin hariannya, Abang Marais Abang Adeng, 66, turun ke sungai mengalihkan perahunya yang digunakan untuk menangkap ikan. Di dalam hati, dia tidak pernah terfikirkan apa-apa walaupun sungai itu banyak meragut nyawa manusia, bukan kerana lemas tetapi menjadi mangsa buaya. ABANG Marais menunjukkan tempat dia diserang buaya sepanjang empat meter ketika mahu mengubah perahunya. Baginya ajal ditentukan Ilahi, jika ditakdirkan mati, sesiapa pun tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika turun ke sungai, hujan renyai-renyai dan sesekali pandangannya tertumpu ke beberapa perahu lain yang ditambat di jeti. Dulu, ketika kanak-kanak, sungai itu sering menjadi tempat dia dan rakan-rakannya bermain. Justeru, tidak hairanlah, kanak-kanak di kampung itu mahir berenang. Ketika itu, air sungai agak dalam, melepasi kepala kerana air pasang dan sambil ke perahunya, bapa kepada 10 anak itu tersenyum sendiri mengenangkan kisah silam. Kehidupan zaman kanak-kanak memang menyeronokkan. Ketika berenang beberapa meter dari perahunya, tiba-tiba dia mendengar air sungai berkocak kuat dan serentak itu, seekor reptilia berukuran empat meter panjang dan satu meter lebar meluru ke arahnya dari belakang. Abang Marais panik seketika, apakah makhluk itu? Ketika cuba menoleh, dia terkejut melihat seekor buaya dengan mulut terbuka mahu menggigitnya. Melihat buaya secara dekat begitu memang menakutkan, jika tiada ilmu dan pengalaman, pasti menjadi mangsa sang bedal. Namun, pengalaman sebagai nelayan, dia mengumpul segala kudrat kerana dia faham benar perangai buaya, sekali menggigit, haiwan itu tidak akan melepaskan mangsanya. "Saya masih ingat, ketika berenang ke perahu, kira-kira 50 meter dari tebing, leher saya diterkam sesuatu dan apabila menoleh ke belakang, 'objek' itu cuba melemaskan saya. "Saya menggunakan segala kudrat bagi menyelamatkan diri," katanya. Mulutnya tidak henti-henti membaca ayat suci al-Quran, malah dalam fikirannya dia hanya mahu melepaskan gigitan itu. "Saya ternampak kayu belian yang dipacak lalu memaut menggunakan tangan kiri. Nyawa saya ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk, namun saya bulatkan tekad dan bertawakal. "Ketika itu saya terbayangkan isteri, Boriah Bujang dan 10 anak di rumah. Apa terjadi jika saya tiada lagi, siapa akan mencari rezeki? Isteri kehilangan suami dan anak-anak tanpa ayah lagi. "Saya tawakal kepada Allah kerana jika Yang Maha Esa masih memberi izin, saya berazam untuk hidup lagi," katanya. Air sungai yang tadinya tenang, kini bergelombang kerana dua makhluk bertarung antara hidup dan mati. Katanya, buaya itu beberapa kali cuba melemaskan saya tapi tangan kiri saya tidak melepaskan pautan itu dan menggunakan tangan kanan, dia cuba membuka mulut buaya. "Seperti ada kuasa luar biasa, saya melawan haiwan yang dianggap 'raja sungai'. "Saya kata dalam hati, mesti lawan haiwan ini, bukan menyerah dan terus menjadi mangsa walaupun mulutnya menggigit tubuh saya. "Saya terus berusaha membuka mulut sang bedal. "Apabila bahagian leher terlepas, buaya itu cuba menggigit tangan tetapi saya terus melawan. "Seperti tidak percaya, buaya itu melepaskan gigitan lalu melarikan diri," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Lingga, Sri Aman. Dia naik ke darat dalam keadaan tubuh dibasahi darah selepas beberapa bahagian koyak akibat terkena gigitan. Dalam kesakitan, dia meminta pertolongan penduduk kampung sebelum dihantar ke Klinik Lingga, namun disebabkan kecederaan parah, dia dikejarkan ke Hospital Sri Aman dan terlantar selama hampir seminggu dan lebih 50 jahitan. Menceritakan pengalaman melawan sang bedal, Abang Marais berkata, dia tidak sebarang ilmu melainkan bertawakal kepada Allah. "Saya tiada ilmu menundukkan buaya, itu semua takdir Ilahi," katanya. Sungai Batang Lupar cukup terkenal dengan kelibat buaya, malah penduduk kerap terserempak raptilia itu ketika air surut malah ada yang berukuran 12 meter panjang dan berwarna hitam. "Ada seekor buaya katak berwarna hitam, kerap ditemui penduduk melintang melawan arus sungai. Setakat ini, kedua-dua buaya itu tidak mengganggu penduduk kampung," katanya. Katanya, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ada memberitahu, biasanya buaya mengganas antara Jun hingga September kerana dalam tempoh itu, reptilia berkenaan sedang mengawan," katanya. metro/- | |||||||||||||||||||||||||
Majlis serah bantuan RM100 pelajar 2013 mesti pilih pemimpin BN? Posted: 10 Jan 2013 11:15 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013: Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan? Garis Panduan Penyediaan Banner Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, "hukumnya" akan menjadi persamaan seperti di bawah ini : "Parti = Kerajaan = Negara" Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain? Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan. Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Di dalam ucapan pemimpin Barisan Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini nanti, mungkin akan ada sedikit "nasihat", "amanat" dan "peringatan" untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin? PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua? harakah/- | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 10:56 PM PST MANHATTAN - Sekurang-kurangnya 50 cedera selepas feri di New York merempuh sebuah jeti di pinggir ibu kota, kelmarin. Menurut jurucakap Jabatan Bomba New York, kemalangan melibatkan feri Wall Street yang membawa 326 penumpang itu berlaku selepas pengangkutan kendalian Seastreak tergelincir dari laluan sebelum merempuh jeti tersebut. "Ketika kejadian, feri itu berkelajuan antara 10 hingga 12 knot dan berlaku angin lintang di kawasan berhampiran," katanya. Setakat ini, jumlah mangsa cedera adalah seramai 57 orang termasuk 10 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Manhattan manakala menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital di Brooklyn. - The Guardian | |||||||||||||||||||||||||
Kes dera: Bayi dicucuh rokok, ikat kaki Posted: 10 Jan 2013 10:55 PM PST Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin. Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini. Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin. Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu. Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang. Harian Metro | |||||||||||||||||||||||||
Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Khalwat Bakal di Naik Pangkat Posted: 10 Jan 2013 10:53 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - "Seorang Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia yang juga merupakan seorang Professor yang dipinjamkan dari salah sebuah IPTA dari Pantai Timor khabarnya bakal dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT. Beliau yang pernah ditangkap khalwat awal tahun 2012 di salah sebuah hotel di Negeri Perak nampaknya 'masih berbintang cerah'. Pejabat Pendakwaan Agama Islam Perak akan memulakan prosiding pendakwaan awal Januari ini, namun kita lihat tindakannya amat lewat berbanding kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Yang membimbangkan kami di KPT adalah bagaimana pihak kerajaan/KPT masih mempercayai pegawai ini , yang rosak akhlaknya dan mempunyai tabiat pentadbiran yang buruk serta tidak bermaruah, masih dikekalkan sebagai Pengarah, malah bakal dinaikkan pangkat pula!. Tidak lama dahulu beliau diwar-warkan akan menerajui salah sebuah IPTA sebagai Timbalan Naib Canselor dan kini namanya turut di hebohkan sebagai Naib Canselor sebuah IPTA di Pantai Timor Malaysia. Terakhir beliau merupakan calon Timbalan Ketua Pengarah KPT pula! Kearah manakah pentadbiran sektor awam di Malaysia dengan mengambil keputusan terpilih dan tidak mementingkan kualiti dan moral pentadbirnya. KPT dan kerajaan juga dilihat bersikap double standard dalam keputusannya, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan diambil tindakan turun gred, tetapi Pengarah KPT ini amat KEBAL dan tiada tindakan diambil setakat ini. Pihak Jabatan Agama Islam Perak juga amat perlahan dalam membuat pendakwaan dan hingga kini telah hampir 9 bulan kertas pendakwaan pun tidak kelihatan. Adakah pihak Jabatan Agama Islam Perak melindungi pegawai ini? Atau ada pihak2 atasan KPT melindunginya?. Kami pegawai KPT amat sangsi dengan keadaan ini. Beberapa persoalan perlu di lihat dalam kes ini:- (a) Jika Pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT adakah pihak kerajaan rela perkhidmatan awam memiliki pegawai kanan yang rendah moral dan tidak bermaruah. Adakah ini hasrat kerajaan sedangkan YAB Perdana Menteri menekankan pegawai awam hendaklah terdiri dari mereka yang berintegriti, tinggi moral dan berakhlak tinggi. (b) Jika Pengarah ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor atau Naib Canselor IPTA, adakah kerajaan memang berhasrat untuk melantik seorang yang menjadi contoh buruk kepada mahasiswa sebagai pimpinan institusi akademik berkenaan? Kalau inilah hasrat kerajaan, maka hasrat YAB PM mahu melihat IPTA mara kehadapat dari sudut keilmuan dan syahsiah wasatiyah yang tinggi hanya akan tinggal agan-agan kosong! (c) Jika pegawai ini dikekal pula sebagai Professor IPTA , maka dakwaan "profesor kangkong" terhadap segolongan profesor IPTA adalah benar kerana Pengarah yang dipinjam dari sebuah IPTA ini bukanlah dinaikkan pangkat kerana merit, sedang beliau hanya memiliki tidak lebih dari lapan (8) penerbitan (itupun tidak berimpak tinggi), tiada geran penyelidikan yang outstanding dan malah khabarnya jawatankuasa sepakaran IPTA berkenaan juga tidak memperakukan kenaikan pangkat beliau. Jika beliau dilantik pula sebagai Naib Canselor atau TNC maka inilah tanda-tanda kehancuran sebuah menara ilmu. Jadi : Kemanakah halatuju perkhidmatan awam? Jika ia dikelilingi oleh pegawai rendah moral dan akhlak serta tiada integriti. Kemanakah pula halauan IPTA? Jika Profesornya seorang 'kaki wanita', bersifat ke'kangkong'an dan diberi kepercayaan pula sebagai pentadbir utamanya? tranungkiter/- | |||||||||||||||||||||||||
HKR: Panduan penting untuk keselamatan peserta Posted: 10 Jan 2013 10:51 PM PST KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu ini disaran mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur bagi kelancaran sepanjang himpunan. APA YANG PERLU DIPAKAI Pakaian yang selesa untuk bergerak termasuk alas kaki/kasut yang sesuai. Pakaian bersih dalam beg – untuk ditukar jika terkena bahan kimia. Baju hujan boleh dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (jika ada) termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection). APA YANG PERLU DIBAWA Bawa air mineral/minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral/minuman 500 ml. Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan. Makanan seperti coklat, snek makanan ringan. Jika anda ada masalah kesihatan serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihati anda mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini. Jika anda ada masalah kesihatan yang terkawal dan mahu menyertai perhimpunan, pastikan bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya sehari termasuk alat inhaler untuk pesakit asma. Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa. Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu. PERKARA YANG PERLU/DILARANG UNTUK DILAKUKAN Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum perhimpunan. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindak balas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan. Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan/keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian. Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama. Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata. PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA (Jika ada) Tanda-tanda terkena bahan kimia: * Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit * Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan * Cecair hidung keluar secara berlebihan * Batuk dan sesak nafas * Pening Tanda-tanda di atas hanya sementara. Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan 'pepper spray' memerlukan 20 minit-2 jam. Bagaimana menghadapinya: BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara. Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan. "JANGAN SAPU MUKA" Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin. Sila dapatkan bantuan sukarelawan 'Pasukan Perubatan' yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan. Jika anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai. * Maklumat ini sekadar panduan kepada peserta. Ia hanya maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain. Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri. - Sekritariat HKR | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 09:24 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak kita kembali ke alam persekolahan. Berbagai ragam dapat kita lihat pada diri anak-anak kita setelah berbulan mereka bercuti sekolah. Namun inilah rutin biasa yang perlu ditempuh oleh kita sebagai ibu bapa demi membina generasi yang cemerlang yang bertaqwa di masa akan datang. Menghantar anak-anak ke sekolah harian atau sekolah berasrama bukanlah bermakna kita menyerahkan urusan pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa dan pihak sekolah hendaklah saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6: Maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Ibu-bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Anak-anak pada peringkat awal pembesaran mereka, memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang berkesan sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai usia baligh. Ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun. Para ulama' telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. Jika kita tidak mengambil berat terhadapa keperluan anak-anak kita, mereka akan terdedah kepada gejala rosak akhlak, ajaran sesat, hilang kemuliaan akhlak dan maruah, begitu juga aspek pendidikan turut ketinggalan. Sesungguhnya kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti ibu bapa pada hari ini adalah tercabutnya akhlak anak-anak daripada diri mereka yang boleh mengheret mereka ke kancah krisis gejala sosial. Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar awal dari jemaah sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh daripada kita sebagai ibu bapa. Dalam hal ini, kita perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin perkara tersebut, kita sebagai ibu bapa hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 7 petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut: 1. Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara berterusan, seelok-elok para bapa hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu bersama anak-anak, 2. Memastikan anak-anak mempelajari dan membaca al-Quran setiap hari, 3. Memastikan anak-anak mendapat makanan halal lagi baik, 4. Membudayakan amalan-amalan sunnah Rasulullah bermula bangun dari tidur sehingga tidur semula, 5. Membudayakan amalan membaca bagi menambah ilmu pengetahuan, 6. Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, 7. Mengadakan perjumpaan dengan guru mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah, tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga adalah memastikan mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi penghormatan yang tinggi kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan anak-anak kita. Oleh itu, janganlah kita mudah melenting, hilang kewarasan, tetapi bersifatlah berlapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas anak-anak. Kita perlu yakin bahawa tindakan guru adalah untuk mendisiplinkan anak-anak kita dengan memberi pengajaran dan memulihkan akhlak merekasupaya menjadi insan yang berguna. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72: Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.". بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ Maksudnya : Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu , dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat (surah al-Mujadalah : ayat 11) أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah : 1. Mendidik anak-anak adalah merupakan kefardhuan dan tanggungjawab setiap ibu bapa. 2. Menghantar anak ke sekolah bukan bermakna kita melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah. 3. Ibu bapa perlu memastikan perancangan dan matlamat mendidik anak-anak mereka tercapai 4. Keutamaan pendidikan anak-anak hendaklah menepati kehendak Islam iaitu keutamaan kepada pendidikan agama supaya anak-anak dapat menjadi manusia yang bertaqwa. 5. Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak. 6. Kejayaan kita sebagai ibu bapa mendidik anak adalah kejayaan dunia akhirat. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | |||||||||||||||||||||||||
Murid tahun empat cemas, kenderaan dipandu ibu dirempuh Posted: 10 Jan 2013 08:15 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - TEMERLOH – Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab Jaya di sini mengalami saat mencemaskan apabila kenderaan dipandu ibunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat hadapan sekolah dekat Kampung Megat Segama di sini, semalam. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Latifah Abd Ghani 42, yang memandu Perodua Myvi baru keluar dari simpang sekolah selepas mengambil anaknya Umi Aishah Mohd Nasir untuk pulang ke rumah di Taman Seri Kemuning. Menurutnya, sebaik lampu isyarat menghala ke bandar Temerloh bertukar hijau dia terus memandu keluar dari simpang sekolah tetapi secara tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bandar Temerloh terus merempuh bahagian hadapan keretanya. "Akak terkejut sangat, tiba-tiba kereta akak dirempuh sebelah kanan dan berpusing ke kiri," katanya di tempat kejadian semalam. Latifah berkata, akibat rempuhan itu kereta dipandunya beralih kedudukan manakala Perodua Myvi yang melanggarnya terbalik. Latifah bersama anaknya kemudian dibantu orang ramai mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Songsang. Kedua-dua beranak itu dilaporkan hanya alami bengkak-bengkak di tangan. Sinar Harian yang kebetulan berada di tempat kejadian merakamkan detik cemas orang ramai cuba membantu mengeluarkan dua mangsa dari kereta yang terbalik. Sementara itu, menurut penumpang wanita dalam kereta Perodua Myvi yang merempuh kereta Latifah, dia bersama adik lelakinya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis. "Kami ada temu janji di hospital, sampai di sini tiba-tiba terbabit kemalangan, nak buat macam mana lagi," katanya yang enggan dikenali. Beberapa peniaga berhampiran tempat kejadian menggesa pihak berkuasa meletakkan lebih banyak papan tanda keselamatan di kawasan terbabit selain memanjangkan tempoh lampu isyarat di situ. sinar/- | |||||||||||||||||||||||||
Bersih 3.0: 49 saksi beri keterangan kepada Suhakam Posted: 10 Jan 2013 08:00 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menamatkan siasatan awam ke atas kejadian semasa dan selepas perhimpunan 28 April tahun lalu, 29 hari selepas pendengaran pertama pada 5 Julai 2012. Sejumlah sebanyak 49 saksi termasuk 19 orang awam, empat anggota media, 18 anggota polis dan lapan pakar profesional telah memberikan keterangan mereka di hadapan tiga anggota Panel Siasatan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Khaw Lake Tee (gambar) memberitahu kebanyakan orang awam dan media hadir atas kehendaknya sendiri manakala anggota polis dipanggil berdasarkan senarai nama yang telah diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia atau keterangan saksi semasa pendengaran awam. Menurutnya, pendengaran semalam, tiga pemerhati mewakili Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam dan Perhimpunan Bersih 3.0, telah dijemput untuk membuat penghujahan mereka kepada Panel untuk dipertimbangkan. "Panel akan menimbang semua keterangan dan penghujahan dalam penyediaan laporan yang dijangka siap dan dikemukakan awal Februari. Suruhanjaya telah mula mengumumkan siasatan awam pada 21 Mei 2012," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam. Menurutnya, siasatan itu dijalankan susulan daripada aduan dan memorandum yang diterima oleh Suhakam atas dakwaan penggunaan tenaga yang tidak seimbang oleh pegawai penguatkuasa ke arah peserta dan anggota media semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April. Katanya, Suhakam juga telah menurunkan pasukan pemantau semasa perhimpunan tersebut. "Ini adalah siasatan kesembilan awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya sejak penubuhannya, di mana separuh daripada jumlah yang dijalankan berikutan aduan dan memorandum mengenai penyalahgunaan kuasa dan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dalam menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan awam," jelasnya. Dalam melaksanakan perlindungan dan promosi hak asasi manusia, ujarnya Suhakam mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia dan sekiranya mewajarkan sebuah siasatan diadakan, Suruhanjaya, di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), mempunyai kuasa untuk memperoleh dan menerima semua keterangan dan memanggil mana-mana orang untuk memberikan keterangan. Dalam hal ini, jelasnya lagi Suhakam ingin menegaskan bahawa kuasa untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan pencabulan hak asasi manusia berasal dari Seksyen 12 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Dalam menjalankan siasatan itu, katanya Suhakam menunaikan kewajipan sebagai badan berkanun dan tanggungjawabnya untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di negara ini seperti yang dimandatkan oleh Akta 597. harakahdaily/- | |||||||||||||||||||||||||
TERKINI! Akhbar Malaysia Tak Berani Siar Kajian Pakar Ekonomi Bank Islam Ramal Pakatan Menang! Posted: 10 Jan 2013 07:30 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - Kurang 24 jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak seakan menambah semangat peserta himpunan! Bukan setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang kali ini. Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya. Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara. Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini. Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka. Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion tahun lalu. Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu. Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan. BN kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British. harakahdaily/- | |||||||||||||||||||||||||
Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN Posted: 10 Jan 2013 07:06 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar sertai menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang. Arahan ini telah terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD) di Johor. Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya". Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan. Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang. malaysiakini/- | |||||||||||||||||||||||||
Tarbiah PAS berjaya menyelamatkan akidah Posted: 10 Jan 2013 07:04 PM PST Kehadiran PAS sebagai sebuah jamaah di negara ini secara rasmi 1951 untuk menerangkan Islam kepada masyarakat, bahawa Islam ialah ajaran yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran PAS, apabila ada di kalangan orang agama di dalam Umno yang memberi teguran kepada pemimpin Umno mengenai masalah Islam tidak dipedulikan. Semua cadangan hanya dibakulsampahkan sahaja. Isu loteri dibantah oleh ulamak di dalam Umno, tetapi tidak dipeduli, kerana yang penting ialah duit. Begitu juga dengan isu Natrah yang telah dikembalikan kepada agamanya oleh mahakamah Singapura pada tahun 1950, Umno membisu. Akhirnya ulamak mengambil pendirian bahawa mereka perlu kepada satu badan yang bebas untuk menyatakan Islam dan mempertahankan Islam. PAS sebagai sebuah parti yang dasarnya Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3, tidak pernah berganjak daripada menyatakan tentang Islam. Seruan ini disampaikan kepada masyarakat tidak kira musim. Sama ada sewaktu pilihanraya atau selepas pilihanraya. Tugas PAS ialah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. PAS bukan semata-mata parti politik yang bergerak di musim pilihan raya, tetapi PAS juga sebagai sebuah jamah Islam yang menyampaikan seruan Islam kepada semua manusia tanpa ada had musim. Pimpinan PAS terutamanya yang bergelar ulamak atau ustaz bekerja menyampaikan seruan Islam tanpa jemu-jemu. Mereka menerangkan Islam daripada perkara masuk tandas sampai kepada soal pemerintahan (politik). PAS dibantu oleh Tuan Guru pondok, walaupun mereka ini bukan memegang apa-apa jawatan di dalam PAS, namun pendirian mereka selari dengan apa yang dipegang oleh PAS. Maka mereka banyak membantu PAS melalui kelas-kelas pengajian mereka. Hasil daripada tarbiah mereka juga melahirkan kader-kader PAS. Bukan satu kerja yang mudah untuk memecah kefahaman tradisi yang sudah berkarat lama di dalam pemikiran masyarakat. Ajaran Islam hasil peninggalan penjajah yang mengajar Islam hanya di dalam bentuk ritual, yakni hubungan dengan Allah semata-mata. Islam tidak diajar sebagai tatacara hidup yang lengkap. Akhirnya inilah yang menjadi anutan dan kepercaayaan sebahagian besar masyarakat di negara ini. Mereka didedahkan Islam yang sempit, sama ada melalui kelas pengajian formal (sekolah) atau tidak formal (surau dan masjid). Walau pun penjajah sudah lama pergi meninggalkan negara ini, namun kepercayaan mereka terhadap Islam yang sempit sukar untuk diubah. Ketika inilah ulamak-ulamak PAS yang bekerja siang malam menyampaikan seruan ini kepada masyarakat. PAS hanya berdakwah bukan menghukum. Kerja menyelamatkan akidah umat adalah satu tanggungjawab semua pihak. PAS mengambil tanggungjawab ini setelah Umno kurang mengambil perhatian perkara ini. Walau pun penjajah telah mengangkat kaki daripada bumi bertuah ini, namun mereka masih meninggalkan karat-karat sekular. Ajaran yang diajar, Islam hanya soal peribadi, tidak ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Rakyat hanya faham bahawa Islam yang ada pada batang tubuh mereka tidak akan terbatal. Mereka hanya diajar batal sembahyang, batal wuduk, batal haji, batal puasa, tetapi tidak diajar batal Islam. Kesannya ada manusia yang berbicara sehingga menjejaskan akidah. Mereka ini bukan orang jahil dalam agama, malahan terdiri daripada orang yang faham agama bergelar ustaz, tuan Imam dan sebagainya. Mereka ini berbicara di dalam dua keadaan, satu kerana memang tidak faham tentang konsep Islam yang sebenar. Mungkin kerana mereka tidak mempelajari secara mendalam. Kedua, mereka faham tetapi buat-buat tidak faham, kerana kepentingan duniawi. Sedangkan ulamak PAS hanya menerangkan perkara yang membatalkan Islam. Seperti mana yang telah diajar mengikut disiplin keilmuan Islam. Atas kaedah yang disimpulkan oleh ulamak. "Siapa yang mengakfirkan orang Islam maka ia kafir. Siapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka ia kafir. Siapa yang ragu terhadap kekafiran seseorang maka ia kafir" Malangnya orang yang selalu mengkafirkan Umno, sekarang sudah masuk Umno. Mungkin kerana tidak ada lagi orang Umno yang hendak dikafirkan. Mereka ini ialah golongan pelampau yang tidak mengikut uslub yang diputuskan oleh jamaah. Benarlah apa cara sekalipun kita mesti sederhana. Bertepatan dengan peringatan nabi SAW: "Sebaik-baik perkara ialah pertengahan". Hasil daripada penerangan yang dilakukan oleh ulamak PAS terutamanya, masyarakat sudah mendapat pencerahan. Mereka tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan memperolok-olok hukum Islam. Satu ketika dahulu sering kita dengar pimpinan Umno dan orang-orang agama di dalam Umno yang mengatakan jika laksanakan Islam akan mendatangkan huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi akan dibolot oleh orang bukan Islam kerana orang Islam dipotong tangan. Jika laksanakan Islam, tidak ada lagi batu untuk membuat jalan kerana diguna untuk melontar orang berzina. Ini ucapan yang tidak mempunyai kaitan dengan politik Pas, sebaliknya ia bersangkutan dengan akidah. Pas sebagai parti Islam wajib menyelamatkan akidah umat daripada sesat yang akan membawa kepada kekal di dalam neraka. Atas kesedaran bahayanya gejala yang boleh merosakkan akidah maka Kerajaan Saudi telah mengedarkan risalah kecil kepada jamaah haji dan umrah. Buku yang memberi amaran kepada semua jamaah agar menjaga akidah dan memelihara perkara yang boleh membatalkan Islam dan haji. Begitu juga di dalam Kitab Mastika Hadis jilid pertama halaman 225-229 telah membicara dengan panjang lebar mengenai gejala membatalkan akidah. Diterangkan dengan ulasan yang menarik, akidah boleh terbatal melalui perkataan, perbuatan dan iktikad. harakah/- | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jan 2013 07:00 PM PST Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam. Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu. Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam. "Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas. DUA beradik menceritakan pengalaman memakai susuk. "Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh," katanya. metro/- | |||||||||||||||||||||||||
Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 06:40 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak. "Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis. "Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. (Gambar atas) Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai. "Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam. "Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya. Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai. Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang. Guna pengangkutan awam Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan. "Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam. "Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya. Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan. harakahdaily/- | |||||||||||||||||||||||||
Hormati hak berhimpun secara aman - Suhakam Posted: 10 Jan 2013 06:30 PM PST 28 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan kesediaan pihak polis untuk memudahcarakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 seperti yang umumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, pihaknya turut menyambut baik dialog yang diadakan di antara pihak polis dan penganjur himpunan bagi memastikan hak untuk berhimpun dilaksanakan sepenuhya dalam perhimpunan yang akan dijalankan ini. Katanya, Suhakam juga mengalu-alukan jaminan Ketua Polis Negara dalam memastikan personel polis memaparkan nama dan nombor badan semasa menjalankan operasi mereka sepertimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya berdasarkan dapatan inkuri awam terdahulu berkenaan dakwaan penggunaan kekerasan melampau oleh pihak penguatkuasa. "Walaupun Suruhanjaya mengambil maklum bahawa wakil media yang akan menghadiri perhimpunan tersebut akan diberi tag pengenalan khas yang dikeluarkan oleh pihak polis selain daripada tag rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan, ia berharap agar wakil media yang tidak memilik tag pengenalan khas polis turut mendapat perlindungan dan pengiktirafan yang sama semasa menjalankan tugas rasmi mereka," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, sebagai institusi hak asasi manusia nasional yang sentiasa menangani isu berkenaan kebebasan berhimpun semenjak penubuhannya, Suhakam mengulangi seruannya kepada pihak penguatkuasa untuk menghormati dan memenuhi komitmen hak asasi manusia yang dijanjikan oleh kerajaan di peringkat nasional dan antarabangsa, dalam masa yang sama, mematuhi norma hak asasi manusia antarabangsa ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia di negara ini. Menurutnya, memandangkan hal ini boleh mempengaruhi imej polis dan negara, Suhakam berharap agar pihak polis akan menjalankan tugas mereka secara profesional dan mencontohi amalan terbaik pihak polis di negara lain seterusnya menambahbaik kelemahan daripada pengalaman terdahulu. "Suruhanjaya yakin bahawa dengan adanya sikap positif yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan polis, pihak polis boleh dan akan merealisasikan harapan masyarakat awam," ujarnya. Pada masa sama, kata beliau pihaknya juga menyeru agar pihak penganjur dan peserta mematuhi tanggungjawab masing-masing ke arah mempromosi satu perhimpunan yang aman. harakahdaily/- | |||||||||||||||||||||||||
Budak parah diserang Rottweiler Posted: 10 Jan 2013 06:00 PM PST JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila diserang seekor anjing Rottweiler peliharaan saudaranya di Taman Kulai Utama, Kulaijaya dekat sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng mengalami kecederaan parah di leher, muka dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. Menurut sepupu mangsa, Sin Yee, 21, kejadian berlaku ketika Thuan Seng baru pulang dari tadika yang terletak berhampiran rumahnya di Jalan Anggerik, Taman Kulai Utama. Katanya, Thuan Seng yang berasal dari Bukit Batu, Kulaijaya, sudah tiga minggu menetap bersama mereka sekeluarga bagi memudahkan dia ke tadika setiap hari. "Thuan Seng memang sudah biasa bermain-main dengan anjing tersebut tetapi kami tidak tahu mengapa dia diserang haiwan itu secara tiba-tiba. "Mungkin ketika kejadian, adik saya terlupa untuk mengikat anjing tersebut dan sebaik melihat Thuan Seng pulang dari tadika, anjing kami meluru keluar rumah menyerang Thuan Seng," katanya ketika ditemui di HSA di sini semalam. | |||||||||||||||||||||||||
Kasut, beg lukisan tangan semakin mendapat sambutan Posted: 10 Jan 2013 05:40 PM PST ALOR SETAR - Jika dulu kasut atau beg yang mempamerkan lukisan dengan tangan hanya popular di bandar-bandar besar sahaja, kini ia semakin mendapat tumpuan khususnya masyarakat di utara tanah air. Barangan daripada bahan kanvas putih yang diserikan dengan pelbagai corak lukisan tangan mengikut kreativiti pelukis boleh memberi tarikan kepada orang ramai dan inilah perniagaan yang diusahakan di sebuah kedai, di sini. Pemilik kedai berkenaan, Yee Shio Fung, 28, berkata permintaan terhadap barangan yang mempunyai lukisan tangan ini kini semakin bertambah sehinggakan beliau kadang-kadang tidak dapat memenuhi tempahan pelanggan. Shio Fung yang menjalankan perniagaan berasaskan lukisan tangan ini bersama ibu saudaranya, Ng Kah Sim, 43, berkata mempunyai minat yang sama iaitu melukis telah mendorong mereka membuka perniagaan tersebut. "Di sini belum ada lagi perniagaan seperti ini, jadi kami mencuba nasib dan nampaknya tidak menghampakan kerana saban hari permintaan untuk barangan kami, terutama yang mempunyai lukisan tangan, semakin meningkat. "Memakai kasut dengan lukisan tangan kini menjadi trend, bukan sahaja kepada generasi muda malah orang dewasa. Pelanggan kami bukan sahaja dari Kedah, ada yang datang dari negeri lain termasuk Johor, kerana kami juga menjual melalui internet," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Shio Fung berkata walaupun trend ini masih baru di negeri ini, permintaan daripada pelanggan amat menggalakkan sejak memulakan perniagaan mereka. "Setiap bulan mendapat tempahan tidak kurang 50 pasang kasut selain barang-barang lain seperti beg tangan, dompet dan terbaru beg sekolah dan kasut bayi diperbuat daripada kanvas. "Kami tidak menghadkan corak yang diinginkan pelanggan malah boleh memilih atau memberitahu corak atau gambar apa yang mahu dilukis," katanya. Beliau yang memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu, berkata pelanggan boleh membawa kasut mereka sendiri ke kedainya untuk dilukis dan menerima beg atau apa sahaja barangan kanvas. Katanya bukan mudah menghasilkan lukisan pada sepasang kasut kerana ia memerlukan ketelitian bagi memastikan kualiti produk. "Paling susah melukis pada kasut bayi kerana saiznya kecil membuatkan terpaksa membuat corak atau bentuk yang kecil menerusi gabungan pelbagai warna selain mengambil masa lama berbanding kasut saiz biasa," katanya. Shio Fung yang berkelulusan perakaunan dari sebuah kolej swasta berkata dalam sehari beliau boleh melukis paling banyak pada tujuh pasang kasut. Katanya, jika corak yang dipilih halus dan rumit, memerlukan masa yang agak lama kerana ia lebih sukar berbanding gambar animasi atau pemandangan. Mengenai harga barangan di kedainya, Yee berkata serendah-rendahnya RM40 dan bergantung pada jenis corak yang dihasilkan. "Walaupun kami menyediakan pelbagai produk kanvas, namun permintaan untuk kasut adalah lebih tinggi," katanya. Yee merancang mengembangkan perniagaannya itu dengan menambah variasi produk lukisan tangan.-Bernama | |||||||||||||||||||||||||
Bayi ditinggal atas tembok masjid Posted: 10 Jan 2013 05:30 PM PST BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dimasukkan ke dalam kotak ditemui ditinggalkan di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh awal pagi semalam. Bayi itu yang ditinggalkan di atas tembok masjid ditemui Siak masjid kira-kira 5.20 pagi. Md Desa Chik, 66, berkata, beliau menemui kotak berkenaan ketika sedang menyapu lantai berhampiran tempat mengambil wuduk. "Saya nampak satu kotak bertutup dan menyangka ia berisi kain seperti yang selalu diletakkan di situ untuk bersihkan masjid. "Saya terus membuka kotak itu dan sebaik dibuka, saya nampak seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik, yang masih bergerak-gerak," katanya. Katanya, beliau lalu memanggil rakannya yang berada dalam masjid untuk menghubungi pihak polis. Sepasukan anggota polis kemudiannya datang mengambil bayi berkenaan yang difahamkan untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya, katanya. Md Desa berkata beliau percaya bayi itu ditinggalkan lebih awal sebelum beliau tiba di masjid. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya agar menghubungi polis. - Bernama |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan