Anwar Ibrahim |
- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 19 Januari 2013 (Sabtu)
- Tuntut Pendidikan Percuma, Anwar ‘Tabik’ Keberanian Mahasiswa
- Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 19 Januari 2013 (Sabtu) Posted: 15 Jan 2013 08:35 PM PST 1) 2.00–5.00 ptg – "Meet Anwar" – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim Lokasi: Oriental Crystal Hotel, Kajang 2) 7.00-10.00 mlm – "DAP Fund Raising Dinner" – Petaling Jaya Utara Lokasi: Stadium Hoki Petaling Jaya, Jalan Selangor, Petaling Jaya 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Lokasi: Tapak Pasar Malam PJS 2D, Taman Medan, Petaling Jaya 4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lokasi : Tapak Pasar Tani, Seksyen 17, Syah Alam 5) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YAB Lim Guan Eng iii. YB Rodziah Ismail iv. YB Tony Pua Kiam Wee v. YB Khalid Samad vi. YB Lee Hoy Seang vii. YB Dato' Teng Chang Kim viii. YBhg Razifi Ramli ix. YBhg Siti Aisyah Shaik Ismail |
Tuntut Pendidikan Percuma, Anwar ‘Tabik’ Keberanian Mahasiswa Posted: 15 Jan 2013 07:47 PM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah. Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. "Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya. Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan. Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN. Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya. Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon. Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat. Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara. |
Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah Posted: 15 Jan 2013 07:44 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai. Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi. Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian. "Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo. Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau. Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut. "Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita. "Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak," tambahnya. Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007. Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara. Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar. Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan