Anwar Ibrahim |
- Anwar Ajak Debat Manifesto Selepas Najib Lancar ‘Aku Janji BN’ Hari Ini
- Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumunan Calon PKR Melaka & Johor Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- [VIDEO] Anwar Ibrahim: Saya Akan Mempertahankan Kerusi Permatang Pauh
- [VIDEO] Newsflash: Anwar Ibrahim Di Bt Maung Penang 05/04/2013
Anwar Ajak Debat Manifesto Selepas Najib Lancar ‘Aku Janji BN’ Hari Ini Posted: 06 Apr 2013 12:42 AM PDT Menjelang pelancaran manifesto BN yang bakal diumum Datuk Seri Najib Razak hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ajakan debat. Ketua Umum KEADILAN itu menyatakan kesediaan berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum PRU 13 dengan kandungan manifesto sebagai topik. "Saya pelawa debat dengan Najib dengan tertib dan sopan sepertimana debat saya bersama Datuk Shabery Chik suatu ketika dahulu. "Hujah perlu dilawan dengan hujah bagi membuktikan kerasionalan dan fakta. Bukan dengan gangsterisme dan vandalisme yang kini jadi amalan Umno BN. "Pakatan Rakyat akan tunjukkan cara terbaik bagaimana untuk berakhlak mulia dan mentadbir negara," katanya pada program ramah mesra dengan penduduk Kubang Semang di sini, semalam,. Mengikut laporan media kawalan Umno, Najib dijadual melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil yang didakwanya sebagai aku janji. Ajakan debat sudah dilakukan Anwar banyak kali atas pelbagai isu dasar tetapi Pengerusi BN itu sentiasa mengelak, malah membisu sekalipun pelawaan rasmi dibuat. Pada tazkirah Jumaat di Masjid Sama Gagah, Permatang Pauh semalam pula, Anwar meminta rakyat menolak parti dan pemimpin yang mengamal rasuah dan fitnah. "Mereka yang korup, sombong serta menjadikan fitnah sebagai rutin tidak layak jadi pemimpin masyarakat atau negara. Sebagai pemimpin, mesti tunjukkan adab dan akhlak baik untuk dicontohi rakyat. "Amalan akhlak buruk seperti merosakkan harta benda dan mencerca bukan suruhan agama. Jadi, mereka yang memimpin dengan cara itu, tidak harus dipilih," katanya. Beliau kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa walaupun aduan terhadap pelakuan ganas dan merosakkan harta benda orang lain, sudah dibuat. "Jika mereka dibiar terus berkuasa, lambakan akhlak buruk di kalangan masyarakat akan menjadi perkara biasa. Lebih berbahaya jika anak muda jadikan amalan itu lumrah kehidupan mereka sehari-hari," katanya. |
Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumunan Calon PKR Melaka & Johor Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim Posted: 05 Apr 2013 12:20 PM PDT 8 April 2013 (Isnin) 1) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Melaka Lokasi: Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu, Melaka Penceramah: ii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin iii. YB Goh Leong San iv. YBhg Adly Zahari 2) 8.30-12.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Johor Lokasi: Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak Penceramah: ii. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng iii. Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussein iv. YB Liew Ching Tong v. YBhg Dato' Dr Mahfodz Muhammad vi. YBhg Hassan Karim |
[VIDEO] Anwar Ibrahim: Saya Akan Mempertahankan Kerusi Permatang Pauh Posted: 05 Apr 2013 12:15 PM PDT |
[VIDEO] Newsflash: Anwar Ibrahim Di Bt Maung Penang 05/04/2013 Posted: 05 Apr 2013 12:09 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan