念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
- Teks perbahasan parlimen Nie Ching mengenai Kementerian Kesihatan
- [25 Nov - 11am, Tmn Sri Melor] Jamuan Rakyat Deepavali 2012
- Pertandingan Bola Sepak @ Taman Impian Ehsan
- Sumbangan Deepavali @ Taman Kajang Raya
- Sumbangan Deepavali @ Tmn Zamrud, Kajang.
- Program Sunathon Surau Taman Sutera
- Gambar dengan YB Dr Shafie dan peserta sunat
- Serdang Community Art Carnival 2012
Teks perbahasan parlimen Nie Ching mengenai Kementerian Kesihatan Posted: 20 Nov 2012 05:48 AM PST Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030200 –Pengurusan Hospital. Pada 13 Ogos tahun ini, siling di Hospital Serdang runtuh sekali lagi. Kali pertama ia berlaku pada tahun yang lalu pada 30hb Januari. Pada masa itu nasib baik tiada orang yang cedera, tetapi pada peristiwa yang berlaku pada bulan Ogos ini ada satu orang pegawai perubatan dan tiga jururawat yang sedang bertugas di zon merah, mereka cedera. Saya rasa Hospital Serdang adalah sebenarnya sebuah hospital yang baru, hanya beroperasi sejak Disember 2005 tetapi sampai hari ini berlaku dua insiden siling runtuh. Jadi saya hendak tanya apa puncanya? Sebenarnya selepas peristiwa pertama pada tahun 2011, Kementerian Kesihatan sudah berjanji akan membuat satu pemeriksaan untuk memastikan peristiwa sedemikian tidak akan berulang balik. Akan tetapi nampaknya sekarang peristiwa sedemikian berulang balik. Jadi saya hendak tanya apa itu puncanya? Selain daripada itu, Butiran 032200 – Farmasi dan Bekalan. Saya faham bahawa KKM telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn Bhd bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan mulai Februari tahun ini. Melalui e-MASS ini, Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. merupakan perantara di antara JPA dan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan atau disediakan oleh hospital atau klinik kerajaan. Saya rasa ini adalah satu usaha yang baik kerana dulunya pesakit Pesara Awam Persekutuan mereka perlulah bayar sendiri, guna wang sendiri untuk mendapat ubat daripada hospital swasta, klinik swasta, farmasi atau agensi swasta. Sekarang memang mereka tidak perlu keluar satu sen pun. (More......) |
[25 Nov - 11am, Tmn Sri Melor] Jamuan Rakyat Deepavali 2012 Posted: 20 Nov 2012 01:12 AM PST |
Pertandingan Bola Sepak @ Taman Impian Ehsan Posted: 20 Nov 2012 01:07 AM PST |
Sumbangan Deepavali @ Taman Kajang Raya Posted: 20 Nov 2012 01:01 AM PST |
Sumbangan Deepavali @ Tmn Zamrud, Kajang. Posted: 20 Nov 2012 12:50 AM PST |
Program Sunathon Surau Taman Sutera Posted: 20 Nov 2012 12:34 AM PST Tarikh: 15hb Nov 2012 Waktu: 8.30 pagi Tempat: Surau Taman Sutera YB Teo menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta-peserta (More......) |
Gambar dengan YB Dr Shafie dan peserta sunat Posted: 19 Nov 2012 11:24 PM PST |
Serdang Community Art Carnival 2012 Posted: 19 Nov 2012 11:06 PM PST Date: 17th November 2012 |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan