Selasa, 20 November 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


DAKWAAN NOH OMAR (NOH UDANG) TIDAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN; TERMASUK OTAK ORANG UMNO SENDIRI

Posted: 19 Nov 2012 07:11 PM PST

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.

"PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

"Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

"PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi.
 
  
NOOR ALLIA KASSIM
Bahagian Perhubungan Awam,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS

_______________________________________________________________________


Wm:
Sejak bila UMNO BN buat tuduhan pakai otak? Dan sejak bila tak guna fakta yg dipesongkan demi politik kotor mereka??? Umno selamanya penipu; penipu besar dan munafik!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted: 19 Nov 2012 08:35 AM PST

Mengenang Jasa Mantan Ketua Wanita Kota Raja, Kak Chik
























Posted: 19 Nov 2012 08:19 AM PST

Pemimpin PR Bersama Rakyat - 21/10/2012


























Posted: 19 Nov 2012 08:04 AM PST

Majlis Penutup Program Tuisen Rakyat Selangor - 20/10/2012










PR SELANGOR SOKONG SIDANG DEWAN KHAS

Posted: 09 Oct 2012 12:53 AM PDT




PETALING JAYA, 5 OKT: Pakatan Rakyat Selangor menyokong penuh langkah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan sidang khas Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi membincangkan tiga kertas putih.
Persidangan khas itu itu nanti akan membentangkan Kertas Putih Talam Corporation Bhd (Talam) yang menerangkan kaedah pengutipan dan transaksi yang digunapakai untuk mengutip hutang berjumlah RM392 juta dari Talam.
Demikian menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dalam sidang media Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan di Ibu Pejabat PKR Selangor di Pusat Perdagangan Dana 1, hari ini.
"Selain itu dua lagi pembentangan lain pula melibatkan isu penyusunan semula perkhidmatan industri air di negeri Selangor dan pendedahan Kerajaan Negeri berhubung sejumlah 110,000 nama pengundi yang diragui dan gagal dikesan sehingga kini," ujar Saari.
Menurut Saari lagi, rakyat Selangor wajar mengetahui sikap berdolak-dalik Kerajaan Pusat dalam menangani isu air Selangor melalui sidang khas tersebut.
Dalam sidang media itu, PR Selangor turut mengalu-alukan reformasi DNS yang dikemukakan oleh Speaker DNS untuk mengadakan persidangan dewan selama dua hari setiap bulan.
Selain itu beberapa usul lain juga akan dibawa dalam sidang khas yang dijangka diadakan pada bulan November itu.
Antaranya usul mengecam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memasang billboard 'Selamatkan Malaysia, Mansuhkan ISA' bagi membuktikan perjuangan PR Selangor terus konsisten dan selaras dengan prinsip kebenaran, keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Selain Saari, turut hadir dalam sidang media tersebut, Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie dan Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Janice Lee

Tiada ulasan:

Nuffnang