ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 19 Nov 2012 03:52 AM PST (Mike dah lupe ke atau buat-buat lupe yop? Atau benar ungkapan PAS sudah lupa!) Salam 2 all. Dunia Islam dikejutkan dengan peristiwa solat hajat dan doa anjuran PAS di Stadium Kota Bharu hari Sabtu 03 Muharram 1434, bersamaan 17 Nov 2012. Program yang dibuat sempena Muktamar PAS 2012 yang diadakan di PUTIK Kelantan tahun ini. Muktamar terakhir sebelum PRU 13. Dalam keadaan umat Islam baru sahaja memasuki awal Muharram 1434, sempena menyambut peristiwa Hijrah Rasulullah saw daripada Makkah ke Madinah. Peristiwa yang melihat bagaimana Rasulullah telah mendamaikan dua suku Yathrib yang berperang lebih 200 tahun iaitu Auz & Khazraj; yang kemudiannya memeluk Islam dan dikenali sebagai kaum Ansar. Kemudian Rasulullah saw berjaya mempersaudarakan sahabat Baginda yang berhijrah daripada Makkah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan kaum Ansar daripada Yathrib, kemudiannya membentuk sebuah Daulah Islamiyyah yang dikenali sebagai Madinatul Munawwarah. Peristiwa Hijrah adalah iktibar bagaimana perdamaian dibina dan ukhwah dimantapkan diantara dua golongan yang saling berperang dan bermusuhan. Peristiwa Hijrah adalah iktibar dimana persaudaraan dijalin diantara dua golongan yang langsung tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Perdamaian dan persaudaraan yang membawa kepada Islam menjadi makin kuat dan mantap. Dalam keadaan meraikan peristiwa Ma'al Hijrah itu, teman ingatkan sudah tentu umat Islam masakini akan mengambil iktibar daripada apa yang diajar oleh Rasulullah saw, iaitu membina kedamaian dan menjalain persaudaraan sesama Islam. Umat yang berlainan bangsa dan darjat, tetapi punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, Satu Aqidah; sewajarnya menjadi Satu Umat! Alas! Rupanya sebaliknya terjadi di bumi Islam Malaysia! Akibat keghairahan politik kepartian tanpa batas, akibat terlalu gila mabukkan kuasa politik, sempena Muktamar Agong PAS, mereka mengadakan solat hajat dengan doa supaya umat Islam lain yang tidak sehaluan aliran politik dengan mereka dihancurkan! PAS membuat solat hajat dan doa supaya UMNO dihancurkan!!! Pada teman, ini adalah jelas satu tindakan yang langsung tidak Islamik, bercanggah dengan syariat, menyalahi adab dan tata kesusilaan kemanusiaan, dan menggambarkan tindakan liar berbentuk kehaiwanan politik yang melampau dan desperado! Teman faham bahawa PAS sekarang terlalu desperado! Sokongan umat Islam khususnya orang Melayu makin merosot! Orang Melayu sudah mula meragui, mempersoalkan dan mempertikaikan tindak tanduk dan halatuju politik PAS! Persekongkolan luar tabi'e dengan Anwar Ibrahim sangat menghairankan orang Melayu! Persekongkolan songsang dengan parti cauvinis DAP yang terkenal dengan "Islam over my dead body" sangat meragukan orang Melayu! Tindak tanduk PAS yang dilihat lebih menjadi Pak Turut dan memperkaldaikan diri dan diperkaldaikan oleh Anwar dan DAP menambah kegusaran dan kekhuatiran orang Melayu! Pemecatan tokoh pejuang PAS Dr Hasan Ali yang lantang mempertahankan aqidah umat dilihat sebagai paku terakhir kepada keranda politik PAS! Melihat kepada sokongan orang Melayu yang makin merosot, sambutan orang Melayu yang begitu hambar dalam program-program anjuran PAS, teman percaya langkah mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO itu adalah langkah desperado dan terdesak bagi golongan pasrasit yang menguasai PAS! Mereka melihat lambaian Putrajaya semakin jauh, mereka melihat kerusi empuk Putrajaya makin hancur! Pada teman, adalah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya ALLAH memberikan hidayah kepada beberapa pimpinan pembangkang yang sudah sesat dan tergelincir jauh daripada Islam. Pembangkang yang disarangi oleh pengamal fahaman liberal dan pluralisma yang menyamakan Islam dengan agama lain, pembangkang yang dihuni mereka yang sesat pemikiran dengan amalan seks bebas dan luar tabi'e LGBT; pembangkang yang didiami mereka yang mahu bangsa Melayu hancur aqidah dan agamanya! Alangkah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya rakan sebantal mereka DAP diberi petunjuk keimanan! Bukankah lebih baik mendoakan supaya Karpal Singh, Kitsiang & Guaneng menerima hidayah dan mahu menerima aqidah Islam dan menyembah ALLAH Yang Satu! Alangkah lebih baik jika PAS mengadakan solat hajat dan doa agar umat Islam di Ghozzah, Falastin diberi keselamatan dan dilindungi daripada penyembelihan dan pembunuhan oleh rejim zionis! Malah adalah lebih baik kalau PAS berdoa moga ahli-ahli PAS diberi kekuatan dan semangat jihad untuk pergi ke Ghozzah dan bersama dengan umat Islam disana disaat mereka sangat-sangat memerlukan sokongan! Teman yakin umat Islam Ghozzah akan terperanjat mendengar PAS mendoakan supaya umat Islam UMNO dihancurkan! Sedangkan umat Islam Ghozzah sedar dan insaf bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang menjadi harapan dan sandaran mereka! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang paling banyak menyokong, membantu dan berkorban untuk mereka selama ini! Suara umat Islam Ghozzah dibawa ke pentas dunia oleh pemimpin Islam UMNO sehingga ke peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu! Keberanian dan kelantangan pemimpin Islam UMNO lah yang berjaya menggegarkan dunia dengan suara rintihan umat Ghozzah! Pemimpin Islam UMNO itu sekarang didoakan oleh para pasarasit PAS supaya dihancurkan! Airmata Ghozzah pasti mengalir melihat gelagat haiwan-haiwan politik yang terlalu gila dan taksub mahukan kerusi empuk kekuasaan, sehingga mengenepikan persaudaraan dan ukhwah yang diperjuangkan Rasulullah saw! Malahan tindak-tanduk kaum pasrasit yang gila kuasa ini sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri! Cuba mike bayang yop apa kata orang kafir bila mendengar ada Pak Lebai yang sanggup menadah tangan meminta ALLAH menghancurkan orang Islam lain! Pasti mereka kan kehairanan! Agama apa yang mengajar umatnya supaya mendoakan kehancuran dan kerosakan sesama sendiri? Yang mendapat nama burok ialah Islam! Yang mendapat imej burok ialah Islam! Yang rosak ialah Islam! Kepada umat Islam bangsa Melayu, berapa lama lagi kita mahu diperlembu dan diperkaldaikan oleh pasrasit-pasrasit ini? Berapa lama lagi kita mahu diperbodoh dan diperjahilkan oleh kaldai-kaldai politik yang menjadi tunggangan Anwar dan DAP ini? Sebab itu umat Islam bangsa Melayu tidak ada pilihan lagi! Isyarat jelas mesti diberikan kepada pasrasit-pasrasit yang menguasai PAS! Bahawa umat Islam bangsa Melayu bukan kaldai yang boleh diperbodohkan! Umat Islam bangsa Melayu bukan haiwan yang boleh dijadikan bahan tunggangan! Malah umat Islam bangsa Melayu sangat bangga dengan agama dan aqidahnya! Umat Islam bangsa Melayu sangat bersyukor menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang diiktiraf melalui undang-undang dan Perlembagaan sebagai bangsa yang ujud kerana agama Islamnya! Sebab itu umat Islam bangsa Melayu akan bersatu dengan kekuatan iman dan aqidah, dan berjanji akan mengajar pasrasit-pasrasit haiwan politik ini dengan menolak mereka sepenuhnya mereka dalam PRU 13 akan datang! Kita berikan mereka kerusi sifar - kerusi kosong - dalam PRU 13 nanti insyallah! Dan kepada para pasrasit yang menguasai PAS, mike kena ingat! Doa mike itu jika tidak benar dan tidak diredhai, akan kembali kepada mike! Silap haribulan mike sendiri yang akan dihancurkan ALLAH! Mike sendiri yang akan dibinasakan ALLAH! Sebab itu teman mendoakan semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah untuk kembali kepada Islam sebenarnya; risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw sebagaimana yang dimaktubkan didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah saw! Wallahua'lam & Wassalam. Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Isnin 05 Muharram 1434 19 Nov 2012 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan