N50 Dun Sri Muda |
Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh Posted: 06 Nov 2012 08:01 PM PST |
Anwar : Mampu Tawan Putrajaya Dengan Politik Bersih Posted: 30 Oct 2012 09:09 PM PDT – October 28, 2012Posted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Exco, Fokus, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 965 views TANJONG KARANG, 28 OKT – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya dengan permainan politik bersih tanpa perlu mengikut rentak budaya kotor Umno-BN. Bercakap dihadapan 400 orang penduduk pada majlis Jelajah Merdeka Rakyat di Dun Permatang, Anwar berkata, kemenangan secara matang itu lebih signifikan daripada menggunakan budaya fitnah dan penindasan. "Saya tidak datang untuk mencerca Najib, Rosmah dan Umno. "Saya nak menang rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya. Jelasnya meskipun Umno-BN menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media, namun hakikatnya mereka terus merasa goyah memandangkan sehingga kini banyak isu yang gagal dipertahankan melainkan memburukkan PR. Beliau menambah, apa yang penting, rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar. "Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. "Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujarnya lagi di Warung Nasi Ambeng Ibu, Kampung Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang. Anwar sekali lagi mengulangi ikrar beliau untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas PR menawan Putrajaya selain membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beserta hutangnya. Jelajah Merdeka Rakyat turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar. Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan