Isnin, 19 November 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Teks perbahasan Nie Ching mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Posted: 19 Nov 2012 07:14 AM PST

Please find below my speech in Parliament on Ministry of Education on November 7, 2012:

Puan Teo Nie Ching [Serdang]:
Terima kasih Tuan Pengerusi. Okey, lima minit. Saya hendak sentuh Butiran 020000 – Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Saya rasa di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, ada satu cadangan yang juga telah digesa oleh Menteri Pelajaran bahawa dalam tempoh masa lima tahun, kita hendak melaksanakan sistem persekolahan satu sesi di seluruh negara dalam tempoh masa lima hingga sepuluh tahun lagi.

Kalau saya merujuk kepada pelan tersebut dan saya mendapati bahawa 16% daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara kita yang sedang mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Sekarang di negara kita setakat tahun 2011, kita ada 10,000 buah sekolah. Jika 16% maksudnya kita ada 1,600 buah sekolah yang mengamalkan sistem persekolahan dua sesi.

Sekarang saya hendak Tanya, sekiranya kita hendak menjalankan, melaksanakan sistem persekolahan satu sesi, jadi kita mestilah membina sekurang-kurangnya 1,600 buah sekolah, kalau tidak bagaimana sekolah-sekolah yang mengamalkan sistem persekolahan dua sesi itu hendak menjalankan persekolahan satu sesi. Akan tetapi, menurut jawapan daripada Kementerian Pelajaran, dari tahun 2008 sampailah tahun 2011, dalam tempoh masa 4 tahun, kita hanya membina 80 buah sekolah yang baru. Maksudnya dalam satu tahun sekolah baru yang boleh dibina adalah 20 buah. Maksudnya kalau kita hendak membina dengan speed yang sebegini, sekiranya kita hendak membina 1,600 buah sekolah yang baru, kita akan mengambil masa 80 tahun. Jadi, saya di sini hendak tanyalah, bagaimana kerajaan kita bersiap sedialah untuk menjalankan, melaksanakan sistem persekolahan satu sesi dalam tempoh masa lima tahun ini?

Isu kedua juga tentang ini Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Saya rasa laporan awal ini hanyalah dibentangkan pada September tahun ini dan tempoh masa untuk orang awam mengemukakan input, memberi maklum balas adalah setakat hujung Oktober sahaja. Saya rasa tempoh masa yang diberi kepada orang awam terlalu singkat, jadi saya pohonlah supaya kementerian ini boleh menimbangkan lagi supaya boleh melanjutkan masa untuk orang awam untuk memberi input dan juga maklum balas mereka.

 Isu ketiga yang saya hendak sentuh adalah tentang SMPC Segamat. Saya rasa SMPC Kuantan sekarang telah diluluskan tetapi dengan satu syarat bahawa menurut Perdana Menteri kita, saya quote ya. “Kita bersetuju dengan permohonan itu tetapi menetapkan semua pelajar wajib mengambil SPM.” Saya rasa permohonan untuk membuka sebuah SMPC Segamat di Segamat, Johor sudah lama dikemukakan tetapi saya rasa sekolah ini tidak berniat untuklah memaksa pelajar-pelajar mereka untuk mengambil SPM. Jadi, saya hendak tanya di sini sama ada SMPC Segamat ini akan juga diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana Timbalan Menteri sendiri yang selalu cakap jenis sekolah apa yang dipohon, jenis sekolah itu yang akan diluluskan.

Jadi saya hendak minta satu penjelasan dan jawapan yang terus terang daripada Timbalan Menteri. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya sedikit tentang kawasan Puchong. Boleh? Saya hendak tanya tentang SJK(C) Tun Tan Siew Sin, saya hendak tanya sama ada sekolah itu dikategorikan sebagai sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan kerana saya terima satu jawapan daripada Menteri Pelajaran semalam bahawa SJK(C) Bukit Serdang, Sungai Long, Kajang Utama...

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Sepatutnya semalam saya hendak jawab soalan, tetapi Yang Berhormat lambat 10 saat.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, satu saat. Boleh jawab sekarang.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang