Direct Free Kick |
- RM50 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK DITUNGGU-TUNGGU OLEH RAKYAT BERPENDAPATAN SEDERHANA.
- Di dalam komuniti Islam yg tidak begitu besar pun ada sekolah Islam! Cabaran utk kita semua di Pandan.
- Masa belajar dulu ada satu masjid aje tapi sekarang bila saya tanya, 'Where is the mosque?' sebab dah lebih 30 tahun jadi sesat jalan, jawapannya, 'Which mosque?'. Alhamdulillah hari ini dah banyak masjid!
- Mohon maaf tak dapat hadir ceramah di Cheras Indah malam ini, ada program meraikan mantan Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
- Satu lagi kedai di St Mary Street milik Muslim. Fish and chips halal. Jenis makanan tak menjadi masalah, yg penting ikut syariat. Islam tidak timur dan tidak barat.
- Bulan lepas sempat singgah di Southampton, UK dan pergi melawat St Mary Street, jalan di mana terletak kolej belajar A-Levels 1979-81. Alhamdulillah jalan itu sekarang dipenuhi kedai2 milik Muslim seperti restoran ini.
RM50 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK DITUNGGU-TUNGGU OLEH RAKYAT BERPENDAPATAN SEDERHANA. Posted: 19 Nov 2012 05:34 AM PST Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di dalam Ucapan Belajawan 2013 pagi tadi telah mengumumkan bahawa RM50 juta dari simpanan Kerajaan Negeri akan digunakan untuk membina Rumah Mampu Milik Pasang Siap. Pengumuman ini sudah tentu akan dialu-alukan oleh rakyat Selangor yang berpendapatan sederhana terutamanya yang mengadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri. Sekiranya jumlah tersebut digunakan sebagai dana pusingan, adalah dianggarkan lebih dari 1,200 unit rumah akan dapat dibina dalam tempoh 5 tahun pertama. Keputusan ini juga bermakna teknologi-teknologi baru untuk membina rumah mampu milik akan diterokai di mana hasilnya adalah rumah-rumah yang lebih berkualiti dan yang mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat Selangor. Teknologi-teknologi ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh industri perumahan agar masalah kos pembinaan yang tinggi dapat diatasi. Oleh itu, sekali lagi Kerajaan Negeri Selangor telah membuktikan ia berada di hadapan di dalam usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat selain dari sentiasa prihatin akan keperluan mereka. Pengumuman ini juga bermakna adalah tidak benar dakwaan bahawa Kerajaan Negeri gagal memanfaatkan rizab yang telah berjaya dikumpul. ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR 19 NOVEMBER 2012 |
Posted: 19 Nov 2012 04:39 AM PST |
Posted: 19 Nov 2012 04:32 AM PST |
Posted: 19 Nov 2012 04:23 AM PST |
Posted: 19 Nov 2012 04:13 AM PST |
Posted: 19 Nov 2012 03:42 AM PST |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan