Anwar Ibrahim |
- Esok Mahkamah Jalan Duta: Dato Seri Anwar Ibrahim Saman Khairy Jamaludin
- [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Mentakab, Pahang 18/11/2012
- Belanjawan 2013 : Perbelajaan Cekap, Pembangunan Ditingkatkan
- Selangor Umum RM300j Untuk Jambatan Janji Tidak Ditepati BN
- Masa Untuk Bertindak
- Jelajah Merdeka Rakyat, Felda Jengka 6 Pahang 18/11/2012
- Jelajah Merdeka Rakyat Kemaman Terengganu 17/11/2012
- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 20 November 2012 (Selasa)
Esok Mahkamah Jalan Duta: Dato Seri Anwar Ibrahim Saman Khairy Jamaludin Posted: 19 Nov 2012 06:51 AM PST Admin: Esok 20 November 2012,Jam 9.00 pagi, Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur,Tingkat 3 akan mendengar Kes Saman Fitnah yang di failkan Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin. Saman tersebut berhubung satu ceramah Ketua Pemuda Umno semasa Pilihanraya |
[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Mentakab, Pahang 18/11/2012 Posted: 19 Nov 2012 06:42 AM PST |
Belanjawan 2013 : Perbelajaan Cekap, Pembangunan Ditingkatkan Posted: 18 Nov 2012 11:46 PM PST Selangorku Ekoran kecekapan pengurusan kewangan, Belanjawan tersebut telah menaikkan perutuntukan dana untuk pembangunan sebanyak RM 600 juta dan mengurangkan belanja mengurus sebanyak RM 3 juta. Selain itu, rizab simpanan kerajaan negeri telah mencecah RM 2.570 billion setakat 31 Oktober 2012. Belanjawan 2013 menekankan kepada tiga strategi utama iaitu memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber Kewangan, Pentadbiran dan Aset Negeri; Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden; serta memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat. Belanjawan tersebut dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor hari ini. Menurut sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar, Belanjawan yang bertemakan 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia', memperuntukan sebanyak RM 996,980,690.00 atau 61 peratus untuk perbelanjaan mengurus. Manakala RM 633,019,310.00 atau 39 peratus diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan. Kerajaan Negeri akan memperuntukan kira-kira RM 343 juta atau 54 peratus daripada peruntukkan pembangunan untuk infrastruktur seperti membina kemudahan awam (RM 297 juta) dan Perumahan (RM4.7 juta). Manakala RM 118.2 juta disediakan untuk program-program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti skim mesra usia emas (SMUE), hadiah anak masuk universiti dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Di bawah strategi memperkasakan Pengurusan Aset Negeri, kerajaan Selangor mengenal pasti aset negeri atau aset rakyat bernilai lebih RM 27 billion. Aset tersebut adalah Aset Alih (harta modal, inventori dan stok) dan Aset Tidak Alih (Tanah dan Bangunan) yang bernilai RM 15.2 billion. Terdapat juga lebih RM 12.3 billion aset air seperti empangan, loji rawatan air, kolam, rumah pam dan data-data sistem pengagihan. Sebagai usaha untuk mendapatkan nilai daripada setiap ringgit yang dibelanjankan, Kerajaan Negeri telah menjimatkan sebanyak RM 102.2 juta daripada perlaksanaan sistem tender terbuka. Di samping itu, RM 81 juta telah dijimatkan apabila Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan sisa pepejal sejak tahun yang lalu. |
Selangor Umum RM300j Untuk Jambatan Janji Tidak Ditepati BN Posted: 18 Nov 2012 11:42 PM PST Malaysiakini Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi “mengotakan janji yang tidak ditepati” BN berhubung projek tersebut. “Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan. “Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN,” katanya. Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini. Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi “hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin”. Khalid hari ini membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2013 dengan anggaran hasil dan perbelanjaan sebanyak RM1.6 bilion dengan tema “Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia”. Jelasnya, tahun 2013 adalah tahun kelima Selangor membentangkan belanjawan berimbang. Menurutnya, Selangor menjangkakan membelanjakan wang dari hasil cukai sebanyak RM584 juta (35.86 peratus hasil negeri), RM859.8 juta dari hasil bukan cukai (52.75 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM185.7 juta (11.4 peratus). Wang tersebut kemudiannya akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus sebanyak RM996.9 juta (61 peratus) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM663 juta (39 peratus). |
Posted: 18 Nov 2012 08:10 PM PST |
Jelajah Merdeka Rakyat, Felda Jengka 6 Pahang 18/11/2012 Posted: 18 Nov 2012 08:07 PM PST |
Jelajah Merdeka Rakyat Kemaman Terengganu 17/11/2012 Posted: 18 Nov 2012 08:05 PM PST |
Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor 20 November 2012 (Selasa) Posted: 18 Nov 2012 07:41 PM PST 1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat – (DUN-Kuang, P- Selayang) Lokasi: Padang Awam, Kg Setia (Tasik Biru), Kuang ii. YB Azmin Ali iii. YB William Leong Jee Keen iv. YB Dr Hatta Ramli v. YB Zuraida Kamaruddin vi. YB Amiruddin shaari 2) 8.30 – 12.00 mlm – Sambutan Deepavali & Ceramah Merdeka Rakyat (DUN Ijok) Lokasi: Dewan Orangramai Batang Berjuntai, Bestari Jaya ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim iii. YB Dr Dzulkefly Ahmad iv. YBhg Cik Gu Thirumoorthy |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan