Isnin, 19 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang

Posted: 19 Nov 2012 12:01 AM PST



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

PROGRAM MINUM PETANG

Posted: 18 Nov 2012 11:57 PM PST


Pemain bolasepak Cristiano Ronaldo derma kasut untuk Palestin

Posted: 18 Nov 2012 05:54 PM PST



Kasut sukan Cristiano Ronaldo dilelong pada harga RM9396.00 untuk membantu rakyat Palestin.

Dapatkan maklumat dan berita terkini di Gaza, Palestin dari NGO Malaysia yang menyalurkan bantuan terus ke Palestin di http://aqsa2gaza3.blogspot.com atau

Moh kita jayakan Misi Bantuan Kecemasan di Gaza dengan menyumbang ke AQSA SYARIF BERHAD di Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

DOA DAN BANTU !

Jika kita tidak mampu dengan material, setidak-tidaknya kita sebarkan maklumat ini agar mereka yang prihatin dapat menyalurkan bantuan kewangan ke Palestin

Cristiano Ronaldo showed his concern to the Palestinian children in Gaza by donating his sports shoes to the Palestinian kids foundation. According to the Arabic site of Real Madrid's network, the shoes, which turned out in public auction, was later sold for € 2,400, with the first bidding of €700. The money from the auction will be used to build children's school in Gaza.

Fenomena amat pelik di Tmn Tuanku Jaafar, Seremban

Posted: 18 Nov 2012 05:20 PM PST



Tidap perlu tunggu laporan. Semua agensi kerajaan yang berkaitan sepatutnya turun padang segera untuk menyiasat fenomena pelik ini sebelum ianya menjadi satu bencana besar. Adakah ianya berpunca dari kebocoran gas bawah tanah, kebocoran voltan elektrik bawah tanah, aliran air panas bawah tanah, aliran lava bawah tanah, aliran bahan buangan kilang bawah tanah dan seterusnya.

Lantai rumah jadi 'dapur' segera
19 Nov 2012

SEREMBAN: "Seminggu sebelum kejadian ini, tiba-tiba air di dalam mangkuk tandas menggelegak hingga menakutkan saya," kata Indon Abdullah, 61, yang dibelenggu ketakutan apabila mendakwa rumah didudukinya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, dekat sini, pelik kerana lantainya terlalu panas sehingga boleh memanaskan air.

Menurutnya, dia dan suami, Abdul Rahman Gumpal, 70, menyedari kejadian itu jam 9 malam, Jumaat lalu selepas pulang dari masjid.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian lain sehinggalah jubin panas ini terjadi.

"Ia seperti misteri kerana berlaku secara tiba-tiba dan pertama kali sejak 30 tahun kami tinggal di rumah ini," katanya di sini, semalam.

Indon berkata, kejadian disedari suaminya apabila mendapati lantai jubin panas di luar rumah berhampiran garaj sehingga mampu mengeringkan air di dalam jag.

"Saya terkejut sebaik suami memberitahu kejadian itu dan tersentak sebaik memijak jubin depan rumah yang panas.

"Saya terus menghubungi Balai Bomba Senawang meminta bantuan, bagaimanapun disahkan tiada apa-apa berlaku.

"Buntu memikirkan masalah ini, saya dan suami kini sedang menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk melakukan pemeriksaan teliti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan, Mustafar Hamzah ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang