Sabtu, 4 Ogos 2012

.

.


Kelantan juga umum bonus Aidilfitri

Posted: 03 Aug 2012 08:33 PM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

"Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kelantan-juga-umum-bonus-aidilfitri-1.73172

94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais

Posted: 03 Aug 2012 03:30 PM PDT




(Poll yang dibuat The Malay Mail pagi tadi. Ketika dimasuki sekali lagi, ia sudah 'off-line')
KUALA LUMPUR: Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah)

Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.

Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan "Janji Ditepati" walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.

Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipertahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik.

Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.

Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – 'Janji Ditepati' yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai.

Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" amat menyinggung perasaan.

Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.

Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu 'Janji Ditepati' masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan.

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.

"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.

Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi 'Tidak Suka' berbanding '523' yang mengundi suka.

Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12200-94-tolak-tema-merdeka-poll-malay-mail-terus-menekan-rais

Ikan Paus Mendarat Di Pantai Sabah - Kuala Penyu

Posted: 03 Aug 2012 08:40 AM PDT

Usaha Bebas Ikan Paus Terdampar Di Pantai Sabah Sedang Dijalankan

KOTA KINABALU: Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.

Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai "hujung sungai" kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.

Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.

"Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu," kata beliau.

Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis 'Bryde' sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.

Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.

Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.

Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini. -mstar

Foto-foto berikut ehsan blog easycomeseasygoes










Ulasan GB

Zahirnya ikan paus mendarat di Sabah. Hakikatnya... hanya Allah yang Maha Tahu apa maknanya. Ayat manzurah ini hanya untuk mereka yang dikurniakan Allah kemampuan untuk berfikir.

"Ya Allah, tidaklah ada apa pun yang Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, maha suci Engkau, maka jauhilah kami dari api neraka." (Ali Imran: 191).

"Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, niscaya akan engkau lihatlah gunung itu tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami perbuat untuk manusia supaya mereka berfikir". (Al-Hasyr : 21)

p/s clue: baru sebut-sebut tentang tsunami "politik" bakal berlaku di Sabah... ikan paus pun naik....

Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/08/gambar-video-ikan-paus-mendarat-di.html

Tiada ulasan:

Nuffnang