:: cina islam | 2011 :: |
- Razis hidup dalam buaian
- Kelantan bubar Dun ikut Pusat
- 100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Saksi nampak gas pemedih ditembak ke hospital
- Mengapa Umno dan PERKASA tidak bersuara ketika MCA terus menerus menghina Islam?
- Himpunan 50,000 rakyat Sabah 4 Februari
- Sekatan terbaru bukti Najib berbohong hapus ISA
- Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir
- ISA : Najib tipu rakyat Malaysia
- PRU13: BN bukan lagi pilihan rakyat Sarawak
- Kemelut BN Sarawak petanda perubahan dalam PRU ke 13
- Pajak 350,000 hektar tanah bercanggah Akta Felda
- Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA
- Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera
- Zambry bentang bajet pilihanraya.
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam
- Seterika muka isteri
Posted: 23 Nov 2011 12:50 AM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - MOHD. RAZIS masih menggunakan buaian di rumahnya di Sik, Kedah meskipun usianya sudah 19 tahun. SIK – Dalam usianya yang sudah menginjak 19 tahun, Mohd. Razis Ilias dari Kampung Kenangan, Jeneri di sini mungkin sedang menuntut di sebuah universiti atau sudah bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Namun, disebabkan penyakit saraf yang dihadapinya sejak bayi, anak bongsu kepada pasangan suami isteri penoreh getah itu hanya mampu terbaring lesu di dalam buaian seperti seorang bayi. Mohd. Razis dikatakan mengalami sawan yang menyebabkan kekejangan saraf ketika berusia tiga bulan selepas diserang demam panas. Lebih menyedihkan apabila susuk tubuhnya seperti kanak-kanak berusia lima tahun dengan kedua-dua belah kaki dan tangannya semakin membengkok akibat kekejangan. Bapanya, Ilias Saad, 52, berkata, Mohd. Razis gemar menghabiskan masanya di dalam buaian kerana sekiranya diletakkan di atas tilam, dia akan merengek kerana kesakitan. "Mungkin disebabkan kaki dan tangannya bengkok, dia tidak dapat berbaring dengan betul menyebabkannya berasa sakit," katanya di sini semalam. kosmo/- |
Posted: 23 Nov 2011 12:40 AM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun. "Kalau kita buat berasingan segala 'iblis syaitan' sana akan tertumpu pada satu kawasan. "Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti," katanya. Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali. Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. harakahdaily/- |
100 Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan Posted: 23 Nov 2011 12:30 AM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri. Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi. Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan". ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah. " Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas. Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka. Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi. Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas. "Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00. Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang. Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh. Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi. "Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300. "Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau. tv news/- |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 23 Nov 2011 12:20 AM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 47 ) Perbahasan dari Adun Lubuk Merbau mendapat pujian dari Adun Pakatan Rakyat, speaker dan Adun Barisan Nasional. Antara intipati perbahasan Lubuk Merbau ialah supaya demi rakyat para ahli yang berhormat mengurangkan "politiking" dengan meletakkan agenda rakyat yang lebih utama. ( 47 ) Selepas perbahasan Adun BN dari alor pongsu yg agak lancar tanpa banyak gangguan. Sekarang adalah perbahasan dari wakil pas dari lubuk merbau, yb hj zainuddin yusof. |
Saksi nampak gas pemedih ditembak ke hospital Posted: 23 Nov 2011 12:00 AM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Seorang saksi yang memberi keterangan pada siasatan awam Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, berkata, polis melepaskan gas pemedih mata berhampiran Hospital Bersalin Cina di Kula Lumpur dan turut menggunakan meriam air ke atas orang ramai yang berada di pintu masuk Hospital Tung Shin. NONEYap Jee Kit (kiri), yang berkhidmat sebagai pembantu kepada exco Selangor, Elizabeth Wong juga mendakwa dirinya didera secara fizikal dan dicerca oleh pihak polis semasa ditangkap. Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0. Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis. "Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu. "Sivarasa dan beberapa ahli politik lain yang cuba untuk berunding dengan pihak polis supaya orang ramai ridak dihalang tetapi sebaliknya, beliau pula ditangkap," katanya. Akibat terkena gas pemedih mata, sebahagian daripada mereka mengambil keputusan untuk berlindung di dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital dan katanya, ketika itu, melepaskan tembakan meriam air ke arah orang ramai. NONE"Saya dapat lihat ini dengan jelas dan beberapa daripada kami berlari mencari perlindungan ke Hospital Bersalin Cina yang terletahan bersebelahan. NONE"Polis kemudian melepaskan tembakan beberapa kanister gas pemedih mata ke arah tempat letak kereta Hospital Bersalin Cina dan mulu meluru ke arah orang ramai. Keterangan Yap pada hari kelima siasatan awam ini, bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa yang mempertahankan bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan di Hospital Tung Shin. Pihak polis dan juga Kementerian Kesihatan pada mulanya menafikan bahawa tembakan meriam air dilepaskan ke perkarangan hospital. Namun, bukti-bukti, khususnya gambar dan rakaman video yang tersebar di Internet memaksa pihak berkuasa menukar pendirian mereka. malaysiakini/- |
Mengapa Umno dan PERKASA tidak bersuara ketika MCA terus menerus menghina Islam? Posted: 22 Nov 2011 11:50 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - "Lawak Jenaka yang teruk dan tidak sepadan! MCA menganjurkan forum yang bertemakan "Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia" pada 4 Dis. Dan pada semua orang, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dicemari skandal akan menyampaikan ucaptama serta ucapan penutup. Yang pertama, adakah Chua seorang Muslim? Adakah dia sudah memeluk Islam? Adakah dia benar-benar memahami Hudud? Apa yang membuatkan beliau berhak keatas Hudud? Apakah perkataan "zina" di dalam kamus? Sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh untuk menentang dan menghina Hudud kerana, jika dia telah memeluk Islam, dia telah dilempar batu hingga mati kerana menipu isteri dan keluarganya. Politik hanya perlu berasaskan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia adalah niat buruk ahli-ahli politik yang kegilaan kuasa yang bertanggungjawab bagi keadaan semasa yang memalukan negara, hal ehwal - ketidakadilan, rasuah dan penghakisan hak-hak demokratik rakyat Malaysia. Dengan Umno membenarkan MCA dan Soi Lek untuk memperkecil-kecilkan nilai-nilai Hudud sebagai undang-undang jenayah Islam, dengan itu menghina Islam, apakah salah rakyat Malaysia untuk mengatakan bahawa MCA memang anti-Islam? Jika ya, apa yang Umno dan Perkasa lakukan mengenainya? Apakah lidah mereka telah terputus?" Terjemahan dan petikan padangan dari Jackson Ng seorang wartawan yang telah bersara (Malaysia Chronicle). Kalau kita boleh buat kesimpulan bahawa memang Umno/Perkasa hanya berani bersuara apabila ianya melibatkan pembangkang tetapi apabila rakan mereka sendiri menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam mereka senyap seribu bahasa. Sepatutnya mereka jangan biarkan MCA terus mencabar dan menghina Islam dengan mengatakan sekiranya perundangan Islam yang terdapatnya Hudud dalamnya akan menyebabkan negara ini akan mundur kebelakang dan pelabur akan lari. Bukan semua rakyat Malaysia dan yang bukan Islam takut dengan perundangan Islam di Malaysia hanya mereka yang suka melakukan jenayah berat saja yang akan menentang perundangan Islam. Kita mendesak agar MCA hentikan perbuatan yang terus menerus mencabar dan menghina Islam. Kepada Umno/Perkasa mengapa membiarkan Islam di hina oleh MCA? Apa tindakan kamu untuk menghalang MCA terus mencabar dan menghina Islam? Kita rakyat Malaysia tidak mahu ada orang yang cuba mengeruhkan keadaaan dengan memainkan isu agama seperti perbuatan yang melampau yang cuba dilakukan oleh MCA. Islam yang di perjuangkan PAS bukan seperti yang digambarkan oleh Umno/BN tetapi lebih kepada membawa rakyat Malaysia hidup sejahtera, aman dan damai serta menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee |
Himpunan 50,000 rakyat Sabah 4 Februari Posted: 22 Nov 2011 11:40 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) akan mengadakan himpunan 50,000 rakyat negeri itu di hadapan pejabat Ketua Menteri Sabah pada 4 Februari 2012 yang akan datang. Ianya bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang didakwa berterusan merampas tanah rakyat di negeri itu. Tabah yang merupakan NGO dibawah Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat membuat ketetapan itu dalam bengkel tahunan Tabah pada 20 November lalu di Pejabat PAS Kawasan Putatan bersama pimpinan masyarakat pelbagai kaum yang terlibat dengan isu rampasan tanah. Menurut pengerusi Iajnah itu Mazlan Aliman, himpunan tersebut dicadang ekoran pendirian Kerajaan BN Sabah yang diketuai Datuk Seri Musa Aman yang masih berterusan merampas tanah rakyat biarpun beberapa bantahan telah dikemukakan beberapa pihak. "Rakyat hilang sabar meskipun pendekatan diplomatik digunakan tetapi tiada respon positif dari Kerajaan BN Sabah," katanya dalam satu kenyataan. Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Jannie Lasimbang sebelum ini melaporkan dari tahun 2005 hingga tahun 2010 Sabah mencatat aduan tertinggi mengenai isu tanah di negara ini dengan 977 kes, diikuti Semenanjung Malaysia dengan 654 kes dan Sarawak 251 kes. Bagi tahun 2010 sahaja daripada 92 aduan diterima di Sabah, Suhakam hanya mampu menyelesaikan dua kes sahaja kerana keengganan kerajaan negeri dan agensi terbabit memberi kerjasama yang sepatutnya. Sebelum ini ujar Mazlan, sebuah sekumpulan NGO yang diketuai PACOS TRUST bersama hampir 50 wakil-wakil komuniti daerah seperti Pensiangan, Sepanggar, Kudat dan Kota Marudu, gagal untuk menyerahkan memorandum isu rampasan tanah kepada YAB Ketua Menteri pada 18 November lalu. Meskipun menunggu lebih satu jam di perkarangan Dewan Undangan Negeri Sabah katanya, memo yang menyentuh bantahan pengeluaran geran komunal dan tuntutan Pemilikan Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) hanya diterima kemudiannya oleh Pegawai Khas Ketua Menteri. Sehubungan itu, mereka merancang untuk meggerakkan rakyat Sabah yang menjadi mengsa ramapasan tanah bangkit menyatakan bantahan kepada ketua menteri. Dalam pada itu menurut Mazlan, Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam rangka lawatan kerja ke Sabah dari 18 hingga 21 November lalu sempat melawat beberapa kawasan termasuk Kota Belud, Sepanggar, Kudat dan Beufort. Selain beliau, turut serta Ust Aris Faesol Ismail selaku Setiausaha Lajnah Tanah, Nasaei Ismail, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Aminudin Aling, Setiausaha Perhubungan Ust Awang Laiman, Ketua Penerangan Hishamudin Sulaiman, dan Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu. Menurut Mazlan lagi, sesi ramah mesra dan dialog meskipun jauh di pendalaman mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Lebih menarik katanya penyertaan masyarakat suku kaum yang bukan beragama Islam lebih ramai dari kelompok bumiputera termasuk Bekas Timbalan Menteri, Datuk Kalakau Untol, mantan Ketua Daerah, Ketua-ketua Kampung dan pemimpin masyarakat. "Terlalu banyak penemuan dan bukti kegagalan pemerintahan BN. Arus perubahan semakin kuat lantaran kekecewaan rakyat dengan pemerintahan sedia ada. "Mereka menunggu masa pembubaran Parlimen untuk mengajar Musa Aman dan kuncu-kuncunya," katanya. harakahdaily/- |
Sekatan terbaru bukti Najib berbohong hapus ISA Posted: 22 Nov 2011 11:31 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Beberapa tindakan terbaru kerajaan BN menyekat hak rakyat untuk bersuara membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Merujuk kepada tangkapan 13 orang di bawah ISA di Sabah, pembatalan program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan larangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terhadap pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari untuk membentangkan kertas kerja, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ianya bertentangan dengan pengumuman Najib 15 September lalu. "Kejadian-kejadian yang berlaku mutakhir ini jelas menunjukkan segala komitmen yang disuarakan Najib hanya omongan dan retorik kosong. "Apa yang dilakukan adalah sebaliknya dan bertentangan dengan apa yang dikatakan. "Pembatalan program di UIA ternyata menghina kebebasan intelek dan hak mahasiswa," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berkata, Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan janji Najib yang hanya ingin mengaburi mata rakyat. "Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat walaupun apa sahaja yang dikatakan Perdana Menteri adalah omongan kosong. "Ini hanya untuk mengaburi mata rakyat kononnya beliau ingin melakukan reform tapi sebenarnya mencekik dan meningkatkan lagi undang-undang zalim," katanya. Sementara itu, Saifuddin melahirkan rasa terkejut dengan tindakan UIA membatalkan program yang akan dihadiri beliau kerana ianya kali pertama berlaku sepanjang beliau menjadi timbalan menteri. Sementara itu, Aziz seperti dilaporkan media dijadualkan membentangkan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) esok. Bagaimanapun beliau pagi tadi menerima notis daripada pihak penganjur bahawa Mais meminta kertas kerjanya digugurkan. Ia dipercaai kerana tindakannya mengkritik Sultan Selangor baru-baru ini. harakahdaily/- |
Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir Posted: 22 Nov 2011 11:20 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan bilik gerakan banjir telah dibuka di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan banjir kelak. "Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan," kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012. Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk. Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah. Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012. "DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan," kata Khairul Faizi lagi. Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan. DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri. Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri. Harakah Daily |
ISA : Najib tipu rakyat Malaysia Posted: 22 Nov 2011 11:15 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kenyataan Media Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap tindakan PM Najib yang telah menipu seluruh warga Malaysia berhubung isu pemansuhan ISA, rakyat pasti tidak akan lupa dengan pengumuman beliau pada 15 Sept lalu mengenai pemansuhan ISA. Tetapi apa yang menjadi suatu realiti hari ini ialah satu negara telah dibohongi oleh pelopor 1Malaysia dan layaklah PM Najib dikenali sebagai 1 entiti Umno BN yang merupakan satu-satunya penipu negara yang makin reput. Saya merasa amat kecewa, tidak percaya dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah ISA (termasuk 3 pemimpin). Saya ingin menggesa dan mendesak BN supaya segera bebaskan tahanan tersebut, isu ini juga disuarakan Suhakan supaya pihak berkuasa BN membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak untuk dibicarakan. Persoalan timbul apabila tindakan pimpinan BN ini tidak serupa sebagaimana yang diungkap, apakah status ISA sebenarnya? apakah benar ia akan dimansuhkan seperti diumumkan pada hari Malaysia lepas? Adakah wujud unsur penipuan terhadap Rakyat? Inilah yang menjadi punca masalah Negara di mana setiap kata-kata pemimpin negara punyai niat mahu menipu rakyat, kewujudan parti-parti assobiyah (perkauman) seperti Umno khususnya telah menyebabkan perjuangan untuk kepentingan bangsa masing-masing diutamakan, senario sebegini amat malang untuk seluruh Malaysia. Umno BN cuma mengutamakan hak elit pemimpin dan kroni mereka sahaja, buktinya berbilion wang negara gagal diurus tadbir supaya rakyat dapat manfaatnya, rakyat harus ambil contoh negara jiran yang tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin yang secara terang-terangan berbohong kepada rakyat, kepada seluruh warga negara, perubahan masih boleh dan sempat dilakukan untuk selamatkan Malaysia. Drs, Khalil Idham Lim Ipoh, 22 Nov. 2011 |
PRU13: BN bukan lagi pilihan rakyat Sarawak Posted: 22 Nov 2011 11:15 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. "Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kepimpinan yang amat ketara," kata ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul. Katanya, sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. "Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilihan parti akan datang," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Miri dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak itu merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri pada 16 April lepas. Ini, ujarnya menyebabkan Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut itu namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. "Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak?" soalnya. Menurutnya, permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik. Justeru, tambahnya, telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihan raya khususnya dalam pilihan raya umum yang ke-13 akan datang. "Dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang," katanya lagi. Harakah Daily |
Kemelut BN Sarawak petanda perubahan dalam PRU ke 13 Posted: 22 Nov 2011 11:00 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kemelut yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama terhadap pucuk piminan di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semakin jelas berlaku. Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak sedang berhadapan masalah kempimpinan yang amat ketara. Sejak beberapa minggu lepas jelas terpampang di dada akhbar tempatan berita-berita berkenaan masalah kepimpinan dalam SUPP dan SPDP terutama sekali berkenaan kemelut parti-parti berkenaan dalam pemilihan parti tersebut. Perkara ini lebih jelas berlaku di dalam SUPP dimana penyandang presiden partinya tewas dalam pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yang lepas dan terpaksa mengundur diri dalam pemilahan parti akan datang. Kemelut yang melanda parti-parti komponen BN Sarawak ini merupakan bebanan tambahan terhadap BN Sarawak yang sebelum ini telah terlepas 16 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihanraya yang lepas. Pengerusi BN negeri yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut ini namun masih belum dapat meleraikan permalahan ini. Atau adakah sebenarnya kepimpinan Ketua Menteri sendiri sudah tidak diterima oleh pucuk kepimpinan parti-parti komponen BN Sarawak? Permasalahan yang sedang berlaku di dalam parti-parti komponen BN Sarawak jelas menggambarkan bahawa BN Sarawak telah ketandusan kepimpinan yang mampu membawa Sarawak kepada negeri yang lebih baik. Telah tiba masanya bagi rakyat Sarawak membuat pertimbangan untuk memilih selain daripada BN dalam pilihanraya khususnya dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan momentum itu perlu diteruskan bagi membuat perubahan besar dalam kerajaan negeri Sarawak dengan memilih kerajaan negeri baru dalam pilihanraya negeri akan datang. Mohammad Arifiriazul, Ketua Pemuda PAS Sarawak & Ketua Penerangan PAS Miri |
Pajak 350,000 hektar tanah bercanggah Akta Felda Posted: 22 Nov 2011 10:59 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Felda ingin memajak tanah miliknya seluar 350 ribu hektar kepada Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (Felda Global Ventures) adalah bercanggah dengan Akta Felda. Pajakan tanah seluas 350 ribu hektar ini dilakukan bertujuan bagi menjadikan Felda Global Ventures sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia selepas Sime Darby yang memiliki tanah seluas 392 ribu hektar. Bercakap pada satu sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas menjelaskan Felda Global Ventures tidak mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut. "Tanah seluas 350 ribu hektar itu adalah milik Felda ataupun 500 ribu hektar adalah kepunyaan para peneroka. Felda Global Ventures hanya sekadar mengurus tanah-tanah tersebut. "Felda Global Ventures hanya memiliki tanah seluas 42 ribu hektar untuk tujuan ladang sawit di Kalimantan yang masih di peringkat penanaman dan semaian. "Kami berpendirian usaha memajakkan tanah Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian bercanggah dengan Akta Felda, tujuan kerajaan negeri memberi tanah kepada Felda semata-mata adalah untuk tujuan dibangunkan dan menempatkan para peneroka di kawasan tersebut sejajar dengan semangat Akta Kemajuan Tanah sebagaimana yang dihasratkan Allahyarham Tun Razak sebelum ini," jelasnya. Tambahnya lagi, berdasarkan Akta Kemajuan Tanah, kerajaan negeri tidak sewajarnya menyediakan tanah kepada Felda untuk diniagakan apatah lagi untuk tujuan penyenaraian di bursa saham. "Oleh kerana itu kami menentang keras usaha untuk memajak tanah seluas 350 ribu hektar milik Felda kepada Felda Global Ventures untuk tujuan penyenaraian di bursa saham. "Kami juga difahamkan dalam perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dengan Felda yang cuba disorokkan dari pengetahuan umum dan warga Felda di antara melibatkan tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation berjumlah 360 hektar. "Serta tanah tambahan sedia ada Felda (additional existing land) yang telah dibenarkan oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan oleh Felda bagi tujuan pertanian mahupun perniagaan serta perumahan generasi kedua," katanya lagi. Dalam pada itu Kamarul Baharin memberitahu dalam Perjanjian Pajakan tersebut juga menyatakan bahawa jika tanah sudah mendapat geran maka ia akan diserahkan kepada Felda Global Ventures secara automatik dan jika belum ia akan dipajakkan kepada Felda Global Ventures untuk tiga tahun dan disambungkan pajakan secara automatik sehingga 99 tahun. "Sekiranya peneroka pada masa ini menjalankan kegiatan perniagaan, pertanian atau sosial di atas tanah milik Felda maka ia akan diambil alih oleh Felda Global Ventures. "Warga peneroka Felda perlu bersedia mengosongkan tanah-tanah tersebut atau membayar sewa jika diperlukan atau dirampas oleh Felda Global Ventures bagi aktiviti lebih menguntungkan Felda Global Ventures. "Tanah-tanah masa hadapan (Future Land) yang bakal dibeli atau dimiliki Felda akan diserahkan kepada Felda Global Ventures," sambungnya lagi. Kamarul Baharin juga menegaskan agar para peneroka mendapatkan khidmat peguam bagi menuntut Felda mengemukakan salinan Perjanjian Pajakan Tanah Felda untuk ditelitikan dan mengesahkan jaminan ini sebelum 1 Januari 2012. Sebelum itu dalam ucapan Belanjawan 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd (Felda Global Ventures) di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012. Bagi tujuan penyenaraian itu, Felda berhasrat memajak tanah miliknya. Harakah Daily |
Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA Posted: 22 Nov 2011 10:49 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara. Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA. "Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya. Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah. Harakah Daily |
Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera Posted: 22 Nov 2011 10:42 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera. Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi. "Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan. Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan. Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000. "Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka. "Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya. Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya. Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. "Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap. "Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya. Harakah Daily |
Zambry bentang bajet pilihanraya. Posted: 22 Nov 2011 10:30 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - IPOH, 23 Nov : Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya. Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian. "Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan. Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan. " Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi. Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 09:15 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 46 ) Perbahasan dari wakil PR dari Canning sedang berlangsung. ( 45 ) Dewan hangat dengan perbahasan adun Pengkalan Baru mengeluarkan perkataan "mangkuk" dan dibantah, akhirnya dia pun dipanggil dengan "mangkuk" oleh Adun PR dari Pasir Pinji. ( 44 ) Saya dgn sebahgian adun pr yang lain sudah berada di dalam dewan semuala, ( 43 ) Sidang media berakhir dan sebahagian besar adun pr kembali ke dewan untuk ikuti sidang ( 42 ) Idham lim- saya juga melihat sikap emosi yang tidak terkawal oleh jelapang semasa menduduki kerusi timbalan speaker adalah punca sebenar kekecohan sidang dun hari ini. Ditambah dengan kurangnnya pengalaman dan kurang kuasai undang2 dewan menyebabkab keputusan adalah berat sebelah ( 41 ) Idham lim- saya juga melihat keputusan yang dilakukan oleh timbalan speaker di dalam dewan dengan sikap ingin menunjukan beliau ada kuasa dengan mengenepikan peraturan dewan adalah tidakan yang memalukan ( 40 ) Yb Nga - sikap dan histeria timbalan speaker memalukan dewan dan dia mestilah berundur dari jawatan itu sebab ia tidak layak. ( 39 ) Dato Ngeh- Jelapang disahkan mengeluarkan perkataan pelacur kepadanya, macam dia mahu jadi"ibu ayam" dalam dewan. Dia juga ingin menunjukkan kuasanya ( 38 ) Pantai Remis/yb nga- bangga dan terharu dengan sokongan semua Adun PR bersamanya untuk keluar dewan selepas keputusan tidak adil oleh speaker ( 37 ) Adun Pantai Remis sedang mengeluarkan kenyataan media dan menganggap sejarah hitam demokrasi perak berulang lagi. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 09:00 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 36 ) Ds Nizar- kita protes sementara dan kita akan masuk semula untuk kedewan semula untuk ikut sidang. Protes ini hanya sementara sebagai protes. ( 35 ) Sivakumar- menganggap hee jelapang terlalu emosi dan mengatakan he ada menyebut" kalau berminat saya boleh aturkan pelacur". Ungkapan yang dibuat itu tidak ditarik balik juga, jadi kedua-duanya kena diambil tindakan. ( 34 ) Sidang media Adun PR sedang berlangsung dengan semua Adun PR keluar dari dewan dan berada dalam bilik sidang media. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 08:40 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] ( 33 ) Dewan masih hangat dengan pertikaman lidah dan bantahan dari adun pr termasuk Ds Nizar. Kami ambil keputusan keluar dewan secara beramai-ramai ( 32 ) Kerusi sudah dikeluarkan dan ada tanda dia akan dipaksa untuk keluar. ( 31 ) Yb Nga masih diapit oleh dua bentara dan tidak akur dengan keputusan speaker yang berat sebelah. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 08:35 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 30 ) Persidangan masih hangat dan Pantai Remis bertegas untuk tidak keluar dan disokong oleh Adun PR yang bantah keputusan yang berat sebelah dan masih membantah keputusan speaker. ( 29 ) Adun PR bangun membantah sikap tidak adil keputusan yang hanya hukum Pantai Remis sedangkan tidakan jelapang semacam dibenarkan. ( 28 ) Sivakumar bangun dengan mengatakan Jelapang semasa di kerusi timbalan speaker juga menyebut mengenai "aturkan pelacur" dan juga minta juga ditarik balik. Dan minta Jelapang juga kena keluar dewan dan tidak diendahkan oleh dewan. ( 27 ) Suasana masih hangat dan Ganesan masih mengarahkan bentara mengeluarkan Pantai Remis dan dia digantung sehari persidangan iaitu hari ini sahaja ( 26 ) Pantai Remis masih tidak keluar dewan dan sekarang Ganesan mengambil tempat dan meneruskan arahan supaya Pantai Remis keluar. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 08:30 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] ( 25 ) Timbalan speaker mencarut-carut dan arah bentara kelarkan Pantai Remis tetapi tidak dipatuhi kerana dianggap tidak sah. ( 24 ) Bentara diarahkan untuk arah Pantai Remis keluar dewan. Timbalan masih arahkan Pantai Remis dikeluarkan berulang kali dan menampakan""kebodohannnya". |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 08:20 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 23 ) Persidangan disambung kembali dan timbalan speaker katak mengambil tempat dan memberi amaran kepada Pantai Remis supaya menarik balik dan bila ditanya apa perlu ditarik dan tidak dijawab. Beliau memberi amaran sebanyak 3 kali dan akhirnya dengan alasan tidak tarik balik lalau pantai Remis di suruh keluar dewan. ( 22 ) Pangkor mencadangkan sidang ditangguh 5 minit dan di sokong. Sidang diumumkan ditangguhkan selama 5 minit. ( 21 ) Pengkalan Hulu mencadangkan sidang ditangguhkan sebentar untuk menenangkan dewan yang kecoh dan riuh rendah akibat pertikaman lidah yang berlarutan antara timbalan speaker dengan Pantai Remis dan Pasir Pinji. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 08:17 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 20 ) Sekarang timbalan speaker dari Jelapang. Mengambil tempat dan mengamuk dan meninggikan suara suruh wakil Pantai Remis tarik balik perkataan "katak" dan "pelacur politik". ( 19 ) Dewan kembali tenang dan Pantai Remis meneruskan perbahasan. ( 18 ) Dewan hangat bila adun sungai rapat menganggu ucapan perbahasan Adun Pantai Remis dengan cuba memperbetulkan fakta mengenai bajet defesit, namun tambah hangat bila Pantai Remis menyindir "tidak sabar untuk jadi MB" yang menimbulkan kemarahan dan pertikaman lidah dan suruh ditarik balik. ( 17 ) Sesi perbahasan sedang berjalan dengan pembahasan ke 2 dari pantai remis, YB Nga Kor Ming. |
Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam Posted: 22 Nov 2011 07:52 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ( 16 ) Beliau juga meminta waktu dalam 2 minggu untuk waktu pihak kerajaan keluarkan kelulusan. Wakil setiawan mendedahkan kepala surat dan cop menteri besar Perak telah dicuri dan salah gunakan untuk meluluskan kelulusan tanah diperak kepada kroni-kroni. ( 15 ) Dato Ngeh- Pakatan bersetuju dengan kenyataan kerajaan BN perak mempamirkan senarai kelulusan tanah kepada umum website, dan sebagainya. ( 14 ) Berada dalam sidang media bersama Dato Ngeh , Sivakumar dalam sidang media berkaitan dengan isu tanah yang dibangkitkan dalam dewan sebentar tadi. ( 13 ) Wakil kerajaan menjawab bersetuju keluarkan senarai dengan syarat senarai yang diluluskan semasa PR berkuasa diperak. Disambut oleh wakil Setiawan yang juga bekas exco kerajaan negeri yang di bersetuju ( 12 ) Adun setiawan membantah tindakan pihak kerajaan dalam penjelasan yang diselitkan dengan mengatakan dia tidak pandai mengira. Akhirnya beliau meminta supaya pihak BN menyenaraikan tanah yang diluluskan. ( 11) Adun setiawan bangun mohon penjelasan mengenai dan mendedahkan bagaimana penyelewengan tanah di perak berlaku. Termasuk bagaimana berlaku penyelewengan surat pejabat menteri besar dalam hal kelulusan tanah. |
Posted: 22 Nov 2011 07:20 PM PST 27 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya. Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri. Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian. "Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani. "Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya," katanya. Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya. "Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan. "Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus. "Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis," katanya. Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul. Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan. MY METRO/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan