. |
Majlis Syura tentukan calon PAS Posted: 31 Jan 2013 02:00 PM PST Tuan Ibrahim menjelaskan, semua calon yang telah diperiksa oleh majlis syura tidak mempunyai masalah untuk bertanding dalam pilihanraya. PETALING JAYA: PAS menegaskan parti itu tidak akan menghantar senarai nama calon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya hanya memerlukan kelulusan majlis syura. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, majlis syura akan menentukan seseorang calon layak bertanding atau tidak. "Kalau calon itu bersih seperti tidak ada kes mahkamah dan bersih dari segi syariah, mereka layak bertanding. "Jadi kami tidak akan hantar nama calon PAS ke SPRM untuk penapisan," katanya lagi. Tuan Ibrahim menjelaskan, semua calon yang telah diperiksa oleh majlis syura tidak mempunyai masalah untuk bertanding dalam pilihanraya. Katanya, nama-nama itu akan diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pemilihan muktamad. Beliau menambah, setiap kerusi negeri akan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk diselidiki oleh majlis syura. "Ini bermakna PAS di peringkat kawasan terlebih dahulu telah memeriksa latar belakang calon sebelum dihantar kepada ibu pejabat parti. "Jadi kita tidak bimbang dengan kelayakan calon-calon kita," ujar beliau. Baru-baru ini PKR mengumumkan parti itu tidak akan menyerahkan nama calon kepada SPRM untuk ditapis. Pilihanraya umum ke 13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan