:: cina islam | 2011 :: |
- “Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?”
- Empat spiderman Vietnam pecah masuk kilang diberkas
- Anwar, Wan Azizah jumpa pemimpin Hamas 1 Feb (Jumaat)
- Dua pelajar cedera dipanah petir
- Skandal Shafie-Zahida: Bekas Pemandu Zahida Rafik Dipanggil Ke SPRM
- Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman?
- Najib jangan jadikan lawatan ke Gaza gimik politik- Anwar
- UMNO Cepat Berkubur Bila Polis Terus Bertindak Berat Sebelah & Tidak Profesyenal
- 30 sen penyelamat
- Ajal tiga beranak
- Muka tercucuk serpihan kaca
- Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah
- 400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS
- Deepak setuju jumpa Mahfuz 6 Februari
- Satukan perkara sama, raikan perkara berbeza'
- Nikmat Yang Terbaik
- Kera gigit kepala anak
- Kelantan bubar Dun ikut proses biasa
- Pendatang Indonesia dakwa pegawai mahkamah Tawau berikannya kad pengenalan biru
- 400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS
- Tok Bali bakal berubah wajah
“Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?” Posted: 01 Feb 2013 12:34 AM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak. Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini. Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung. "Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya," kata Foo. "Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat," kata ayah kepada dua orang anak itu. "Polis tembak isteri saya," katanya lagi. Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati. Foo membuat laporan polis dan beliau mahu tindakan diambil ke atas polis Klang kerana gagal memberitahu sebab menembak isterinya. Kematian Pua berlaku dalam pada pelbagai pihak mendesak Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) selepas kemarahan orang ramai dia atas dua kematian melibatkan polis bulan ini. Dua minggu lalu polis dituduh memukul pengawal keselamatan berusia 41 tahun C. Sugumaran ketika tangannya digari dan didakwa dipukul beramai-ramai oleh polis dan sejumlah 20 orang awam lain. Kematian Sugumaran adalah sebahagian dari kes kematian melibatkan polis, termasuk kematian dalam tahanan Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, dan kematian dalam kejadian tembakan seorang lelaki berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010. Dalam semua kes, polis menafikan sebarang salahlaku. Dalam kes Pua, polis sekali lagi dituduh cuba menyembunyikan kesalahan apabila Foo mendakwa rakaman yang dirakam oleh kamera litar tertutup dirampas dan dipadamkan. "Dengan memadamkan bukti itu sudah menjadi kesalahan jenayah," kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga tersebut. Menurut Foo, kamera tersebut kepunyaan penduduk di kawasan tersebut apabila peristiwa tembak itu berlaku. Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menerangkan bagaimana polis memadamkan rakaman. Ahli parlimen Kelang dari DAP Charles Santiago menuntut Bukit Aman membuat siasatan bebas ke atas insiden ini dan polis Klang. "Dari melihat 24 lubang peluru kita dapat tahu polis ini menembak sesuka hati," kata Santiago lagi. Gobind berkata keluarga mangsa akan mengumumkan apa tindakan yang akan dilakukan, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas polis. Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat "lebih 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa. Gobind dan Santiago berkata peningkatan kematian melibatkan polis mengukuhkan sebab mengapa IPCMC perlu ditubuhkan, cadangan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang sejak 2006. -TMI | ||
Empat spiderman Vietnam pecah masuk kilang diberkas Posted: 01 Feb 2013 12:32 AM PST BATU PAHAT - Empat spiderman Vietnam yang sering memanjat bangunan kilang dan pejabat bagi melakukan rompakan dengan dibantu seorang wanita rakan senegara di sekitar Yong Peng akhirnya memasuki jerat polis. Empat suspek dan pembantu wanita itu diberkas pada 24 Januari lalu selepas mereka dilaporkan aktif melakukan rompakan sejak setahun lalu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 3.40 pagi ketika empat daripada mereka sedang memanjat bangunan sebuah kilang di Pekan Yong Peng manakala suspek wanita menjadi mata-mata mengawasi kawasan sekeliling. "Penjenayah itu hanya menggunakan pemutar skru sebagai alat untuk mengumpil bumbung sebelum melarikan pelbagai barangan elektronik termasuk dokumen di kilang tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di sini. | ||
Anwar, Wan Azizah jumpa pemimpin Hamas 1 Feb (Jumaat) Posted: 01 Feb 2013 12:31 AM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan akan bertemu dengan delegasi Hamas pada 1 Februari ini. Dua pemimpin Hamas tersebut adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan balu salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi, yang syahid pada 2004. Pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, di Merchant Square, Petaling Jaya, jam 10 pagi. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri. Katanya, Pakatan juga secara konsisten termasuk pada sidang Parlimen Disember 2012, mengutuk keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas. metro/- | ||
Dua pelajar cedera dipanah petir Posted: 01 Feb 2013 12:28 AM PST | ||
Skandal Shafie-Zahida: Bekas Pemandu Zahida Rafik Dipanggil Ke SPRM Posted: 01 Feb 2013 12:21 AM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi. Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil. Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal. "Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya. Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie. Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka. Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari. Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu. Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah. Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA). "Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA. "Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan dakwaan Zahida yang mengatakan Azman melarikan wang RM200 ribu dan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu. "Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa. Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa. Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini. | ||
Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman? Posted: 31 Jan 2013 11:46 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama. "Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu. "Cari anak orang hilang tak secepat itu," sindir Tuan Ibrahim. Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama. Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain. "Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman," tambah beliau lagi. Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit. "Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR," kata beliau yang dipetik Suara Keadilan. harakah/- | ||
Najib jangan jadikan lawatan ke Gaza gimik politik- Anwar Posted: 31 Jan 2013 11:39 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA 1 Feb: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Semenanjung Gaza tidak seharusnya dijadikan gimik politik bagi mengalih perhatian rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi, beliau mengalu-alukan sebarang langkah dari mana-mana pihak yang membawa kebaikan kepada perjuangan rakyat Palestin. "(Namun) Saya tidak setuju dengan pihak yang ingin jadikannya sebagai gimik politik sebelum pilihan raya. "Keadaan politik dalam negara tidak harus sama sekali diketepikan (compromised) dalam kita perjuangkan hak saudara kita di Palestin," katanya. Tidak seperti kerajaan Umno BN, katanya lagi, Pakatan Rakyat sudah lama mengiktiraf dan menyokong perjuangan Palestin, terutama Hamas. "Hubungan kita dengan Fatah sudah lama. Sokongan kita terhadap Hamas diketahui (umum)…kita tidak iktiraf mereka (hanya) sebelum Mac (menjelang PRU). "Untuk kali pertama dalam sejarah, kerajaan Malaysia iktiraf kerajaan sah Hamas yang telah kita (Pakatan) iktiraf sekian lama," katanya lagi. Sidang media diadakan sempena meraikan lawatan wakil Hamas ke Malaysia. Antara wakil Hamas yang hadir adalah Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi, bekas Menteri hal ehwal Sosial Gaza, Ahmad al-Kurd, saudara pengasas Hamas, Dr Nazem Syeikh Ahmad Yassin. Turut hadir adalah Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafizi Mohd Nor, duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki dan barisan pimpinan KEADILAN seperti Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah dan Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof. keadilandaily/- | ||
UMNO Cepat Berkubur Bila Polis Terus Bertindak Berat Sebelah & Tidak Profesyenal Posted: 31 Jan 2013 11:36 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - #KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan. Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk 'mengkhianati regim' dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini. Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara 'mungkin' polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil. Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati.Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman. Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan 'macam hari raya' apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap 'aik macam menteri pula rasa'. Semua jadi tertawa. SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej 'rakyat', selawat, nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn. Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak-kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak. Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak. SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian. Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang. Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang punca. Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit. SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza. Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula. Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat. Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia | ||
Posted: 31 Jan 2013 11:35 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini, semalam. Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar bekerja. Difahamkan jiran, termasuk pekedai makan di kawasan pangsapuri kos rendah itu selalu menemui empat beradik itu merayau sehingga lewat pagi, mencari ibu mereka dan atas dasar kasihan mereka memberikan kanak-kanak terbabit makan. Dalam kejadian terbaru, tiga daripada empat beradik itu berlapar selama tiga hari dan lebih sayu si kakak yang menemui wang syiling 30 sen dalam tabung ibunya terpaksa menghubungi seorang wanita yang biasanya membantu mereka. IBU dua beradik berkenaan menunjukkan laluan keluar di celah jeriji dilalui anaknya. Susulan itu, wartawan Harian Metro melanjutkan kes berkenaan kepada pengetahuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi sebelum dua pegawainya mengambil dua kanak-kanak lelaki dari empat beradik itu. metro/- | ||
Posted: 31 Jan 2013 11:28 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin. Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan. Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti. Difahamkan, semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan. KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit. "Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit," katanya. metro/- | ||
Posted: 31 Jan 2013 10:30 PM PST MUAR – Seorang lelaki nyaris maut selepas lori yang dipandunya merempuh tiang kabel Telekom di hadapan Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, Tiam Tio Hok, 50an, dari Batu Pahat, cedera parah di muka selepas terkena serpihan kaca ekoran cermin depan lori yang pecah akibat rempuhan tersebut. Lebih malang, seorang orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian tercedera di kepala kerana dihempap tiang Telekom tersebut ketika cuba menghalang lori lain daripada melintasi jalan berkenaan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selepas 10 minit kejadian untuk rawatan lanjut dengan bantuan orang ramai. Difahamkan, lori tersebut dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat. Akibat kemalangan itu, kedua-dua arah laluan di situ sesak hampir satu kilometer kerana dua tiang kabel Telekom tumbang menghalang lalu lintas. Saksi kejadian, Abdul Hadi Menhad, 22, berkata, kabel elektrik itu mengendur disebabkan sebelum ini pernah dilanggar dua treler ketika melalui jalan berkenaan. "Apabila lori ketiga (lori terlibat hari kejadian) melintasi jalan tersebut, kabel itu tersangkut di kepala lori, lalu tertarik kabel sehingga jarak kira-kira 12 meter dan mengakibatkan dua tiang kabel itu tumbang ke tengah jalan dan satu lagi bengkok," katanya. Katanya, kemalangan yang berlaku di hadapan kedai runcit bapanya itu menyebabkan kesesakan jalan di situ sehingga memaksa kenderaan lain menggunakan jalan kampung untuk ke bandar Muar atau menghala ke Batu Pahat. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. "Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59," katanya. sinar/- | ||
Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah Posted: 31 Jan 2013 07:58 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Gajah Borneo Mati Diracun KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah. Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau. "Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol. Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan. "Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah. "Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu. Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora. "Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya. -mstar | ||
400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS Posted: 31 Jan 2013 07:47 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - (Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus) KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini. Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam. Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh. Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dalam ucapannya berkata, perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13. "Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya. Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Moh Nor dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti. "Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya. Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih. Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90 % pengundi yang turun. Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan. "Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya. Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno. "Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya. Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia. "Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau. harakah/- | ||
Deepak setuju jumpa Mahfuz 6 Februari Posted: 31 Jan 2013 07:00 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersetuju untuk bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu imunitinya 6 Februari ini. Dalam satu pesanan ringkas yang diterima Harakahdaily dari ahli perniagaan itu, Deepak berkata dia bersetuju untuk bertemu. "Saya memang setuju. Lagipun 6 is my nombor bertuah," tulis Deepak kepada Harakahdaily. Mahfuz sebelum ini bersetuju untuk berbincang dengan Deepak berhubung dengan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan saksi (imuniti) dari Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedia mendengar apa yang dikehendaki oleh Deepak dan akan membawanya kepada pimpinan Pakatan jika didapati sesuai. Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz berkata, beliau sedia berjumpa dengan Deepak 6 Februari ini. "Saya hari ini menyatakan kesediaan saya untuk bertemu dengan Deepak pada 6 Februari nanti, dan turut hadir pada pertemuan tersebut adalah penasihat undang-undang (peguam). "Saya harap Deepak akan bersedia sepenuhnya untuk memberi segala keterangan berhubung dengan apa yang ingin beliau dedahkan, mengenai imuniti perkara tersebut akan dibincangkan setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak guaman," jelas beliau. Deepak sebelum ini memohon jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan imuniti di bawah akta perlindungan saksi kepadanya bagi membolehkan beliau mendedahkan semua yang beliau tahu mengenai pelbagai jenis penyelewengan. harakah/- | ||
Satukan perkara sama, raikan perkara berbeza' Posted: 31 Jan 2013 06:30 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza. "Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini. Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat. Bagi beliau, sekiranya Pakatan tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama. "Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi. "Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan. "Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau. Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam." Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza. "Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya. Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah. "Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya. Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana. "Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya. Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten. Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya. "Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat. "DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita. "Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah. Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya. Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan. "Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya. Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan. "Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain. "Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi. harakah/- | ||
Posted: 31 Jan 2013 06:00 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, betapapun itu menyakitkan. Sama seperti rasanya bila hati yang bahagia tiba-tiba datang menghempas cobaan. Cobaan datang bertubi-tubi.Terasa perih, hatipun bertanya, Mengapa ini terjadi? Mengapa harus aku? Itulah yang dialami seorang ibu, ketika dirinya mendapatkan tugas keluar kota dari kantor, suami dan anaknya ikut mengantarkan ke bandara dan melambaikan tangan kepadanya. Hal itu tidak pernah dilakukan, hatinya bertanya-tanya, entah kenapa suaminya melakukan hal itu, sampai pesawatnya berangkat. Sore harinya kakak memberitahukan suaminya mendapatkan serangan jantung dan dirawat di ICU di rumah sakit tak lama kemudian mendapatkan kabar bahwa suami tercinta telah berpulang kepada Allah. Cobaan itu cukup membuatnya lemah dan tak berdaya, orang yang mendampingi hidupnya puluhan tahun meninggalkan dirinya dan anak-anaknya tanpa ada pesan apapun. Ditengah kegalauan hati, sampai suatu pagi kendaraannya mengalami kecelakaan, anaknya selamat namun dirinya harus terbaring di rumah sakit selama satu minggu. Air matanya habis terkuras, tidak lagi sanggup untuk berpikir bagaimana harus menjalani kehidupan bahkan tidak lama setelah bekerja kembali, perusahaannya bekerja akan ditutup dan dirinya kena PHK. Terasa lengkap sudah kemalangannya sampai menjerit kepada Allah dalam doa, 'Ya Allah, aku tidak sanggup lagi!' Disaat dirinya benar-benar hancur dan habis. Kasih sayang Allah menghampiri dirinya, semua cobaan, musibah dan ujian yang dihadapinya telah membuat dirinya semakin dekat kepada Allah. Sholat fardhu yang dulu seringkali ditinggalkan, sekarang lebih giat dikerjakan. Bersama anak-anaknya senantiasa mengingatkan bahwa hanya Allahlah tempat untuk bergantung dan memohon pertolongan. Peristiwa yang telah dilalui oleh dirinya dan anak-anaknya telah menumbuhkan empati terhadap penderitaan orang lain. Akhirnya beliau mendapatkan pekerjaan dengan fasilitas yang jauh lebih baik lagi. Bahkan kondisinya sekarang justru lebih dekat kepada Allah dan anak-anak lebih bisa mensyukuri hidup apapun yang Allah telah anugerahkan bagi keluarganya. 'Alhamdulillah, melalui Rumah Amalia perjalanan hidup yang penuh cobaan saya bisa merasakan kesejukan & melewati semua itu dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah. saya bisa berbagi dengan orang yang pernah mengalami penderitaan seperti saya.' Tutur beliau sore itu, air matanya nampak mengalir, wajahnya terlihat penuh syukur kepada Allah. 'Tidak ada satupun musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatunya.' (QS. at-Taghaabun : 11). | ||
Posted: 31 Jan 2013 05:50 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - TUMPAT – Hanya maut terlintas di fikiran seorang ibu, Zarinah Abdul Ghani, 39, apabila seekor kera liar menyerang dan menggigit kepala anaknya, Mohd Jefry Roslan, 8, di halaman rumahnya di Kampung Dalam Rhu, 30 Disember lalu. Mohd Jefry mangsa terbaru serangan kera liar, selain enam lagi penduduk di sini. Bagaimanapun, Mohd Jefry selamat, begitu juga lima mangsa termasuk seorang warga emas dan ibu mengandung. Walaupun tiada mangsa terkorban, kira-kira 700 keluarga di sini ketakutan, khuatir kera liar itu kembali menyerang penduduk, kerana kelibatnya sering kelihatan di tempat tumpuan ramai sejak tiga bulan lalu. 70 jahitan Zarinah berkata, anaknya Jefry terima 70 jahitan apabila kepala, tangan dan lutut digigit kera liar ketika leka bermain bersama kucingnya di halaman rumah. "Ketika itu anak saya baru pulang dari sesi pendaftaran kemasukan murid darjah dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1. "Saya pula sedang makan nasi di ruang tamu, tiba-tiba terdengar anak menjerit memanggil saya dan ayahnya. "Saya menjenguk dan terkejut apabila seekor kera besar berada di atas kepala anak saya sambil menggigit kepala dan tangan anak saya itu," katanya. Menurutnya, dalam keadaan panik dia melaung Allahuakbar beberapa kali dan beruk itu melarikan diri ke dalam hutan paya bersebelahan rumahnya. "Akibat gigitan kera itu, anak saya cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama lapan hari," katanya. Ketakutan Zarinah berkata, sejak kejadian itu, hidupnya tidak tenteram kerana bimbang keselamatan anak-anaknya. Menurutnya, kini pintu dan tingkap rumah akan dipastikan sentiasa tertutup. "Saya rela tinggal dalam gelap apabila menutup semua pintu dan tingkap rumah, berbanding diserang kera itu lagi," katanya yang mempunyai tiga anak. Menurutnya, pintu rumahnya akan dibuka apabila suaminya, Hamid Daud, 59, tidak keluar bekerja. Berwaspada Hamid berkata, dia sering melihat tiga kera berlegar-legar di belakang rumahnya yang berdekatan hutan paya bakau. "Hutan paya itu dipercayai menjadi habitat kera, saya sentiasa berwaspada dengan meletakkan sabit dan kayu di setiap pintu dan tingkap rumah. "Saya bimbang kera liar melompat masuk melalui tingkap, sebab itu senjata tajam diletak berhampiran tingkap dan pintu. "Sekiranya kera datang menyerang, kami ada senjata untuk melawannya. Setakat ini sudah lapan kali saya nampak kelibat kera itu berlegar-legar berhampiran kawasan rumah saya ini," katanya. Trauma diserang Seorang lagi mangsa, Norzilawati Abd Raziz, 28, berkata, dia diserang kera pada 12 Disember lalu. Menurutnya yang sarat mengandung, kera itu masuk ke dalam rumahnya ketika dia tinggal bersendirian. "Ia masuk melalui pintu dapur, saya pula sedang menonton televisyen di ruang tamu. "Mujurlah saya hanya cedera ringan apabila paha saya dicakar oleh kuku kera yang tajam itu. "Namun kejadian itu membuatkan saya trauma dan dalam keadaan mengandung ini, saya cukup risau akan menjejaskan kandungan saya," katanya. Dalam perhatian Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan memantau kes itu segera. "Tindakan menahan perangkap atau langkah bersesuaian akan dilaksanakan segera untuk menyelesaikan kes ini," katanya. Beliau menasihati mangsa merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi membolehkan mereka mendapat sumbangan di bawah Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas. sinar/- | ||
Kelantan bubar Dun ikut proses biasa Posted: 31 Jan 2013 05:40 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain. Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain. Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam. "Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini," ujarnya. Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya. harakah/- | ||
Pendatang Indonesia dakwa pegawai mahkamah Tawau berikannya kad pengenalan biru Posted: 31 Jan 2013 05:30 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA KINABALU, 31 Jan — Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada 1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya. Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran. "Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini. "Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah. "Ya," kata Yuhanis. Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu. Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC". Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi. Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu. Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun. Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan. Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak. Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia. Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah. Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari. malysian insider/- | ||
400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS Posted: 31 Jan 2013 05:20 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - (Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus) KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini. Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam. Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh. Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dalam ucapannya berkata, perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13. "Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya. Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Moh Nor dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti. "Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya. Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih. Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90 % pengundi yang turun. Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan. "Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya. Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno. "Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya. Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia. "Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau. harakah/- | ||
Posted: 31 Jan 2013 05:00 PM PST 20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - PASIR PUTEH: Tok Bali, bakal berubah wajah apabila pelbagai projek pembangunan bercampur bakal dibina melalui kerjasama empat syarikat swasta tidak lama lagi. Projek pembinaan itu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pasir Putih dengan kerjasama empat buah syarikat swasta melibatkan keluasan tanah 2,600 ekar di Semerak dan Tok Bali. Empat syarikat terbabit, East Coast Terminal Sdn Bhd, BBGM Development Sdn Bhd, Hlk Ventures Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Lepadu Sdn Bhd. Majlis perjanjian itu ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Putih, Nazran Muhammad, bersama wakil-wakil dari empat syarikat terbabit dengan disaksikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah pusat peranginan, di sini semalam. Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman. Untuk permulaan projek, East Coast telah menyumbang sebanyak RM32 juta, BBGN, RM4.8 juta, Hlk, RM3.4 juta Syarikat Pembinaan Lepadu RM3.3 juta. Antara projek yang bakal dilaksanakan oleh empat syarikat itu, kediaman, pembangunan bercampur, masjid, pasaraya, rumah tumpangan, stesyen minyak, pembangunan komersial dan lain-lain lagi. Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu, mengingatkan pemaju supaya tidak menutup tanah-tanah yang mempunyai paya walaupun kecil. Menurutnya, sebaliknya kawasan terbabit dipelihara untuk dijadikan taman haiwan sebagai destinasi pelancongan. "Kita boleh jadikan kawasan terbabit sebagai tempat menternak madu kelulut sebagaimana yang tela diusahakan oleh pesara HUSM di Kampung Hilir, Kubang Kerian," katanya. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan