Selasa, 24 Mei 2011

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Pendidikan Imam Muda 2011 Terengganu

Posted: 23 May 2011 04:42 PM PDT





Pada19 hingga 21 Mei yang lalu Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu dan Yayasan Taqwa telah menganjurkan Program Pendidikan Imam Muda 2011 Terengganu di UMT. Peserta program ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah agama, IMTIAZ, Institut Al-Quran Terengganu, IPGM, UniSZA, UMT dan NGO/Pemuda UMNO.

Program ini merupakan program yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai golongan pelajar dan belia yang boleh dilatih menjadi imam dan pemimpin masyarakat yang serba boleh, berilmu, berketerampilan, berkemahiran dan berkebolehan hingga mampu menjadi model kepada generasi belian lain.

Tahniah diucapkan kepada saudara Mohd Sabir bin Mohd Sabri yang dinobatkan sebagai Imam Muda terbaik keseluruhan sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung di UMT.

Tiada ulasan:

Nuffnang