Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Majlis Makan Malam 2012 PAS N.Sembilan
- Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan !
- Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS
- Jualan Amal Nasi Ayam untuk Rumah Anak Yatim
Majlis Makan Malam 2012 PAS N.Sembilan Posted: 20 Dec 2012 11:37 PM PST MAJLIS MAKAN MALAM 2012 PAS N.SEMBILAN Bersama YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Tarikh : 28 Dis 2012, Jumaat Masa : 8 malam Tempat : City Kingdom Hotel, Taman AST, Seremban (berhampiran Terminal 2) Kupon RM100/satu kerusi ; RM1000/satu meja Untuk tempahan atau sumbangan sila hubungi Hakki 013-3840022 , Syukur 017-3627238 |
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan ! Posted: 20 Dec 2012 03:14 PM PST MALAYSIA AMBIL GURU BAHASA INGGERIS DARI INDIA 20 Dis. 2012 - Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar-pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa tersebut, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera. Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini. NAJIB, MUHYIDDIN GADAI MASA DEPAN 7,000 GRADUAN PENDIDIKAN IPTS 20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib. Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak. "UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan. "Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara. |
Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS Posted: 20 Dec 2012 05:48 AM PST 20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib. Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak. "UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan. "Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara. "Di manakah moral pimpinan-pimpinan ini yang boleh 'cuci tangan' apabila graduan-graduan UniRazak lulusan ISMP tersadai tanpa peluang pekerjaan, sedangkan universiti yang dikendalikan mereka bersekongkol dengan KPT untuk menawarkan kursus perguruan meskipun mereka tahu kekosongan jawatan tidak mengizinkan pengambilan sedemikian rupa," jelas Rafizi. Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz yang hadir sama mendesak kerajaan menyelesaikan segera berhubung pengangguran ISMP. "Graduan ISMP ini dikatakan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UniRazak. Malah silibus ISMP UniRazak adalah sama dengan silibus ISMP di Maktab Perguruan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam). "KPT bertanggungjawab memberi kelulusan kepada UniRazak untuk tawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi jaminan pekerjaan kepada graduan ISMP UniRazak. Mengapa ditawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi pekerjaan kepada graduan kursus tersebut?" soalnya. Beliau menuntut kerajaan memberikan peluang sama rata kepada graduan IPTS seperti mana graduan IPTA. "Perlu diberikan peluang sama rata dalam permohonan penempatan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan. Kerajaan mesti selesaikan masalah pengangguran melibatkan graduan ISMP lepasan IPTS, manakala peluang permohonan adalah sebaiknya mengikut merit," katanya. Pada 27 April lalu, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang temuduga dan pengambilan kerja untuk graduan ISMP lepasan IPTS tidak akan dilaksanakan kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA. |
Jualan Amal Nasi Ayam untuk Rumah Anak Yatim Posted: 20 Dec 2012 01:47 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan