Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 21 Dec 2012 12:02 AM PST Pemilihan calon-calon Pas yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah 90 peratus muktamad, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. "Siapa dan kerusi yang akan ditandingi, sudah selesai 90 peratus," kata beliau. "Lebih kurang, kita ada dua peringkat. Pertama, orang ini layak bertanding, maknanya dari segi Majlis Syura ini sudah lihat, mana yang layak dan tak layak ini. "Kemudian siapa dan di mana, itu akan dimuktamadkan oleh Pusat... jadi, siapa dan di mana, kita sudah selesai," kata beliau dalam satu wawancara khas di sini. "Bubar sahaja (Dewan Rakyat), lagi 10 peratus itu akan selesailah," kata beliau, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini berkata, Pas perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen dalam menentukan hala tuju parti berusia lebih enam dekad itu. “Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak. "Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang,” kata beliau. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan