. |
Amanat Hadi: Umno kehabisan isu, kata Anwar Posted: 20 Dec 2012 08:00 PM PST PETALING JAYA - Umno-Barisan Nasional disifatkan ketandusan modal politik dan mengundang "bahaya" oleh pembangkang apabila membangkitkan isu Amanat Haji Hadi meskipun sudah 30 tahun berlalu. "Kita perlu bincang tentang isu sekarang. "Macam Datuk Seri Najib sebut, soal moral, kalau orang tanya moral dia kahwin siapa, cerai siapa, nak bangkit semua isu itu. Saya tidak mahu. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak), bahaya ungkit perkara-perkara lama. Cuba ambil isu sekarang. Apa masalah ekonomi sekarang, apa agenda dia hendak buat," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini. Namun katanya beliau tidak terkejut jika selepas ini kisah lama beliau pula yang akan digunakan parti pemerintah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini demi kepentingan politik mereka. "Isu itu isu Umno, bukan isu kita. Jadi Umno dia tak ada isu, dia cari isu tahun 1982. Lepas ini mereka akan cari isu tahun 1974, Anwar Ibrahim demonstrasi," ujar beliau. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, amanat Presiden parti itu selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam. Justeru katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula sedangkan Umno juga sudah berubah. Hadi sebelum ini didesak oleh Mufti Perak, Wilayah Persekutuan untuk menarik balik amanatnya itu kerana menjadi punca perpecahan di kalangan umat Melayu-Islam. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyifatkan amanat Hadi itu sebagai "kisah lama" dan adalah lebih baik sekiranya penarikan secara rasmi dibuat agar tiada kekeliruan. |
Pas: Hadi diserang kerana dicadang jadi PM Posted: 20 Dec 2012 02:51 PM PST SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM. Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang. Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri. Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini. Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN. Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru. * Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan