. |
- Saya tarik balik kritik negara berkebajikan - Hasan Ali
- PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu
- Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi.
Saya tarik balik kritik negara berkebajikan - Hasan Ali Posted: 24 Dec 2011 05:56 AM PST
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7207-saya-tarik-balik-kritik-negara-berkebajikan-hasan-ali | ||||
PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu Posted: 24 Dec 2011 01:53 AM PST
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7191-pas-kembalikan-kedaulatan-islam-di-terengganu | ||||
Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi. Posted: 23 Dec 2011 07:17 PM PST Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi.Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koporasi. FELDA tidak akan sama lagi seperti dahulu. Perpecahan yang nyata berlaku di FELDA, samada di kalangan peneroka dan pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan perbadanan yang tertua negara itu. Kalau dahulu Felda merupakan satu perbadanan yang terurus dengan agak baik tetapi sekarang oleh kerana wujud elemen pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan politik peribadi ke atas Felda ini maka unsur-unsur perpecahan dalam tanah rancangan ini sedang bertambah teruk dan menakutkan. Felda sejak tertubuhnya adalah di bawah Kementerian Tanah dan Wilayah dan dengan tekun serta kerja tidak mengenal penat lelah oleh mereka yang bertanggungjawab maka Felda telah maju dan menjadi di antara perbadanan yang paling kaya samada dalam bentuk tunai dan essetnya. Kalau perbadanan ini mula di tadbir oleh pelaksana yang jujur seperti Tan Sri Taib Andak perbadanan ini telah berkembang di bawah kelolaan Raja Tan Sri Alias Ali sehingga Felda terkenal di seluruh dunia sebagai tanah rancangan yang paling tersusun dan ditadbir dengan baik serta beretika di bawah pimpinan Raja Tan Sri Alias Raja Ali selama 3 dekad beliau berada di sana. Politik tidak begitu masuk campur dalam hal Felda selama ini. Kalau ada pun politik di dalamnya ianya terbatas kepada mempastikan yang matlamat asal penubuhan Felda itu di capai mengikut kehendak dasar-dasar yang di kepilkan dengan penubuhannya itu. Kerjasama semua pihak, pengurusan dari ibu pejabat sehingga pejabat pentadbiran wilayah-wilayahnya sehinggalah kepada individu-individu peneroka serta pengorbanan mereka semua telah menjadikan Felda sebagai perbadan yang paling baik pentadbirannya. Kebaikan pentadbiran perbadanan ini tentulah di sebabkan perbadanan ini di ketuai oleh pelaksana yang sangat komited terhadap tanggungjawab yang di amanahkan oleh pimpinan Melayu negara. Komitmen Raja Tan Sri Alias dalam membina Felda sehingga sampai ketahap ini memang menjadi contoh kepada semua pihak. Nama Raja Alias di Felda itu terpahat sehinggakan ism pelaksana dasar kerajaan ini tidak akan mudah dilupakan oleh pegawai dan kakitangan Felda serta peneroka keseluruhannya. Apabila Raja Alias bersara Felda masih utuh kerana ism dan sistem tadbiran di bawah Raja Alias itu sangat berkesan dan 'follow through' dengan sistem Raja Alias itu terus menjadi asas pembangunan Felda sehingga orang politik mengetuai lembaga Pengarah perbadanan itu bernama Tan Sri Yusuf Nor. Tan Sri Yusuf Nor tidak mencuba-cuba untuk mengali dan menganjak cara Raja Alias di dalam perbadanan itu maka tidak adalah masalah besar berlaku di bawah pengerusinya TS Yusuf Nor itu. Felda telah begitu berjaya sehinggakan ada pihak yang begitu cair air liurnya kerana kekayaan perbadanan ini hasil dari penat jerih ratusan ribu peneroka yang berada di bawah paying Felda itu. Denagn senyap-senyap Felda dipandang oleh setengah pihak sebagai perbadan yang boleh di kudakan untuk kepentingan politik setengah pihak. Maka Felda telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dan duduk di bawah dagu Najib Tun Razak sejak beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah sekarang. Sejak perpindahan Felda dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada pentadbiran Najib Razak inilah Felda mula di hinggapi penyakit yang berbagai-bagai. Sejak di bawah tadbiran Najib ini Felda telah menjadi tempat pelahap-pelahap negara mengambil kesempatan dan peneroka-peneroka rancangan tanah ini. Sebelum ini peneroka dan rakyat tidak berapa menyedari apa yang telah dilakukan kepada mereka, Sekarang mereka telah celek dan mulalah anak-anak generasi Felda ini terutamanya mengambil langkah melakukan tentangan terhadap pihak berkuasa kerana tindakkan unilateral kerajaan persekutuan dalam menentukan corak Felda menghadapi masa depan yang kian mencabar. Hasrat peneroka untuk Najib memberikan ummph yang lebih terhadap Felda nyata meleset. Najib mula memperbetulkan apa yang kurang betul tetapi beliau melakukan pembetulan itu dengan cara ibarat tikus membaiki labu. Penggubal dasar yang tidak tahu apa dan bertanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap peneroka-peneroka yang jumlahnya ratusan ribu keluarga itu. Beberapa ketika dahulu selepas Felda di bawa ke bawah jabatan, Najib peneroka telah mempersoalkan wang 'reserve' Felda yang berjumlah RM4,08 billion telah mengecil sehingga menjadi RM200 juta. Sampai sekarang isu itu belum terjawab. Sekarang timbul isu yang belegar dikeliling Isa Samad, pengerusi baru Felda. Sekarang pengerusi Felda sedang berperang dengan peneroka dalam isu pengerusi koporasi Felda kerana Isa telah mengambil alih jawatan pengerusi koporasi Felda dari pengurus besar Felda Dato Zulkifli Wahab. Mengikut undang-undang koporasi itu, pengerusinya adalah secara automatik dipegang oleh pengurus besar Felda atau seorang peneroka yang setidak-tidaknya telah menjadi peneroka selama 2 tahun. Kedua-dua syarat ini membuatkan Isa tidak layak menjadi pengerusinya Isa hanya pengerusi Lembaga Jemaah Felda dan bukannya peneroka atau pun pengurus besar Felda. Kenapa undang-undang ini dilanggar. Kenapa tidak mengikut prosidure yang betul. Kalaulah Isa hendak juga menjadi pengerusi koporasi itu, Isa sepatutnya memilih untuk menjadi peneroka dahulu. Isa sepatutnya masuklah ke tanah rancangan dan jadilah peneroka selama dua tahun dahulu dan apabila sudah cukup dua tahun jadi peneroka barulah Najib boleh lantik beliau menjadi pengerusi koporasi Felda itu. Isa boleh jadi peneroka di Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan ada dua wilayah Felda. Isa boleh pilih mana-mana rancangan tanah Felda di NS. Isa boleh jadi peneroka di Pasoh satu hingga Pasoh empat. Atau pun Felda Serting atau pun Felda Palong. Cukup dua tahun Isa boleh bertanding menjadi pengerusi koporasi Felda. Ikut undang-undang kerana undang-undang itu di gubal oleh law-makers negara. Isa mesti ingat, tugasnya hanyalah di peringkat Lembaga Pengarah sahaja. Tugas beliau ialah untuk menjadi menjaga dasar dan pelaksanaan Felda berjalan dengan betul, bukannya untuk membuat kekecuhan. Jangan bersikap sombong; hendak melutu orang itu dan orang sana. Jangan garang dan bisa mulut tak bertempat. Ingat kuasa rakyat kekal di negara ini. Kuasa ahli politik seperti beliau itu hanya sementara sahaja. Hanya kita berharap tindakan peneroka mengambil tindakan mahkamah pada 4 hb Jan 2012 nanti akan memberikan penyelesaian terhadap isu ini. Isa mesti faham, kita hidup mesti ikut undang-undang. Kita mesti mentadbir dengan kepala, jangan mentadbir dengan kaki, menendang orang di mana-mana dia pergi. Isa masih tidak belajar dari kesilapan dan kesalahan yang lalu. Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/isu-pengerusi-koporasi-felda-isa.html |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan