Rabu, 17 April 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Huru-hara: Jangan Takutkan Pengundi Buat Perubahan

Posted: 16 Apr 2013 09:59 PM PDT

Harakah

Rakyat Malaysia diingatkan tidak perlu takut untuk membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 Mei nanti biarpon dimomokkan akan berlakunya huru-hara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, rakyat tidak perlu panik dengan dakwaan akan berlakunya huru-hara jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara kerana pasukan keselamatan adalah profesional dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman.

Katanya, apa sahaja keputusan yang akan diumumkan pada pilihan raya ini nanti, pasukan keselamatan perlu menjaga kemananan dalam tempoh itu.

"Perdana Menteri, Najib Razak sendiri memberikan jaminan akan berlaku peralihan kuasa secara aman. Kita menasihatkan bahawa perlunya wujud peralihan secara aman," kata Musa dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian semasa Forum Untuk Keamanan dan Peralihan Kuasa Secara Aman Pasca PRU-13 yang berlangsung di sebuah hotel ibu negara di sini.

Disamping itu, beliau berkata pemimpin politik tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang komen yang menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai dakwaan akan berlaku huru-hara, supaya rakyat akan merasa tenteram.

“Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka,” kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

“Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut,” tambahnya.

Beliau juga percaya pasukan keselamatan mempunyai keupayaan perisikan yang mantap jika ada mana-mana kumpulan yang mahu mencetuskan sebarang kekacauan dengan mengambil tindakan lebih awal.

Turut serta pada forum itu bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid sementara Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mazlee Malik menjadi perantara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat akan menimbulkan huru hara pada hari mengundi.

Katanya, Pakatan Rakyat bertindak demikian kerana semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Video Kempen PRU13: KeAdilan Untuk Semua

Posted: 16 Apr 2013 01:25 PM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang