:: cina islam | 2011 :: |
- SENARAI CALON BERTANDING DI MUKTAMAR PAS 2011
- Dakwa dipukau sebelum dinoda
- Redknapp inspirasi Spurs
- Lelaki rebah
- Hizbullah puji penunjuk perasaan
- Abdul Hadi kekal Presiden PAS, 6 layak tanding timbalan, 14 naib presiden
- Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta
- Lagi enjin pesawat Airbus terbakar
- Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar
- Ronaldo samai rekod Sanchez
- Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM
- Selepas Orkid Abdullah, suami pula meninggal dunia
- Kereta api unik untuk masa depan
- Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih
- Ferguson kagum sikap pemain
- Mati disengat tebuan
- Dipaksa cerai isteri
- Israel tembak Rachel Corrie
- Tentera Israel bunuh 4 lagi penunjuk perasaan
- Kebakaran hutan di Kanada merebak ke bandar, 7,000 penduduk dipindahkan
- Empat tentera NATO terbunuh di Afghanistan
SENARAI CALON BERTANDING DI MUKTAMAR PAS 2011 Posted: 17 May 2011 01:57 AM PDT 14Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat. Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu: 1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan) 2. Mahfuz Omar (naib presiden) 3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) 4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) 5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat) 6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) 7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak) 8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat) Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden. Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat: 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz 4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj 5. Abdul Wahid Endut, YB Hj 6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 7. Abu Bakar Hussein, Ustaz 8. Adly Zahari, 9. Ahmad Sabki Yusof, 10. Aiman Athirah Al-Jundi 11. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj 13. Asmuni Awi, Hj 14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 15. Azman Shapawi, Ustaz 16. Halimah Ali, YB Dr. 17. Hamzah Abdullah, 18. Hamzah Jaafar, Dr. 19. Hanipa Maidin, Hj 20. Hashim Jasin, YB Ustaz 21. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 22. Hayati Othman, YB Dr. 23. Husam Musa, YB Dato' 24. Idris Ahmad, Ustaz 25. Iskandar Abdul Samad, YB 26. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr., 28. Khalid Abd Samad, YB Hj. 29. Khalil Idham Lim, YB 30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 32. Mahfuz Omar, YB Dato' 33. Mazlan Aliman, 34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 35. Mohamad Abdullah, (Sabah) 36. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 37. Mohamad Sabu, Hj. 38. Mohd Anuar Tahir, Hj 39. Mohd Apandi Mohamed, Hj. 40. Mohd Firdaus Jaafar, YB 41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 42. Mohd Nasir Mustafa, 43. Mohd Nasir Zakaria, YB, 44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri 45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 47. Mustafa Ali, Dato' 48. Najihatusolehah Ahmad, Dr. 49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz 50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj 51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 54. Norazli Musa, Ustaz Hj. 55. Normala Sudirman, 56. Nuridah Salleh, Ustazah 57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj 58. Razman Zakaria, 59. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 60. Rosidi Hussin 61. Sa'ari Sungib, YB Hj. 62. Salahudin Ayub, YB, 63. Salleh Man, YB Ustaz 64. Sallehen Mukhyi, Ustaz 65. Shafie Abu Bakar, YB Dr. 66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 67. Siti Zailah Yusoff, YB 68. Suhaizan Kaiyat, 69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato' 71. Takiyuddin Hassan, YB Dato' 72. Taufek Ghani, YB 73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato' 74. Wan Hasrina Wan Hassan, 75. Wan Nik Wan Yusof, 76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB 77. Yusof Embong, Ustaz Hj. 78. Zainuddin Yusof, YB Hj 79. Zaki Ibrahim, YB 80. Zuhdi Marzuki, Dr. 81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj 82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor) Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu: 1. Hussin Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir 4. Nasuruddin Daud, YB 5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato' Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak. "Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya. Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu. Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula Jun depan. (harakahdaily) |
Posted: 17 May 2011 12:40 AM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - AMPANG: Seorang gadis bukan saja dipukau lelaki yang baru dikenalinya, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, pertengahan April lalu. Gambar hiasan Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku tanpa disedari gadis berusia 18 tahun berkenaan apabila mendakwa dipukau lelaki terbabit yang melihat kedua-dua matanya sambil membaca sesuatu. Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu supaya keluar berehat bersama untuk makan tengah hari. Katanya, mangsa yang dipukau hanya membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar. "Selepas beberapa jam, lelaki itu menghantar mangsa ke tempat kerja dan pada masa itu, mangsa masih dalam keadaan tidak sedar. |
Posted: 17 May 2011 12:10 AM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LIVERPOOL: Harry Redknapp mencetus inspirasi kepada Tottenham Hotspur untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Liverpool selepas mengugut pemain akan kembali daripada cuti lebih awal jika gagal meraih tempat di Liga Europa. Skuad bimbingan Redknapp itu merampas tangga kelima daripada Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris selepas gol awal Rafael Van der Vaart dan sepakan penalti Luka Modric pada babak kedua di Anfield, kelmarin. Ia bermakna kemenangan menentang Birmingham City pada hari terakhir saingan liga akan memastikan tempat Tottenham dalam pertandingan kelas dua peringkat Eropah itu musim depan. Redknapp mendakwa taktik menakutkan pemainnya sebelum perlawanan itu berbaloi selepas beliau memberitahu pasukannya, jika gagal menduduki tangga kelima, mereka terpaksa bermain awal dalam kelayakan Liga Europa kerana kedudukan tinggi mereka dalam Liga Fair Play. "Saya menakutkan mereka sebelum perlawanan dan nyata ia menjadi," kata Redknapp. "Kami mengungguli Liga Fair Play yang bermakna mereka perlu kembali dalam dua minggu dan terpaksa beraksi sekali lagi Jun ini. "Tapi kami sebenarnya tidak bertarung untuk tiket ke Liga Europa, kami berjuang untuk menduduki tangga kelima dan menamatkan saingan sebaik mungkin serta memenangi perlawanan sebanyak mungkin. "Kemenangan ini amat bermakna buat kami. Kami perlu menang untuk mengatasi Liverpool dan kini kami berpeluang melakukannya. "Bagaimanapun kami akan berdepan perlawanan sukar menentang Birmingham yang berusaha menyelamatkan kedudukan mereka tapi ini satu keputusan yang bagus." AFP |
Posted: 16 May 2011 11:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - ALOR SETAR: Seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan bekas isterinya menculik seorang bayi lelaki di Hospital Sungai Petani (HSP) enam tahun lalu, tiba-tiba rebah selepas Mahkamah Tinggi di sini, menolak rayuannya semalam, dan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya yang dijatuhkan sebelum ini. Tertuduh, Muhamad Sabri Sabidin, 36, yang sugul sejak awal perbicaraan semalam, terpaksa dipapah beberapa anggota polis memasuki bilik tahanan selepas keputusan rayuannya diketahui. Selain tertuduh, bekas isterinya, Noraini Mat Zainol, 31, yang juga bekas jururawat HSP dikenakan tahanan di Hospital Bahagia, dekat Tanjung Rambutan, Perak kerana disahkan menghidap masalah mental. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abd Wahab menetapkan tempoh membuat rayuan dalam masa tujuh hari manakala wang jaminan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin selepas peguam bela C Shanmugiah meminta penangguhan hukuman terhadap Mohd Sabri sementara pihaknya mengemukakan rayuan. Noraini diwakili peguam, M Chandran manakala pihak pendakwaan diwakili Datuk Razali Che Ani. Pada 7 September tahun lalu, Noraini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan manakala Muhamad Sabri dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 5 Julai 2005 atas tuduhan menculik seorang bayi lelaki pada 19 Jun 2005 di HSP. Mereka yang ketika itu masih suami isteri bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Ainy Suhailah Yunus. Pada 23 Jun 2005, pasangan itu ditahan anggota polis yang menyerbu rumah mereka di Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Petani dan menemui seorang bayi lelaki yang kemudiannya disahkan sebagai Nor Syabil Syakirin iaitu anak kepada pasangan Mohamad Nordin Derais, 34, dan ibunya, Noryati Abu Bakar, 31 selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). |
Hizbullah puji penunjuk perasaan Posted: 16 May 2011 10:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah semalam memuji keberanian penunjuk perasaan yang berdepan dengan tembakan tentera Israel di sempadan Lubnan, Syria dan Gaza sebagai mengulangi amarannya terhadap nasib negara Yahudi itu. "Kami tabik dengan ketabahan, keberanian mereka yang melakukan bantahan semalam di sempadan Lubnan, Syria dan Palestin kerana menghadapi musuh tanpa sebarang ketakutan," kata Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu. "Mesej anda kepada musuh kuat dan jelas bahawa anda akan membebaskan negara anda. Nasib musuh akan berakhir dengan kematian dan tiada sempadan dan perjanjian akan melindungi mereka," tambahnya. AFP |
Abdul Hadi kekal Presiden PAS, 6 layak tanding timbalan, 14 naib presiden Posted: 16 May 2011 10:19 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Selepas pencalonan ditutup, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi kekal sebagai Presiden PAS TANPA DI CABAR MANAKALA enam orang layak bertanding jawatan timbalan presiden PAS manakala 14 lagi layak bertanding untuk tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu bulan depan. Mereka yang layak bertanding timbalan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa (exco kerajaan Kelantan), Mohamad Sabu (bekas naib presiden), Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang media hari ini. Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperolehi oleh setiap calon. "Kita tidak umum...Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti. Manakala 14 yang layak bertanding naib presiden termasuklah tiga penyandangnya - Salahudin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar. Yang lainnya termasuklah ketua penerangan Idris Ahmad, AJK pusat Mazlan Aliman, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Amar Abdullah dan bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan penyandang sekarang Mujahid Yusof Rawa. Husam, Mohamad Sabu, Azizan dan Nasharuddin turut menerima pencalonan yang mencukupi untuk layak bertanding naib presiden. Manakala 82 orang lagi layak untuk bertanding mengisi 18 kerusi jawatankuasa PAS pusat (AJK). Abdul Halim berkata, pihaknya hanya akan memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima, kepada calon-calon yang layak. Menurutnya, pihaknya akan memaklum kepada mereka melalui surat bermula hari ini sehingga 26 Jun ini. Dan mereka perlu menjawab sama ada untuk menerima atau menolak pencalonan melalui surat, atau sms atau faks. "(Hantar sesuatu) yang kita boleh pegang oleh jawatankuasa (pemilihan)," kata Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa. |
Demontrasi Umno gagal himpun ramai peserta Posted: 16 May 2011 10:10 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 17 Mei: Arahan seorang pemimpin wanita Umno Kelantan supaya setiap bahagian menghantar 500 peserta menyertai demontrasi membantah Ladang Rakyat semalam ternyata gagal. Kelihatan hanya beberapa wanita dan Puteri sahaja yang hadir biar pun arahan mahu setiap bahagian menghantar 500 wanita dengan berpakaian merah. Ramai berhujah agenda permulaan Pemuda dan sayap lain Umno menggugat kerajaan negeri tersasar jauh apabila tidak sampai 500 peserta menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim semalam. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, Umno sengaja mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan negeri bagi menafikan manfaat yang diperolehi rakyat miskin melalui dividen bulanan sebanyak RM200. "Sepatutnya usaha membantu rakyat miskin turut disokong Umno dan bukannya berdemontrasi seperti budak-budak. Ini jelas menggambarkan Pemuda Umno tidak mengikuti perkembangan semasa. "Tindakan Pemuda itu boleh menguris perasaan lebih 4,500 penerima dividen bulanan Ladang Rakyat kerana cuba menghalang usaha murni kerajaan negeri membantu penduduk," katanya di sini. Oleh itu AMK Kelantan menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang sengaja menuduh kerajaan PAS merampas tanah rakyat. Semalam hanya kira-kira 200 pemuda dan wanita Umno berdemontrasi di hadapan Kota Darulnaim bagi membantah Ladang Rakyat kononnya merampas tanah rakyat. Bagaimanapun media harian seperti sepakat menggambarkan 1,000 hadir pada demontrasi tersebut. Ia dilakukan bagi menyelamatkan maruah Pemuda dan Wanita Umno Kelantan. Demontrasi tersebut diketuai Ketua Pemuda Umno, Anuar Safian yang turut disertai pemuda-pemuda Umno peringkat bahagian. Mereka berselindung di sebalik NGO yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak). |
Lagi enjin pesawat Airbus terbakar Posted: 16 May 2011 09:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SINGAPURA - Sebuah enjin pesawat gergasi Airbus A330-300 milik syarikat penerbangan Cathay Pasific yang dalam penerbangan ke Jakarta, Indonesia terbakar semalam. Kebakaran itu menyebabkan pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini sejurus selepas ia berlepas. BEBERAPA anggota perkhidmatan kecemasan memadamkan kebakaran pada sebuah enjin pesawat Airbus A330-300 di Lapangan Terbang Changi, Singapura Bagaimanapun, kesemua 136 penumpang yang menaiki pesawat Airbus A330-300 itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, anggota-anggota perkhidmatan kecemasan berjaya memadam kebakaran pada salah satu enjin pesawat berkenaan. "Disebabkan isu berkaitan enjin, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi dan mendarat dengan selamat pada pukul 1.57 pagi," kata kenyataan itu. Satu landasan di lapangan terbang yang menerima penumpang di antara 25 juta hingga 40 juta setahun terpaksa ditutup lebih satu jam disebabkan kejadian itu. Jurugambar Reuters, Beawiharta yang menaiki pesawat itu memberitahu terdapat bunyi yang kuat 20 minit selepas ia berlepas. Menurutnya, pesawat itu bergoyang dan dia menghidu bau terbakar. Anak lelakinya, Pradipta, 15, yang melihat tingkap pesawat kemudian menjerit: "Saya lihat api!Saya lihat api!Adakah kita akan mati?" Menurut jurugambar itu, terdapat penumpang yang berdoa meminta perlindungan daripada Tuhan. Dia berkata, seorang jururawat kemudian memberitahu, satu enjin terbakar dan pesawat itu berpatah balik ke Singapura. Kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong. Syarikat Cathay Pacific dan pembuat enjin pesawat terbabit, Rolls-Royce sedang menyiasat kejadian itu. Menurut satu kenyataan syarikat penerbangan itu, pesawat itu menerima amaran dari enjin No.2 sejurus ia berlepas. "Kru-kru menutup enjin Rolls-Royce itu apabila mereka menerima amaran dan pendaratan kecemasan diisytiharkan," kata kenyataan tersebut. Pada November tahun lalu, sebuah pesawat Airbus A380 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kerana salah satu enjin pesawat meletup di udara. Agensi |
Hadi akan kekal presiden PAS penggal kelima tanpa dicabar Posted: 16 May 2011 09:20 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima kerana tidak ada calon yang layak untuk jawatan itu selepas semua bahagian mengadakan mesyuratnya. Semua bahagian diberikan sehingga semalam untuk mengadakan mesyuaratnya yang juga merupakan hari terakhir untuk mengemukakan sebarang pencalonan. Sumber-sumber parti berkata Bukit Bintang merupakan satu-satunya bahagian yang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi parti itu. Bagaimanapun, Husam secara terbuka berkata beliau belum berminat untuk bertanding jawatan parti tertinggi itu. Malahan, bakal calon mestilah menerima sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan bertanding bagi sebarang jawatan. "Setakat ini, nampaknya Datuk Seri Hadi akan mengekalkan jawatannya," kata seorang sumber parti dipetik laporan Bernama. Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dan pengerusi pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk mengumumkan senarai calon yang layak untuk jawatan tertinggi parti itu. Abdul Hadi mula dilantik sebagai pemangku presiden pada Julai 2002 dan dipilih sebagai presiden PAS pada pemilihan parti 2003 dan telah memegang jawatan itu tanpa dicabar sehingga sekarang. Bagi jawatan timbalan presiden, setakat ini hanya dua pemimpin PAS, penyandang Nasharuddin Mat Isa dan anggota jawatankuasa pusat Mohamad Sabu, mengesahkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu jika mereka menerima pencalonan yang mencukupi. Turut dicalonkan ialah naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub, anggota jawatankuasa pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pemilihan akan berlangsung awal bulan depan. M/insider |
Posted: 16 May 2011 09:00 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - MADRID: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan gol liga sepanjang zaman dengan 38 gol hasil dua jaringannya ketika kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Villarreal, kelmarin. Ronaldo menjaringkan sembilan gol dalam tiga perlawanan terakhir dengan sepakan percuma pada minit ke-22 dan jaringan minit terakhir untuk mencerahkan peluang merangkul trofi Pichichi bagi penjaring gol terbanyak La Liga Sepanyol. Penyerang Barcelona, Lionel Messi yang juga pencabar terdekat, mengumpul 31 gol liga. Jumlah 38 gol Ronaldo menyamai rekod terbaik sepanjang zaman dicatat pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 sebelum disamai penyerang ikon Real dari Mexico, Hugo Sanchez pada 1990. Dia memiliki baki satu perlawanan untuk mencatat rekod baru. Juara yang baru dinobat, Barcelona yang bersiap menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 28 Mei ini, merehatkan bintang utama ketika seri 0-0 menentang Deportivo La Coruna di Nou Camp. Mereka memastikan kejuaraan Rabu lalu apabila seri 1-1 menentang Levante sekalipun kebanyakan bintang Barcelona berada di bangku simpanan. Deportivo bergelut dengan penyingkiran dan gembira melihat Messi dan rakannya menyaksikan perlawanan dari tepi padang untuk meraih satu mata berharga bagi mengelak tersingkir ke liga bawahan. Deportivo, juara liga 2000 hanya satu mata di atas tiga pasukan tercorot menjelang perlawanan terakhir liga hujung minggu ini. Sementara itu, Valencia meraih tangga ketiga buat musim kedua berturut-turut selepas seri 0-0 dengan musuh setempat, Levante. Valencia meraih tempat automatik ke Liga Juara-Juara manakala pasukan tangga keempat Villarreal terpaksa berdepan pusingan kelayakan. Perebutan bagi dua tempat ke Liga Europa hanya akan ditentukan pada hari terakhir dengan Athletic Bilbao, Atletico Madrid dan Sevilla semuanya terikat 55 mata. AFP |
Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM Posted: 16 May 2011 08:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - BANGKOK - Adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan perdana menteri Thailand pada pilihan raya umum Julai depan. Pencalonan wanita Yingluck Shinawatra, 43, oleh parti yang pernah dipimpin Thaksin, Parti Puea Thai menjadikannya wanita pertama bertanding merebut jawatan tertinggi itu selain mengesahkan peranan Thaksin dalam senario politik Thailand walaupun beliau kini tinggal dalam buangan. YINGLUCK SHINAWATRA dikerumuni jurugambar di ibu pejabat Parti Puea Thai, Bangkok "Saya bersedia berjuang menurut undang-undang dan saya meminta peluang untuk membuktikan diri saya. Saya meminta kepercayaan anda dan anda semua pernah memberikan kepercayaan kepada abang saya," katanya dalam satu perhimpunan parti Puea Thai di sini. Keputusan parti itu yang sebulat suara memilih Yingluck sebagai calon utama mereka dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di Thailand terutamanya di kalangan mereka yang tidak mahu Thaksin kembali ke negara itu. AFP |
Selepas Orkid Abdullah, suami pula meninggal dunia Posted: 16 May 2011 08:20 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 17 Mei – Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar pula menyusul. Allahyarham Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 6.15 pagi ini di Hospital Ampang, Cheras. Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lebih 4 Mei lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru. Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, dekat sini sebelum waktu Zohor. |
Kereta api unik untuk masa depan Posted: 16 May 2011 07:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder. Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. Agensi |
Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih Posted: 16 May 2011 07:20 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam. Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam. Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini. FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan anak lelaki mereka berusia dua tahun Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih. "Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya. "Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi. Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya. "Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya. Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya. Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu. Agensi |
Posted: 16 May 2011 07:00 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji sikap tidak mudah berputus asa para pemain selepas pasukan itu merangkul gelaran Liga Perdana England ke-19, Sabtu lalu. Kini, United berpeluang untuk meraih gelaran berganda musim ini sekiranya berjaya menewaskan kelab Sepanyol, Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, 28 Mei ini. Pengurus kelahiran Scotland itu yakin sekiranya para pemain mampu mengekalkan sikap itu, tidak mustahil bagi mereka untuk menumbangkan Barcelona. BARISAN pemain United meraikan kejayaan mereka muncul juara Liga Perdana England buat kali ke-19 musim ini "Para pemain langsung tidak cepat atau mudah berputus asa dan itu adalah kualiti yang dimiliki mereka. "Diakui, kami (United) akan turun menentang kelab hebat seperti Barcelona pada aksi final tetapi itu langsung tidak menggerunkan kami kerana kami tahu kekuatan yang kami miliki. "Kami mampu melakukan yang terbaik pada aksi final nanti," jelas Ferguson yang merekodkan gelaran juara ke-12 sepanjang membimbing United sejak 1986. Ditanya adakah kemenangan ke atas Barcelona mampu menutup mulut segelintir pihak yang sebelum ini sering kali mempertikaikan kemampuan skuad The Red Devils, Ferguson menjawab: "Sudah pasti. "Ia merupakan salah satu cabaran terbesar kami pada perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Wembley itu dan kami memang bagus dalam menghadapi sebarang cabaran. "Tidak kiralah daripada mana mereka (Barcelona) datang, kami tetap akan membuktikan kemampuan kami," ujar Ferguson. Agensi |
Posted: 16 May 2011 06:40 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - DUNGUN: Hasrat seorang kakitangan Risda untuk melapor diri pada hari pertamanya bertugas di tempat baru tidak kesampaian apabila dia maut disengat tebuan di ladang sawit milik majikannya di Serdang, semalam. Mohd Taufik Jusoh, 26, yang bekerja sebagai mandor dikatakan baru bertukar dari Pejabat Risda Marang ke Dungun dan ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia dalam perjalanan melaporkan diri kepada penyelia tempat kerjanya yang baru. Mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai disengat tebuan di kepala dan badan terpaksa menahan kesakitan sambil memecut kenderaannya ke Klinik Kesihatan Kampung Delong yang terletak kira-kira dua kilometer dari ladang berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Mangsa dikatakan sempat memaklumkan dia disengat tebuan kepada kakitangan di pusat kesihatan berkenaan dan beberapa minit selepas itu mangsa dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun. Mangsa yang masih bujang dan berasal dari Kampung Batu 48, meninggal dunia dalam perjalanan sebelum jenazahnya dibawa ke bilik mayat untuk bedah siasat. Sementara itu, ibu mangsa, Habsah Yusof, 56, berkata, dia tidak menyangka kemunculan seekor kucing putih yang sering bermanja dan menemani arwah anaknya bersembahyang petanda anaknya itu pergi buat selama-lamanya. Katanya, kehadiran kucing berwarna putih itu yang sering berada di sebelah kanan ketika anaknya mengerjakan solat sejak seminggu lalu membuatkan arwah sendiri tertanya-tanya. "Arwah pernah bertanya saya kenapa kucing itu sering bermanja dan duduk menemaninya solat dan semalam (kelmarin), secara tiba-tiba seekor kucing lain naik ke rumah dan menghambat kucing terbabit," katanya. Menurutnya, kucing putih itu yang ketakutan memanjat pokok kelapa di tepi rumah menyebabkan arwah memanggil pasukan bomba menurunkan kucing itu kerana bimbangkan keselamatannya. "Bagaimanapun kucing itu gagal diturunkan kerana pokok kelapa itu sangat tinggi dan sebelum ke tempat kerja arwah melihat kucing berkenaan di atas pokok itu sebelum berkata, 'nasib engkaulah kucing, mungkin ajal kamu ditentukan di atas pokok'," katanya. Habsah berkata, sejurus arwah anaknya ke tempat kerja, dia menyambung membuat kerja rumah sebelum menerima panggilan daripada rakan anaknya memaklumkan arwah disengat tebuan dan berada di Hospital Dungun jam 10 pagi. "Saya bergegas ke Hospital Dungun dan sebaik tiba, saya dimaklumkan arwah meninggal dunia. Arwah adalah anak yang baik," katanya. Habsah berkata, dia juga hairan kerana ketika makan malam bersama sehari sebelum kejadian, arwah berubah sikap dengan kerap merenungnya. |
Posted: 16 May 2011 06:20 PM PDT 14 amadilakhir 1432H. [MOD] - SEREMBAN: Gara-gara enggan menceraikan isteri yang dikahwini selama 15 tahun, seorang lelaki cedera parah dibelasah keluarga mentuanya dalam kejadian di Sungai Ujong, di sini, kelmarin. Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berbincang sesuatu dengan isterinya bagi mengakhiri kemelut rumah tangga dihadapi mereka. Namun, belum sempat perbincangan itu selesai, mangsa mendakwa dibelasah dengan kerusi oleh sekumpulan lelaki dipercayai ahli keluarga isterinya. Akibatnya, mangsa, Mohd Zulkifli Mustafa, 41, kini terlantar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, apabila disahkan mengalami retak tulang pipi, lebam di muka, siku dan terdapat darah beku di bahagian kepalanya. "Saya tak sangka, hanya kerana enggan menceraikan isteri, saya dipukul mereka (keluarga mentua), apa salah saya hingga diperlakukan begini," katanya ketika ditemui di HTJ, di sini, semalam. Zulkifli mendedahkan, perkahwinannya itu sememangnya diatur keluarga mentuanya yang mahukan dia mengahwini anak mereka. |
Posted: 16 May 2011 06:00 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam. Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu. KREW kapal The Spirit Of Rachel Corrie bersiap sedia memulakan perjalanan dari Greek menuju ke Palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan Sebelum itu, kapal misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarah menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir. Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan misi kemanusiaan tajaan yayasan itu. "Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir," katanya. Wartawan akhbar yang berada atas kapal itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal berundur ke perairan Mesir. "Tentera rejim itu juga menaiki kapal bagi memeriksa kargo yang dibawa bagi memastikan ia bukan bahan larangan," katanya. Kapal kargo itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diagihkan kepada penduduk Palestin untuk membaiki sistem pembetungan dan bekalan air yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008. Ia adalah kesinambungan daripada pelayaran kapal kargo MV Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan pelbagai keperluan seberat 1,500 tan ke Gaza pada Mei tahun lalu sebelum ditahan tentera Israel dengan 19 krew dan penumpang dibawa ke Pelabuhan Ashdod. MV Rachel Corrie antara tujuh buah kapal yang menyertai misi flotilla kebebasan diketuai kapal penumpang MV Mavi Marmara dari Turki bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Flotila kebebasan yang membabitkan lebih 700 penumpang dan aktivis pelbagai latar belakang agama dan bangsa dari seluruh dunia itu gagal sampai ke destinasi, namun kematian sembilan aktivis Turki yang ditembak mati komando Israel dan meninggalkan puluhan lain cedera, mengembalikan tumpuan masyarakat dunia kepada krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza. INFO THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE Nama asal: MV Finch Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang) Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter Tahun: 1989 Buatan: United Kingdom Kelajuan: 8.5 knot Muatan kargo: 1,200 tan Flagship: Moldova Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu. |
Tentera Israel bunuh 4 lagi penunjuk perasaan Posted: 16 May 2011 05:45 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - DAMASCUS 17 Mei - Seramai empat orang terbunuh manakala 209 yang lain cedera apabila askar Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah ribuan penunjuk perasaan yang lain walaupun mempunyai perjanjian genjatan senjata dengan Syria, semalam. Menurut agensi berita rasmi Syria, SANA memetik kenyataan ketua hospital Qunietra, Ali Kanaan, kesemua yang terbunuh adalah lelaki dan manakala 53 daripada 209 orang cedera akibat terkena peluru hidup, antaranya ada yang parah. Pasukan perubatan berkata, seramai dua orang dibunuh manakala ramai yang cedera semasa kekacauan tercetus pada Ahad lepas. AFP |
Kebakaran hutan di Kanada merebak ke bandar, 7,000 penduduk dipindahkan Posted: 16 May 2011 05:30 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - OTTAWA 17 Mei - Kira-kira 7,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kebakaran hutan merebak ke bandar Slave Lake di barat Kanada, di awal musim kebakaran hutan, kata pihak berkuasa semalam. Dua kebakaran telah memusnahkan 2,900 hektar hutan berhampiran sebelum merebak ke bandar ini dan turut mengancam tiga bandar yang lain. "Tiada amaran dikeluarkan terhadap kebakaran yang merebak dengan pantas. "Berkemungkinan tiupan angin menyebabkan api menyeberangi lebuh raya dengan pantas ke bandar," kata Datuk Bandar Slave Lake, Karine Pillay-Kinee kepada CBC. Banyak rumah dan bangunan telah musnah dan siaran televisyen menunjukkan 1,000 anggota bomba berusaha keras untuk memadamkan api yang sedang marak membakar sebaris bangunan, sebagai usaha menyelamatkan saki baki bandar yang terletak di 250 kilometer utara Edmonton, Alberta. AFP |
Empat tentera NATO terbunuh di Afghanistan Posted: 16 May 2011 05:12 PM PDT 14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KABUL 17 Mei - Empat tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) maut dalam serangan bom di selatan Afghanistan, salah satu daripada pertempuran dahsyat sejak 10 tahun pemberontakan kumpulan Taliban, kata kenyataan tentera bersekutu. Bagaimanapun, Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) tidak menyediakan maklumat warganegara tentera yang maut itu, sekali gus, menyerahkan hal itu kepada negara asal mangsa untuk mengumumkannya. "Empat anggota yang berkhidmat bersama ISAF terbunuh akibat serangan bom di selatan negara ini," katanya tanpa memberi maklumat lanjut. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan