Selasa, 17 Mei 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG HADIAH CENDERAHATI DAN KAD ISTIMEWA SEMPENA HARI GURU

Posted: 17 May 2011 09:53 AM PDT

YB Dr Halimah berucap dalam sambutan HARI GURU
 16.5.11
ISNIN

Semua guru menanti-nanti 16.5.11 SEBAGAI HARI ISTIMEWA untuk mereka, HARI GURU.
Kebiasaannya mereka menerima hadiah berupa kad atau bunga.Yang pasti ramai anak murid mereka sekurang-kurangnya mengucap SELAMAT HARI GURU,Cikgu.
   Hati guru yang mana tidak merasa bahagia bila jasa mereka sebagai pendidik dihargai dan mendapat perhatian.Tidak kira siapapun yang sudi menunjuk empati dan tulus mengiktirafkan sumbangan dan pengorbanan mereka yang gtelah melayan kerenah pelajar disamping menurunkan ilmu kepada mereka..
 Dengan kesedaran ini, lebih-lebih lagi selaku EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali mengambil masa turun ke Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah Cina untuk bertemu guru secara peribadi untuk mengucap SELAMAT HARI GURU dan membawa sedikit cenderahati dan kad untuk semua guru.
 Guru-guru rata-rata sangat gembira atas kunjungan yang tidak diduga itu.Mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan mereka dan ada yang ambil kesempatan bergambar dengan YB EXCO.
 YB menyerahkan cendrahati kepada pengetua SMK
 Guru yang berada di atas kerusi roda juga amat terharu dengan layanan istimewa yang diterima.
 Ada guru-guru yang memberi signal 'good' ketika rakan setugas menerima cenderahati daripada YB EXCO.
YB EXCO juga sempat mentantuni bayi dalam rahim seorang guru ketika menghadiahkan cenderahati kepadanya.

GURU: TERIMA KASIH BUKU JINGGA

Posted: 17 May 2011 12:24 AM PDT

 Nampaknya kesan buku jingga sudah berputik dan cepat mengembang. Buahnya akan dituai pada Januari 2012. Orang pertama yang bakal menuainya adalah para guru. Mereka dijanji oleh kerajaan Najib 5 kaedah kenaikan pangkat..Pakatan Rakyat mengeluarkan manifesto yang dijenamakan buku JINGGA dimana guru-guru akan diberi kenaikan gaji sebanyak RM500 dalam tempoh 100hari PAKATAN RAKYAT ambil alih PUTRAJAYA.Itu bermakna semua guru. Yang diumum oleh PM adalah segelintir guru.Apakah jasa guru-guru yang lain tidak diutamakan.
Adakah amalan guru yang 'bernasib baik' naik pangkat adalah di antara kaedah yang tersirat dan TIDAK TERSURAT selama ini ialah hanya guru-guru yang diperhambakan oleh UMNO/BN untuk tujuan politik mereka seperti menggunakan ruang sekolah untuk UMNO mengadakan mesyuarat agung atau program UMNO/BN.
Adakah ini juga kaedah(ke enam?!) yang akan diguna pakai menjelang 1.1.12? Kesian cikgu-cikgu didera sebegini.....

PM umum guru nikmati lima kaedah naik pangkat
MALAYSIAKINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

NONEDalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

education high school girls 040405Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.

Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

NONEKaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.

Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya.
- Bernamahttp://www.malaysiakini.com/news/164294

Tiada ulasan:

Nuffnang