Suara Sri Andalas |
Kuil Sri Maha Mariamman Diroboh BN Dibina Semula Kerajaan PR Posted: 27 Apr 2011 10:15 PM PDT Padang Jawa, 24 April 2011 – Majlis Meletak Batu Asas bagi Tapak Kuil Sri Maha Mariamman Rimba Jaya telah disempurnakan pada hari ini. Kuil Sri Maha Mariamman telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada tahun 2007. Setelah Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Selangor, Kuil Sri Maha Mariamman telah diperuntukkan tanah di Rimba Jaya, Padang Jawa dan kuil tersebut kini dibina semula dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Ken Rimba Sdn. Bhd. Majlis pada hari tersebut dirasmikan YB Dr Xavier Jayakumar dan dihadiri YB Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga, YB Ronnie Liew, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB M. Ravi, ADUN Port Dickson, pemimpin-pemimpin komuniti India setempat serta Encik Kenny Tan Boon Kang, Pengarah Urusan Ken Rimba Sdn Bhd. Cek berjumlah RM40,000 telah diserahkan kepada Persatuan Penganut-penganut Kuil Sri Maha Mariamman Rimba Jaya oleh Ken Rimba Sdn. Bhd. bagi membantu pembinaan semula kuil tersebut. |
Selangor Peruntuk RM600,000 Bina Papan Iklan 'Mansuhkan ISA' Posted: 27 Apr 2011 03:00 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM600,000 bagi memasang papan iklan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kempen 'Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA'. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukkan membina 56 papan iklan itu diperolehi daripada Akaun Amanah Penswastaan yang disalur kepada Perbadanan Menteri Besar dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan. Katanya, pemasangan papan iklan ini akan menggunakan peruntukkan dana akaun amanah penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan. "Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerajaan negeri, disini, hari ini. Menurut Khalid lagi, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama. "Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya. Khalid berkata pemasangan papan iklan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara. Sumber: TVSNEWS |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan