Isnin, 9 Januari 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Saya Gembira Kerana Tersilap!

Posted: 08 Jan 2012 11:43 PM PST

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.

Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi. Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN. Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar. Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.

Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman. Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS. Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, "All good things come in threes".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang