Selasa, 18 September 2012

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


Soalan-soalan yang ditanya oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham untuk Mesyuarat Ketiga,Penggal Kelima,Parlimen Ke 12

Posted: 18 Sep 2012 12:57 AM PDT



Pertanyaan Bagi Jawab Lisan :


  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan

a)      Jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk Skim Perumahan Pekerja Ladang Tun Razak yang diperkenalkan pada tahun 1973/1974 untuk kawasan Parlimen Beruas dan seluruh Negara; dan

b)      Jumlah rumah yang telah dibina untuk pekerja estate di bawah Skim tersebut di kawasan Parlimen Beruas dan seluruh Negara. (1/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan permohonan yang diterima daripada Lembaga Pengelola Sekolah atau PIBG sekolah-sekolah bantuan modal di ladang milik syarikat kerajaan (GLC) seperti Sime Darby untuk:

a)      Menukar status menjadi sekolah bantuan penuh dari tahun 1990 hingga Jun 2012.

b)      Jumlah permohonan sedemikian yang diluluskan. (2/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi  menyatakan jumlah syarikat dan individu yang mendapat kuota subsidi minyak kelapa sawit/minyak masak dan bagaimana cara pemilihan dan pengagihan tersebut dijalankan. (3/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan syarikat-syarikat yang telah diberikan lesen untuk mengimpot dan memproses gula di negara ini dan apakah criteria syarikat-syarikat tersebut dipilih. (4/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan dasar, syarat dan halangan, sekiranya ada untuk penganut agama Kristian melawat Jeruselam bagi tujuan keagamaaan.  (8/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah kerja naik taraf jalanraya daripada Sitiawan ke Simpang, Taiping yang telah diumumkan sekian lama akan dimulakan dan jumlah nilai kontrek untuk kerja tersebut. (9/10/2012)


  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberikan senarai nama syarikat dan individu serta bilangan AP bagi setiap individu dan syarikat tersebut untuk import kereta mengikut tahun dari 2008 hingga 2012. (10/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

a)     Bilangan rakyat kelahiran Malaysia yang masih memegang Kad Pengenalan merah.

b)     Apakah polisi kerajaan untuk meluluskan kewarganegaraan kepada golongan ini apabila mereka memohon untuk menjadi warganegara. (11/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pengangkutan untuk nyatakan berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Kerajaan untuk membolehkan RapidKL, LRT dan monorail memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai untuk menyertai Perayaan Kemerdekaan untuk tahun ini. (15/10/2012)

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan siapakah yang melantik panel hakim-hakim bagi mendengar kes-kes Mahkamah Persekutuan Malaysia Notis Usul No. 06-3-2009(A) dan Rayuan Sivil No. 01-11-2009. (16/10/2012)



Pertanyaan Bagi Jawab Bertulis :


  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelancongan menyatakan

(a)    Jumlah pelawat ke Muzium Gangga Negara Beruas, Perak sejak ia ditubuhkan dan

(b)   Jumlah yang diperuntukkan untuk selenggaraan dan promosi Muzium ini sejak ia ditubuhkan.




  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Perdana Menteri menyatakan jumlah cuti yang diberi kepada kakitangan kerajaan untuk

a)      menunaikan Haji di Mekah bagi penganut Islam; dan

b)      menunaikan tanggungjawab agama lain melawat ke India, Rome dan Jerusalem atau lain-lain tempat keagamaan bagi kaum bukan Islam.

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk sekolah Tamil Ladang Cashood dan Sekolah Tamil  Ladang Sogomana  (kawasan Parlimen Beruas) serta Sekolah Tamil  Walbrok (kawasan Parlimen Lumut) bagi tujuan baik pulih dan pembinaan bangunan baru dari tahun 2000 hingga 2012.

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah status tawaran National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) yang dibuat dalam tahun 2008 untuk menyerahkan tapak tanah 8 sekolah yang terletak di ladang milik NLFCS kepada Kementerian Pelajaran untuk dijadikan sekolah bantuan penuh.

  1. YB Dato' Ngeh Koo Ham minta Menteri Dalam Negeri untuk nyatakan kenapa polis tidak memberitahu ahli keluarga Ng Chin Heng segera tentang kematiannya berkaitan lapuran polis 6740/2012 (Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee) dan lapuran polis oleh bapanya (Petaling repot 014220/12). Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang cuai.


Tiada ulasan:

Nuffnang