Ahad, 12 Jun 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


UMNO / BN Selangor Tiada Keupayaan Untuk Ambil Semula Selangor!

Posted: 11 Jun 2011 02:52 AM PDT

UMNO Selangor hari ini bagaikan 'tin kosong yang di palu kencang' tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa ke 2 bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamirkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke 13 akan datang.

UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.

Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!

KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.

Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, diantara Dato Seri Noh Omar dan Dr Khir Toyo , perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Dato Sri Md Zain dan Ketua Pembangkang 'yang hanya bergigi dalam dewan' Dato Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik Umno Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa 'tidak banyak bersambut tangan' di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada 4 kumpulan yang sukar bersatu.

Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian Umno Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar 'sudah seperti empangan pecah' yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dibawah pimpinan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Sri Khalid Ibrahim benar benar membuatkan UMNO / BN Selangor 'mati kutu'. Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor di pimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.

KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang 'berkudis parah menjadi barah' masih belum dapat diselesaikan.

Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.

Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.

Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkaman induknya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JADUAL PROGRAM "JELAJAH SELANGOR TAWAN MALAYSIA!" ("JELAS- TAWAN MALAYSIA!") FASA 2

Posted: 11 Jun 2011 02:49 AM PDT

1.      10 Jun 2011 (Jumaat) PROGRAM (A)

Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm. Anjuran: Pejabat MB dan Cabang Sepang. Lokasi: Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.PIC: Pej Mb Azman dan Hairol 0193688847 (Ket Pen Cbg Sepang)Penceramah: DSAI, TSKI, EXCO SELANGOR 


PROGRAM (B)
9pm di Balai Masyarakat, Jalan 4/2 Taman Sri Andalas, Serdang Jaya. Penceramah: Yb Tharesa, Yb Amiruddin, Yb haniza. Shuhaimi PIC: Ramli. +60173232110

2.      11 Jun 2011 (Sabtu) Pelancaran "JELAS- Tawan Malaysia!" FASA 2 & Pelancaran Jentera Pilihanraya Selangor pada jam 3.00pm (Ceramah Perdana mula 9pm) Masa: 9pm-12am. Cabang: Tg Karang & Kuala Selangor. Lokasi: Dewan Kg Sg Gulang-Gulang. PIC: Sani 0196143090 (Ket Pen Cbg Tg Karang)
Nota: Perasmian 3.30pm: AZMIN ALI,
Penceramah sebelah malam mula 9pm: ZURAIDA, DR RANI, YB MANIKUMAR, AMINUDDIN HARON, SEMUA MPN SEL.

Nota: Semua Cabang wajib hantar minima 50 peserta / anggota Cabang mula jam 9pg (Detail seperti berikut: Gerak kerja Pilihanraya Selangor. Lokasi utama Kg Sg Gulang Gulang Tg Karang. Antara program yang dilaksanakan; 
 
1.Motivasi Peljar 8pg-5ptg (Kg Seri Tiram Jaya)

2.Kursus Pengurusan Jenazah 8pg-2ptg(Tmn Desa Mawar)

3.Prog Kesihatan Wanita 4-6ptg(Kg Pt Serong)

4.Majlis Penutup Motivasi Pelajar 4-5ptg(Kg Seri Tiram Jaya)

5.Perlawanan Bolasepak AMK 4.30-6ptg(Kg Permatang)

6.Bacaan Yaasin Wanita 5-6ptg (Kg Sg Yu)

7.Maj Pelancaran 2.00 ptg-3.30ptg(Kg Sg Gulang-Gulang),

8.Gerak Gempur Semua Kampung &Tmn Perumhan(4-6.30ptg)

9.Kuliah Maghrib 7.30-8.30mlm(Masjid Sg Terap, Kg Permatang, Bestari Jaya, Sawah Blok E,q,s & w, Surau Kg Sg Yu, Sawah Blok T)

10.Cermah Perdana - Dewan Kg Sg Gulang-gulang(8.30-11.30 mlm)

Pemimpin yg telah memberi komitment utk hadir;1. YB Azmin Ali 2 YB Zuraidah Kamaruddin 3. YB Rodiah Ismail. 4. YB Ronnie Liu 5. YB Teressa Kok. 6. YB Haniza Talha. 7. YB Suhaimi Shafie. 8. YB Dr Xavier Jayakumar. 9. YB Ir Mutiah. 10. YB S.Manikavasagam. 11. YB Aminuddin Haron. 12. YB Gan Pie Nie. 13. Dr Mohd Nur Manutuy. 14. Uts Syamsul Firdaus Al Hafis. 13. Hj Nik Yusof Nik Ismail. 14. Utz Mohd Syukri. 15. N.Surendren. 16. Hj Fauzi. 17. Hj,Borhan. 18. David Chong. 19. Mohd Azizi. 20. Hamidi. 21. Pimpinan Cabang, AMK dan Wanita Selangor. Maklumat boleh hubungi; Syamir (SU)0172929068,  Salam (SU Amk) 0132161973, Hassan (PKOM)0196143090 , Yahya Sahri 019-3223737(KC)

3.      17 Jun 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Sabak Bernam & Sg Besar. Lokasi: Stadium Sg Besar. PIC: Zulkifli 0193794026 (Ket Pen Cbg Sg Besar) & Talib 0194277034 (Tim Ket Cbg Sbk Bernam)Penceramah: AZMIN ALI, NURUL IZZAH, DR MANUTY, SIVAKUMAR Speaker DAP Perak 

4.      18 Jun 2011 (Sabtu) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pakatan Rakyat Kota Raja. Lokasi: Putra Heights, Subang Jaya. PIC: Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) & Sabri 0126154990 / 0132255005. Penceramah: MAT SABU, SHUHAIMI, DR MARIAH, FARIZ MUSA 

(NOTA MAKLUMAN: Pada 18 Jun jam 8-5ptg ada satu pgrm AMK di SACC Shah Alam anjuran AMK Malaysia)

5.      19 Jun 2011 (Ahad) – Konvensyen Khas Pilihanraya KEADILAN Seluruh Negara. Masa: 8.30am-6.30pm. Penganjur: KEADILAN Pusat. Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)
Nota ingatan: Semua Cabang wajib hantar minima 50 peserta ke program ini

6.      22 Jun 2011 (Rabu) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pakatan Rakyat Sepang dan Cabang Sepang. Lokasi: Dewan Orang Ramai Sungai Merab Luar, Dengkil. PIC: Hairol 0193688847 (Ket Pen Cbg Sepang)Penceramah: NIZAR JAMALUDDIN, SHUHAIMI

7.      24 Jun 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Kapar & Klang. Lokasi: Bdr Sultan Sulaiman. PIC: Zamsol 0126743308 (Ket Pen Cbg Kapar) & Chow Chee Lip 0193612217 (Ket Pen Cbg Klang). Penceramah: TIAN CHUA, AZAN ISMAIL, DR MANSOR, S. MANIKAVASAGAM 

8.      25 Jun 2011 (Sabtu) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Cabang: Hulu Langat & Serdang. Lokasi: Dewan MPKJ Kajang. PIC: Tarmizi 0122942848 (Ket Pen Cbg H.Lgt) & Shaffee 0124930259 (Ket Pen Cbg Serdang). Penceramah: DR MANSOR, AMIRUDDIN SHAARI, YB KESAVAN

9.      26 Jun 2011 (Ahad) – Ceramah Umum. Masa: 9pm-12am. Cabang: Kota Raja. Lokasi: Dewan MPK Taman Klang Jaya. PIC: Sekar 0163601178 (Kota Raja)Penceramah: AZMIN ALI, DATO CHUA, DR XAVIER, SHUHAIMI, 

10.    1 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cbg Selayang & Cbg Hulu Selangor. Lokasi: Stadium KKB. PIC: Pej MB Azman dan Rosli 0122955139 (Slyg) & Khalid J 0123152928 (HS)Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR

11.    1 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Cabang: Shah Alam. Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam. PIC: Hafez 0122955560 (Shah Alam) Penceramah: FUZIAH SALEH, MAT SABU, N.SURENTREN, YBY, RODZIAH 

12.    3 Jul 2011 (Ahad)
Majlis Hi-Tea & Pelancaran Jentera PRaya Kota Raja. Masa: 3pm. Cabang: Kota Raja. Lokasi: Dewan Bukit Naga. PIC: Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) Penceramah: AZMIN ALI, N SURENDRAN,

13.    3 Jul 2011 (Ahad)
Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Subang, PJU & PJS. Lokasi: Akan dikemaskini (Cabang2 meeting pd 12 jun) PIC: Emeemariana 0129654097 (PJS), Faizul 0124634625 (PJU), Manivanan 0166565339 (Subang)Penceramah: DSWA, CHUA JUI MENG, SIVARASA, YUSMADI

14.    9 Jul 2011 (Sabtu)
Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Cabang Kelana Jaya & Pej DUN Seri Setia. Lokasi: Stadium PKNS Kelana Jaya. PIC: Halimey 0192399809 (KJ) Penceramah: DSAI & PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 

15.    10 Jul 2011 (Ahad) – Ceramah Perdana. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Selayang & Hulu Selangor. Lokasi: Stadium KKB. PIC: Rosli 0122955139 (Slyg) & Khalid J 0123152928 (HS) Penceramah: DSAI, AZMIN ALI 

16.    16 Jul 2011 (Sabtu) – Ceramah Perdana Masa: 9pm. Penganjur: Pej DUN Sri Muda dan AMK Kota Raja: Kg Johan Setia, Klang. Lokasi: Dewan JKKK Johan Setia. PIC: Hisyam 0162569093 dan Sekar 0163601178 (Ket Pen Cbg Kota Raja) Penceramah: SAIFUDIN NASUTION, SALAHUDIN AYOB,

17.    22 Jul 2011 (Jumaat) – Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cabang Kuala Langat. Lokasi: Kuala Langat. PIC: Pej MB Azman dan Subra 0104384696 (Ket Pen Cbg Kuala Langat) Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR, RAFIZI

18.    23 Jul 2011 (Sabtu) – (Tentatif) Perhimpunan Anak Muda Selangor Sempena Hari Belia Sedunia. Masa: 9am-11pm. Penganjur: KEADILAN Selangor dan Pej MB Stanco Belia. Lokasi: Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya. PIC: Irwan Hidayat 0196665236 / YB Amirudin 0123468539 / YB Yunus. Penceramah: DSAI,

19.    24 Jul 2011 (Ahad) – (Tentatif) Ceramah Perdana & Program Khas Mesra Rakyat oleh MB di Kuala Selangor. Masa: 9pm-12am. Penganjur: Pejabat MB & Cabang Kuala Selangor. Lokasi: Ijok. PIC: Hajiman 0192822355 Penceramah: TSKI & EXCO SELANGOR

NOTA:

Sebarang makluman dan pertanyaan hubungi
Sdr Hafez 0122955560, (Setiausaha Penerangan KEADILAN Selangor)

Atau

Irwan Hidayat 019666523
(Pen SU 1 Penerangan
KEADILAN Selangor)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang