Dr Siti Mariah Mahmud |
Candid dari Istanbul : PRU Turki Posted: 12 Jun 2011 12:12 AM PDT Bersama para pemimpin AK di hadapan Pejabat dan didalam pejabat mereka. BERITA BERKAITAN Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut. Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki. Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu. (Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.) Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga. Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan. "Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan, seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet. Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki. Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu. Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam. Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002. Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki. Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang. Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini. Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti. Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak. Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik. Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK. Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan. Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan. (Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.) "Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini. Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki. "Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu. Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur). Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki. Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai. "Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu. Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki. "Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar. Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing. Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak. "Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar. Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK. "Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya. Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini. Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu. Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat, "Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar. Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu. Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka. Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK. Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli. Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires. |
TGNA : sikit lagi PAS potong Umno Posted: 11 Jun 2011 07:06 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan