:: cina islam | 2011 :: |
- Dasar ekonomi negara ketinggalan 30 tahun
- Rempuh pembahagi jalan
- Mangsa serangan cimpanzi jalan pemindahan muka
- Ugut tembak
- PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan
- Cikgu Shida hebat
- Ditangkap berbasikal dalam keadaan bogel
- AK sedia membina rekod baru untuk Turki
- Najib tak faham negara berkebajikan PAS
- Lebih 500 nelayan mogok
Dasar ekonomi negara ketinggalan 30 tahun Posted: 12 Jun 2011 02:03 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ekonomi negara sudah ketinggalan 30 tahun menyebabkan berlakunya krisis ekonomi termasuk kenaikan harga barangan ekoran peningkatan harga minyak. Dalam tempoh tersebut membuat kesilapan demi kesilapan sehingga telah menjadi lambakan dan kesan sukar ditangani, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. "Kerajaan gagal memandang ke depan termasuk dalam merancang harga minyak pasaran dunia. "Akibatnya kerajaan gagal mengurus harga minyak dan kesannya rakyat menanggung beban," katanya dalam satu forum ekonomi di ibu negara hari ini. Dua lagi ahli panel forum anjuran Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu ialah Exco Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Exco Pemuda PAS Dr Zuhri Marjuki. Menurut Rafizi, rakyat terbanyak tidak mendapat subsidi minyak sebaliknya pengeluar tenaga bebas (IPP) memperolehi berbilion ringgit. Beliau mahu isi penjanjian di antara IPP dengan kerajaan didedah kepada umum dan dikaji supaya tidak membebankan rakyat. Dasar Dr M Manakala Dr Zuhri mendakwa dasar pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi khususnya berkaitan harga minyak. Katanya, pembaziran minyak ekoran dasar Dr Mahathir yang mahukan rakyat menggunakan banyak kereta. "Sektor pengangkutan awam tidak digunakan, hanya kebelakangan ini baru dipandang semula," katanya. polisi pengangkutan yang menurutnya menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Wakil Pemuda Umno pula menegaskan orang miskin perlu terus mendapat subsidi khususnya minyak. Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah membelanjakan wang terlalu banyak untuk subsidi dan ini tidak baik kepada negara. Katanya, jumlah subsidi negara pada 2009 ialah RM74 bilion iaitu RM12, 000 setiap isi keluarga. | ||
Posted: 12 Jun 2011 01:30 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - Gambar hiasan KUALA TERENGGANU: "Mujur saya sempat elak ke tengah di pembahagi jalan, kalau tidak mesti banyak kereta kena rempuh," kata Razak Chik, 59, apabila lori pasir dipandunya merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di depan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, jam 1 tengah hari semalam. Menceritakan detik cemas itu, Razak berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Batu Enam, di sini, menghala ke Jalan Pejabat, di sini, membawa muatan tar untuk projek meratakan jalan di situ. Katanya, sebaik tiba di depan IPK Terengganu lampu trafik di persimpangan Jalan Sultan Omar itu berwarna merah dan dia memperlahankan kenderaan. "Namun brek gagal berfungsi ketika itu, malah cubaan saya menggunakan brek tangan juga tidak berhasil, menyebabkan lori terus bergerak. "Melihatkan kereta banyak di depan, saya mengambil tindakan pantas dengan membelok ke tengah di pembahagi jalan untuk memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah tiang lampu di situ," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan tangki air lorinya pecah, namun masih boleh bergerak. Begitupun, dia bersyukur insiden itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan dia juga tidak cedera, manakala sebuah kereta Perodua Myvi remuk di bumbung terkena lampu hiasan jalan di situ. | ||
Mangsa serangan cimpanzi jalan pemindahan muka Posted: 12 Jun 2011 01:00 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - CONNECTICUT: Mangsa serangan cimpanzi, Charla Nash, semalam menjalani pemindahan muka, pembedahan ketiga seumpamanya pernah dilakukan di Amerika Syarikat. Charla, 57, cedera parah selepas seekor cimpanzi milik rakannya mengamuk dalam kejadian pada 2009. Dia kehilangan dua tangan, bibir, hidung dan mata. Selepas 20 jam, pakar bedah berjaya memasang hidung, bibir, kulit muka dan juga sarat penggerak untuk muka baru Charla. Kira-kira 30 pakar perubatan terbabit dalam pembedahan itu. Pembedahan pemindahan kedua-dua tangan Charla sebelum ini berjaya dilakukan tetapi terpaksa dipotong semula kerana berdepan dengan masalah. Menurut pakar, Charla mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum wajah barunya dapat diperlihatkan kepada orang ramai. Agensi | ||
Posted: 12 Jun 2011 12:45 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - SUEZ: "Anda pergi, kami tembak." Itu antara ungkapan sekumpulan anggota tentera kepada penulis dan jurugambar melalui jurubahasa dan pemandu tempatan ketika hendak melepasi satu sekatan jalan raya di lebuh raya menghubungkan Kaherah ke Suez, dalam perjalanan ke kawasan pelancongan, Sham El-Sheikh. Sekatan berkenaan dikatakan dibuat secara tiba-tiba akibat serangan samseng bersenjata yang dikenali sebagai Beltagi. Perkembangan itu menyebabkan jurubahasa penulis kurang senang dan mengarahkan pemandu merempuh sekatan kawalan tentera di jalan menuju ke Sinai itu. Ini kerana sebelum ini laluan berkenaan tidak pernah ditutup, namun tindakan itu tidak membawa ke mana-mana apabila pasukan keselamatan berkenaan terus menghalang laluan dengan tong dan kawat duri, sekali gus menyebabkan rombongan penulis ditahan seketika. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi (waktu tempatan) ketika perintah berkurung tinggal kira-kira sejam setengah lagi, selain rombongan penulis dan sekumpulan lelaki Arab turut bertekak dengan pasukan keselamatan berkenaan yang dilihat melepaskan beberapa kenderaan awam di belakang selepas pemandunya menunjukkan kad tentera. "Mengapa dia dilepaskan, sekalipun dia pegawai tentera, dia tidak beruniform dan tidak menggunakan kenderaan rasmi tentera, jadi dia sepatutnya tidak mendapat keistimewaan kerana dia bukan menjalankan tugas rasmi... dia sama seperti kami yang malah mungkin melalui jalan sini untuk bercuti, sedangkan kami membawa amanah rakyat untuk menghantar bekalan bahan mentah," kata seorang pemandu lori. Ketika dimaklumkan rombongan penulis dari Malaysia, pasukan keselamatan bertanya tujuan melalui jalan berkenaan. Penulis memberitahu ingin ke Sinai, Taba dan untuk melihat beberapa tempat menarik di sana. Kemudian, rombongan penulis dilayan penuh sopan dan kerana Subuh hampir tamat kira-kira jam 4 pagi, dibenarkan menunaikan solat di pos kawalan tentera berkenaan dan diberi jaminan dapat meneruskan perjalanan selepas jam 5 pagi. Bagaimanapun, cubaan jurugambar untuk merakam insiden berkenaan tidak dibenarkan pegawai tentera muda (Mesir mengamalkan sistem kerahan tenaga) yang bertugas dipercayai mempunyai kaitan dengan faktor keselamatan berikutan laluan dipenuhi bukit bukau dan padang pasir itu sering menjadi laluan samseng bersenjata serta ejen perisikan Israel. Beberapa kereta kebal turut kelihatan berada sekitar kawasan padang pasir berkenaan, namun penulis difahamkan ia hanya 'replika' kerana bukan kenderaan tempur sebenar dimiliki Mesir. Mesir sebenarnya memiliki kenderaan ketenteraan lebih canggih yang tidak mahu ditonjolkan kepada orang ramai, terutama perisik Israel yang sering menggunakan laluan itu. Perjalanan penulis ke Sham El Sheikh mengambil lebih 14 jam dengan melalui sekurang-kurangnya 10 pemeriksaan keselamatan. Penulis terpaksa tidur di kawasan tumpuan penyelam, Dahab, untuk mengelak kadar bilik sewa hotel yang tinggi. Kekurangan pelancong di bandar pelancongan Dahab itu menyebabkan urusan ekonomi dijalankan dalam matawang Euro dan tempatan. | ||
PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan Posted: 12 Jun 2011 12:15 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 12 Jun — PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini. Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an. "Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad. "Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad," katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan". "Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain. "Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008," katanya lagi. Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13. Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata. "Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata. "Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah. "Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. "Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini," katanya lagi. Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan. "Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan," tambah Mahfuz. Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002. "Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu," kata beliau lagi. "Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978. "Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci," katanya ketika dihubungi. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008. Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat. Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. "Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan," ujanya. Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan. "Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini," ulasnya lanjut. | ||
Posted: 11 Jun 2011 11:49 PM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - PARIT: "Bukan sekadar 'miming', malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat," begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya. Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut 'memecahkan perut' kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika. Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro. Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan. "Mana tak penatnya, kadangkala 'shooting' (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok 'scene' (babak) baru kena hafal dialog lagi. "Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik 'cut' (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya," katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta. | ||
Ditangkap berbasikal dalam keadaan bogel Posted: 11 Jun 2011 11:43 PM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - SANTIAGO 12 Jun - Tujuh penunggang basikal ditahan kerana berbasikal dalam keadaan bogel yang merupakan satu kempen yang dilancarkan di seluruh dunia. Para penunggang berkenaan pada awal memakai pakaian lengkap ketika menunggang di kawasan perumahan, tetapi mula menanggal pakaian apabila sampai ke kawasan Plaza Italia sehingga sebahagian daripada mereka tidak memakai seurat benang sekalipun. Santiago salah sebuah bandar di seluruh dunia yang menyertai kempen berbasikal dalam keadaan bogel dimulakan sejak 2004 untuk membantah kebergantungan kepada minyak dan menuntut hak sebagai penunggang basikal. Para peserta berharap penduduk Chile sedar akan pentingnya keselamatan penunggang basikal berikutan aktiviti itu semakin popular di bandar yang paling tercemar di Amerika Latin itu. AFP | ||
AK sedia membina rekod baru untuk Turki Posted: 11 Jun 2011 08:12 PM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Najib tak faham negara berkebajikan PAS Posted: 11 Jun 2011 08:09 PM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Posted: 11 Jun 2011 02:00 AM PDT 10 Rejab 1432H. [MOD] - KUANTAN - Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka. Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka. "Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan