Ahad, 12 Jun 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


LANTIKAN AJK PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA SESI BARU ...!

Posted: 12 Jun 2011 03:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

SUMBANGAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KG. TERENGGANU

Posted: 11 Jun 2011 10:55 PM PDT


TELUK INTAN, 12 Jun - Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Lujnah Kebajikan, Hj. Akram bersama muslimat sibuk membungkus pakaian.

Kotak-kotak pakaian dimasukkan ke dalam lori oleh Unit Amal.
Pengerusinya Hj. Mohammad Akram bin Mohd. Ayub berkata, selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara Berkebajikan, usaha ini dilihat sebagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.

Kebakaran besar di Kg. Terengganu, Teluk Intan pada 31 Mei lepas telah memusnahkan 16 buah rumah. Namun sebaik sahaja berlaku kebakaran, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong telah melakukan usaha mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran.

Malam sebelumnya, pihak lujnah serta Dewan Muslimat PAS Kawasan telah bersama-sama memilih pakaian-pakaian terpakai yang sesuai dan baik untuk disumbangkan. Kesemua pakaian yang terpilih telah dimasukkan ke dalam kotak-kotak.
Banyak sumbangan diterima hingga memenuhi sebuah lori.

Bersedia untuk menghantar sumbangan ke Surau Kg. Terengganu.

Pada pagi tadi (12 Jun 2011) Unit Amal Teluk Intan serta Pemuda Kawasan Teluk Intan telah bergotong-royong mengangkut kotak-kotak pakaian tersebut dengan menggunakan lori untuk dibawa ke Surau Kg. Terengganu.

Di sana, kotak-kotak tersebut diletakkan di dalam surau sehinggalah hari penyampaian sumbangan pada hari Selasa nanti. Terima kasih kepada Unit Amal dan Dewan Muslimat..!
Kotak pakaian disusun di dalam surau.

Hj. Akram bersama imam surau.
intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang