:: cina islam | 2011 :: |
- Masjid usang bahayakan jemaah
- Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai
- 117 rumah rosak dilanda ribut dalam 10 minit
- 'Saya bukan calon Menteri Besar'
- Semoga perginya diterima taubat
- PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi
- Minyak Iran: Najib lemah ikut telunjuk Amerika
- ISA tak kenal usia
- 2 penguat kuasa Kastam cedera dilanggar anggota sindiket
- Umno jangan bangga dengan wang menjelang PRU
- PRU13: SPR reka 'Formula Terengganu' menangkan BN?
- Generasi muda Terengganu beri harapan
- Hapus PTPTN: Tawaran terhebat buat anak muda
- SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir
- Dedah Butiran Hubungan Dagang M'sia-Israel!!
- Isu Ketua DHPP P Pinang letak jawatan akan selesai
- Sindiket samun tumpas
- Kereta tergantung jadi daya tarikan
- Buruh kontrak didakwa bunuh Dirang
- Dibelasah sehingga tersungkur
- Pegawai kanan polis dicekup SPRM
- Anwar mahu PR lancar 'perang' lawan BN
- Gempa bumi bermagnitud 7.2 gegar Chile
- Terperangkap di beting pasir
- Anwar: Najib takut pada Mahathir & Rosmah
Posted: 26 Mar 2012 02:00 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - TELOK MAS - "Mungkin hendak tunggu ada yang cedera di masjid ini baru perlu ambil tindakan," kata Mohamad Ali Abdullah, 76, jemaah Masjid Al-Watani di Kampung Bukit Pegoh, di sini. Dia berkata demikian akibat kecewa apabila keadaan masjid berkenaan tidak sempurna serta tidak mendapat perhatian pihak terbabit. Menurutnya, kerosakan masjid dibina sejak tahun 1960-an itu mengalami kerosakan selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu. "Siling yang runtuh ketika itu turut menimpa beberapa jemaah yang sedang bersolat, namun bernasib baik tiada nyawa yang melayang," katanya. Seorang lagi jemaah masjid dikenali sebagai Ishak Kari berkata, hampir dua tahun lalu, siling di ruang solat pula dilihat mula terhakis hingga menampak struktur besi, selain cat siling juga tertanggal. "Ia dipercayai berlaku akibat faktor cuaca dan pembuatan yang tidak mengikut spesifikasi hingga memboleh air hujan menyerap masuk. "Memang ada jemaah yang terkena air menitik ketika sedang solat, namun hendak buat bagaimana dan mereka tetap teruskan solat berjemaah," katanya. Sementara itu, Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengajukan masalah terbabit kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, namun tidak mendapat maklum balas positif diterima. "Beberapa bahagian siling plaster berhampiran kubah masjid itu runtuh tiga tahun lalu kerana serapan air hujan dan sehingga kini ia masih tidak dibaiki akibat faktor kekangan kewangan. "Berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) tiga tahun lalu, kos diperlukan bagi membaiki kerosakan siling runtuh berhampiran kubah adalah kira-kira RM260,000. Bagaimanapun, Jaim mendakwa tidak mempunyai peruntukan mencukupi," katanya. Md Jani berkata, masalah terbabit tidak pernah lepas daripada dibangkitkan dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), namun hanya jawapan dolak dalih yang mereka terima. "Masjid ini menjadi tumpuan masyarakat Islam daripada enam kampung dan perumahan setiap minggu dengan mengadakan aktiviti keagamaan. Jadi, saya khuatir jika lambat laun terjadi perkara yang tidak diingini terhadap jemaah. "Wang masjid sedia ada tidak boleh digunakan sebarangan, apatah lagi ia tidak cukup untuk memperbaiki keadaan masjid ini," katanya. Menurutnya, selain masalah siling yang rosak teruk, sistem pengudaraan masjid terbabit juga kurang sempurna menyebabkan jemaah terpaksa bersolat dalam keadaan tidak selesa akibat panas. "Kemudahan pendingin hawa memang disediakan, namun penggunaan yang kerap akan meningkatkan lagi jumlah bil elektrik bulanan masjid. "Saya berharap pihak berkenaan dapat berbuat sesuatu bagi memulihkan struktur binaan masjid ini secepat mungkin," katanya. SINAR HARIAN/- |
Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai Posted: 26 Mar 2012 01:50 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai. 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh. http://silverheritage.blogspot.com/ |
117 rumah rosak dilanda ribut dalam 10 minit Posted: 26 Mar 2012 01:50 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KANGAR - Sebanyak 117 buah rumah di lima kawasan di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang berlaku selama 10 minit bermula pukul 4.15 petang semalam. Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa berkata kejadian membabitkan kawasan Indera Kayangan, Sena, Kayang, Tambun Tulang dan Guar Sanji. Jumlah kerugian masih disiasat oleh kira-kira 40 warga kerja JKM Perlis dan bantuan akan diberi sebaik sahaja bancian selesai, katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Beliau berkata kawasan paling teruk terjejas ialah Indera Kayangan yang menyaksikan 28 rumah masing-masing di Kampung Bakau dan Taman Hijrah rosak teruk terutama pada bahagian bumbung. Turut mengalami kerosakan ialah gerai dan premis perniagaan terutama sekitar bandar Kangar serta bumbung beberapa premis kerajaan di Jalan Penjara di sini, selain pokok besar yang tumbang, katanya. - Bernama |
'Saya bukan calon Menteri Besar' Posted: 26 Mar 2012 01:30 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KAJANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau bukanlah calon Menteri Besar Terengganu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Menurutnya, beliau akan memberi laluan kepada muka-muka baru untuk menerajui kepimpinan negeri selain mendedahkan Pas sudah mengenalpasti beberapa calon berpotensi memegang jawatan itu. "Apapun keputusan akhir terletak kepada pucuk pimpinan parti dan kita akan mengikut arahan," katanya selepas merasmikan Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di sini, semalam. Sinar Harian sebelum ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan mungkin tidak akan bertanding pada PRU13 berdasarkan kepada khidmatnya yang sudah terlalu lama menyandang jawatan Yang Berhormat. Katanya, beliau tidak berhasrat bertanding pada PRU13 bagi memberi laluan kepada tenaga muda. Jikapun diperlukan beliau hanya akan bertanding satu kerusi. Namun pada 2 Februari lalu, pucuk pimpinan Pas membuat ketetapan menolak hasrat Hadi tersebut kerana menyifatkan perkhidmatannya masih diperlukan. Hadi pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 selepas Pas merampas negeri itu dari Barisan Nasional (BN). Beliau sekarang adalah Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Redang. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka, untuk PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Abdul Wahid berkata, persiapan menentukan siapa calon perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut. "Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi. Calon mestilah diterima Melayu, Cina ataupun India," katanya sinar harian/- |
Semoga perginya diterima taubat Posted: 26 Mar 2012 01:25 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - "Abang , kakak ada kat rumah tak hari ini, ana nak bawa kak Behah?" tanya Sofiah dalam suara yang tidak begitu lancar melalui telefon. Anak sulungnya tabah menerima keamtian ibunya "Ada selepas zohor, datanglah. Sofiah sihat ke, suara macam tak teruih (macam orang kena strok)," tanya saya. "Takpa, nak balik ziarah mak (mak mentua) lepas itu pergi rumah abang Ei," jawabnya. Dalam hati saya terdetik rasa yang kurang selesa, namun didoakan semoga dia selamat berjumpa emak dan kakak, boleh bermesra dan bermohon maaf kerana lama tak jumpa. Lebih kurang jam lima, Jamal, suaminya telefon memberitahu yang Sofiah terjatuh kat bilik air di rumahnya selepas balik ziarah tadi. Saya mula bimbang dan minta dia bersabar dan berdoa. "Setiap jiwa yang hidup pasti menemui mati" demikian firman Allah yang tidak boleh dinafikan oleh manusia. Sudah banyak kali kita lihat orang yang hidup pergi meninggalkan kita buat selama-lamnya. Malah kadang-kadang orang muda lebih dahulu pergi daripada orang tua. Ya tanggal 14 Mac 2012 lalu adik saya Sofiah binti Jaafar telah pergi dahulu menemui Allah pada usia baru 43 tahun setelah jatuh dalam bilik air di rumahnya dekat Sungai Pencala. Dia pergi dalam keadaan suaminya Jamal keluar rumah. Anak kecilnya, Rafiq walaupun berada di rumah tidak menyedari pemergian ibunya. Tetapi dia hanya menyedari setelah masuk bilik air dan dia mendapati ibunya terduduk di situ. "Inna lillah wainna ilaihi rajiun" semoga dia sempat mengucap dua kalimat syahadat pada waktu nazak itu. Walau bagaimanapun anak saudaranya, Siddat Hamzah membawanya juga ke hospital kalau-kalau masih boleh diselamatkan. Namun kematiannya disahkan doktor berlaku sebelum tibanya di Hospital Sungai Buluh lagi. Saya yang berada di hospital ketika itu menerima berita kematian itu dengan redha, redha terhadap takdir Allah. Namun saya sedih kerana tidak seorang pun jiran mereka yang menyedari keadaannya sebelum dibawa ke hospital. Lebih menyedihkan, suaminya banyak kali juga menghubungi beberapa orang kuat mereka untuk mendapatkan khidmat urus jenazah, namun semuanya gagal. Melihat keadaan itu, saya mencadangkan agar dibawa balik ke Puchong sama ada di kampungnya atau di tempat saya di Taman Putra Perdana, Puchong. Akhirnya dia memilih untuk diuruskan di tempat saya kerana kemudahan pengurusan yang disediakan Masjid Putra Perdana. Alhamdulillah, 15 Mac 2012 jam 9 pagi urusan mandi dan kafan diuruskan sendiri oleh adik beradik, saya, adik saya ustaz Ahmad Yusuf Jaafar, kakak saya, Sobehah Jaafar dan juga adik-adik ipar (perempuan). Inilah penghormatan terakhir buat adik kami. Semoga dia selesa dengan pengurusan keluarganya sendiri. Syukur, kawan-kawan adik saya, juga kawan lama saya turut datang meraikan jenazah Sofiah. Boleh tahan ramai juga yang hadir memenuhi surau sekali gus dapat melakukan solat jenazah. Kehadiran mereka telah meramaikan jemaah untuk solat jenazah. Saya percaya mereka ikhlas ziarah dan sudah tentu ikhlas melakukan solat dan ikhlas dalam berdoa. Jam 12.00 tengah hari jenazah dapat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Putra Perdana. Saya ambil kesempatan bagi kali terakhir untuk membaca talqin untuknya sekali gus mengingatkan kawan-kawan yang hadir tentang kehidupan dan kematian. Semoga apa yang berlaku ini boleh menginsafkan semua. Terima kasih kepada semua kawan-kawan termasuk anak kariah atas sumbangan yang berupa kewangan bagi memudahkan urusan perkebumian ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Nazir masjid, Hassni Ghazali dan semua petugas Badan Khairat Kematian Masjid Putra Perdana yang dapat memudahkan urusan perkebumian. Adik saya Ahmad Yusuf membaca tahlil setelah selesai talqin Cuma secara peribadi saya bertanya-tanya juga di mana pemimpin Global Ikhwan waktu itu. Sofiah waktu sihat diusung ke sana sini untuk masak di Restoran mereka, tetapi waktu dia terlantar sakit di rumah siapa yang perduli. Saya tidak tahu, belanja rawatan perubatannya adakah diurus sendiri atau dibantu oleh mereka. Sebagai pekerja mereka ikhlas walaupun pendapatan tidak seberapa. Mereka rela mendapat hasil yang sedikit demi perjuangan untuk pemimpin atasan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya menyeru kepada kawan-kawan yang masih dengan Global Ikhwan agar insafi diri dan kembali kepada hidup berdikari. Marilah kita bina kehidupan dengan bertuhankan Allah yang esa. Contohilah Rasulullah dalam dakwah dan kerja harian. Nanti apabila kita ada pendapatan sendiri kalian boleh mengeluarkan zakat sendiri. Ahmad Baei Jaafar/- |
PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi Posted: 26 Mar 2012 01:08 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian. Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010. Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2009 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2010. Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488. "Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007. "Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 se saham. "Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942. "Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka -peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005. "Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih. "RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka? "Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. Harakah Daily |
Minyak Iran: Najib lemah ikut telunjuk Amerika Posted: 26 Mar 2012 01:05 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan Malaysia kerana mengarahkan Petronas menghentikan mengimport minyak dari Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa ke atas negara itu. "DPPM melihat tidak wajar Malaysia mengikut tindakan Amerika Syarikat itu," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar). Beliau berkata, langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat adalah langkah politik kerana terlibat secara langsung konfrontasi dengan Iran. Menurutnya, Amerika Syarikat dalam sejarahnya adalah sebuah negara yang suka membuli dan menyerang negara lain yang lebih kecil, selepas Afghanistan, Iraq kini Iran pula akan menjadi mangsa mereka. "DPPM menganggap tindakan kerajaan Malaysia ini seperti takut dan patuh dengan kehendak Amerika Syarikat. "Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najb dilihat amat lemah kerana terpaksa tunduk patuh dengan arahan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, ujarnya Najib perlu sedar bahawa kepimpinan Amerika Syarikat tidak banyak membela umat Islam. Beliau menambah, Amerika Syarikat sanggup membunuh jutaan umat Islam yang dilihat tidak tunduk dengan kehendak mereka seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. "Mereka sanggup melihat tentera Zionis Israel meratah umat Islam di Palestin tanpa sebarang pembelaan Jutaan nyawa umat Islam di Iran pula kini dalam bahaya jika Amerika Syarikat menyerang mereka," ujarnya lagi. Tambahnya, tindakan Malaysia pula akan menyebabkan konflik serantau yang lebih buruk akan berlaku yang boleh menjejaskan ekonomi negara tersebut sedangkan Iran tidak bermusuhan dengan Malaysia. Justeru, katanya Malaysia dilihat oleh negara umat Islam yang lainnya sebagai turut bersubahat bersama Amerika Syarikat bagi menghukum umat Islam di negara Iran. Sehubungan itu, ujarnya DPPM mengajak rakyat khususnya umat Islam melihat betapa lemahnya pentadbiran Najib sehingga sanggup tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat. "Bagaimana mungkin pemimpin umat Islam di Malaysia seperti Datuk Seri Najib boleh bangkit menyuarakan kelantangan menentang rejim Zionis serta penyembelihan umat Islam di serata dunia oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, jika terus mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta tidak berani 'mengangkat muka' bagi mempertahankan kebenaran," katanya. Harakah Daily |
Posted: 26 Mar 2012 01:00 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Fokus ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diwartakan pada 1960 untuk membendung pengaruh komunis turut digunakan ke atas remaja berusia 15 tahun. Menurut seorang bekas tahanan, Chong Tong Sin berkata, polis pada tahun 1968 telah bertindak menggunakan akta berkenaan ke atas pelajar sekolah di Kluang, Johor yang didakwa terlibat dalam kegiatan bawah tanah. NONESeramai antara 30 hingga 40 orang pelajar yang disyaki terlibat dalam kegiatan pro-komunisme itu telah ditahan, kata Chong. "Yang paling muda mungkin (berusia) 15 atau 16 tahun," katanya yang turut ditahan ketika itu, sewaktu usianya 20 tahun. Undang-undang tersebut memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan seseorang untuk tempoh 28 tahun, untuk siasatan awal. (Tempoh berkenaan kemudiannya dilanjutkan kepada 60 hari). Sebahagian daripada pelajar berkenaan dibebaskan selepas disiasat selama 28 hari di lokap polis Kluang, manakala selebihnya – ada yang berusia 17 tahun – dihantar ke kem tahanan Muar. Kem berkenaan merupakan salah satu daripada tiga kem tahanan yang digunakan pada waktu itu. Dua lagi kem tahanan terletak di Batu Gajah dan Taiping. "Rakan sekolah saya baru 19 tahun dan diletakkan di kem tahanan (Muar). Dia ditahan lebih lama daripada saya," kata Chong yang kini merupakan seorang penerbit buku. Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Chong berkata beliau turut menyaksikan bagaimana pemimpin DAP Lim Kit Siang disorak oleh tahanan lain ketika dibawa untuk tahanan di kem tersebut. Katanya, tahanan berkenaan bertindak demikian kerana Lim sebelum itu menyokong undang-undang ISA. "(Tahanan) mengebu beliau dan berkata: "Hei Lim Kit Siang, apa ni? You sudah masuk!," kata Chong sambil ketawa. Seorang lagi pemimpin DAP yang turut ditahan di Muar pada waktu itu ialah Karpal Singh, yang kini merupakan pengerusi nasional parti berkenaan. Chong berkata, beliau telahpun berhenti daripada persekolahannya pada waktu itu untuk bekerja sebagai buruh di Johor Bahru dan Kota Tinggi. Beliau ditahan pada Ogos 1968 dalam satu serbuan yang dijalankan ke atas sekolah tersebut. "Sebelum itu saya menghadiri satu demonstrasi dan ditahan kerana perhimpunan haram. Jadi saya kembali ke Kluang untuk perbicaraan. Pada masa itulah mereka tahan saya (bawah ISA)," katanya. malaysiakini/- |
2 penguat kuasa Kastam cedera dilanggar anggota sindiket Posted: 26 Mar 2012 12:40 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHARU - Dua anggota penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia cedera ringan apabila kenderaan jabatan yang mereka naiki dilanggar anggota sindiket penyeludupan Rabu lalu. Pengarah Kastam Johor Datuk Ramli Johari berkata kejadian berlaku pada 8.45 malam apabila sepasukan penguatkuasa tersebut mengejar dan berjaya menahan sebuah lori jenis Hino di km 24 Lebuhraya Pasir Gudang di sini. "Kereta jabatan kita jenis Toyota Fortuner mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan dan belakang kerana dilanggar oleh beberapa kereta yang dipercayai milik tonto yang mengiringi lori tersebut," katanya. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ramli berkata 15 kenderaan tonto termasuk sebuah MPV dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku semasa lalu lintas sedang sesak. Menurut beliau, pemandu lori tersebut menggunakan kesempatan daripada kesesakan lalu lintas itu untuk meninggalkan lorinya dan melarikan diri. Pemeriksaan ke atas lori itu mendapati ia membawa rokok kretek jenama Sari Toga, rokok putih jenama Capital serta bir jenama Tiger dan Malaki yang ditaksirkan bernilai RM223,528 dengan cukai bernilai lebih RM1.91 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana secara sedar terlibat dalam mengangkut barang larangan import dengan niat bagi mengelak larangan itu. Larangan itu termaktub di bawah butiran 1 (rokok) dan butiran 6 (bir), Bahagian II Perintah Kastam 2008 di mana pengimportan barangan itu memerlukan lesen di bawah Peraturan 18, Peraturan Kastam 1977. Kesalahan di bawah seksyen itu membawa hukuman denda maksimum sehingga 20 kali nilai atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Ramli berkata, berikutan kejadian langgar itu pihaknya menimbang untuk menambah jumlah anggota penguatkuasa dan kenderaan semasa melakukan operasi bagi menjamin keselamatan anggota.- Bernama Sinar Harian |
Umno jangan bangga dengan wang menjelang PRU Posted: 26 Mar 2012 12:28 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 26 Mac: Umno Barisan Nasional diingatkan jangan terlalu bermegah dengan kewangan yang ada dalam menjalankan kempen mereka kepada rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13). Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, selagi Umno mentadbir negara dengan menggunakan wang dan tidak berpandukan Al-Quran, lambat laun mereka akan jatuh. "Kalau tidak jatuh di dunia, jatuh di akhirat kelak," kata beliau. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini malam tadi. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Rahim Jusoh. "Gerakan Islam walau pun (dianggap) tidak ada duit, namun mereka ada 'kebenaran'. "Gerakan Islam ada 'as-siratal mustaqim', yang dilalui (ditunjuk) oleh Nabi Muhammad saw, dan inilah kelebihan gerakan Islam," katanya. Oleh itu Menteri Besar mendakwa kepimpinan yang ada memimpin negara tanpa berpandukan Al-Quran (menolak Islam), lambat laun akan jatuh jua. Beliau mengingatkan Umno supaya mengambil iktibar kejadian di Timur Tengah dengan naiknya golongan Ikhwanul Muslimin dalam menentang 'golongan kaya' dalam peristiwa kejatuhan mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. "Hosni Mubarak itu, mengikut ucapan Dr Yusoff Al-Qardhawi, beliau membawa lari (bersamanya) harta kekayaannya sebanyak 19 buah kapal terbang. "Mantan Presiden Mesir itu memang orang kaya, yang disokong Amerika, Peranchis, German dan Blok Barat sendiri, bahkan China dan Russia. Semua itu blok kaya. "Namun Ikhwanul Muslimin akhirnya mencapai kemenangan di Mesir. "Kerana apa, adalah kerana kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri yang mahukan kebenaran, tidak mahukan kezaliman. "Justeru Umno selalu menyebut masalah projek, masalah pembangunan, namun pejuang Islam menyedari bukan itu keutamaan. "Bahkan Rasulullah saw sendiri diutuskan Allah swt dari kalangan orang miskin," katanya. Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata Al-Quran diturunkan untuk kegunaan manusia, bukan kegunaan makhluk lain termasuk Malaikat. Kini, kata Menteri Besar, pelbagai masalah berlaku dalam negara berpunca daripada ruhani yang mati lantaran sikap manusia menolak Al-Quran. Pada hari Kiamat, menurut aduan Rasulullah saw kepada Allah SWT bahawa manusia mengambil Al-Quran hanya untuk dibaca tetapi tidak dilaksanakan termasuk untuk panduan dalam perlembagaan pemerintahan. "Kini gejala sosial berlaku membabitkan semua golongan, bahkan jenayah semakin menjadi-jadi. "Pembunuhan kejam bukan saja membabitkan mangsa dari golongan dewasa bahkan kanak-kanak pun tidak lagi terselamat. "Rogol, bunuh dan bakar menjadi satu gaya jenayah baru dalam masyarakat. "Ini membuktikan undang-undang yang ada gagal mengawal kebuasan nafsu manusia walau pun undang-undang itu diperketatkan namun dalam masa sama jenayah semakin menjadi-jadi. "Saya penuh yakin bahawa semua itu berpunca daripada manusia menolak Al-Quran sebagai asas peraturan hidup," katanya. Justeru, kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri mengambil langkah menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran. Ia bertujuan menghidupkan penghayatan Al-Quran di kalangan rakyat selain mengangkat matlamat 'satu rumah satu hafiz' akan tercapai, insya Allah. Kerajaan Negeri mengamalkan banyak dasar selari dengan Al-Quran. Antaranya mengangkat dasar Membangun Bersama Islam sebagai asas pentadbiran negeri. Memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, mengalihkan (simpanan ) wang Kerajaan Negeri di dalam bank riba ke dalam Bank Islam, mengawal penjualan minuman keras dan melarang sebarang bentuk aktiviti perjudian. "Saya yakin puak-puak yang galak menyerang dasar Kerajaan negeri itu, mereka sekadar mahu menarik perhatian umum (supaya menyokong mereka). "Ini kerana dasar-dasar negeri, sejak lebih dua puluh tahun lalu, diterima semua pihak di negeri ini termasuk non-muslim," ujarnya. Harakah Daily |
PRU13: SPR reka 'Formula Terengganu' menangkan BN? Posted: 26 Mar 2012 12:26 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Pakatan Rakyat mempunyai cukup bukti, bahawa ada dalang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha merencanakan suatu penipuan besar-besaran, pada senarai pendaftaran pengundi, untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pakatan Rakyat mempercayai, wujudnya persekongkolan pihak tertentu yang ada dalam SPR dengan Umno-BN, bagi membantu mereka mengekalkan kuasa dengan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah komited menolak BN. Ini bertepatan dengan ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengatakan BN hanya selamat di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Pahang. Ini bermakna, Umno-BN sudah tidak selamat di sembilan buah negeri di Semenanjung. Difahamkan hasil kajian sebuah firma pengkaji bebas yang dibayar BN, mereka menghadapi ancaman besar pada PRU kerana di Semenanjung sahaja, hampir 100 kerusi Parlimen yang bakal memihak kepada Pakatan Rakyat. Pola kecenderungan rakyat dirakam firma pengkaji bebas turut menunjukkan seluruh agenda transformasi dan rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, sehingga kini, masih gagal mempengaruhi rakyat menyokong BN. Justeru akibat gagal menemukan formula terbaik untuk menyelamatkan 'takhta' kerajaan BN, maka tiada jalan lain dilakukan, selain merancang penipuan besar-besaran, dengan kerjasama pihak tertentu dalam SPR. Antara formula yang dikemukakan pihak terbabit kepada kelompok atasan dalam Umno ialah, mengekalkan kuasa dalam PRU dengan menggunakan 'Formula Terengganu' pada tahun 2004. Ia dinamakan 'Formula Terengganu' kerana hasil persekongkolan dengan pihak dalaman SPR, senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004. Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus. Dipercayai, formula inilah yang sedang cuba dilaksanakan oleh Umno-BN dengan kerjasama juak-juak mereka dalam SPR. Penipuan yang terancang ini dikesan Pakatan Rakyat dan didedahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar beliau di Parlimen, 22 Mac lepas. Pakatan Rakyat mendapati, sekurang-kurangnya, wujud tiga elemen yang meragukan hasil daripada salahlaku SPR dalam daftar pemilih dan senarai nama-nama baru yang sedang diproses masuk dalam senarai daftar pemilih. Elemen pertama dikesan berikutan daripada pengumuman SPR pada 31 Januari 2012, bahawa wujud sekitar 40,025 pengundi ragu dan yang disahkan sebagai pengundi ragu, tetapi sehingga kini masih terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR. Elemen kedua adalah wujudnya pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara. Jumlah ini tidak lagi diambil kira senarai berpuluh-puluh pengundi dalam satu alamat. Kita memahami jika satu alamat itu dimaksudkan bagi sebuah rumah panjang atau kampung. Tetapi dalam daftar pemilih SPR, terdapat 100 pengundi pada satu alamat rumah yang berada di kawasan perumahan. Tidakkah ianya meragukan? Elemen ketiga yang lebih serius ialah dengan pengumuman SPR, bahawa terdapat 240,000 undi pos di kalangan petugas SPR mesti dikategorikan sebagai undi Pos. Jumlah ini amat mengejutkan Pakatan Rakyat. SPR tidak memerlukan jumlah petugas pos seramai itu dan ianya jelas bakal dimanipulasikan untuk memenangkan BN. Tiga elemen didedahkan ini, amat jelas akan memberikan impak besar dalam PRU ke-13. Impak besar untuk mengekang kemaraan gelombang rakyat. Impak besar untuk memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada Umno-BN. Pakatan Rakyat bangkit menolak cadangan SPR dan usaha terancang pihak tertentu dalam SPR ini kerana, dalam sejarah PRU di Malaysia, undi pos adalah alat Umno-BN mengekalkan kuasa. Ini merupakan jenayah terancang pihak tertentu kerana, jumlah pengundi ragu dan pengundi pos amat besar. Ia belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka. Jenayah ini juga belum diambil kira dengan kemasukan mendadak nama-nama pengundi Selangor yang kebanyakannya menggunakan warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai pengundi. Dengan latar belakang fakta ini, amat wajar Pakatan Rakyat bersikap prejudis bahawa, ada pihak dalam SPR yang berniat jahat dan berat sebelah untuk memenangkan Umno-BN. Modus operandi yang sama digunakan dalam 'Formula Terengganu' akan digunakan, pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan Umno-BN yang sedang terdesak dan nazak. Kita mendesak SPR menghentikan kerja-kerja jahat ini, kerana ia bakal menimbulkan kekecohan besar pada PRU akan datang. SPR jangan sesekali mencabul kedaulatan demokrasi. Ia mesti telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13. Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya oleh SPR yang bertindak sebagai cawangan Umno. Harakah Daily |
Generasi muda Terengganu beri harapan Posted: 26 Mar 2012 12:23 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PAS Terengganu mempunyai pengalaman pahit ketika menghadapi pelbagai penipuan dalam PRU 2004 dulu menyebabkan ia kalah teruk berbanding PAS negeri lain, sementara tsunami politik tidak melimpah ke negeri itu dalam PRU 2008. Pengalaman PAS Terengganu menghadapi pelbagai penipuan pada PRU 2004 – dengan penambahan jumlah pengundi berganda, pemindahan berama-ramai pengundi, jumlah yang keluar mengundi sangat luar biasa dan sebagainya – menyebabkan PAS Terengganu kini berusaha bersungguh-sungguh dengan segala persediaan untuk menghadapi, jika berlaku, penipuan besar-besaran lagi dalam PRU Ke-13 nanti. Mengenai tidak sampainya tsunami politik pada negeri Terengganu dalam PRU yang lalu, tidak seperti sesetengah negeri lain, tentu ada sebabnya dan nampaknya pimpinan PAS Terengganu sudah sangat memahami apa yang berlaku. Ini semua terkesan oleh saya ketika menghadiri 'Himpunan Anak-Anak Terengganu Di perantauan 2012' di Kajang beberapa hari lalu. Walaupun saya bukan anak Terengganu, tetapi kehadiran saya di majlis itu sangat mengesankan, dapat bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS negeri itu yang lain. Di samping itu kemesraan dalam salam hangat yang saya terima dari teman-teman anak Terengganu yang hadir hingga tidak terasa saya bukan anak Terengganu. Dan sangat menarik apabila saya mendapati bahawa majoriti yang hadir di majlis himpunan itu ialah kalangan generasi muda. Memanglah kebanyakan mereka ini perantau dari Terengganu, namun minat mereka untuk menghadiri majlis serupa ini sangat luar biasa. Bagi saya ini sebuah gelombang kesedaran anak-anak muda Terenggagu terhadap perubahan dan juga untuk mengembalikan semula negeri yang indah itu ke pangkuan kerajaan PAS setelah terlepas pada tahun 2004 akibat penipuan dan sebagainya. Pada pendapat saya, dari isyarat yang ada, terutamanya kemunculan generasi muda dan terpelajar dari Terengganu, sudah tentu memberi harapan segar kepada pemimpinan dan pendukung PAS Terengganu di bawah pimpinan YB Wahid Endut, sebagai Pesuruhjayanya. Sebab itu, Pesuruhjaya yang dinamik ini, dalam ucapannya di perhimpunan yang begitu mendapat sambutan itu, menyebut bahawa peranan perantau amat besar dalam menentukan arah tuju politik negeri tumpah darah mereka. Insya-Allah, katanya, mereka akan kembali mengundi di Terengganu nanti. Tentu saja semua pihak mengharapklan PAS akan kembali memerintah Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti untuk melaksanakan pemerintahan Islam yang adil dan saksama kepada rakyat. Dalam himpunan tersebut, mereka yang hadir dibekalkan dengan 10 tawaran awal manifesto PAS Terengganu yang intisarinya menjunjung tinggi kedaulatan Islam dan prihatin kepada semua rahyat. Tawaran tersebut memang sangat wajar disambut oleh rakyat Terengganu justru ia berasaskan keadilan Islam. Namun ada pertanyaan yang segera berligar dalm pemikiran saya iaitu apabila mendengar pandangan Prof Datuk Muhammad Abu Bakar yang menyatakan bahawa kebergantungan rakyat Terengganu kepada kerajaan untuk mendapat imbuhan sangat tinggi. Beliau sebagai salah seorang panel pengulas Diskusi Manifesto. Ini, katanya, antara faktor menyebabkan lanskap politik negeri itu berubah setiap kali pilihan raya umum. Beliau menegaskan bahawa faktor itulah yang wajar diubah oleh PAS jika mahu terus kekal memerintah negeri itu. "Sampai bila orang Terengganu bergantung kepada imbuhan dan habuan kerajaan, misalnya wang ehsan, wang RM300 untuk anak sekolah, wang RM500 untuk pelajar masuk universiti. Inilah yang sukar untuk diubah," kata beliau lagi. Bagi bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya ini, jika sikap ini berjaya diubah kepada individu yang berdikari mereka lebih berani dan akan bebas berfikir tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan. Pada pendapat saya, PAS Terengganu mempunyai tugas yang sangat kritikal dan mencabar untuk menukarkan sikap rakyat Terengganu ini. Betapapun beratnya tugas ini namun ia suatu cabaran yang perlu dihadapi. Suasana di tahun 2004 dan 2008 tentu saja banyak berubah, di mana antaranya, rakyat Terengganu yang terpelajar sudah semakin ramai. Situasi ini boleh menolong PAS Terengganu melakukan perubahan minda pengundi Terengganu. Namun kita akui masih banyak faktor yang boleh merobah minda masyarakat, bukan saja di Terengganu bahkan di negeri lain. Ada pandangan dari Prof. Madya, Haji Zainal Abidin Kidam dari Unisel yang sangat wajar diberi perhatian. Beliau menjadi salah seorang pengulas Diskusi Pelancaran Pra Manifesto Terengganu yang sampaikan oleh YB Wahid Endut. Prof. Madya, Haji Zainal menyebut perlunya isu-isu nasional dibawa dan didedahkan kepada rakyat Terengganu, di samping isu lokal yang memang penting untuk disampaikan. Katanya, rakyat Terengganu perlu didedahkan kepada isu rasuah penyelewengan, pemborosan, isu kebebasan dan demokrasi. Ini supaya rakyat Terengganu mengetahui impak atau kesan kepada masa depan politik Terengganu, malah masa depan rakyat Terengganu. Kata Prof. Madya, Haji Zainal, jangan fikirkan Terengganu untuk Terengganu saja, tetapi ia perlu didedahkan kepada suasana nasional dan global, agar mereka memahami hal-hal yang berlaku di luar Terengganu. Banyak cadangan dan pandangan dikemukakan oleh para peserta di himpunan tersebut yang wajar diberikan perhatian. Oleh itu tidak syak lagi, himpunan tersebut sangat bererti dan tentunya pimpinan serta pendukung PAS Terengganu wajar mengambil manfaat darinya. Harakah Daily |
Hapus PTPTN: Tawaran terhebat buat anak muda Posted: 26 Mar 2012 12:21 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua rakyat yang masuk ke universiti jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kelak. "Bagi DPPM, pengumuman ini merupakan suatu langkah yang baik dan positif bagi membela kebajikan rakyat khususnya golongan anak-anak muda," kata ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar). Selama ini, katanya rakyat cukup terbeban dengan pinjaman PTPTN yang sengaja dibuat bagi membuli rakyat dengan pelbagai tekanan hidup. Pengumuman itu, tambahnya membuktikan bahawa sekali lagi Pakatan Rakyat mendahului Umno BN dalam memastikan kebajikan rakyat terbela. "Pastinya janji pemimpin Pakatan Rakyat bukannya janji kosong semata-mata, bahkan telah banyak janji untuk rakyat ditunaikan sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang laksanakan pada hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa dengan memberikan khidmat kebajikan terbaik kepada rakyat termasuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat tidak akan membawa negara kepada kemunduran, manjadi muflis dan sebagainya sepertimana yang ditohmah oleh Umno BN. Menurutnya, negara menjadi bankrap disebabkan oleh salah urus tadbir negara serta amalan rasuah dan ketirisan oleh pemimpin negara, bukan kerana memberikan kebajikan kepada rakyat. "Dalam hal ini, Umno BN terbukti gagal dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," ujarnya lagi. Katanya, mereka terkebelakang dengan banyak agenda membela rakyat oleh Pakatan Rakyat sehingga mereka terpaksa meniru balik apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Beliau berkata, selama bertahun-tahun para graduan tersepit dengan arahan pembayaran balik PTPTN yang amat memeritkan. Malah, ujar beliau ramai yang masih belum mendapat pekerjaan atau belum berstatus bekerja tetap tetapi dipaksa untuk menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang. "Pengumuman ini menjadikan Umno akan sekali lagi gelabah, pemimpinnya berpeluh bagi melawan balik janji Pakatan Rakyat. "Anak-anak muda pula pasti akan membuka mata melihat tawaran terbaik daripada Pakatan Rakyat," katanya. Justeru, ujarnya tiada alasan lagi buat rakyat untuk memilih Barisan Nasional memimpin negara, kerana mereka tiada niat untuk menjaga kebajikan rakyat. Harakah Daily |
SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir Posted: 26 Mar 2012 12:20 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno. Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya. "Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa. "Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu. Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya. Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat. Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi. Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera. Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno. Aktif politik semula Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji. Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini. "Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya. Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden. Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini. "Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri. "Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum. Harakah Daily |
Dedah Butiran Hubungan Dagang M'sia-Israel!! Posted: 26 Mar 2012 12:20 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Kenyataan Terbuka 24 Mac 2011 SAMM KE PERLIMEN DEDAH BUTIRAN DAGANG MALAYSIA BANTU ISRAEL Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kerana telah dua kali membawa isu yang dibawa oleh SAMM iaitu membongkarkan hubungan dagang Malaysia membantu Israel ke arah mendesak regim ini segera menghentikanya. Teck Hwa telah bekerjasama dengan SAMM dengan membawa bahan - bahan yang disediakan oleh SAMM ke Parlimen Malaysia. 7 November lepas Teck Hwa telah bangun beberapa kali kerana kegagalan Menteri berkaitan untuk memberi respon mengenai peranan Malaysia selaku negara ke 15 dunia yang bersungguh - sungguh membantu ekeonomi Israel sebagai rakan dagang. Pada persidangan lepas Menteri hanya berselindung disebalik perdagangan berlaku atas kehendak syarikat asing yang melabur dalam negara. 21 Mac lepas di Parlimen Malaysia Teck Hwa sekali lagi membawa isu berkaitan Israel yang dibangkitkan SAMM iaitu hubungan dagang melibatkan sawit Malaysia. Cuma kali ini sedikit kontroversi apabila berlaku kekeliruan antara Felda dan Felcra. Serentak dengan itu juga berlaku penafian oleh Menteri yang terbabit. Sehubungan dengan itu SAMM akan tampil ke bangunan Parlimen Malaysia bersama YB Er Teck Hwa dan beberapa ahli parlimen lain akan membuat sidang media di lobi berkenaan perkara ini pada 26 Mac sekitar jam 12.00 tengahari. SAMM akan memperlihatkan dokumen - dokumen asal mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel dan membuktikan betapa hipokritnya regim dalam isu memerangi Israel ini. Sebarang pertanyaan mengenai sidang media tersebut sila hubungi 0176849693 (Anuar, Penyelaras SAMM) che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia. |
Isu Ketua DHPP P Pinang letak jawatan akan selesai Posted: 26 Mar 2012 12:18 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin dapat menyelesaikan isu perletakan jawatan ketua DHPP Pulau Pinang tidak lama lagi. Ini kerana, ia berlaku ekoran salah faham sahaja, kata Timbalan Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan (gambar). "Saya telah berbincang dengan Mr.Ooi Ketua DHPP Penang mengenai beliau letak jawatan sebagai ketua DHPP negeri. "Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah beliau tidak dapat bertanding dalam PRU13. Sebenarnya ini adalah salah faham maklumat (miscommunication) kerana saya difahamkan PAS Pusat belum buat keputusan untuk calon bertanding. Nama calon pun belum di umum," katanya. "Selepas saya berbincang dengan Dr.Ooi beliau meminta tempoh satu minggu untuk berfikir dan menyelesaikan masalah tersebut," berita Bala kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, beliau meminta pihak lain jangan masuk campur dahulu dalam isu dan berjanji ia akan diselesaikan secepat mungkin. Semalam, Dr Ooi dalam sidang medianya memaklumkan perletakan jawatannya ekoran merasakan jasa dan khidmatnya dalam PAS seperti tidak diperlukan lagi. Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap PAS, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi. Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila PAS Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calon di kalangan DHPP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sementara itu, cara seperti yang dilakukan Ketua DHPP PAS Pulau Pinang ini memang telah berlaku di mana - mana; jika tidak ada sanjung atau habuan, maka berlakulah undur unduran, tulis pembaca Sinar Harian yang menyiarkan perletakan jawatan Dr Ooi itu. Katanya, dalam Islam, sekali manusia berjuang pada jalan Allah, sama ada diterima manusia atau tidak, maka dia terus berjuang, walaupun tidak mendapat balasan dari manusia seperjuangan dengannya. "PAS parti politik Islam, dasarnya Islam, maka, kalau manusia atau orang Islam atau bukan Islam berjuang krana hendakkan balasan dan sebagainya, lebih baik tidak usah berjuang," tulis Mokhtar Petah. Katanya, jika mahukan duit, lebih baik berniaga nasi kandar, dari pagi sampai ke Subuh orang datang menadah pinggan, walaupun sakit perut kerana makanan terlalu pedas!. Harakah Daily |
Posted: 26 Mar 2012 12:16 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Vietnam, penjenayah dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes samun di Kota Tinggi berjaya ditangkap di Taman Maju, dekat sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditangkap kira-kira jam 9.30 malam oleh sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan. Menurutnya, gerak geri suspek yang kelihatan mencurigakan mendorong polis menghampirinya. "Suspek pada awalnya cuba meloloskan diri, namun gagal. "Ketika pemeriksaan dilakukan, kelihatan satu objek terjatuh daripada beg sandang yang dibawa suspek dan setelah diamati, objek itu adalah magazin yang penuh berisi peluru," katanya. Din berkata, suspek juga cuba mengeluarkan sepucuk pistol jenis Glock dari begnya bertujuan untuk melawan, namun tidak berjaya selepas disedari anggota polis yang bertugas dan bertindak menahan suspek. Katanya, hasil soal siasat terperinci yang dibuat, suspek mengaku terbabit dalam kes samun di Kota Tinggi bersama tiga lagi kenalannya yang juga warga Vietnam. "Susulan penahanan suspek, polis kemudiannya berjaya memberkas tiga lagi rakannya itu di Taman Sri Saga dan Tongkang Pechah. "Turut dirampas, sejumlah peluru 'shot gun' dan pasport antarabangsa dipercayai hasil kegiatan samun mereka dan semua yang diberkas berusia lingkungan 20-an," katanya. Beliau berkata, senjata yang dimiliki suspek dipercayai diperoleh hasil kegiatan samun pengawal keselamatan di sebuah kilang di Kota Tinggi. "Dengan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun membabitkan kumpulan tersebut di sekitar Ayer Hitam, Tongkang Pechah dan Kota Tinggi. "Kesemua suspek didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 bagi kesalahan memiliki senjata dengan menyalahi undang-undang," katanya. Sinar Harian |
Kereta tergantung jadi daya tarikan Posted: 26 Mar 2012 12:14 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SEORANG pekerja, Maik Dannewitzsch berdiri di dalam kereta yang digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di Moritzburg pada Selasa lalu. MORITZBURG, Jerman - Sebuah kereta kecil digantung dengan menggunakan kabel di sebuah taman di sini. Kereta itu digunakan dalam kursus memanjat di dalam hutan. Kursus itu ditawarkan kepada orang ramai di taman tersebut. Dalam kursus itu, kereta Trabant itu menjadi pilihan untuk digantung kerana badan kenderaan tersebut diperbuat daripada plastik. Kereta itu akan menjadi daya tarikan terbaharu di taman tersebut. - Agensi |
Buruh kontrak didakwa bunuh Dirang Posted: 26 Mar 2012 12:14 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, awal bulan ini. Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan. Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi. Sinar Harian |
Posted: 26 Mar 2012 12:12 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ALOR GAJAH - Rayuan warga emas ketika dibelasah penjenayah yang menceroboh masuk rumahnya tidak dipedulikan, malah perompak terbabit berterusan memukulnya dengan besi hingga tersungkur di Kampung Lubok Kepong, Simpang Ampat, Selasa lalu. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, Rosnah Mahmod, 65, berkata, kira-kira jam 3 petang sebelum kejadian dia pergi ke rumah seorang jiran sebelah rumahnya untuk menghantar lebihan sayur pemberian orang kampung. Menurutnya, dia sempat berbual bersama jirannya seketika sebelum meminta diri pulang ke rumah selepas teringat rumahnya tidak berkunci. "Tanpa mengesyaki apa-apa saya terus membuka pintu belakang sebelum memasuki rumah. "Semasa membuka pintu saya ternampak seorang lelaki sedang menyelongkar pakaian di dalam bilik sebelum dia meluru ke arah saya dan memukul dengan besi," katanya ketika ditemui di rumahnya selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Melaka. Rosnah berkata, saya merayu supaya tidak terus dipukul, namun lelaki terbabit terus membelasah saya. "Lelaki terbabit bertanyakan di mana saya menyimpan barang kemas dan saya mengatakan hanya menyimpan sedikit duit untuk belanja seharian. "Selepas duit saya diambil, penjenayah itu bertindak menutup mulut saya dengan kain dan mengikat kedua tangan dengan wayar seterika sebelum dia terus menggeledah," katanya. Katanya, dia sempat menyelamatkan diri ke arah pagar hadapan namun mengejutkan apabila penjenayah terbabit turut berlari memintasnya sebelum dia rebah. "Ketika saya dipukul oleh penjenayah terbabit, besi yang dihayun tepat mengenai jari kelingking saya dan berdarah," katanya yang menerima kunjungan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusof, semalam. Sementara itu, anak bongsunya, Ridzuan Kassim, 30, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ibunya cedera parah dibelasah perompak yang masuk ke rumahnya. "Bimbang dengan keselamatan ibu yang tinggal seorang diri di sini, kami adik beradik sudah berbincang akan membawa ibu tinggal dengan kakak di Kuala Lumpur," kata anak bongsu daripada lima beradik itu. Sinar Harian |
Pegawai kanan polis dicekup SPRM Posted: 26 Mar 2012 12:07 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN - Seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, kelmarin. Pegawai berpangkat Deputi Superintendan berusia 52 tahun dari Cawangan Siasatan Jenayah itu ditahan SPRM Jumaat lalu untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM5,000. Difahamkan, pegawai terbabit ditahan sepasukan pegawai SPRM Cawangan Raub di sebuah restoran di Mentakab kira-kira jam 5 petang, 23 Mac lalu. Pegawai berkenaan ditahan selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pengusaha kedai gunting mendakwa lelaki itu meminta wang sogokan RM2,000. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani ketika ditemui mengesahkan berhubung kejadian itu. Menurutnya, pegawai terbabit kini diarahkan bercuti sementara sehingga siasatan ke atasnya selesai. "Kita akan menjalankan siasatan dalaman terhadap kes ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai terbabit," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perhimpunan sempena Hari Polis Ke-205 peringkat Kontinjen Pahang, di sini, semalam. Sharifuddin berkata, pihaknya menunggu hasil siasatan SPRM berhubung kes itu bagi mengenal pasti sama ada pegawai terbabit terlibat atau sebaliknya. Dalam perkembangan lain, Sharifuddin berkata, pengamal media di negeri ini diminta lebih bertanggungjawab terhadap berita yang ditulis kerana penulisan berita yang bersumberkan fakta tidak tepat boleh menjejaskan siasatan polis berhubung kes atau isu yang berlaku. Sinar Harian |
Anwar mahu PR lancar 'perang' lawan BN Posted: 26 Mar 2012 12:00 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA SELANGOR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak jentera Pakatan Rakyat (PR) melancarkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. "Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek," katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi. Dalam program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin yang melanjutkan pengajian di universiti, jika PR berjaya menawan Putrajaya kelak. "Kita batalkan semua PTPTN anak miskin tanpa mengira kaum apabila kita tadbir. Kerajaan mesti tanggung semuanya, kalau tidak cukup wang, kena jimat elektrik dan semua. "Anak orang kaya boleh masuk, anak menteri senang dibiayai, tetapi anak orang kampong, pesawah pula berhutang masuk universiti. Belum kerja sudah berhutang. Tidak guna saya jadi Perdana Menteri kalalu hanya bebankan rakyat miskin, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini," katanya. Beliau turut berjanji untuk mengurangkan harga minyak dan tarif elektrik yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat. "Kalau hari ini pilihan raya, keputusan diketahui malam. Dalam tempoh 24 jam kita akan umumkan harga minyak seluruh negara turun. "Kadar elektrik terlalu tinggi dan tidak adil kepada rakyat Saya sudah baca perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah dan protauke. Jika berjaya tawan Putrajaya, saya akan panggil dan minta mereka kemukakan cadangan bagaimana hendak turunkan kadar elektrik supaya saya boleh umum kepada negara kadar elektrik negara turun," katanya. Pada majlis itu, Anwar turut menyatakan sebab PR perlu menawan Putrajaya antaranya mendakwa kekayaan negara ini 'dirompak' dan mereka harus memperbaiki pengurusan serta pentadbiran dengan lebih baik seperti yang dilakukan di negeri bawah pimpinannya, Selangor. "Sepanjang empat tahun PR di Selangor, banyak yang program dijana untuk rakyat antaranya pemberian air percuma dan usaha Kerajaan Negeri mendapatkan semula hutang lama. Itu yang dapat balik RM300 juta dan ia dibelanjakan untuk rakyat, bukan masuk poket Exco," katanya. Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang menuduhnya mahu menjalin kerjasama dengan Israel. "Siapa yang tulis surat dan jumpa pemimpin Israel? Sepanjang saya jadi menteri dan pemangku Perdana Menteri, tidak pernah sekalipun saya jumpa atau tulis surat kepada pemimpin Israel. Kenapa pula saya yang salah? "Saya sebut bahawa saya iktiraf dan jaga keselamatan Israel, dengan syarat mereka kena dengan aspirasi perjuangan Palestin. Mereka kena undur, hentikan keganasan, terima Baitulmaqdis dan kesucian Masjidil Aqsa, tetapi mereka tidak ikut, jadi saya tidak iktiraf," katanya. Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya dikawal apabila salah seorang daripada kumpulan tersebut diberkas penyokong PR. Keadaan kembali aman dengan kawalan pihak polis dan pasukan keselamatan. Program itu dicemari insiden kekecohan apabila kira-kira 20 orang luar yang membaling botol dan baru ke dalam kawasan stadium dan ia turut dibalas oleh penyokong PR. SINAR HARIAN/- |
Gempa bumi bermagnitud 7.2 gegar Chile Posted: 26 Mar 2012 12:00 AM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan Chile pada 6.37 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, gempa berpusat 97 kilometer dari barat laut Talca, Chile dan 16,601 kilometer dari tenggara Labuan. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancama. - Bernama Sinar Harian |
Posted: 25 Mar 2012 11:54 PM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN - Tanggapan bahawa kambing takutkan air mungkin tidak lagi sesuai digunakan kerana kira-kira 30 ekor kambing dipercayai milik penduduk Kampung Tanjung Selangor, Pekan, dilihat selesa turun bermain air di beting pasir berhampiran Kuala Kampung Cherok Paloh, dekat sini, semalam. Kejadian yang dianggap pelik itu disaksikan sebuah keluarga dari Kuantan yang kebetulan singgah berehat di tepi pantai berkenaan. Bagaimanapun keasyikan mereka menyaksikan gelagat kambing itu bertukar cemas apabila semua haiwan terbabit terperangkap di beting pasir berikutan air pasang. Moha Hazrul Hisham, 27, dari Bukit Setongkol, di sini, berkata, dia bersama 10 ahli keluarganya singgah di pantai itu kira-kira jam 9 pagi untuk berehat selepas penat mengayuh basikal dari Kuantan ke Kampung Cheruk Paloh. Menurutnya, mereka ternampak kumpulan kambing itu datang dari Tanjung Selangor sebelum melintasi air cetek di beting pasir dan berjalan ke kawasan yang agak jauh ke tengah. "Kami sedari air mula pasang dan ternampak haiwan terbabit mula berkumpul di satu kawasan dikelilingi air laut yang semakin dalam serta berarus agak deras. "Kami mula panik kerana bimbang kambing-kambing itu akan lemas, namun beberapa nelayan yang melintasi kawasan itu bersama bot masing-masing tidak mengendahkan kejadian yang berlaku," katanya. Moha berkata, atas dasar kemanusiaan, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan kambing berkenaan memandangkan keadaan air semakin dalam. Tiga anggota JPAM Pekan, Mohd Indra Iskandar Ramli, 21, Nor Faizal Mohamad, 27, dan Abdul Syukur Ismail, 30, tiba di lokasi kira-kira jam 10 pagi sebelum cuba mendekati kawasan kambing yang terperangkap menggunakan sebuah bot. Kehadiran tiga anggota penyelamat itu seolah-olah tidak disenangi kumpulan kambing terbabit apabila semuanya cuba melarikan diri dengan berenang melintasi air yang agak deras untuk ke tebing arah Tanjung Selangor. Kejadian disaksikan dengan penuh debaran keluarga terbabit kerana mereka tidak yakin haiwan itu mampu melepasi arus deras sejauh kira-kira 50 meter ke tebing. Bagaimanapun, debaran mereka berakhir apabila kambing-kambing itu berjaya sampai ke tebing dalam keadaan selamat, tetapi seekor anak kambing tersasar dibawa arus, namun sempat diselamatkan tiga anggota JPAM itu. Bagi Mohd Indra, pengalaman menyelamat haiwan bukan kali pertama baginya, namun kes kambing terperangkap dan nyaris lemas dalam air laut tidak pernah dilalui selama dia berkhidmat dalam pasukan sukarela itu. Menurutnya, mereka tetap memberikan respons terhadap semua aduan orang ramai walaupun kes kecemasan itu melibatkan haiwan. "Bagi kami haiwan juga makhluk bernyawa dan perlu diselamatkan jika berlaku kecemasan atau bencana, justeru kami nekad untuk menyelamatkan kambing-kambing itu daripada lemas dihanyutkan arus," katanya kepada Sinar Harian. Sinar Harian |
Anwar: Najib takut pada Mahathir & Rosmah Posted: 25 Mar 2012 11:30 PM PDT 3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang. Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah. anwar ibrahim visit to machang bubuk penang 3Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung. Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai. Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup. malaysiakini/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan