Isnin, 26 Mac 2012

.

.


RAKYAT PERLU SEDAR KEPINCANGAN KERAJAAN BERBELANJA DAN BERHUTANG

Posted: 26 Mar 2012 06:17 AM PDT

RAKYAT PERLU SEDAR KEPINCANGAN KERAJAAN BERBELANJA DAN BERHUTANG


TERAS berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan maseh tidak kritikal kerana kurang 2% di bawah had 55% dari KDNK dan tidak membimbangkan , adalah sangat tidak bertanggungjawab.


Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?


Sepatutnya pihak perbendaharaan Negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang . Dengan hanya selisih 2 % dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.Itupun TERAS mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?


Persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya ( on budget atau off budget)


Pihak perbendaharaan Negara yang kini dibawah kuasa PM , kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan , jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.


Kini apa yang menjadi tandatanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian?


Inilah sebabnya TERAS melihat bahawa dalam isu hutang Kerajaan yang kini hanya berada 2% dibawah had yang dibenarkan , ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi..


Kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang Negara yang diperolehi dari hutang , dibelanja. Sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.


Inilah yang disebut sebagai Pembiayaan Hutang (Debt Financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara. Untuk membayar hutang , perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan. Rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.


Ketikamana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.


Di Amerika ada maklumat setiap hari yang disebut "U.S. NATIONAL DEBT CLOCK" . Pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang Awam ialah USD 15,589,100,336.066.82 . Ia juga mencatit populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854 , maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.


Hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD 4.02 billion sehari sejak 28hb September , 2007!


Setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.


Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi , malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal.

TERAS mengesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan Negara sekaligus kesejahteraan rakyat.


Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan Negara , masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu. Jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Sinar salah lapor kenyataan Nasrudin

Posted: 26 Mar 2012 02:15 AM PDT

Harakahdaily, 26 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kesal kerana akhbar Sinar Harian memotong sebahagian kenyataannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca berkaitan dengan Yahudi.

"Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depan kenyataan Nasrudin yang telah dibuat beliau 19 Mac lalu dan disiarkan dalam Harakahdaily.

Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun.

Dalam tulisan asalnya Nasrudin menulis:

"Berurus niaga [muamalat] dengan individu Yahudi atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

"Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis," tulis Nasrudin sebelum ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, tidak salah berhubung dengan Yahudi kerana ia hanya satu bangsa.

Yang salah adalah Yahudi berfahaman zionis sebagaimana yang ada di Israel sekarang ini.

Kenyataan beliau disokong oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis.

"Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi," tulis Nik Aziz.

"Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

"Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

"Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel," jelas MB Kelantan itu.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9085-sinar-salah-lapor-kenyataan-nasrudin

Tunjuk bukti Pakatan auta, Pas cabar PM

Posted: 25 Mar 2012 05:44 PM PDT

Mustafa Ali

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kenyataan Pakatan Rakyat (PR) mengenai sesuatu isu selama ini adalah auta dan tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, selama ini PR bercakap berdasarkan fakta dan tidak tampil mempertikaikan sesuatu isu tanpa bukti yang kukuh.

"Tanya beliau, bolehkah spesifikkan apa yang PR auta selama ini? Dakwaan Najib yang kata PR cakap duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram tidak betul. Mana ada kita halang rakyat ambil duit itu dan rakyat berhak menerimanya.

"Apa yang kita tekankan dan halang ialah duit rasuah yang masuk dalam poket pemimpin-pemimpin kerajaaan. Itu yang kita titikberatkan selama ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mustafa berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Najib yang disiarkan Sinar Harian semalam bahawa rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan auta pembangkang yang bercakap mengenai sesuatu isu tanpa berlandaskan fakta kukuh.

Mustafa berkata, kerajaan kini sentiasa mencari peluang untuk memberikan gula-gula kepada rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Bantuan demi bantuan yang mereka hulurkan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13 kerana banyak perkara yang PR kemukakan termasuk dalam Buku Jingga dan Janji 100 hari PR mencabar mereka.

"Rakyat boleh terima dan rakyat kini semakin matang dalam menilai pemimpin. Banyak bantuan yang kerajaan hulur tetapi tidak semestinya rakyat yang ambil bantuan itu sokong mereka. Kita yakin, rakyat sekarang semakin matang," katanya.

Beliau turut menegaskan dengan yakin bahawa momentum sedia ada memihak kepada pembangkang.

"Kita yakin terhadap kematangan rakyat, malah, kesilapan mengenai isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berlaku kerana kerajaan terlalu terburu-buru sehingga terpaksa menambah peruntukan sehingga RM6 bilion daripada jumlah asal RM3 bilion bagi baik pulih Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Apapun, mereka terpaksa laksanakan juga kerana takut dan mahu gula-gulakan rakyat," katanya


Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/tunjuk-bukti-pakatan-auta-pas-cabar-pm-1.35090?localLinksEnabled=false

Tiada ulasan:

Nuffnang