Isnin, 4 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Protes Pembinaan Loji Nuklear Di Klang

Posted: 03 Apr 2011 06:00 PM PDT

Pelabuhan Klang, 3 April - Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti dalam perlembagaan untuk menyatakan pendirian memprotes pembinaan loji nuklear di Klang telah dinafikan pihak polis. 

Sekatan jalan telah dibuat oleh polis untuk menghalang majlis anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan Kerajaan Persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor.

Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar serta puluhan orang berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai.


Deklarasi Klang di Bacakan YB Charles Santiago Kepada Wakil Media

"Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak Kerajaan Pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius."

"Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan Pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor."

Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar.

Penganjur  kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran.

Menurut Charles, kerajaan Barisan Nasional hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan.

"Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita," kata Charles. "Kosnya RM 22 Billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM 50 Billion," tambah beliau.

Rakyat yang datang menyatakan bantahan mereka telah dihalau sebanyak dua kali dari kawasan jeti Pulau Ketam oleh polis sebelum mereka berkumpul di sebuah Dewan milik Majlis Perbandaran Klang untuk meneruskan protes.

Provokasi polis itu adalah memalukan kerana hak rakyat untuk bersuara telah dinafikan.

"Ini merupakan sesuatu yang memalukan. Kalau (loji nuklear) ada masalah, pejabat polis kena, anak-anak mereka kena. Jadi mereka patut bersama-sama kita dan bukan menentang hak kita," tambah Charles lagi.








Aduan Polis Terhadap Kolej Universiti MAHSA dan Masterskill

Posted: 30 Mar 2011 02:00 AM PDT

Kerana menipu beratus-ratus pelajar muda dengan;

  1. Mendapatkan matlumat peribadi beribu-ribu pelajar tingkatan lima
  2. Menawarkan mereka kursus seperti jururawat
  3. Menjalankan kursus yang tidak ada pendedahan klinikal yang mencukupi
  4. Membanjiri masyarakat dengan beratus-ratus graduan kursus jururawat yang tidak dapat mencari pekerjaan   

Oleh: Dr Jeyakumar Devaraj
         Ahli Parlimen Sg Siput

Pada : 20hb Mac 2011

Laporan Polis

  1. Tiap tahun pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM dibanjiri dengan surat-surat tawaran daripada beberapa kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus. Surat-surat ini dihantar ke pelajar di rumah-rumah mereka.
  2. Kriteria yang dikehendaki untuk kemasukan ke kursus  adalah jauh lebih rendah daripada criteria yang diminta oleh kolej-kolej jururawat seperti Hospital Fatimah ataupun Hospital Assunta yang ingin mengambil jururawat yang dilatih sebagai kakitangan mereka pada masa depan. Umpamanya, Fatimah Hospital mengenakan kriteria 5 kredit di SPM termasuk dalam BM, BI, Matematik dan Sains berbanding dengan 3 kredit SPM untuk kemasukan ke Masterskill.
  3. Beberapa kumpulan pelajar di kursus jururawat di Masterskill dan Mahsa tidak dapat pendedahan klinikal yang mencukupi. Ada antara mereka yang dihantar ke Rumah Orang Tua di mana mereka tidak dapat pengalaman menjaga pesakit. Masalah ini wujud kerana kolej-kolej mahu mengambil masuk  lebih banyak pelajar baru supaya dapat beruntung dari pinjaman PTPTN sebanyak RM 55,000 yang didapati dengan kemasukan setiap orang pelajar.     
  4. Oleh kerana kemahiran pelatih daripada Kolej Masterskill dan Mahsa diragui oleh pihak majikan Hospital Swasta, dan oleh kerana terlalu graduan dikeluarkan setiap tahun, ada ramai graduan kursus jururawat yang tidak dapat kerja.

Saya  mahu polis siasat;

  1. Bagaimanakah kolej seperti Masterskill dan Mahsa dapat alamat pelajar-pelajar SPM? Adakah ini melanggari undang-undang yang mempertahankan "privacy" setiap orang rakyat Malaysia? Adakah butir-butir peribadi ini dijual pada kolej-kolej tersebut? Oleh siapa?
  2. Mengapa kolej-kolej swasta dibenarkan mengambil terlalu ramai pelajar jururawat sehingga sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari kerja? Siapakah pihak yang harus mengawasi situasi untuk memastikan pasaran untuk jururawat tidak dibanjiri? Mengapa pihak ini tidak menjalankan tugasnya?
  3. Mengapa kolej-kolej yang tidak ada kapasiti untuk memberi pendedahan klinikal yang mencukupi pada para pelajar mereka dibenarkan terus mengambil pelajar baru dua atau tiga kali se tahun? Mengapa pihak yang harus mengawasi situasi tidak ambil tindakan sewajarnya?
  4. Mengapa kemudahan pinjaman PTPTN diteruskan pada kolej-kolej yang kurang bertanggungjawab pada para pelajar mereka?


Sistem yang wujud sekarang sedang menjadikan beribu-ribu pemuda kita penghutang. Sebelum menyampai umur 24 tahun mereka dibeban dengan hutang sebesar RM 55,000. Tambahan pula, ramai antara mereka tidak dapat kerja kerana keraguan majikan terhadap latihan dan kemahiran mereka. 

Ini merupakan penipuan besar terhadap anak muda negara kita, dan pihak polis harus menyiasat untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat.  


Jeyakumar Devaraj
550328-01-5553
HP: 019 5616807

Lautan Manusia Memenuhi Segenap Sudut Stadium Melawati Tolak Fitnah Anwar

Posted: 28 Mar 2011 09:00 PM PDT

Shah Alam, 28 Mac 2011 – Stadium Melawati yang boleh memuatkan 20,000 orang telah dipenuhi dalam Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Program yang ditunjangi oleh PAS itu telah menunjukkan komitmen setia kawan dan simpatinya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim serta tidak menunjukkan sebarang kegoyahan berikutan fitnah video seks oleh trio Datuk T.

Antara yang hadir pada malam itu adalah barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah, Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang lain.

Turut hadir sasterawan negara, Datuk A Samad Said.


Program solat hajat tersebut diimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kemudiannya diteruskan dengan pidato.

Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya membuat bacaan doa, bermunajat memohon petunujuk dan kebenaran menolak fitnah.








Kumpulan Keenam Dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan Mammogram

Posted: 28 Mar 2011 02:00 AM PDT

Klang, 27 Mac 2011 – Kumpulan Ke-6 wanita dari DUN Sri Andalas telah dihantar menjalani pemeriksaan mammogram. 

Seperti kumpulan-kumpulan peserta sebelum ini, kesemua peserta dihantar ke Pusat Perubatan Forest dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh Pejabat ADUN Sri Andalas.

Para peserta telah diberikan maklumat dan pendedahan tentang kepentingan melakukan pemeriksaan mammogram serta kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan.

Pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita berusia 35 tahun keatas adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk warga negeri Selangor.











Tiada ulasan:

Nuffnang