Nurul Izzah Anwar |
Majlis Makan Tengahari & Penyerahan Borang Keahlian Keadilan Ranting PPR Anggerik Posted: 03 Apr 2011 09:18 PM PDT Tarikh : 3 April 2011 Alhamdulillah, harini rakyat di Lembah Pantai dan khususnya di PPR Seri Anggerik mulai sedar dan ini dinoktahkan di dalam satu majlis penyerahan borang keahlian keahlian Keadilan dan pembukaan Ranting PPR Seri Anggerik. Saya sempat bersama teman-teman seperjuangan menerima borang keahlian tersebut di PPR Seri Anggerik. Walaupun Malaysia dilanda ‘Politik Kotor’ dengan agenda jahat dan tidak bertamadun dan minggu lepas diedarkan pula ‘Kartun Raja Lawak’ yang tidak bermoral kepada pengundi baru di kawasan Lembah Pantai. Dengan kemasukan dan penubuhan Ranting baru Keadilan di Lembah Pantai ini menampakkan suatu semangat dan perubahan baru masyarakat yang sudah jemu dengan politik lapuk dan kuno ini. Rakyat mahukan satu Harapan Baru dan Politik Pembebasan. Selamat berjuang bersama-sama saya ucapkan di dalam wadah Keadilan ini dan sama-sama kita berganding usaha agar rakyat dan masyarakat di Lembah Pantai dapat kita terbela. InsyaAllah |
Posted: 03 Apr 2011 09:10 PM PDT Tarikh : 3 April 2011 Satu pertemuan muhibbah telah saya adakan bagi memberikan penerangan awam kepada penduduk dan pemilik Flat 4 Tingkat PKNS di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai. Saya turut mengundang wakil Kerajaan Negeri Selangor, Cik Faekah Hussin selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan Puan Hajjah Ridziah selaku wakil dari PKNS. Tujuan utama pertemuan ini saya adakan adalah bagi pihak penduduk dan pemilik rumah mendengar sendiri penerangan oleh pihak wakil Menteri Besar dan wakil PKNS berhubung dengan pindah milik dan pembangunan semula bagi flat 4 tingkat PKNS tersebut. Secara kesimpulan saya boleh nyatakan bahawa beberapa perkara masih lagi tidak diberikan penerangan yang jelas oleh pihak pemaju iaitu Suez Domain Sdn Bhd berhubung dengan draf pindah milik rumah kepada penduduk dan ini sepertimana yang ditimbulkan oleh penduduk sendiri dan beberapa tuntutan yang masih lagi tidak dipersetujui oleh pihak penduduk. Saya akan cadangkan satu pertemuan di antara penduduk dan pihak Pemaju, Suez Domain Sdn Bhd dalam masa terdekat bagi mereka memberikan penerangan yang sejelasnya kepada penduduk berhubung dengan pembangunan semula kawasan flat 4 tingkat PKNS ini dan tuntutan-tuntutan lain. |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan