Isnin, 4 April 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kelantan terus dianiayai BN

Posted: 04 Apr 2011 01:51 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Kelantan bukan saja dinafikan hak memperoleh royalti petroleum kira-kira RM600 juta setahun, malah loji pemprosesan minyak dan gas yang sepatutnya dibina di negeri itu tetapi dibina di Songkhla, Thailand.

Tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan beribu peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan dinafikan.

Ahli Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar), berkata, kini peluang Kelantan mendapat royalti petroleum yang dituntut kerajaan negeri di mahkamah juga tipis kerana Kerajaan Pusat pula yang menawarkan diri menjadi defendan dalam dalam saman terhadap Petronas.

"Saya tidak tahu macam mana mahkamah boleh benarkan Kerajaan Pusat menjadi pencelah kepada saman kerajaan negeri terhadap Petronas yang didakwa melanggar perjanjian terbabit," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Kelate.net, di Shah Alam, baru-baru ini.

Katanya, BN juga menafikan kelulusan pembinaan lebuh raya antara Kuala Krai ke Kota Bharu, bagi kemudahan rakyat Kelantan.

"Lebuh raya itu bagi kemudahan rakyat Kelantan yang tinggal di lembah klang untuk pulang ke kampung halaman mereka terutama pada hari raya. Kalau sebelum ini penjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada musim perayaan mengambil mana hingga 13 atau 14 jam, diharap dengan adanya lebuh raya itu akan menjimatkan masa perjalanan kepada lima atau enam jam saja," jelasnya.

Husam berkata, disebabkan Kerajaan Pusat melengahkan pembinaan lebuh raya itu, kerajaan negeri akan menswastakan pembinaan itu.

"Sebuah syarikat sudah dilantik, termasuk jajaran dan peruntukannya oleh kerajaan negeri cuma menunggu kelulusan Kerajaan Pusat," katanya,

Menurutnya, sebenarkan projek lebuh raya itu sudah lama diluluskan kerajaan pusat iaitu sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) lagi tetapi dilengahkan kerajaan mahu mendera rakyat Kelantan yang memilih Pas memerintah negeri.

"Inilah sikap BN terhadap rakyat Kelantan, apa saya projek yang hendak dilaksana untuk kebaikan rakyat Kelantan dinafikan oleh Pusat. Bukan saja ketika pemerintahan Dr Mahathir, malah zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak juga masih menganak tirikan rakyat Kelantan," katanya.

Katanya, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya diteruskan hingga ke Kelantan, tetapi diberhentikan setakat Terengganu, ini semua menggambarkan kezaliman Kerajaan BN terhadap Kelantan.

"Sekarang perkara sama dilakukan BN terhadap beberapa lagi negeri yang diperintah pembangkang, termasuk Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Oleh itu saya harap rakyat sedar dan tidak lagi memberi peluang kepada BN memerintah negara ini, termasuk Negeri Sarawak," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Noor Jaafar

Jurutera gagal tutup rekahan loji

Posted: 04 Apr 2011 01:47 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PEKERJA loji memakai sut perlindungan ketika menyembur cecair dalam usaha menutup kebocoran loji nuklear, semalam.

REKAHAN sepanjang 20 sentimeter merosakkan loji Fukushima Daii-chi, ditemui pekerja loji itu, kelmarin.

Kebocoran bahayakan pekerja

TOKYO: Jurutera semalam gagal menutup rekahan yang menyebabkan air tercemar radiasi mencurah ke dalam Lautan Pasifik dari loji jana kuasa nuklear yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu, namun pencarian di tapak itu tidak menemui kebocoran lain semalam.

Gambar diedarkan syarikat pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO), menunjukkan air memancut daripada dinding dan menyembur ke laut. Air tercemar itu segera larut dengan air laut, mungkin membahayakan kepada pekerja loji itu.

Lopak air di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, yang dipercayai datangnya dari teras reaktor, berulang kali memaksa juruteknik berundur dan menangguhkan tugas.

Gempa bumi dan tsunami besar-besaran merosakkan loji jana kuasa itu pada 11 Mac lalu, menyebabkan sistem penyejukan gagal dan reaktor terlebih panas secara berbahaya sejak itu. Beberapa masalah timbul hampir setiap hari menyebabkan sejumlah besar radiasi bocor ke atmosfera, tanah dan laut dalam krisis nuklear terburuk sejak terbakarnya Chernobyl pada 1986 di negara bekas Kesatuan Soviet.

Bencana berganda yang melanda Jepun itu yang memusnahkan kawasan besar di pantai timur laut negara itu dipercayai menyebabkan 25,000 maut.

Semalam menandakan hari terakhir pencarian bersama tentera Amerika Syarikat dan Jepun untuk mayat mangsa di perairan. Usaha itu kemungkinan harapan terakhir mencari mangsa.
Setakat ini, 12,000 kematian disahkan, dan tambahan 15,400 masih hilang.

Kelmarin, pekerja menemui rekahan 20 sentimeter dalam lubang penyelenggaraan di loji Fukushima Daii-chi dipercayai disebabkan gempa bumi 9.0 magnitud yang melanda Jepun.

Air mengandungi paras iodin radioaktif jauh melebihi had selamat mencurah daripada loji itu ke dalam laut Pasifik, kata Hidehiko Nishiyama dari Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun (NISA).

Pekerja mengisi lubang itu dengan konkrit dalam usaha menutup rekahan namun gagal mengeringkannya. Mereka bercadang meletakkan polimer semalam, kemungkinan mencipta penutup jauh ke dalam sistem.

Sejak 10 hari lalu, lopak air tercemar ditemui di seluruh loji dan paras tinggi radioaktif diukur dalam laut, namun ini menandakan kali pertama pihak berkuasa mengatakan mereka menemui satu tempat di mana air mengalir ke dalam laut. – AP

Tiada kompromi dengan calon menang cara rasuah: SPR

Posted: 04 Apr 2011 01:39 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkompromi dengan calon yang menang dalam suatu pilihan raya melalui rasuah, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bagaimanapun, beliau berkata SPR bukan badan yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk membuat siasatan termasuk mengenai isu rasuah dan politik wang.

"Kita tidak ada unit, bahagian dan jabatan yang menguatkuasakan perkara tersebut. Kita tidak mempunyai keupayaan itu. Kita tidak ada kepakaran dan tidak ada orang.
"Kita bekerjasama rapat dengan agensi lain iaitu SPRM untuk rasuah dan polis untuk hal-hal yang berkaitan dengan jenayah.

"Jika ada elemen rasuah untuk tujuan menang, atau rasuah untuk membeli undi dan sebagainya, bagi mereka yang tahu, hendaklah lapor kerana ini boleh didakwa," katanya pada temu bual bersama BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata, sebarang laporan yang dibuat kepada SPR berhubung isu rasuah, ia akan dirujuk kepada agensi yang berkaitan.

"Sekiranya terdapat insiden, kejadian, perbuatan atau program yang boleh dianggap sebagai rasuah, laporan boleh dibuat.
"SPR tidak dapat mengatakan ya atau tidak, eloklah diambil faktanya, dituduh dan didakwa di mahkamah sama ada rasuah atau tidak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata SPR mengambil kira pelbagai faktor sebelum menentukan tempoh berkempen bagi sesuatu pilihan raya.

Katanya, faktor tersebut membabitkan bukan sahaja pertimbangan daripada segi undang-undang yang menetapkan tempoh berkempen tidak kurang daripada tujuh hari, tetapi daripada segi ketenteraman awam dan keselamatan negara serta cuaca.

Abdul Aziz berkata, begitu juga pandangan parti politik yang memaklumkan tempoh berkempen yang terlalu lama akan menyebabkan kos meningkat.

"Mengikut undang-undang dan Peraturan Perjalanan Pilihan Raya, mestilah tidak kurang daripada tujuh hari.

"Banyak permohonan yang saya terima melalui surat, panggilan telefon dan SMS, meminta tempoh berkempen dipanjangkan, ada yang meminta jangan panjang sangat, dan ada yang meminta tidak lebih daripada tujuh hari," katanya.

Katanya, berdasarkan pertimbangan itu juga, tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10, ditetapkan selama 10 hari bermula 6 April ini, yang dianggap sangat munasabah. - BERNAMA

P'raya Sarawak: PKR Tanding 47 Kerusi

Posted: 04 Apr 2011 01:36 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SIBU 4 APRIL : Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu menyerlahkan kemungkinan kira-kira 20 kerusi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PKR dan SNAP iaitu parti politik paling lama di Sarawak.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam mengakui pihaknya semakin sukar untuk mencapai persetujuan dengan SNAP berhubung pengagihan kerusi untuk menentang BN pada pilihanraya itu.

Namun, beliau berkata PKR akan memberi laluan kepada SNAP di beberapa kawasan untuk memastikan kempen pembangkang bagi menamatkan pemerintahan 30 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak tersasar.

Anwar menjelaskan SNAP bukan ahli komponen Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan sungguhpun kedua-dua pihak itu sebelum ini bertekad bekerjasama di peringkat negeri.

Tv Selangor/-

Rakyat mampu buktikan BN mampu ditumbangkan

Posted: 04 Apr 2011 01:28 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH,4 April, Pesuruhjaya PAS Peral, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa, sepanjang pemerintahan Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, rakyat bawahan cukup merana dan tersiksa dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Menurut beliau kesan kenaikan harga barang ini akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini.

Beliau menyatakan, buktinya pada tahun 2010, harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Petrol RON97 telah dinaikan beberapa kali. Harga petrol RON97 dinaikkan pada Disember 2010 sebanyak 15 sen dan terahkir pada 6 Januari lalu dari RM2.30 kepada RM2.40.

Beliau turut menjangkakan tahun 2011 ini akan menyaksikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang mendadak dan membimbangkan.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menggambarkan bahawa, medan yang paling berkesan menghukum UMNO adalah pada pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Memetik ucapan beliau, " Rakyat telah menunjukkan buktinya. Tekanan kuat kepada kerajaan pada tahun 2008, memaksa UMNO terpaksa mengaku kalah apabila rakyat dapat menafikan kuasa dictator UMNO BN di Malaysia selama ini".

"Kenaikan harga petrol, diesel dan harga barang keperluan harian rakyat adalah besar kesannya dan menjejaskan sosio-ekonomi rakyat. Rakyat bawahan yang semakin gelisah dengan situasi itu menjadi bertambah tertekan dan terus tertekan dengan pemrintahan UMNO BN".

Beliau menjelaskan lagi, apa yang amat menghairan ialah slogan yang digunakan Najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" merupakan kata—kata palsu . Tradisi sebenar UMNO BN selama ini ialah " membelakangkan rakyat, kroni dibela" terus dilaksanakan.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru agar Rakyat segera bangkit dan bertindak untuk bersama berganding bahu bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN yang sudah lama mengkhianati amanah rakyat ini, Rakyat Malaysia mempunyai potensi besar untuk membuktikan kepada UMNO BN bahawa kuasa sebenar ada di tangan rakyat.

Mohd Hafez Sabri

ISA: Keluarga mahu Kadir dibebaskan segera

Posted: 04 Apr 2011 12:53 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 4 Mac: Keluarga Kadir Hashim, Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, menyifatkan penahanan tersebut sebagai zalim dan mahu pihak berkuasa membebaskan Kadir dengan segera.

Kadir, 42, yang cacat sebelah tangan sejak berusia 12 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan tomyam di rumahnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA pada 1 April lalu oleh pihak polis tanpa sebarang sebab dan alasan.

KeadilanDaily mealporkan ahli keluarga Kadir yang hadir pada sidang media di Ibu Pejabat PKR tengahari tadi, mahu polis mendakwa Kadir di mahkamah, dan bukan menahannya tanpa bicara.

Hadir pada sidang media itu ialah Mah Mat Idris, ibu kepada Kadir dan dua abang kepada Kadir, Muda Hashim dan Hisham Hashim.

Muda, 46, yang kelihatan sedih bercampur marah dengan penangkapan itu berkata beliau benar-benar tidak berpuas hati dengan penahanan adiknya di bawah Akta drakonian itu.

"Saya minta kerajaan lepaskan adik saya ini dengan segera. Sekiranya dia buat kesalahan, sila bawa dia ke mahkamah. Buktikan kesalahan dia dahulu," kata Muda yang menyifatkan penahanan adiknya itu sebagai tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Apabila rakyat ditahan tanpa apa-apa sebab, ini bermakna pemerintah kita cukup zalim. Negara kita tiada ancaman daripada pengganas, kenapa perlu tahan adik saya?" soal beliau.

Abang kedua Kadir, Hisham Hashim, 43, pula menyifatkan penahanan adiknya itu sebagai biadap kerana sehingga ke hari ini mereka tidak diberikan alasan kukuh penahanan Kadir.

"Ia terlalu biadab dan kami sangat sedih.

"Surat (penahanan) yang diberi sangat umum, kami mahu sebab. Saya gesa kerajaan bebaskan Kadir dengan segera," kata Hisham.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang hadir sama pada sidang media selaku peguam kepada keluarga Kadir kesal kerana pihak polis mengelak daripada memberi jawapan khusus berhubung penahanan Kadir.

"Tidak ada apa-apa maklumat diberi pada keluarga Kadir. Peguam cuba dapat maklumat dpd polis tapi tak ada apa-apa maklumat diperoleh. Tiada siapa tahu di mana beliau berada dan keadaan kesihatannya," kata Surendran.

Surendran seterusnya menyifatkan penahanan Kadir tidak ubah seperti layanan negara-negara yang diperintah diktator terhadap rakyatnya.

"Ini seperti di Korea Utara, Cuba, dan Mesir. Mereka (tahanan) hilang begitu sahaja," katanya.

Untuk membuktikan sikap acuh tidak acuh polis terhadap kes itu, Surendran menghubungi pegawai polis yang menandatangani notis penahanan, ACP Normah Ishak, sewaktu sidang media berkenaan untuk mengetahui keadaan Kadir dan tempat beliau ditahan.

Panggilan berlangsung kira-kira 15 minit, namun ACP Normah tetap enggan memberikan alasan khusus Kadir ditahan malah enggan memberitahu tempatnya ditahan.

Beliau sebaliknya meminta Surendran menulis surat kepadanya untuk bertemu secara rasmi.

Surendran memberitahu keluarga Kadir akan membuat permohonan habeas corpus di mahkamah sekiranya Kadir tidak dibebaskan.

Harakahdaily/-


BN mula ugut rakyat Sarawak

Posted: 04 Apr 2011 12:37 AM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 4 April : Ketua Penerangan PAS Perak , Drs. Khalil Idham Lim berkata ugutan BN terhadap rakyat Sarawak sudah bermula apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed mengungkapkan "maka rakyat yang ruginya" jika tiada sokongan rakyat Sarawak terhadap BN pada pilihanraya 16 April ini.

"Saya ingin sebut bahawa ugutan sebegini tidak perlu dilayan kerana sebelum ini pun Sarawak telah ditipu untuk ke sekian kalinya oleh BN walaupun mereka berjanji untuk membantu seluruh rakyat Sarawak," katanya ketika ditemui di sini.

YB Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menjelas rekod tidak bersih BN di Sarawak selama ini sebagai penanda aras prestasi BN di Sarawak amat teruk dan situasi ini perlu wujud perubahan segera dengan memilih Pakatan Rakyat pada 16 April ini.

"Saya ulangi sekali lagi bahawa seluruh rakyat Sarawak perlu tumbangkan BN dan mereka (BN) perlu ditolak melalui kertas undi nanti," jelasnya.

Tambahnya rakyat tidak perlu takut untuk berubah dan memilih Pakatan Rakyat , apagi melihat contoh negeri Kelantan sendiri sehingga sekarang tidak ada sebarang masalah walaupun BN memulau negeri tersebut.

"Kita boleh lihat sendiri sehingga sekarang tiada lagi rakyat Kelantan yang mati kebuluran walaupun tidak ada kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan, di Sarawak BN cuma ingin mewujudkan perasaan takut terhadap rakyat untuk menjaga kepentingan elit BN untuk terus mengaut kekayaan," jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau yang juga Adun Titi Serong Menjelaskan lagi bahawa BN tidak ikhlas terhadap rakyat dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ini ugutan, bukannya nasihat dan bantuan untuk menghilangkan beban rakyat, rakyat Sarawak perlu tolak kerajaan BN yang tidak ikhlas," katanya.

"BN perlu dihukum diatas keangkuhan mereka ini, hukum mereka pada 16 April ini," ujarnya lagi.

"Menyatakan ungkapan bahawa rakyat Sarawak bakal rugi jika tidak menyokong BN adalah ugutan yang tidak dapat diterima dalam suasana politik yang sihat apatah lagi apabila dikaitkan dengan slogan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh BN sendiri," katanya ketika mengakhiri sesi temuramah.

Oleh : Hafizi Pauzi

Dua "Wajah" PDRM

Posted: 03 Apr 2011 11:50 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KLANG : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

Tv Selangor/-

Usah pandang enteng, Kelantan tidak kebal

Posted: 03 Apr 2011 09:49 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli PAS khususnya di Kelantan dinasihatkan tidak memandang remeh Gelombang Merah yang dilancar Umno negeri itu, jika mahu menyelamatkan pemerintahan Islam yang sudah 20 tahun di negeri itu.

Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan berkata, biarpun masuk penggal ke-5 memerintah negeri itu, ahli PAS jangan berasa selesa kerana kerajaan PAS Kelantan bukanlah kebal.

"Kita tidak boleh pandang enteng, sebab dari sudut sejarahnya pun, PAS pernah perintah Kelantan, tapi kita jatuh, kita tidak kebal.

"Dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, kita hampir kalah di Manek Urai dan kalah di Galas," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas merasmikan program pemukiman kedua bloger PAS dan Pakatan Rakyat, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di ibu negara semalam.

Tambah beliau lagi, jika tiada usaha kuat dari ahli PAS, maka tidak mustahil Umno akan kembali menguasai Kelantan.

Apatah lagi ujarnya, Umno boleh bertindak apa sahja kerana tidak mempunyai batas undang-undang dan akhlak.

Malah lebih besar dari itu, perubahan dan penerapan nilai Islam yang dibuat selama 20 tahun oleh kempimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya akan berkubur begitu sahaja.

Sepanjang 20 tahun katanya, PAS telah melaksanakan hampir semua perubahan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri termasuk mengharamkan penjualan arak dan premis judi di negeri itu.

Berkenaan undang-undang hudud pula katanya, kerajaan negeri telah meluluskan perkara itu namun perlaksanaannya terhalang kerana di bawah bidang kuasa pusat.

"Tok Guru (Nik Aziz) selalu tanya, kenapa Umno nak lagi rampas Kelantan. Kita dah buat hampir semuanya dah.

"Kalau nak Kelantan nak buat macam negeri Umno lain, itu bermakna mahu meruntuhkan Islam di Kelantan," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Kelantan telah melancarkan kempen 'Selamatkan Islam, Tolak Jahiliyah' untuk berdepan Gelombang Merah Umno negeri itu.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

'Jangan harap kami sumpah laknat'

Posted: 03 Apr 2011 09:30 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sekali-kali akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR itu tulen.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara itu menerusi berita yang disiarkan sebuah portal dan mungkin orang yang mendesaknya berbuat demikian tidak mengikuti perkembangan dirinya dan keluarga, sebaliknya mahu terus menabur fitnah.

"Perkara ini tak timbul lagi. Siapa kata saya berdiam? Saya sudah buat kenyataan. Orang itu yang mungkin tak ikut perkembangan," katanya ketika diminta mengulas desakan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin supaya dua beranak itu bersumpah bagi membuktikan mereka 'bersih' dan tidak bersubahat dengan Anwar.

"Tidak perlu saya dan ibu bersumpah kerana ikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam sangat dikecam, " katanya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR berkata, beliau dan keluarga sentiasa berpegang kepada hakikat Allah Maha Mengetahui dan Maha Pembela, lebih-lebih lagi bagi mereka yang teraniaya.

"Apa yang terbaik untuk kami lakukan adalah bersabar, bertenang dan berdoa serta tumpukan pada perjuangan. Kami tidak akan melayan tindakan sembarangan," katanya.

Dalam kenyataan disiarkan 1 April lalu, Farahana berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu bersihkan diri daripada persepsi mereka bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

"Kegagalan bersumpah memberi gambaran mereka cuba menyelamatkan Anwar," katanya.

Ditanya perasaannya menghadapi situasi ini, Nurul Izzah berkata: "Anak mana tidak sedih dengan perkara itu (dakwaan video lucah)."

:Anak sulung daripada enam beradik itu berkata. mereka sekeluarga akan terus cari kekuatan dengan berdoa melawan tuduhan itu.

"Keberanian kami sudah memadai dan sumpah laknat tidak diperlukan," tegasnya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar �sahkan rakaman video aksi seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang itu adalah tulen.

Pengesahan itu dibuat pakar profesional yang dilantik polis minggu lalu dan hasil siasatannya akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Sinar Harian/-

Penahanan OKU Kadir untuk tenggelam isu panas

Posted: 03 Apr 2011 09:05 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan penahanan Kadir Hashim, yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta Keselamatan (ISA) bertujuan untuk tenggelamkan isu panas terutama dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya Negeri Sarawak yang semakin hampir," katanya.

Kadir Hashim, 42, ditahan polis mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kampung Kerinchi di sini, petang 1 April lepas.

Kadir adalah seorang ahli PKR ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pada jam 6.50 petang, lapor KeadilanDaily.

Perkara itu disahkan Mohamad Izhar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Lembah Pantai.

Beliau menganggap penahanan itu tidak masuk akal kerana Kadir adalah seorang peniaga tomyam OKU yang memiliki sebelah tangan dan mustahil untuk terlibat dalam 'gerakan subversif' seperti didakwa polis ketika membuat tangkapan.

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa bicara, tiba-tiba orang ramai dikejutkan dengan penahanan Kadir Hashim di bawah Akta Keselamatan (ISA).

Bagi Wan Azizah (gambar bawah), ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu angkuh.

Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.

"Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan," katanya.

PKR, katanya, dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

" Keadilan dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

"Keadilan sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan," tegasnya.

Harakahdaily/-

Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu

Posted: 03 Apr 2011 09:00 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SARIBAS : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu.

Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu.

"Kita melalui KEADILAN, PAS dan DAP telah bersetuju untuk lawan satu lawan satu. Ini yang menyumbang kepada kemenangan besar kita di Semenanjung pada 2008. Tapi ada satu parti kecil yang sudah digantung sekian lama dan hampir mati, tiba-tiba di pilihanraya ini mahu bertanding berpuluh-puluh kerusi.

"Dari mana dia dapat kekuatan ini kita tidak tahu, dari mana dia dapat wang sebegitu banyak kita pun tidak tau," kata Anwar ketika bercakap kepada hampir 200 penduduk Melayu di Kampung Tuie, Betong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas.

Bagaimana pun Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat mampu memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 16 April depan kerana sedar mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional selama ini.

"Kita tengok dalam kes PKFZ, tanah rakyat miskin diambil dengan harga yang amat murah, puak-puak ini (BN) di mana-mana pun akan menipu rakyat.

"Kali ini saya yakin rakyat Sarawak akan tempa sejarah yang amat berharga dengan membawa perubahan yang diidamkan selama ini," tegas Anwar.

Beliau berkata BN tidak pernah mahu memahami hasrat dan hati nurani rakyat yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang telah dinafikan sejak puluhan tahun terutamanya dalam isu rampasan tanah adat NCR.

Anwar mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada PRU ke-13 nanti.

"BN tak pernah tahu turunkan harga baik minyak, barang makanan sehingga rakyat menderita. Kali ini kita turunkan mereka (dari tampuk kekuasaan) dan kita naikkan sebuah kerajaan yang prihatin dan adil kepada rakyat," ujar Anwar lagi.

Tv Selangor/-

PAS Mahukan Negeri Pakatan Rakyat Jalankan Pilihanraya Serentak

Posted: 03 Apr 2011 08:49 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.

Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri.

PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.

PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.

Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya.

Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita.

Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.

Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia.

M/insider

Bantah loji nuklear

Posted: 03 Apr 2011 08:30 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PELABUHAN KLANG - Lebih 60 penduduk Klang dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di Jeti Pulau Ketam, di sini pagi semalam sebagai bantahan pembinaan loji nuklear di daerah berkenaan.

Bantahan anjuran Pemuda Pas Kawasan Klang bersama pimpinan PR Klang itu menolak sebulat suara berkenaan pembinaan loji di daerah ini termasuk seluruh Malaysia.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Klang, Mohd Prasad Hanif berkata, bantahan itu berikutan kesan negatif kepada rakyat dari segi radiasi.

"Perkara ini amat ditakuti sepertimana yang melanda Jepun baru-baru ini. Kesannya amat besar sehingga boleh melumpuhkan sistem ekonomi, fizikal dan pentadbiran negara," katanya.

"Kami sarankan Kerajaan mempertimbangkan sumber alternatif terutamanya sumber tenaga solar.

"Dalam usaha ini, pengguna boleh memasang panel solar di bumbung rumah, namun, kelebihan tenaga yang terhasil dari panel tersebut juga boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

Beliau berkata, langkah ini turut menguntungkan TNB dan orang ramai selain mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

"Perkara tersebut harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kuasa nuklear dipertimbangkan.

Dalam pada itu katanya, Pemuda Pas Klang juga melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis yang tidak membenarkan protes ini dijalankan walaupun secara aman.

Hadir sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ketua PKR Cabang Klang, Yew Boon Lai.

Sementara itu, Charles kesal kerana permit yang dipohon tidak mendapat kelulusan polis.

Charles berkata, pihaknya telah memohon permit Khamis lalu, namun, ditolak tanpa alasan kukuh.

"Tujuan demonstrasi hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat tidak mahu pembinaan loji ini diteruskan terutamanya di kawasan Klang. berikutan ia memberi kesan buruk sekiranya berlaku kebocoran seperti di Jepun." katanya.

Pada 14 Mac lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat terbuka dan mendengar pandangan rakyat terhadap rancangan mendirikan loji elektrik nuklear di negara ini.

Menurutnya, setiap perkembangan berhubung rancangan itu akan dimaklumkan kepada orang ramai dan hanya dilaksanakan sekiranya terbukti bersesuaian dan diterima rakyat.

Sinar Harian/-

Tentera Gaddafi menyerang lagi

Posted: 03 Apr 2011 08:17 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyerang sebuah bangunan di Misrata semalam, cuba untuk mengusir pemberontak dari benteng terakhir mereka di barat Libya di mana ratusan dilaporkan terbunuh.

Seperti di bandar-bandar lain, penduduk Misrata turut menentang kepimpinan Gaddafi dalam pemberontakan Februari lalu di mana pasukan tenteranya mengawal sebahagian besar barat Libya, menyebabkan sistem komunikasi dan bekalan makanan ke bandar itu terputus.

Terdahulu, serangan bom di Misrata terkena sebuah bangunan yang sebelum ini digunakan untuk merawat pemberontak yang cedera dalam pertempuran, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Selepas beberapa minggu diserang, pasukan tentera kerajaan secara berperingkat berjaya melonggarkan kuasa pemberontak di kawasan itu walaupun serangan udara Barat menyerang penyokong pro-Gaddafi.:

Namun, jurucakap pemberontak mengatakan mereka masih menguasai bandar ketiga besar Libya itu dan pelabuhan negara itu.

Sinar Harian/-

MEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI, MAKAN DENGAN TANGAN KIRI & BEZA ANTARA SUNAT DAN SUNNAH

Posted: 03 Apr 2011 08:00 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Makan dengan tangan kiri

1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;

Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; "Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan).

Lalu beliau berkata kepadaku; "Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu". Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At'imah)

Berkata Imam as-San'ani (mengulas hadis di atas); Hadis ini menjadi dalil bahawa wajib makan dengan tangan kanan kerana Nabi mengarahkannya[1] di samping ditegaskan lagi oleh Nabi bahawa Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri[2] dan perbuatan Syaitan diharamkan ke atas manusia untuk mengikutinya.

Begitu juga, diceritakan; Seorang lelaki makan dengan tangan kiri di hadapan Nabi, lalu baginda berkata kepadanya; "Makanlah dengan tangan kanan kamu". Lalu lelaki itu menjawab; "Aku tidak boleh".

Nabi lalu berkata (mendoakan); "Semoga kamu akan benar-benar tidak boleh" kerana tidak menghalangnya dari mematuhi arahan Nabi itu melainkan kerana sombong. Setelah itu lelaki tersebut tidak dapat lagi mengangkat tangannya ke mulut" (HR Imam Muslim).

Nabi tidak akan mendoakan yang tidak baik melainkan ke atas orang yang meninggalkan perkara wajib (menunjukkan makan dengan tangan kanan itu adalah wajib). (Subulussalam, Imam as-Son'ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah)

Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperi tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita),

itu tidaklah dinamakan makan. Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri.

Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.

Urusan-urusan yang disunatkan dengan tangan kanan

2. Adapun urusan-urusan yang lain, para ulamak membahagikannya kepada dua jenis;
a) Urusan-urusan yang mulia
b) Urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding yang pertama.

Urusan-urusan yang mulia, disunatkan kita menggunakan tangan kanan atau mendahulukan tangan kanan. Contohnya ; mengambil wudhuk (sunat mendahulukan anggota kanan dari yang kiri), mandi wajib atau mandi sunat (sunat memandikan sebelah kanan badan terlebih dahulu), memakai pakaian,

kasut dan selipar, memakai seluar, memasuki masjid, bersugi (memberus gigi), bercelak, memotong kuku, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam di hujung solat, keluar dari tandas, makan, minum, berjabat tangan, melambai Hajar Aswad, mengambil sesuatu dari orang lain dan memberi sesuatu dan urusan-urusan lain yang semakna.

Adapun urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding di atas, disunatkan kita menggunakan tangan kiri atau mendahulukan yang kiri dari yang kanan. Contohnya; membuang hingus, beristinjak (membasuh kencing dan berak), memasuki tandas, keluar dari masjid, ketika menanggalkan sepatu/kasut, seluar, pakaian dan selipar, melakukan perkara-perkara yang kotor dan yang seumpamanya lagi.

Dalil bagi kaedah atau ukuran di atas ialah hadis-hadis yang banyak, antaranya;

a) Dari 'Aisyah menceritakan; "Rasulullah menyukai (mendahulukan) sebelah kanan bagi semua urusannya; ketika bersuci, ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sebahagian ulamak mengulas; Rasulullah suka mendahukan sebelah kanan adalah untuk membina harapan baik kerana ahli syurga adalah dari golongan kanan (Ashabil-Yamin). (Fathul-Bari)

b) Aisyah menceritakan juga; "Adalah tangan kanan Rasulullah beliau gunakan untuk bersuci (wudhuk) dan makan. Adapun tangan kirinya beliau gunakan untuk membasuh kencing dan berak dan urusan yang kotor/jijik" (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat dalam al-Majmu').

c) Dari Hafsah menceritakan; "Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya" (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini jayyid. Lihat dalam al-Majmu').

d) Dari Ummu 'Atiyah menceritakan; Rasulullah memerintahkan kepada perempuan-perempuan yang memandikan jenazah anak perempuannya; "Mulakan dengan memandikan sebelah kanannya dan dari anggota-anggota wudhuknya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

e) Dari Abu Hurairah menceritakan; Rasulullah bersabda; "Apabila kamu memakai pakaian dan apabila kamu mengambil wudhuk, mulailah dari sebelah kanan kamu" (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dengan sanad yang soheh).

f) Dari Abu Hurairah juga; Rasulullah bersabda; "Apabila kamu memakai sepatu/kasut, mulailah dengan kaki sebelah kanan dan apabila kamu menanggalnya, mulailah dengan kaki sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang paling awal kamu pakai dan yang paling akhir kamu tanggalkan" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

g) Dari Anas yang berkata; "Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri" (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim).

Memakai jam dan gelang di tangan kiri

3. Berbalik kepada soalan di atas, iaitu mengenai memakai jam dan gelang tangan, oleh kerana ia adalah perhiasan, melihat kepada ukuran dan kaedah di atas; disunatkan di sebelah kanan kerana memakai perhiasan termasuk dalam kategori urusan-urusan yang mulia. Ia tidaklah wajib kerana tiada nas yang mewajibkannya tidak sepertimana wajib makan dengan tangan kanan tadi kerana ada nas yang mewajibkannya.

Malah jika kita melihat kepada pemakaian cincin oleh Rasulullah, ada hadis menceritakan Rasulullah memakai cincin di sebelah kanan dan ada juga hadis baginda memakainya di sebelah kiri (Sila baca dalam blog ini; Bagaimana Rasulullah memakai cincin?).

Perbezaan Sunat dan Sunnah

2. Mengenai perbezaan Sunat dan Sunnah;

a) Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbutan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.

b) Adapun sunnah atau as-Sunnah, ia bermaksud cara hidup Nabi atau apa yang datang dari Nabi. Pengertian Sunnah lebih luas dari sunat kerana Sunnah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi meliputi perbuatan Nabi, percakapan Nabi, pengakuan Nabi, sifat-sifat Nabi (sama ada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya).

Sunnah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunnah yang wajib diamalkan.

Adapun yang lain-lainnya (berwudhuk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunnah yang termasuk dalam kategori sunat.

(*Untuk membaca kupasan lebih terperinci tentang as-Sunnah, sila baca di blog al-Qalam, tajuk; "Kedudukan Serban Mengikut Penilaian Ulamak Islam").

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/04/memakai-jam-di-tangan-kiri-makan-dengan.html

Pusat Polis N.Sembilan pula diserang Adenovirus?

Posted: 03 Apr 2011 07:30 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula.

( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html )

Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas.

Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan.

"Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.

"Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu.

Virus Adeno menular ke PD?
Utusan Malaysia 4 Apr 2011

Anak yatim dibelasah guru, meninggal

Posted: 03 Apr 2011 07:00 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) berasrama di Jejawi, Perlis dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan sehingga koma, menghembus nafas terakhir pada jam 8.50 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini semalam.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, dimasukkan ke hospital berkenaan, Jumaat lalu.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, belakang Balai Bomba, Kangar, petang ini.

Menurutnya, walaupun sebelum ini anaknya tinggal bersama keluarga angkat sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, namun hubungan antara mereka akrab sekalipun jarang berjumpa kerana terpaksa bertugas di Langkawi.

"Saya kerap berkunjung ke rumah keluarga angkat sekiranya mempunyai masa lapang untuk melihat Syazani, tetapi sejak kebelakangan ini saya jarang berjumpa Syazani kerana sibuk dengan tugasan.

"Syazani anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, bagaimanapun sebelum itu saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 14 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam perkembangan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, Syazani tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak, kemudiannya dipindahkan ke HSB dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

"Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu yang juga warden asrama sekolah terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau dan direman tujuh hari," katanya.

Menerusi perkembangan sama, mangsa diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan, tetapi tidak diendahkan guru terbabit yang didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, bapa mangsa terus bergegas ke HSB dan terkejut melihat kesan lebam di badan, mata kiri dan pipi, muka bengkak, selain melecet pada tangan kiri anaknya.

Selepas melihat keadaan itu, dia segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada petang Jumaat lalu.

Sinar Harian/-

Blogger Pakatan dan Revolusi 2013

Posted: 03 Apr 2011 06:18 PM PDT

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

H/daily

Mat Sabu Tawar Diri Tanding Timbalan Presiden

Posted: 03 Apr 2011 06:04 PM PDT


30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Semasa mengakhiri pertemuan saya dengan Hj Mohd Sabu dalam majlis makan durian bersama rakyat di perkarangan pusat khidmat ahli Parlimen Bukit Gantang, beliau secara rasmi membisikkan kepada saya bahawa beliau bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar agung pas tidak berapa lama lagi....

Spiderman Cipta Rekod

Posted: 03 Apr 2011 04:04 PM PDT


30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Spiderman dari Perancis, Alain Robert berjaya memanjat Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi dunia pada 28 Mac 2011. Yang berbeza dengan pengalamannya sebelum ini, Alain tidak ditahan oleh polis kerana beliau diundang oleh Burj Khalifa jadi perbuatannya tidak salah.

Alain Robert, 49, dikenali Spiderman, berminat memanjat sejak berumur 12 lagi. Beliau pernah berjaya memanjat Menara Kembar Petronas di KL, Menara 101 di Taipei, Menara Eiffel dan Empire State Building New York.


Menara Khalifa, dengan tingginya 828 meter merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Ia juga satu-satunya bangunan yang ketinggiannya melebihi 800 meter di dunia sekarang ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang