Khamis, 5 Januari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 04 Jan 2012 07:00 AM PST

PKR to go ahead with 'Free Anwar 901' campaign

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) will go ahead with its "Free Anwar 901" campaign although no application for a police permit has been made by the organisers.

"We definitely don't intend to apply for a permit to hold the campaign rally as we know a permit will not be issued (by police) as had happened before," said Selangor PKR information chief, Shuhaimi Shafie.

The gathering planned for this Jan 9 is said to be aimed at seeking justice for Datuk Seri Anwar Ibrahim when the Kuala Lumpur High Court gives its verdict on the sodomy case involving the opposition leader on that day.
Asked on the 336 police reports lodged by various groups from throughout the country up to yesterday against the campaign, Shuhaimi said PKR would not bow to such pressure.

He said besides the Kuala Lumpur High Court, the campaign would also be carried out at other locations in the federal capital, but these had not been determined yet. -

Bernama

Posted: 04 Jan 2012 02:56 AM PST

Anwar : Keputusan 9 Jan Tidak Jejas Peluang Jadi PM

Wednesday, 04 January 2012
Oleh : Mohd Hafiizh Mokhtar

PETALING JAYA, 04 JANUARI : Soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari bertanding tidak timbul kerana muafakat yang kukuh di antara parti komponen.

Sebaliknya, Anwar berkata, jika PR dan rakyat tetap mahunya sebagai Perdana Menteri, soal kelayakannya bertanding tidak relevan kerana dia masih boleh dijadikan Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan bahawa jika berlaku senario di mana PR menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum ke-13, seorang pemimpin dari PR boleh menjadi Perdana Menteri sementara dan mengembalikan kelayakan bertanding kepada beliau.

Beliau berkata ini berlaku di dalam kes negara Turki, di mana Perdana Menteri sekarang, Recep Tayyib Erdogan, dihalang daripada bertanding semasa partinya AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) memenangi pilihanraya umum pada 2002.
"Siapa yang pegang sementara itu bukan perkara pokok. Sepertimana beberapa pemimpin PR kata kalau kita pilih Anwar dalam atau luar penjara bukan soalnya. Rakyat sokong maka dengan izin Allah ia akan berlaku."

Beliau berkata demikian di dalam temubual Fokus Berita terbitan TVSelangor.

Anwar tidak akan layak bertanding pilihanraya sekiranya mahkamah menjatuhi hukuman di dalam kes liwatnya pada 9 Januari .

Seorang hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya selama satu penggal sekiranya dia dihukum tidak kurang dari setahun penjara atau denda dua ribu ringgit.

Tambah Anwar, soal siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bukan perkara perlu dirunsingkan kerana Pakatan Rakyat membawa dasar bersama yang jelas.

"Hubungan saya dengan Tuan Guru Hadi dan Tok Guru Nik Aziz terlalu baik. Kami saling mempercayai, saling memohon nasihat dan pendapat.

"Saya tidak fikir ada masalah. Kalau ada muafakat esok siapa yang harus jadi pemimpin sementara dari PKR atau PAS, DAP tidak menawarkan mana-mana calon, saya tidak fikir itu satu masalah."
PR dijangka menurunkan lebih ramai muka muda dan profesional kali ini berbanding pilihanraya umum lalu.
Bahkan sudah ada tokoh individu menawarkan diri dan badan-badan bukan kerajaan turut menyarankan calon tersendiri untuk membantu Pakatan Rakyat.
"Kes yang saya hadapi ini sudah hampir tiga tahun. Sejak saya didakwa kita sudah jangka muslihat untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Maka oleh yang demikian kita memulakan beberapa langkah dan persiapan menjangkakan (muslihat) ini dan Alhamdulillah kita sudah hampir selesai.
Anwar yakin pemenjaraan beliau di tangan pemerintah Barisan Nasional tidak akan mengugat kerjasama PAS-DAP.
"Apakah ia akan jadi longgar andai Anwar dipenjara? Saya tidak percaya kerana hal ini (pilihanraya, dasar bersama) telah ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti."

Anwar berkata, harapan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya cerah kerana mereka telah membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Tambahnya rundingan tentang strategi pilihanraya dan pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR sudah hampir selesai.

Bahkan Pakatan Rakyat kini lebih bersedia untuk mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional walau tanpa beliau selaku tonggak dalam PRU-13 nanti.

Jentera ini dikendalikan pemimpin ketiga parti oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Urusetia dikendalikan oleh wakil ketiga-tiga parti. Walau ada sedikit gambaran seolah-olah saya memainkan peranan yang besar, sebenarnya ia adalah rangkaian pemimpin bekerja sebagai satu pasukan.

Posted: 04 Jan 2012 02:25 AM PST

Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah | Print |
Muhammad Faizal   
SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangkan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB.

Posted: 03 Jan 2012 02:30 PM PST

Umno Dalang Sabotaj Kutipan Sampah di Selangor?

Wednesday, 04 January 2012

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM, 4 JANUARI

Tindakan segelintir kontraktor yang menamatkan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor bagi menyusahkan hidup penduduk dan memberi imej buruk kepada kerajaan negeri disyaki didalangi oleh Umno Selangor.

Menurut Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie tuduhan Menteri Pertanian, Perikanan dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan negeri tidak cekap mengurus kutipan sampah dibuat sebaik sahaja segelintir kontraktor memberhentikan kutipan secara mengejut.

Kontraktor tersebut bertindak memberhentikan perkhimatan dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir kontrak mereka mengakibatkan longgokan sampah di kediaman.

"Terdapat kontraktor yang memberhentikan perkhidmatan kutipan sampah, terutama sampah domestik di beberapa kawasan terpilih.

"Kemudian diadakan aduan sepertimana yang tersiar dalam media beberapa hari yang lepas," jelas Shuhaimi.

Tambah Shuhaimi, Umno Selangor mengarahkan sebilangan kontraktor yang rapat dengan mereka supaya tidak mengutip sampah di kawasan kediaman. Kemudian, aduan diadakan oleh penduduk untuk menampakan kerajaan negeri tidak memberi perkhidmatan kutipan sampah yang baik.

Bagi Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, tindakan sabotaj ini menunjukkan Umno terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencalar imej kerajaan negeri.

"Mereka sengaja tidak membuang sampah pada hari kutipan sampah dan kemudian membuat aduan kononnya sampah tidak dikutip.

"Dan ini adalah tindakan tidak waras memandangkan memberi kesan menyusahkan diri sendiri," beritahu Saari kepada wartawan.

Tindakan kerajaan Negeri yang menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dilihat satu keputusan berani dan bijak demi menjimatkan wang negeri sebanyak RM20 juta setahun di samping dapat memberi lebih peruntukan kepada PBT untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Terma terbaru, kontraktor harus memperbaharui kontrak pembersihan sampah setiap tahun. Maka, jika kerja mereka tidak memuaskan rakyat berhak membuat aduan dan mereka menghadapi kemungkinan kontrak mereka di tamatkan," terang Jenice Lee pula berkenaan syarat terbaru dikenakan kerajaan negeri.

Selangorkini

Posted: 03 Jan 2012 03:00 AM PST

MBSA Tubuh Unit Khas Pantau Kontraktor Sampah

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, 3 JANUARI : Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal diurus dengan baik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menubuhkan Unit Pengurusan Sisa Pepejal di bawah Jabatan Perkhidmatan Bandar untuk memantau 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik.
Perkara itu disahkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media di Wisma MBSA, di sini dengan menjelaskan kesemua kontraktor yang dilantik itu akan melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah di seluruh kawasan MBSA bermula 1 Januari sehingga 29 Februari depan.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh pihak MBSA kepada kontraktor setelah menerima arahan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 29 Oktober lepas.
"Pada 31 Disember, kita (MBSA) telah memanggil semula 71 kontraktor yang berkhidmat di kawasan MBSA dan 60 kontraktor hadir. Kita telah maklumkan kepada mereka tentang keputusan kerajaan negeri untuk menyambung kontrak mereka selama dua bulan lagi dan menjelaskan perkhidmatan kontrak akan dipanjangkan kepada 3+2 tahun lagi jika layak," jelasnya.
Mohd Jaafar berkata, 71 kontraktor kutipan sampah yang dilantik itu terdiri daripada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), kontraktor sedia ada (26) manakala selebihnya adalah kontraktor tambahan.
Beliau berkata, pihak MBSA berharap masalah kutipan sampah ini akan dapat diselesaikan dan di atasi segera selain turut menyeru orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk membuat laporan sekiranya berlaku masalah kutipan sampah di kawasan mereka.
"Saya tidak nafikan yang MBSA masih lagi menerima laporan daripada penduduk, misalnya di kawasan pasar malam di Seksyen 2 dan 28 di mana sampah tidak disapu dan anjing berkeliaran. Kita akui dan terima perkara ini kerana ia adalah melibatkan pembersihan awam. Kita ada beberapa unit yang dilantik untuk memantau perkara ini," jelasnya.
Tambahnya, sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kutipan sisa pepejal, penduduk boleh menghubungi Unit Sisa Pepejal, Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA di talian 03-55105133 sambungan 371 atau 570.
Pihak MBSA juga menyediakan talian 24 jam kepada orang awam yang ingin membuat aduan dan melaporkan masalah setempat seperti banjir, tanah runtuh dan pembuangan sampah haram dan sebagainya dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana MBSA di talian terus 03-55105811.
Dalam sidang media sama, Mohd Jaafar turut menjelaskan pihak MBSA turut berhadapan dengan masalah dan rintangan semasa melakukan kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan Seksyen 2, Seksyen 7 dan Seksyen 17.
Bagaimanapun, jelasnya tiga laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini.

Posted: 03 Jan 2012 02:28 AM PST

Noh Omar Dicabar Tidak 'Lidah Bercabang' Cabar Selcat

Tuesday, 03 January 2012 | Ruangan: Berita
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM,3 JANUARI : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar digesa agar tidak bersikap 'lidah bercabang' dalam mempersoalkan kedudukan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) sedangkan pada masa yang sama pimpinan Umno dan Barisan Nasional itu tidak mengiktiraf Selcat di sisi undang-undang.
Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim yang dihubungi Selangor Kini berkata pendirian Noh Omar yang mempersoalkan kes Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dilihat tidak konsisten apabila mencabar Selcat ke mahkamah dengan alasan tidak mengikut perlembagaan.
"Saya minta Noh Omar menyatakan pendirian sebenarnya, jika Selcat itu sah, maka mengapa Umno mencabar kedudukan Selcat di mahkamah, kalau dia cabar Selcat daripada segi kedudukan undang-undang, maka mengapa Noh Omar amat mengharapkan Selcat melaksanakan siasatan, apa pendiriannya yang sebenarnya pimpinan Umno ini," katanya.
Sebelum ini media melaporkan Noh Omar mencabar Chang Kim untuk memperjelaskan situasi sebenar perjalanan kes KSSB dalam jawatankuasa tersebut yang turut menuduh Chang Kim mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyelesaikan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).
"Berhubung siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), semasa kes itu ditangguhkan pada masa itu dalam proses pendengaran telah pun dimaklumkan yang mana pendapat Selcat pada masa itu tidak ada bukti-bukti rasuah .
"Dan sebenarnya, saksi-saksi yang perlu hadir dalam kes ini telahpun menarik diri, justeru sebenarnya kes-kes seperti ini bergantung kepada kerjasama pegawai kerajaan dan orang ramai , kalau mereka tidak memberikan keterangan maka tidaklah dapat Selcat membuat sebarang rumusan," jelas Chang Kim.
Menurut Chang Kim lagi, Selcat yang hanya dianggotai seramai tujuh anggota mempunyai bidang tugas dan kuasa yang terhad berbanding agensi PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membuat serbuan dan tangkapan dalam siasatan sesuatu kes.
"Selcat hanya boleh menyaman orang agar datang kepada kita, namun jika kita mengkehendaki seseorang itu hadir tetapi beliau sendiri tidak mahu hadir memberikan sebarang keterangan, maka Selcat pun tidak mempunyai apa-apa kuasa lain.
"Orang Umno yang disaman untuk hadir sendiripun tidak datang, seperti kes Khir Toyo dan isterinya yang tidak mahu hadir . Jadi dalam keadaan orang Umno sendiri yang tidak mahu memberikan kerjasama, maka bagaimana mahukan rumusan yang sempurna daripada Selcat," katanya.
Justeru, Chang Kim mencabar Noh Omar agar membawa kes KSSB kepada SPRM jika yakin mempunyai asas dan bukti rasuah kerana SPRM mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Selcat.
"Seperti kes Khir Toyo dalam isu Balkis yang mana Selcat sudah mengeluarkan keputusan, pihak kerajaan persekutuan tidak membuat apa-apa tindakan.
"Jadi Noh Omar kena fahamlah yang mana dia pun peguam dan menteri yang lama di Parlimen, jadi dia perlu tahu bidang kuasa antara Dewan Undangan Negeri dan bidang kuasa Parlimen," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang