Selasa, 28 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota

Posted: 27 May 2013 07:41 PM PDT




Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan yang penuh barokah.

Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya bulan yang diberkati ini iaitu : "Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya'ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan."

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Kota.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu. Koleksi gambar-gambar sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebelum ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii rajab wa sya'ban, wa balighna ramadan."

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya'ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)

Tiada ulasan:

Nuffnang