Selasa, 6 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan

Posted: 06 Dec 2011 12:58 AM PST



Apakah setelah Pilihanraya Umum ke 13 nanti atau selepas 5 kali pilihanraya, masalah penduduk di Jelebu ini masih belum dapat diselesaikan?

Kisah lanjut di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/04/janji-tak-tunai-dah-4-kali-pilihanraya.html

Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

"Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan," katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

"Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya," katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

"Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti," katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

"Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia," katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

"Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa," katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

"Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris," katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

"Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

"Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran," katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

"Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566955.asp

Ceramah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 18 Dis 2011 Senawang

Posted: 05 Dec 2011 07:17 PM PST



CERAMAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat - Maahad Tahfiz Kelantan
Ahad, 18 Disember 2011
Jam 7.30 mlm
Di Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Semua dijemput hadir

Program Huffaz Cilik Dis 2011 sekitar Seremban

Posted: 05 Dec 2011 07:16 PM PST



PROGRAM HUFFAZ CILIK 2011
12 - 17 Dis di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya
12 - 17 Dis di Masjid Nurul Hidayah, Seremban Jaya
15 - 19 Dis di Rembau
19 - 23 Dis Surau Taman Desa Melor, Senawang

Untuk anak-anak 9 ke 12 tahun
Yuran RM25

Aktiviti :
- Hafazan Ayat Lazim
- Hafazab Surah Pilihan
- Solat Sunat Dhuha
- Pengisian Minda
- Tayangan Multimedia
- Kisah Para Sahabat dan Tokoh Islam

Anjuran : Nadi Al-Azim atau Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM)

Untuk penyertaan atau pertanyaan sila hubungi wakil ISMA di bawah ini :
Panchor - Hjh Akhma 019-6670208 , Dr Zaiton 019-2748780
Seremban Jaya - Ust Tajul 013-2024843 , Ustazah Murni 019-6267875
Rembau - Ust Zanuri 013-6495697 , Pn Suhayati 019-2871215
Senawang - Dr. Naziah 012-2377674 , Pn. Shimah 019-3085954

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/hebahan-program-huffaz-cilik-2011/

Tiada ulasan:

Nuffnang