Selasa, 6 Disember 2011

.

.


LYNAS - KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN KUANTAN

Posted: 06 Dec 2011 05:04 AM PST

Kenyataan Media
Ahli Parlimen (MP) Kuantan
5hb Disember 2011.

Saya mengalu-alukan kenyataan MB Pahang didalam Dewan Undangan Negri Pahang hari ini, untuk meminta Lynas menyenaraikan kontraktor binaan buat Lynas LAMP.

Selama ini rakyat hanya mengetahui berkenaan Ranhill dan UGL yg menjadi kontraktor utama pembinaan LAMP. Gesaan YAB MB supaya Lynas mendedahkan senarai semua kontraktor akan memberi peluang kepada rakyat untuk memberitahu kepada mereka (kontraktor) bagaimana bentuk bahaya yang bakal di bawa oleh LAMP terhadap manusia dan alam sekitar kelak.

Samada kontraktor yang dilantik merupakan penyokong PR atau penyokong BN, tidak membawa apa-apa perbezaan.. LAMP tetap merbahaya, tanpa mengira siapa yang membinanya.

Saya yakin bahawa YAB MB telah tidak menerima maklumat yang tepat berkenaan bahaya LAMP, dan besar kemungkinan segala maklumat yang disampaikan kepada beliau ialah maklumat dari Lynas sendiri. Lynas cukup bijak didalam mengelirukan orang ramai, termasuk juga mengelirukan agensi Kerajaan dengan fakta yang mengelirukan.

Malah laporan IAEA juga tidak pernah mengatakan bahawa LAMP adalah selamat. Saya ingin memaklumkan disini bahawa YAB MB harus tahu bahawa, selepas laporan IAEA dikeluarkan ada beberapa pindaan perlu dilakukan oleh AELB, akan tetapi AELB menggunakan seksyen 41 dalam Akta 304 (berkenaan kerahsiaan) untuk tidak mendedahkan tindakan tersebut kepada orang awam: antaranya ialah

1) Satu peraturan baru dibawah Akta 304 telah terpaksa diperkenalkan bertajuk "Pengurusan sisa buangan radioaktif" untuk digunapakai khas oleh Lynas. Sebelum ini peraturan tersebut tidak wujud kerana sebelum ini Lynas mengatakan bahawa sisa dari LAMP merupakan sisa buangan industri yang mengandungi NORM yang tidak merbahaya.

2) Pada bulan September 2011 AELB telah pun meluluskan pindaan ke atas lesen mengimport bahan mentah REO dari Australia oleh Lynas kepada lesen import|eksport bahan radioaktif.

3) Menteri MOSTI telah terpaksa mengaku didalam Dewan Rakyat pada 14 November 2011 bahawa sisa buangan dari LAMP bersifat radioaktif.

4) IAEA meminta satu pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan dari LAMP untuk sisa WLP berbentuk pepejal yang mempunyai bacaan 6 Bq|g menandakan sisa dari LAMP bersifat radioaktif.

5) Selama ini Lynas berani bercakap hanya dari aspek radiasi luaran tanpa berani bercakap tentang radiasi dalaman dan juga tidak berani bercakap tentang sisa buangan berbentuk radioaktif (WLP solid waste) dari LAMP. Ini bertujuan mengelirukan semua pihak termasuk agensi Kerajaan. Dan malang sekali buat rakyat kerana segala fakta yang mengelirukan oleh Lynas di ulang oleh pihak agensi Kerajaan sebelum ini tanpa usul periksa.

Saya yakin YAB MB berjiwa rakyat dan mahukan yang terbaik buat rakyat. Sehubungan dengan itu saya juga menggesa MB mengarahkan supaya di keluarkan juga kepada orang awam apa dia syarat-syarat yang di kenakan oleh JAS Pahang keatas Lynas sewaktu JAS meluluskan laporan EIA pada 15hb Februari 2008.

Saya tegaskan sekali lagi dengan berhujahkan fakta-fakta, bahawa isu LAMP ialah isu yang menggugat keselamatan awam dan Lynas harus di tangani bersama. Sekiranya pihak BN tidak terus mempolitikkan isu ini, ianya adalah lebih baik buat rakyat.

Terima Kasih.




Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia.

Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia

Posted: 05 Dec 2011 06:31 PM PST

Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia

Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.

"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.

"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD

Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi

Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.

Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.

Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.

"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922. -blog GB




TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang

Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.

"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.

"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.

Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.

"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.

Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."

Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.

Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.

Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.

Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.

Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya.
"Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.

"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)



Ulasan GB

Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya.

Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]

Source: http://greenboc.blogspot.com/2011/12/giliran-parti-islam-menang-pilihanraya.html

Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala

Posted: 05 Dec 2011 03:08 PM PST

Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala


Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala
DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1"Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan 'double-standards' dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan," kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal". Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

azlan"Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?" soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila "kerajaan BN memuji diri" kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," katanya.

husni eon bank function 120310 ahmad husniMenurut Lim, keengganan seorang "pakar ekonomi yang terpelajar" seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Source: http://malaysiakini.com/news/183163

Tiada ulasan:

Nuffnang