i n t a n h i j a u |
DAP CABAR NAJIB KELUARKAN 'SIJIL MATI 1MALAYSIA' Posted: 06 Dec 2011 05:41 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas perdana menteri kerana memberi "amaran" kepada masyarakat bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu semasa ucapannya kepada anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), di Shah Alam, semalam. ![]() Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan "sijil kematian" untuk 1Malaysia. "Dengan meniupkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu dan mahu mempertahankan BN memberi Umno hak untuk terlibat dengan skandal 'lembu dan kondominium' bernilai RM250 juta yang dikaitkan dengan keluarga seorang menteri kabinet?" soal Lim dalam satu kenyataan. "Dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan Melayu menghalalkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM13 bilion ataupun perbelanjaan berlebihan kerajaan persekutuan sebanyak RM3.7 bilion seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010?" ![]() Katanya, pilihan raya akan datang milik BN kerana mereka telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama. Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sudaj tiba masanya, bagi memperjuangkan aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa atau agama mereka. Menurut beliau DAP menolak "politik diskriminasi" Umno yang mendahulukan Melayu dan meletakkan rakyat Malaysia di tempat kedua. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan