Selasa, 6 Disember 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim: A man…A Saviour

Posted: 06 Dec 2011 07:57 AM PST

Klip ini merupakan dedikasi khas keluarga Badriyah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia yang mendokong perjuangan KEADILAN

Amin Iskandar Buat Laporan Polis Dakwa Papagomo Fitnah

Posted: 06 Dec 2011 05:56 AM PST

The Malaysian Insider

Seorang kolumnis The Malaysian Insider membuat laporan polis petang ini mendakwa dia telah difitnah oleh pemblog pro-Umno Papagomo.

Amin Iskandar dengan ditemani peguamnya membuat laporan polis di balai polis Jalan Travers di sini dan meminta pihak berkuasa menyiasat tulisan Papagomo.

Papagomo, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam tulisannya bertajuk "Amin Iskandar penulis The Malaysian Insider akui dicabul Anwar Ibrahim" mendakwa Amin telah 'dicabuli' oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amin dengan keras menafikan dakwaan itu dan mengkritik tindakan Wan Muhamad Azri sebagai tidak wajar.

"Fitnah Wan Muhammad Azri, dipercayai dilakukan dengan niat mahu mempertahankan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Naib Ketua Pemuda Umno) Datuk Razali Ibrahim daripada tulisan dan kecaman saya pada 25 November lalu," kata Amin selepas membuat laporan polis.

"Sebagai seorang penulis dan pemblog yang memperjuangkan kebebasan meluahkan pandangan, laporan ini bukan dibuat oleh menyekat kebebasan bercakap, tetapi untuk menghentikan fitnah daripada menjadi budaya sesetengah pihak," katanya lagi.

Tarikh Penghujahan Kes Fitnah Versi Ke 2

Posted: 06 Dec 2011 01:10 AM PST

Mahkamah Tinggi telah menangguhkan tarikh penghujahan(submission) dari 8 dan 9hb Disember kepada  hari Isnin/Selasa, 12 dan 13 hb Disember 2011.

Bertemu Buku Dengan Ruas

Posted: 05 Dec 2011 08:20 AM PST

Dari SharpShooter

Sebaran Media

Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul
2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang

www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar

Blog:
www.aminiskandar.net

Tiada ulasan:

Nuffnang