Ahad, 11 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


BANTUAN ALLAH

Posted: 10 Nov 2012 10:16 PM PST


Temui tentera yang hilang: Anggota Unit Amal terlibat
10 Nov 2012

KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.
Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.

Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.

Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.

Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.

Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.
"Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.

"Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.

Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.
"Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Kem Motivasi Remaja

Posted: 10 Nov 2012 10:14 PM PST


Tarikh : 25-27 Nov 2012
Tempat : Pusat Teknologi Pertanian, Ulu Sepri, Rembau
Yuran : RM240 (RM120 jikan daftar sebelum 18 Nov 2012)
Terbuka kepada remaja 10-18 tahun
Sila hubungi Asri 010-5708354 , 013-6588240
Anjuran : Al Faliheen Management, Seremban

Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan

Posted: 10 Nov 2012 10:13 PM PST

Aduanrakyat.com 11 Nov 2012

Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.

Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.

Saya datang dari Sabah dan memerlukan kos yang tinggi untuk berurusan masalah ini. Kalo diberikan penyelesaiannya saya tidak akan rasa rugi untuk terbang ulak alik ke Putrajaya KL. Malahan saya rasa seperti keputusan temuduga saya itu di abaikan macam begitu sahaja.

Saya telah menunggu penempatan ini dari tahun 2010 lagi. Sekarang ini hampir masuk Tahun 2013 dan langsung belum ada jawapan. saya harap pihak yang berkaitan tolong selesaikan masalah saya ini dengan cepat. Saya mengambil bidang ini pun bukannya secara percuma dan perlu membayar PTPTN. Jika begini berterusan bagaimana saya nak langsaikan hutan pinjaman itu.

By: Ita

Tiada ulasan:

Nuffnang