Sabtu, 14 April 2012

.

.


Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berharga 6 Juta?

Posted: 14 Apr 2012 12:04 AM PDT

Gila!!Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berharga 6 Juta?

Sekadar Hiasan
Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut di bawah ni..

Salam Dr,
Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta...!

Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..

Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'.

Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah...

Wasallam,

Addin

Source: http://siasahkini.blogspot.com/2012/04/gilapinggan-pertabalan-yang-di-pertuan.html

Pegawai kerajaan jangan termakan ‘umpan’ bantu sindiket buat IC, kata Abdul Hadi

Posted: 13 Apr 2012 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan pegawai kerajaan agar tidak termakan "umpan" yang ditawarkan pihak tertentu untuk membantu mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini bagi membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.
Dalam tulisan di laman Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara tidak elok akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri pada masa depan.
"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.
"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya," kata Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang ini.
Sebelum ini, PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.
Perkara itu terlebih dahulu didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan wujud "task force" yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.
Mahfuz mendakwa "task force" itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu.
Jelas Abdul Hadi, sekiranya Umno serius untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam ia perlu dilakukan mengikut saluran sepatutnya bukan melakukan penyelewengan untuk menang pilihan raya.
Kewujudan "task force" itu dipercayai sebagai langkah untuk membantu kemenangan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 tidak lama lagi.
"Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pegawai-kerajaan-jangan-termakan-umpan-bantu-sindiket-buat-ic-kata-abdul-hadi/

Posted: 13 Apr 2012 08:55 AM PDT

Adnan Yaakob kurang ajar'

Penduduk rumah pangsa kos rendah mendakwa diherdik oleh MB Pahang
TEMERLOH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak kurang ajar terhadap  seorang penduduk yang mengemukakan persoalan berkaitan sijil layak menduduki rumah (CF).
L Ramasamy yang menghuni rumah pangsa kos rendah di Taman Sri Kemuning selama 22 tahun berkata kejadian itu berlaku dua minggu lalu.
"MB memang bersikap kurang ajar. Kami tidak tahu harga rumah pangsa kos rendah.
"Pada peringkat awal MBSB (Malaysia Building Society Bhd) dakwa harga rumah adalah RM18,000, kemudian kata RM25,000," kata beliau.
Isu CF
Justeru itu, dalam perjumpaan melibatkan 200 penduduk, MBSB dan Adnan,  Ramasamy bertanya mengenai CF.
Pertemuan di dewan Pejabat RELA bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan khususnya berhubung bayaran kepada MBSB dan harga rumah.
Dalam ucapannya, Adnan berulangkali meminta penduduk membuat bayaran kos perumahan tanpa menyebut harganya.
"Selepas ucapan MB ada sesi dialog dan soal jawab lalu saya bertanya sama ada CF sudah diperolehi.
"Selama 22 tahun isu CF belum selesai dan bagaimana mahu bayar jika CF tidak ada?
Bayar dulu

"MB jawab bayar dulu duit rumah dan kemudian bincang tentang CF.
"Saya tanya lagi sebenarnya CF lulus atau tidak dan MB menjawab isu CF tidak timbul kerana yang lebih penting ialah bayaran perlu dibuat.
"Saya tak puas hati dengan jawapan MB kerana lebih 22 tahun CF perumahan kami tak dapat tetapi saya terus diam dan ambil keputusan untuk balik sahaja.
Apabila Ramasamy keluar, MB bertindak memanggilnya masuk kembali dengan menggunakan alat pembesar suara.
"Dengan kasar dan bersuara kuat menggunakan pembesar suara MB bertempik: Awak orang PKR, pergilah minta (rumah) dengan (Datuk Seri)  Anwar Ibrahim."
MB marah
"Saya jawab kenapa cakap macam itu sebab Pahang di bawah perintah BN bukannya PKR, bukannya tanggungjawab Anwar tetapi MB dan kalau Anwar mesti tolong orang susah," kata Ramasamy.
MB marah lalu merapatkan pembesar suara kepada Ramasamy sambil bertanya dengan suara kasar sebab Ramasamy menjadi ahli PKR.
"Saya jawab 21 tahun saya sokong BN tetapi saya tak dapat apa-apa.
"Saya beritahu, BN tak tolong orang susah dan masyarakat India makin tertindas sebab itu saya masuk PKR… kerana saya sayangkan negeri saya.
"Saya anak jati Pahang tetapi satu inci tanah pun saya tak ada," ceritanya.

Dipujuk keluar PKR

Ramasamy ialah seorang ahli jawatan kuasa cabang PKR Temerloh.
Ramasamy mendakwa bahawa exco negeri dan ketua bahagian Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsudin kemudian berjumpa dengannya.
"Sharkar pujuk saya  keluar PKR dengan janji untuk tolong saya selesaikan masalah perumahan ini dan akan bawa saya jumpa MB," kata Ramasamy yang menolak tawaran tersebut.
Ramasamy turut menyelar tindakan Adnan yang dianggap tidak profesional.
"Sepatutnya MB selesaikan masalah rakyat bukannya marah-marah dan cakap merapu. Saya juga kesal dengan perangai MB yang merapu dan langsung tidak profesional seperti itu."
Ini bukan kes pertama di mana Adnan melepaskan rasa marah di khayalak umum.
Pada bulan lepas, dua wartawan diherdik Adnan.
Sebuah  NGO yang bernama Tukar turut ditubuhkan rakyat yang mahu Adnan disarakan dari persada politik ekoran tindakannya yang memarahi rakyat di khayalak ramai.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/13/adnan-yaakob-kurang-ajar/

Tiada ulasan:

Nuffnang