:: cina islam | 2011 :: |
- Pemuda PAS Perak turun padang di DUN Kubu Gajah sempena Hari Raya Korban
- Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat
- Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas
- Pemandu cedera ditembak saman polis
- Syria minta bantuan Liga Arab
- OIC perlu bertindak henti pembunuhan di Syria
- Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?
- Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan
- Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia'
- Graduan ISMP tuntut jaminan menteri
- Kerja pembersihan peluru hidup di Libya
- Halang maksiat, seks bebas cegah buang bayi
- Barnes & Noble perkenal Nook Tablet
- Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang
- Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam
- Hyundai Veloster di Malaysia pada tahun depan
- Berlusconi bersetuju untuk berundur
- Majlis Korban PAS Bagan Datoh Meriah
- Pertandingan ‘Selamatkan Perak’ sempena PRU13
- Semoga PM, isteri berubah selepas dapat haji mabrur
- Perdana Menteri berlepas pulang dari Arab Saudi
- Asteroid sebesar kapal lintas Bumi
- Doa Elak Musibah
- Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan?
- 20 Penjenayah Rompak Enam Sekeluarga Sedang Tonton TV
Pemuda PAS Perak turun padang di DUN Kubu Gajah sempena Hari Raya Korban Posted: 09 Nov 2011 01:00 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - 8 November 2011 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan sambutan Hari Raya Korban tahun ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut pada hari ketiga telah mengagihkan daging korban kepada hampir 400 penerima keluarga miskin, oku, warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Kawasan Kubu Gajah, di sini. Program agihan sehari suntuk tersebut, selain daging lembu sebanyak tujuh ekor dan lima ekor kambing turut diberikan adalah barangan keperluan kepada penerima yang diberikan melalui serahan rumah ke rumah. Serahan diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dan Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din telah bergerak seawal pagi setelah daging korban selesai diproses. Untuk hari ketiga ini sahaja, tumpuan diberikan disekitar DUN Kubu Gajah yang mana Mohd Nazri juga adalah bekas calon di DUN tersebut. Usaha mendekatkan masyarakat dan PAS melalui program kebajikan ini akan diteruskan di lain-lain tempat terutamanya kepada yang amat memerlukan. SAFARIZAL SALEH Penolong Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. | ||
Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat Posted: 09 Nov 2011 12:50 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve). Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)". "Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi. Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia. "Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010. "Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat," katanya lagi. Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008. harakahdaily/- | ||
Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas Posted: 09 Nov 2011 12:40 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah. Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah. Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah. Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah. Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar atas) manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas. harakahdaily/- | ||
Pemandu cedera ditembak saman polis Posted: 09 Nov 2011 12:30 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Pemandu teksi yang cedera di kedua-dua kakinya akibat ditembak anggota polis berhampiran Pejabat Pos, Jalan Pudu tahun lalu, menyaman anggota itu kerana cuai menjalankan tugas, serta menuntut ganti rugi. Yeow Leong Kang memfailkan saman pemula di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Stella, Lim & Co. Beliau menamakan detektif Lans/Kpl Norhesham Mohd Nor daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua. Dalam penyataan tuntutannya, Leong Kang mendakwa semasa kejadian, beliau berada di dalam teksinya berhampiran pejabat pos berkenaan kira-kira 4.30 petang pada 23 September 2010, dan Norhesham telah melepaskan tembakan ke arah kakinya tanpa memberikan sebarang amaran, dan anggota berkenaan tidak memberikan sebarang alasan terhadap tindakannya itu. Leong Kang, 42, berkata, dia telah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selama tiga hari, dan Norhesham ada melawatnya. Dia menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas sebanyak RM14,000, ganti rugi teruk sebanyak RM100,000, ganti rugi teladan RM100,000 serta kos. – Bernama | ||
Posted: 09 Nov 2011 12:20 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BASHAR melambai kepada penduduk Syria selepas solat sunat Aidiladha di Masjid al-Nour, wilayah Raqqa, Syria. Tuduh Amerika campur tangan sehingga pertumpahan darah berlaku DAMSYIK: Syria menggesa Liga Arab membantu Damsyik menentang Amerika Syarikat yang dituduh terbabit dalam 'peristiwa berdarah' ketika pembangkang menggesa 'perlindungan antarabangsa' terhadap penduduk awam. Liga Arab yang cuba untuk melaksanakan pelan tindakan bagi menamatkan penggunaan kekerasan oleh Kerajaan Syria sejak lapan bulan lalu terhadap penunjuk perasaan, menerima permintaan itu menerusi surat Menteri Luar Syria, Walid Muallem. Pentadbiran Bashar mula berasakan kesan daripada sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. - Jabatan Negara Amerika Suratnya menuduh 'Washington terbabit dalam peristiwa berdarah di Syria' dan meminta Liga Arab dengan 22 anggota itu mengutuk pembabitan asing dan melakukan apa yang perlu untuk mengakhirinya.' Ia tidak memberi maklumat lain terhadap dakwaan pembabitan Amerika dalam peristiwa berdarah di Syria. Tetapi, Syria sebelum ini menuduh Duta Amerika ke Damsyik, Robert Ford, mencetuskan keganasan dengan melawat kawasan bantahan sebelum Washington memanggilnya pulang bulan lalu selepas dia menerima ancaman bunuh. "Dalam surat itu, Syria meminta bantuan Arab untuk menyediakan suasana sesuai bagi melaksanakan perjanjian itu," kata Walid. Timbalan Ketua Liga Arab, Ahmed Ben Hilli, berkata Syria menghantar surat menyatakan dengan teliti langkah untuk melaksanakan pelan itu, tetapi beliau enggan mengulas lanjut. Liga Arab menggesa satu mesyuarat tergempar diadakan di Kaherah pada Sabtu ini membincangkan kegagalan Syria melaksanakan pelan tindakan yang menggesa Presiden Bashar al-Assad membuka perbincangan dengan pembangkang dan menarik balik kereta perisai tentera di jalanan. Jabatan Negara Amerika semalam berkata, pentadbiran Bashar mula berasakan kesan daripada sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. – AFP | ||
OIC perlu bertindak henti pembunuhan di Syria Posted: 09 Nov 2011 12:00 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Dewan Ulamak PAS Pusat amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Syria yang melibatkan lebih 3,500 rakyat negara itu dibunuh. "Kita amat berdukacita terhadap apa yang berlaku, khususnya apabila melibatkan negara umat Islam," ujar penolong setiausaha dewan itu, Ustaz Nazmi Nik Din. Beliau mengulas al-Jazeera yang memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa sejak bulan Mac yang lalu, jumlah rakyat Syria yang telah dibunuh sepanjang konflik yang berlaku di negara itu telah melebihi 3,500 orang. Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC ) yang mana Malaysia adalah salah satu anggotanya agar memainkan peranan yang sewajibnya agar pembunuhan tersebut dapat dihentikan sesegera mungkin. Ini, katanya adalah kerana apa yang berlaku di sana turut akan memberikan kesan kepada umat Islam di negara ini kerana umat Islam adalah bersaudara. "Kita mahu Malaysia bertindak memainkan peranan yang lebih ke hadapan dan efisien dalam menyelesaikan kemelut di Syria, walaupun kita tahu kemampuan negara kita agak terbatas dalam memberikan tekanan namun sekurang-kurangnya kita menyatakan pandangan dan pendirian kita. "Mana mungkin kita hanya melihat sahaja dengan mata kita sedangkan saudara kita dibunuh saban hari tanpa belas kasihan," tegas beliau lagi. harakahdaily/- | ||
Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa? Posted: 08 Nov 2011 11:50 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini? Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. "Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau. Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam. "Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka. "Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi. Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. harakahdaily/- | ||
Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan Posted: 08 Nov 2011 11:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 9 NOV : Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker. Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri. Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven. Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES. Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk. Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari. Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya. "Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya. tv news/- | ||
Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia' Posted: 08 Nov 2011 11:35 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M. "Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain. "Untuk 1 liter cecair peluntur KR1M, harganya RM1.90 iaitu 30 peratus penjimatan tetapi bila pergi ke Carrefour atau Tesco, harganya cuma RM1.29 iaitu 40 peratus lebih jimat daripada KR1M," katanya sambil menunjukkan produk tersebut kepada pemberita. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media sama mempersoal peruntukan RM40 juta untuk KR1M yang didakwa tersasar daripada tujuan sebenar kewujudannya. Beliau berkata, sangat malang apabila kerajaan memperuntukkan dana yang besar dengan alasan untuk meringankan beban rakyat namun pada masa yang sama melakukan penipuan harga. "Bagaimana kerajaan membelanjakan RM40 juta ke arah mewujudkan 85 unit KR1M apabila di lapangan harga yang ditawarkan adalah jauh menyasar daripada pengumuman? "Iklan yang dibuat oleh GTP serta pengumuman kementerian tidak terlalu kasar jikalau hakikat sebegini dikatakan adalah satu bentuk penipuan kepada rakyat," katanya. Selain itu turut dipersoal mengenai tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP Oktober lalu yang dikatakan menawarkan harga rendah sehingga 40 peratus daripada pasaran biasa bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin. Sedangkan katanya sudah terbukti dakwaan produk jenama 1Malaysia mempunyai kualiti setanding dengan pasaran biasa adalah satu penipuan. "Bagaimana pihak MAIWP menjustifikasi penggunaan duit rakyat dalam mewujudkan kedai-kedai ini? "Berapakah jumlah dana yang akan diguna, berapa jumlah kedai yang akan diwujudkan, dan dari sumber apakah dana ini diambil?" soalnya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tiada gunanya kerajaan mempunyai hasrat yang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian. "Kerajaan tidak ada pertanggungjawaban dalam memastikan pelaksaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. "Apa gunanya kalau produk yang sama, harga lebih tinggi tetapi cuma ditulis 'dibungkus oleh Kedai Rakyat 1Malaysia', katanya. harakahdaily/- | ||
Graduan ISMP tuntut jaminan menteri Posted: 08 Nov 2011 11:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak mengahantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ekoran isu lambakan graduan ijazah pendidikan yang 'dianak tiri' dan tidak diserap sebagai guru. Kumpulan sembilan orang yang mewakili Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri, Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong di parlimen hari ini. Penyerahan itu diketuai jurucakap LMP Mohd Fauzie Mando, koordinator Amirul Afzan dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Afiq Fikri Mislan. Antara lain memorandum itu menuntut menteri memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Mereka juga mahu graduan ISMP diberi keutamaan berbanding Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). "Kenapa orang KPM dan GSTT sahaja diterima tapi kami dianak tiri. "Sedangkan kami secara langsung diberi latihan orientasi sekolah dan praktikel," kata Fauzie sambil menyifatkan pengajian empat tahun mereka seperti sia-sia. Selain itu mereka juga mahu kerajaan memberi pengiktirafan lebih kepada graduan pendidikan disamping menghentikan pengambilan guru GSTT. Pada 3 November lalu, hampir 1,000 mahasiswa universiti itu mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain. Sementara itu, mereka juga mengadakan bantahan melalui Facebook atas nama GGIM atau Gabungan Graduan ISMP Malaysia. Menurut mereka, lebih 7,000 graduan pendidikan sekarang ini terpaksa menganggur sejak setahun lalu. harakahdaily/- | ||
Kerja pembersihan peluru hidup di Libya Posted: 08 Nov 2011 11:20 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BEKAS-BEKAS peluru mortar bertaburan di atas jalan di sebelah kenderaan yang musnah di depan bangunan yang dibedil di Sirte, kelmarin. Sirte merupakan satu daripada kubu terakhir Muammar Gaddafi. - AFP KAHERAH - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam mengumumkan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan peluru hidup di dua bekas kubu kuat Muammar Gaddafi. "ICRC akan menjalankan kerja pembersihan peluru hidup di bandar Sirte dan Bani Walid dengan memberi tumpuan di kawasan yang boleh memberi ancaman kepada penduduk, terutamanya di beberapa kawasan perumahan. "Misi utama kami adalah untuk meminimumkan jumlah kematian di kalangan penduduk awam," kata pegawai ICRC, Guy Martohe dalam kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, petugas ICRC di Sirte sudah mula mengedarkan risalah, poster dan menggantung iklan sebagai usaha untuk memberi peringatan kepada penduduk mengenai bahaya yang mungkin berlaku. Dalam pada itu, lebih 100 penduduk cedera atau terbunuh akibat terkena peluru hidup sejak tamatnya pergolakan di Libya pada bulan lalu. Sejak Mac lalu, ICRC melupuskan hampir 1,400 senjata perang, bom tangan dan mortar di seluruh Libya. Bani Walid dan Sirte menjadi tempat persembunyian terakhir Gaddafi sebelum ditangkap dan dibunuh pada bulan lalu. - DPA | ||
Halang maksiat, seks bebas cegah buang bayi Posted: 08 Nov 2011 11:15 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Undang-undang dan pusat-pusat pemulihan yang ada pada hari ini tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka yang terus bergelumang dengan dosa dan noda membuang bayi. "Saya percaya, undang-undang dan pusat-pusat pemulihan tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka daripada terus bergelumang dengan dosa dan noda, tetapi kekuatan suara masyarakat awam mengecam dan memandang jijik perbuatan tidak senonoh mereka yang berzina dan tidak bertanggungjawab itu boleh membuat mereka berfikir dua kali untuk melakukannya," kata Ketua Wanita dan Keluarga Isma Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan. Beliau merujuk laporan Berita Harian bertarikh 7 Nov 2011 yang dipetik daripada hasil temuramah dengan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkaitan 73 kes buang bayi yang dilaporkan sejak Januari hingga Ogos lalu melibatkan 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup. Daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput. Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010. "Laporan ini perlu dipandang serius oleh seluruh lapisan masyarakat, ibu bapa, guru-guru, majikan dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan," ujar Norsaleha lagi. Katanya, tiba masanya semua agensi kerajaan, swasta dan badan agama berganding bahu membenteras gejala ini dengan melakukan berbagai-bagai-bagai tindakan yang boleh mencegah dan mengawal daripada terus bertambah parah. Menurutnya, kesatuan suara yang ditunjukkan oleh berbagai-bagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan badan kerajaan dalam menangani sesuatu isu dan kes seperti isu seksualiti merdeka dilihat telah berjaya menarik perhatian masyarakat dan pihak berkuasa untuk membuat tindakan yang sewajarnya. "Hari ini, saya menyeru semua NGO, badan-badan agama untuk mengambil posisi membuat desakan demi desakan bagi memerangi gejala buang bayi yang tidak berperikemanusiaan ini," ujarnya. Beliau menambah, gejala seumpama itu boleh dikawal sekiranya semua masyarakat dan pihak berkuasa mengambil tanggungjawab menghalang segala bentuk maksiat dan kebebasan seksual yang amalkan oleh golongan muda mudi kita di tempat-tempat awam, pesta-pesta hiburan, hari kekasih, sambutan tahun baru dan lain-lain lagi. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membuang bayi yang tidak berdosa dan menganggap perbuatan tersebut di luar norma kemanusiaan bahkan binatang sendiri tidak tergamak melakukan yang sedemikian. "Oleh itu, saya menyeru seluruh masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk sama-sama mengutuk dan mengecam perbuatan tersebut dan perkara-perkara maksiat yang boleh membawa kepada tragedi buang bayi," katanya. harakahdily/- | ||
Barnes & Noble perkenal Nook Tablet Posted: 08 Nov 2011 11:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KETUA Pegawai Eksekutif Barnes & Noble, William Lynch melancarkan Nook Tablet di New York pada Isnin lalu. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Firma jualan buku AS, Barnes & Noble melancarkan komputer tablet pada Isnin lalu sebagai cubaan untuk bersaing dengan produk iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon. Diberi nama Nook Tablet, ia dijual pada harga AS$249 (RM778) seunit, AS$50 (RM156) lebih mahal berbanding Kindle Fire yang mula dijual pada 15 November lalu. Tetapi ia AS$250 (RM782) lebih murah daripada iPad yang paling murah. Amazon dan Barnes & Noble merupakan antara syarikat terawal yang menjual buku elektronik. Selain berfungsi sebagai pembaca e-book, Nook Tablet membolehkan penggunanya melayari Internet menggunakan sambungan WiFi, menghantar e-mel, menonton program televisyen dan filem, serta mendengar muzik. Kedai buku dalam talian Barnes & Nobel menawarkan lebih 2.5 juta judul buku. Mempunyai skrin warna selebar 17.8 sentimeter seperti Kindle Fire, Nook Tablet hadir dengan beberapa aplikasi sedia ada termasuklah Netflix, Hulu Plus dan Pandora. Gajet itu memiliki memori mencecah 16 gigabit. Barnes & Noble mendakwa bateri gajetnya itu mampu bertahan selama 11.5 jam untuk membaca dam sembilan jam jika menonton video. Nook Tablet akan mula dijual di 700 buah cawangan Barnes & Noble pada 17 November depan. Penganalisis daripada firma Forrester, Sarah Rotman Epps meramalkan Barnes & Noble mampu menjual antara 1.5 hingga dua juta unit gajet tersebut sepanjang musim cuti ini. – AFP | ||
Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang Posted: 08 Nov 2011 10:50 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Allah humma innii a'uu zubika minal hammi wal hazan, wa a'uu zubika minal 'ajzi wal kasasl,wa a'uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a'uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal. "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud) tazkirah/- | ||
Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam Posted: 08 Nov 2011 10:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menyifatkan laporan akhbar harian Utusan Malaysia kononnya DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi orang Melayu sebagai satu lagi usaha jahat dan rasis. Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam tidak terkandung dalam Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Umno BN dakwanya tidak cuba memahami kenyataan penuh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua minggu lalu sebaliknya cuba memanipulasi kenyataan tersebut. "Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP. "Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," kata Salahuddin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menafikan tuduhan jahat media milik Umno BN itu, Salahuddin menjelaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan. Namun katanya, pegawai dan kakitangan awam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan piawaian yang diaspirasikan oleh rakyat Malaysia, iaitu mereka perlu bertugas dengan gigih serta berkualiti tinggi, membantu melaksanakan dasar-dasar dengan penuh iltizam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh peraturan kakitangan perkhidmatan awam. "Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," jelasnya. Menyokong penjelasan tersebut, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara tersebut disebutkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Kerajaan. "Perkara 266 Fasa 31 ada disebutkan mengurangkan saiz kakitangan awam. Jadi jelas media punya niat jahat sedangkan perkara ini disebut sendiri secara hitam putih oleh Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor sambil menunjukkan buku Program Transformasi Kerajaan itu. Justeru Salahuddin meminta Jabatan Perdana Menteri menerangkan maksud Perdana Menteri untuk mengurangkan saiz kakitangan awam itu. "Saya minta JPM beri definisi apa maksud mengecilkan saiz kerajaan seperti yang terkandung dalam buku ini. Jangan lari daripada tajuk," katanya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. harakahdaily/- | ||
Hyundai Veloster di Malaysia pada tahun depan Posted: 08 Nov 2011 10:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Model kereta coupe tiga pintu Veloster Hyundai dalam transmisi automatik dan manual bakal berada di pasaran tempatan menjelang suku pertama tahun depan. Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), Dennis Ho berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan Veloster baharu itu daripada para penggemar kereta tempatan dan ia merupakan kereta coupe berevolusi yang pertama seumpamanya di Malaysia. Menurutnya, kemunculan model coupe ini menunjukkan komitmen Hyundai dalam memperkenalkan kenderaan premium moden yang memiliki ciri-ciri unik pada harga menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan. "HSDM akan memperkenalkan model coupe tiga pintu ini kepada umum buat pertama kalinya pada 12 dan 13 November ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta di sini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. Namun, Ho menjelaskan, spesifikasi lengkap kereta itu akan diumumkan pada pelancarannya kelak. Tambah beliau, Veloster menyediakan ruang baharu dalam segmen kenderaan coupe kompak, dengan paparan gaya dan ciri-ciri pintar seperti pintu ketiga selinap yang menonjol dan menarik perhatian. "Bahagian unik depan model ini boleh dilihat pada gril heksagon Hyundai, perincian hud, kedudukan unik lampu LED yang menjadi pengenalan jenama itu dan bumbung matahari yang panoramik," katanya. Ho menambah, Veloster menggabungkan gaya sebuah model coupe dan fungsi yang dimiliki oleh sebuah kenderaan hatchback. "Profil kereta ini yang rendah dan kontur yang kemas turut mempertingkatkan sifat aerodinamik yang seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api. "Coupe bergaya ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri premium ini didatangkan dengan enjin 1.6L Gamma II yang menghasilkan 132 kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan," jelasnya. Kosmo | ||
Berlusconi bersetuju untuk berundur Posted: 08 Nov 2011 08:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ROME: Silvio Berlusconi hari ini berkata beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri Itali sebaik saja pembaharuan utama bagi menangani krisis ekonomi diterima bulan ini selepas pakatan yang diterajuinya kehilangan majoriti di Parlimen. "Selepas menerima pakai kestabilan undang-undang yang mengandungi hak membuat keputusan oleh zon Eropah, saya akan meletak jawatan," katanya kepada rangkaian Canale 5. Berlusconi berkata, Presiden Itali, Giorgio Napolitano dijangka akan membubarkan Parlimen, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya umum lebih awal. Perdana Menteri Itali yang mengalami krisis rentetan skandal terhadapnya sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan selama dua dekad kelihatan terperanjat dengan keputusan undi Parlimen dan memaksanya untuk meletak jawatan susulan masalah hutang di negara itu. - AFP | ||
Majlis Korban PAS Bagan Datoh Meriah Posted: 08 Nov 2011 07:58 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BAGAN DATOH, 9 Nov: Pas Kawasan Bagan Datoh sekali lagi pada tahun ini berjaya melaksanakan program bagi memenuhi tuntutan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha di sini kelmarin. Program yang dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Rungkup tersebut, melibatkan 8 ekor lembu dikorbankan dengan penyertaan daripada 49 orang peserta bertempat di perkarangan Markaz Tarbiyyah PAS, Selekoh di sini. Turur hadir pada majlis korban tersebut, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki bersama ahli PAS dan penduduk setempat bergotong - royong menyembelih dan melapah lembu yang dikorbankan pada kali ini. Menurut Pengarah MTD Rungkup, Ustaz Ahmad Sharkazy Imani berkata penyertaan peserta korban pada kali ini meningkat dan mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Katanya lagi ini adalah merupakan perkembangan positif dan baik kerana umat Islam sedar bertapa pentingnya dan mulia ibadah korban yang ikhlas dilaksanakan. " Pembabitan peserta yang ramai kali ini membuktikan penghayatan ibadah korban yang dituntut Islam di kalangan umat Islam hari ini amat baik," ujarnya lagi juga selaku ketua program korban tersebut. Pada majlis tersebut juga, Ustaz Misbahul Munir mengambil kesempatan untuk menyembelih beberapa ekor lembu serta turut mengagihkan daging korban tersebut kepada mereka yang terlibat. Semangat gotong - royong di kalangan penduduk setempat turut memeriahkan dan melancarkan lagi majlis korban pada tahun ini. | ||
Pertandingan ‘Selamatkan Perak’ sempena PRU13 Posted: 08 Nov 2011 07:45 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - IPOH, 9 Nov: PAS Negeri Perak akan mengorak langkah dalam persiapan pilihan raya Umum ke 13 dengan memberikan ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keprihatinan mereka terhadap suasana politik negeri ini melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'. Ketua penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat menzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut. Menurutnya, pertandingan tersebut telah dilanjutkan kepada 30 November ini, sebulan daripada tarikh asalnya kerana atas permintaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pertandingan telah menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori itu nanti. Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100). Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200). PAS Perak mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang pilihanraya umum ke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh BN, katanya. "Kita berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik teknologi maklumat (IT) terutama golongan muda yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti. "Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com , " katanya lagi. harakahdaily/- | ||
Semoga PM, isteri berubah selepas dapat haji mabrur Posted: 08 Nov 2011 07:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji. Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah "haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga." Inilah cita-cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam. Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik. Dalam erti kata lain, rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh PM dan isteri dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini. Antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara. Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur. Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihanraya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih? Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan. Begitu jugalah dengan isteri PM, rakyat sudah pasti berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur. Yang lebih penting, rakyat sedang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur. Di samping itu, mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam dalam pentadbiran negara. Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung lingtup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji. Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku. Ketua Penerangan PAS Pusat 9 November 2011 | ||
Perdana Menteri berlepas pulang dari Arab Saudi Posted: 08 Nov 2011 07:36 PM PST JEDDAH 9 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongannya berlepas dari Arab Saudi untuk kembali ke tanah air awal hari ini. Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan itu berlepas dari terminal Royal Pavilion Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini kira-kira pukul 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia). Antara yang berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Gabenor Wilayah Mekah Dr. Abdulaziz Al Khedheiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohd Khalid Abdul Razak serta beberapa barisan pemimpin Lembaga Tabung Haji. Najib bersama rombongan beliau, yang antara anggotanya termasuk bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah serta adiknya, Datuk Mohamed Nazim dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lepas untuk menunaikan ibadah haji. Rabu lepas, Najib dan Rosmah sempat meluangkan masa mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Abraj Al Janadiriah di sini, dan beramah mesra dengan para jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel berkenaan. Isnin lepas, Najib bersama pemimpin Islam lain yang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji, diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Mahkota Naif Abdul Aziz. - Bernama | ||
Asteroid sebesar kapal lintas Bumi Posted: 08 Nov 2011 07:31 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah asteroid sebesar sebuah kapal induk bergerak menuju ke arah Bumi semalam. Saintis-saintis Program Objek Dekat Bumi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mengesan asteroid dan komet menyatakan bahawa objek tersebut tidak akan menerjah Bumi. Mereka menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari lebih lanjut tentang asteroid berkenaan yang dikenali sebagai 2005 YU55. Kali terakhir bahan kosmik sebesar ini bergerak menghampiri Bumi ialah pada 1976. Kejadian ini tidak akan berlaku lagi hingga tahun 2028. Sejak minggu lalu, rangkaian antena balai cerap Deep Space Network di California telah memantau pergerakan asteroid selebar 0.4 kilometer itu ketika ia semakin menghampiri Bumi dari arah matahari. Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico pula merancang merakam asteroid berkenaan ketika ia melintasi Bumi pada jarak 325,072 kilometer (km) semalam iaitu lebih dekat daripada jarak Bumi dengan bulan. Bulan berada pada jarak 384,400 km dari Bumi. - Agensi | ||
Posted: 08 Nov 2011 07:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: "Sesiapa membaca 'BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA' WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah." (HR Ahmad no 497) Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut. Subhanallah. tazkirah/- | ||
Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan? Posted: 08 Nov 2011 07:20 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, PAS hari ini mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan kenapa dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, ke mana sebenarnya wang itu disalurkan kerana semua ahli parlimen pakatan rakyat tidak diberikan wang tersebut. Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat. "Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu," katanya dalam sidang media hari ini. Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu. "Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta. "Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat," katanya. Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas pilihan raya akan datang. Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya. harakahdaily/- | ||
20 Penjenayah Rompak Enam Sekeluarga Sedang Tonton TV Posted: 08 Nov 2011 07:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Hutan Melintang – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin. Gambar: Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyen di rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita. Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah. Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan dia sekeluarga supaya diam dan mengikut arahan mereka. "Ketika itu, penjenayah itu menggeledah seluruh rumah kami dan melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, barangan kemas dianggarkan bernilai RM5,000 dan beberapa telefon bimbit," kata Letchumanan ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini semalam. Sebelum kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa memberitahu, dia yang geram melihat rumahnya digeledah cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara dia dengan seorang penjenayah itu. Namun dalam pergelutan itu, Letchumanan cedera parah akibat ditetak dengan parang di kepala dan dada. Tiga anaknya juga cedera ringan terkena libasan parang penjenayah terbabit ketika cuba menyelamatkannya. Letchumanan dikejarkan ke HTI sebelum kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Hutan Melintang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, setakat ini empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. Menurut beliau, baki 16 lagi suspek sedang diburu dan kes tersebut diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. -kosmo |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan