Khamis, 20 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rencana Khas AIC

Posted: 20 Sep 2012 02:42 AM PDT

Anwar Ibrahim Club
20 September 2012

Kenyataan Akhbar AIC: Reformasi Yang Tidak Akan Mati

Sayugia, 14 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini , telah muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim, atas konspirasi peringkat tertinggi. Konspirasi ini dijalankan kerana mereka yang berkepentingan telah mula menyedari, arus perubahan kuat bakal melanda sekiranya lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini tidak dihumban segera dari hierarki pentadbiran negara.

Kelab Anwar Ibrahim menelusuri sejarah Reformasi dengan penuh insaf dan bangga. Reformasi yang lahir pada 1998 itu, ditohmah sebagai sebuah kesedaran membela individu semata-mata. Telahan itu ternyata meleset kemudian, dan semangat Reformasi yang didukung oleh anak muda ketika itu, tetap kekal utuh dan bakal mengusir pemerintah zalim yang selama ini ternyata angkuh menganiayai kebebasan dan hak rakyat untuk hidup sebagai bangsa yang berdaulat.

14 tahun lamanya, darah, airmata, kudrat dan keringat telah tumpah bagi membajai semangat Reformasi itu sendiri. Selama tahun itu juga, anak muda telah mula melancarkan perang terhadap penindasan yang keterlaluan. Matlamatnya cuma satu, kemenangan dan kebanggaan untuk hidup bebas sebagai manusia.

Kritik terhadap kezaliman punya sejarah jelek dan memualkan, lantas kemudian kritik itu bertukar menjadi kebencian kepada pemerintah , dan ternyata pemerintah sekarang tidak belajar untuk memahami kritik dan isyarat yang dihantar oleh anak muda Reformasi 14 tahun yang lalu. Kini, terbentang luas di hadapan mata mereka pintu keluar yang dibina oleh anak-anak muda masa kini, yang menyambut nadi perjuangan Reformasi yang didenyutkan oleh anak muda sebelum mereka.

Pemerintah berulang kali mengimpikan Reformasi ini mati, malah telah berkali-kali mengisytiharkan kematian Reformasi ini. Ternyata mereka sinis dan lekeh terhadap api perjuangan anak muda tanahair Meskipun diakui juga segelintir yang lari meninggalkannya, namun Reformasi terus didokong oleh para istiqamah dan pemberani.

Anak muda zaman kini haruslah bersyukur , dan berterima kasih kepada anak muda 14 tahun lalu yang mencetuskan rasa melawan ini , dengan harapan tinggi untuk satu derap langkah terakhir bersama-sama untuk menumbangkan rejim zalim dalam pertempuran terakhir yang akan berlaku bila-bila masa dari saat ini. Oleh demikian, AIC mengajak anak muda untuk terus membiarkan semangat Reformasi terpasak dan menjadikannya pedoman ampuh bagi memenangi perang pembebasan ini.

Kelab Anwar Ibrahim dan ahli-ahlinya, dari utara ke selatan, Malaysia Timur serta yang masih berkelana di bumi United Kingdom , merasa begitu terinspirasi dari gelombang Reformasi yang berusia 14 tahun ini, malah kamilah anak-anak yang membesar dan ditakdirkan untuk menjadi penyambung sebagai pendokong semangat ini. Kami akur, dan bersedia , untuk melengkapkan babak terakhir Reformasi ini , dan menyumbang segala apa yang terdaya, sehingga keadilan benar-benar bertakhta. Salam Reformasi , untuk pendokongnya yang benar-benar berani.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
AICMalaysia

14 Tahun ‘20 September’

Posted: 20 Sep 2012 02:02 AM PDT

The Malaysia Insider

"I'm bad with numbers — so I can't tell you if it was 100,000 people. It certainly was very easily in the tens of thousands. Also pretty difficult to tell when the whole stretch of the road from Dataran Merdeka to the National Mosque was an ocean of people, they were spilling into the side streets, and in the mosque compound, in the nearby Pusat Islam compound." — Sabri Zain

Tanggal 20 September 14 tahun lepas mengubah banyak hal di Malaysia. Mahu tidak mahu fakta ini harus diakui. Seluruh rakyat Malaysia terkesan. Tanggal 20 September tercatat sebagai detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri setelah bersama puluhan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka dan Masjid Negara. Walaupun Anwar dipecat pada 2 September, bagi banyak orang 20 September dianggap tanda mula kebangkitan.

"Tidak hari ini, minggu depan. Tidak minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini, tahun depan, lawan tetap lawan."

Suasana di pilihanraya kecil Lunas tahun 2000.
Empat belas tahun berlalu, itulah kata keramat yang sering dilaung Anwar Ibrahim dan kekal tersemat di tubuh para pejuang buat azimat perjuangan yang entah bila akan menuai hasil. Apa yang pasti perjuangan berliku-liku dan memerlukan daya tahan yang luar biasa. Melihat kembali, 14 tahun terasa pendek dan dengan pencapaian sehingga kini, tabik saya berikan kepada semua yang konsisten dalam perjuangan. Kejayaan sepertinya semakin hampir tetapi jangan dilupa ia boleh menjauh seandainya terlalu angkuh.
Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang menurut saya mencatur perjalanan reformasi hingga kini.

Oktober 1998 — perhimpunan mingguan di Sogo dan sekitar Jalan TAR. Saya sempat menghadiri beberapa walaupun akan mengambil SPM penghujung tahunnya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan banyak membentuk sikap saya seterusnya.

24 Oktober 1999 — PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) membentuk Barisan Alternatif. Pertama kali dalam sejarah DAP dan PAS berada dalam satu gabungan politik.

4 April 1999 — Parti Keadilan Nasional dilancarkan.

14 April 1999 — Anwar Ibrahim dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Lantas digelar "Black 14".

19 September 1999 — Perhimpunan di Masjid Negara berkait dakwaan Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik sewaktu dalam tahanan polis. Perhimpunan terbesar selepas 20 September 1998 menggegarkan Kuala Lumpur dan berakhir rusuh.

29 November 1999 — Pilihanraya umum yang ke 10. Terengganu jatuh ke tangan PAS dan Kelantan terus gagal dirampas Umno-Barisan Nasional. Keputusan yang menurut saya anti-klimaks kepada parti pembangkang yang bergabung di bawah Barisan Alternatif melihatkan api kemarahan rakyat sebelumnya sangat meluap-luap. Umno terjejas di banyak kawasan akibat peralihan undi Melayu kepada PAS dan PKN. Umno diselamatkan oleh pengundi Cina dan India yang barangkali masih takut dengan momok 13 Mei dan terpengaruh dengan idea tentang kestabilan yang dicanang saban masa. Kesimpulannya reformasi gagal menarik sokongan bukan Melayu.

5 November 2000 — Perhimpunan 100,000 rakyat yang sepatutnya diadakan di Kampung Jalan Kebun, Klang tetapi disekat polis akhirnya menjadi detik bersejarah apabila Lebuhraya KESAS menjadi lokasi pertama demonstrasi di lebuhraya. Ribuan berarak di Lebuhraya KESAS menuju tempat berkumpul berhampiran Plaza Tol Kemuning dan menyeru Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk berundur. Seperti lazim, perhimpunan berakhir kecoh apabila FRU menyembur air asid dan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta.

29 November 2000 — Pilihanraya kecil Lunas dimenangi calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail mengalahkan calon BN, S. Anthonysamy. Kemenangan ini diharap dapat mengekalkan momentum reformasi supaya terus subur.

Perhimpunan Black 14 tahun 2001.
14 April 2001 — Perhimpunan "Black 14" tahun 2001 diadakan di perkarangan Suhakam. Beberapa hari sebelum itu 10 aktivis ditahan di bawah ISA; Tian Chua, Mohammad Ezam Mohd Nor, Saari Sungib, N. Gobalakrishnan, Hishamuddin Rais, Raja Petra Kamarudin, Abdul Ghani Harun, Dr Badrul Amin Baharom, Lokman Adam dan Badaruddin Ismail. Menurut saya penangkapan ini telah sedikit sebanyak meruntuhkan momentum reformasi yang diakibatkan perbezaan pandangan yang muncul setelah pembebasan mereka.
21 September 2001— Barisan Alternatif bubar dengan pengunduran DAP akibat sengketa dengan PAS berkaitan isu negara Islam.

3 Ogos 2003 — Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung menubuhkan Parti Keadilan Rakyat.

21 Mac 2004 — Keputusan pilihanraya umum ke 11 adalah kiamat kecil kepada parti pembangkang apabila Umno-BN menang besar dan berjaya merampas semula Terengganu serta hampir menguasai Kelantan. Aktivis dan parti pembangkang masing-masing berpecah belah.

2 September 2004 — Anwar Ibrahim dibebaskan. Semangat baru bertiup semula.

7 Januari 2007 — Mood rakyat dibangkitkan semula dengan menggelar perhimpunan anti tol di Sunway Pyramid.

4 Februari 2007 — Agenda meniup semangat diteruskan dengan perhimpunan anti tol di IOI Mall, Puchong.

10 November 2007 — Mood rakyat berjaya dibangkitkan dengan jaya pada Perhimpunan Bersih menuntut pilhanraya bersih dan adil apabila sekitar 30,000 rakyat turun ke Kuala Lumpur.

8 Mac 2008 — Pilihanraya ke 12 adalah detik bersejarah apabila parti pembangkang yang bertanding tanpa bergabung dalam satu koalisi berjaya menumbangkan Barisan Nasional di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan Kelantan. Majoriti 2/3 Barisan Nasional juga berjaya dinafikan.

1 April 2008 — Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ditubuhkan dan membentuk kerajaan di 5 buah negeri.

14 April 2008 — Black 14 dirayakan dengan suasana berbeza apabila Anwar Ibrahim secara rasminya kembali aktif di dalam politik Malaysia. Puluhan ribu memadati Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

26 Ogos 2008 — Anwar Ibrahim kembali terpilih sebagai Ahli Parlimen setelah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

1 Ogos 2009 — 20,000 menyertai Perhimpunan Anti-ISA di Kuala Lumpur. Masih didominasi Melayu.

9 Julai 2011 — Perhimpunan Bersih 2.0 disertai sekitar 30,000 rakyat dan mulai disertai banyak kaum bukan Melayu.

28 April 2012 — Perhimpunan Bersih 3.0. Kemenangan rakyat apabila puluhan malah mungkin ratusan ribu rakyat berbilang bangsa turun ke jalan raya di Kuala Lumpur menyatakan tuntutan menuntut pilihanraya bersih dan adil. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, Bersih 3.0 turut diadakan di bandar-bandar lain di Malaysia seperti George Town dan Johor Baru serta lebih 80 kota di seluruh dunia.

20 September 2012 — Perjuangan berterusan dan syukur dimensinya lebih luas serta merentas kaum dan agama.

Bulan-bulan mendatang menjelang pilihanraya umum ke 13 merupakan saat-saat penting untuk negara kita. Pilihan di tangan kita untuk mencatur Malaysia seperti apa; Ketuanan Melayu? Ketuanan Islam? Ketuanan Cukong? Ketuanan Rakyat? Semoga 15 tahun "20 September" pada 2013 akan dirayakan dengan semangat kemerdekaan dan kebebasan yang baru serta semangat persaudaraan bangsa Malaysia yang lebih utuh.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

PRESS RELEASE: Investigate UMNO-BN’s Involvement in The Assault Upon Anwar On 20 September 1998

Posted: 19 Sep 2012 10:04 PM PDT

I refer to the infamous assault upon Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim while under police custody, which took place 14 years ago today on 20 September 1998. The assault was merciless, life-threatening and disgraced our Nation in the estimation of the world. On the night of 20 September 1998, Anwar was illegally arrested by police special forces acting under the orders of the UMNO-BN government led by then PM Mahathir Mohammad. The arrest and assault was part of UMNO-BN’s conspiracy to fabricate sodomy and corruption charges against Anwar Ibrahim, who had been unlawfully removed as Deputy Prime Minister on 2 September 1998. 14 years later, the circumstances of the assault are still horrifying and remain a national trauma. While helplessly handcuffed and blindfolded, Anwar was punched and slapped repeatedly causing him to fall upon a concrete slab. He was semi-conscious and bleeding from the nose and mouth. Instead of giving him medical assistance, top police officers made him sign the ISA detention order shortly after the assault.

The entire top leadership of the UMNO-BN police force was present at the scene of the assault, but none of them lodged a police report or took any kind action on the assault. Worse, Anwar was denied any kind of medical assistance until 4 days after the assault! And while in this condition, Anwar was even forced to attend interrogations. There is no doubt that PM Mahathir and the top Umno-BN leadership were fully aware of the assault and the conditions in which Anwar was being held. Despite this, on 1 October 1998, then Umno-BN PM Mahathir lied to the public by claiming that the injuries were self-inflicted.

The Royal Commission of Inquiry in its report on 6 April 1999 stated that the assault upon Anwar ‘seared the very soul of Malaysia’. Yet the real culprits behind the assault and subsequent cover-up have never accepted responsibilty or been brought to justice; the real culprits are the UMNO-BN leadership and former PM Mahathir. It is UMNO-BN’s utter disregard for the rule of law and manipulation of the police leadership against Anwar that led to the assault. 55 years of UMNO-BN rule had so damaged police independence and professionalism that top cops allowed this assault to happen and were party to the subsequent cover-up. It is thus a matter of grave concern that the lawless UMNO-BN regime is seeking a fresh mandate from the people of this country. The fabrication of the Sodomy II charges against Anwar in 2008 shows that UMNO-BN has not changed or reformed. The assault upon our former Deputy Prime Minister and countless high-handed actions since then, proves that no Malaysian is really safe under the arbitrary and amoral rule of UMNO-BN. The assault on Anwar by the country’s highest police officer starkly exemplifies the collapse of independent institutions and just governance in Malaysia under UMNO-BN.

Until today, there has been no independent investigation of UMNO-BN’s involvement in the assault and their role in the subsequent cover-up. The ambit of the RCI was limited and determined by the UMNO-BN government. The notorious assault of 20 September 1998, which is burned into the collective memory of this nation, cannot be put to rest until the full extent of UMNO-BN’s involvement is investigated and exposed, and measures for reform are put into place.

Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

Anwar Bagai Dikejar Abu Lahab

Posted: 19 Sep 2012 09:34 AM PDT

Harakah
Oleh Subky Latif

TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.

Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.

Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.

D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.

Apalah nasibnya?

Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.

Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.

Baginda dihardik dengan kalimah 'celaka' oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.

Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.

Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.

Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.

Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.

Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakup semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.

Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di ssebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.

Keika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.

Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.

Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.

Tiada ulasan:

Nuffnang